Saturday, April 17, 2010

Zaid Hanya Tumpu Pembangunan Bandar, Terutama Longkang-longkang dan Peparitan Bandar

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau akan menumpukan kepada masalah perbandaran demi keselesaan rakyat dan pembangunan yang diperlukan oleh para penduduk Bandar Hulu Selangor.

"Saya rasa dengan pengalaman menjadi menteri, (dengan) pengalaman (yang ada) saya rasa saya boleh selesaikan lebih banyak masalah, masalah perbandaran ..longkang, perumahan," kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam sidang akhbar selepas penamaan calon pilihan raya kecil parlimen itu di Kuala Kubu Baru di sini pada hari Sabtu.

Zaid berkata hubungan rapatnya dengan kerajaan Selangor yang diperintah oleh pakatan pembangkang akan memudahkan lagi beliau menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para penduduk Hulu Selangor, termasuk membawa masuk pelaburan untuk merancakkan lagi kegiatan ekonomi di situ.

Sementara itu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata pakatan pembangkang merasa bangga kerana dapat meletakkan Zaid yang merupakan calon terbaik dalam pilihan raya kecil ini.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata pihaknya telah menggerakkan jentera bagi memastikan peluang Zaid untuk menang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata sebagai bekas menteri Zaid berkelayakan untuk menjadi suara reformasi dan beliau mampu mendengar suara rakyat, menjalankan kerja untuk rakyat dan memberi harapan untuk rakyat.

No comments:

Blog Archive