Sunday, July 05, 2009

Untungnya Jadi Orang Kaya

Di Khabarkan bahawa orang nombor 2 terkaya di Malaysia dan ke-3 terkaya di asia, jutawan Tan Sri T.Ananda Krishnan akan membeli kelab bola sepak England Newcastle United dengan harga 547 juta ringgit.

Jika pembelian ini menjadi kenyataan, maka jutawan itu melebarkan bisnis kepada berbagai jenis, kerana selain memiliki syarikat televisyen berbayar, ASTRO ALL Asia Networks Plc (ASTRO), menguasai gergasi telekomunikasi, Maxis Communications Berhad, dan Sistem Rangkaian Siaran Measat (MEASAT Broadcast Network Systems).

Dalam ilmu ekonomi, apabila wang negara mengalir ke luar negara, maka ianya dipanggil kebocoran ekonomi, walaupun ianya berbentuk pelaburan. Memang wang ini bukan milik negara, akan tetapi wang yang digunakan ini adalah berasal dari bisnis yang beroperasi di Malaysia.

Akibat mengalirnya wang Malaysia ke luar negara sebanyak 547 juta ringgit, maka reaksinya terhadap mata wang negara walaupun sedikit akan tetapi dapat menyumbang kepada melemahnya pertukaran wang asing Malaysia dengan United Kingdom.

Dalam keadaan ekonomi negara yang lembab masa kini, sepatutnya usaha-usaha menghalang mengalirnya wang negara ke luar seharusnya dibendung, kerana setiap ringgit yang mengalir keluar akan melemahkan tukaran asing bagi ringgit malaysia.

Adalah menjadi kebebasan kepada pemilik wang, hendak diapakan wang itu, tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya, kerana wang itu adalah milik syarikat individu,akan tetapi memandangkan pengumpulan wang ini berasal dari operasi yang berpengalan di negara ini, maka adalah dirasakan bahawa bentuk pelaburan ini untuk masa sekarang tidak menguntungkan negara, kerana bentuk pelaburan ini tidak menyubang secara langsung kepada perekonomian negara.

Alangkah lebih baik, jika wang sebesar ini di laburkan dalam negara, paling tidak dapat mengurangkan jumlah pengangguran.

No comments:

Blog Archive