Kerana ingin mendapatkan undi,Nik Aziz sanggup memberi fatwa, undi PAS adalah untuk agama, bukan politik. Nik Aziz meminta para pemuda Manek Urai agar mengundi PAS,kerana mengundi PAS salah satu tuntutan agama.
Sementara itu, UBN semasa menghantar calon ke pusat penamaan calon hari ini diketuai oleh TPM Muhiyidin Yassin dan diiringi oleh 10 ribu penyokong UBN.
UBN dikhabarkan akan menggunakan pendekatan yang lebih agressif bermula hari ini dan menumpukan kempen kepada pengundi atas pagar terutama melalui pendekatan rumah ke rumah.
Dalam suasana kempen di Manek Urai, PAS menghandalkan isu serangan Nik Aziz kepada Umno, bahawa Umno itu menolak islam, menyamakan dengan komunis dan ajaran ayahpin. Menurut Nik Aziz, serangannya kepada Umno itu bukan bertujuan memancing undi, akan tetapi sebagai kempen agama. Malah Nik Aziz mendakwa, tanpa PRK Manek Uraipun, beliau akan terus mengulangi hentamannya kepada Umno, kerana Umno menolak agama, menurutnya.
Masa seminggu adalah masa yang sangat kritikal bagi PAS dan UBN. PAS akan berusaha merayu para pengundi Manek Urai bahawa mengundi PAS adalah tuntutan agama,manakala UBN akan memperbetulkan fatwa Nik Aziz itu, bahwa semuanya itu adalah berbuatan munkar dan terkeluar dari prinsip-prinsip agama islam.
Bagi kita apapun yang diketengahkan oleh PAS, terserah kepada para pengundi Manek Urai, apakah mereka terpengaruh dengkan dakya-dakya PAS, atau kah para pengundi di situ menitik beratkan kemajuan, hanya pengundi Manek Uri yang menentuknya.
No comments:
Post a Comment