Tulisan saudara A Kadir Jasin melalui blognya bertajuk “wajarkah korbankan DEB kerana undi minoriti?” pertanyaan ini adalah layak bagi mantan wartawan kawakan ini, kerana usia DEB Cuma 30 tahun, sedangkan pengelibatan beliau dalam dunia kewartawanan telah melangkau 40 tahun. Sudah tentunya pengkesahan mengenai kewujudan DEB seawal pelaksanaaan nya, beliau telah ikuti, mungkin juga pernah menulis mengenainya.
Menurut penulis itu lagi, jika data gross national product (GDP) yang menjadi ukuran, maka sejak DEB dilaksanakan pada tahun 1970, GDP telah meningkat daripada 12 billion ringgit kepda 358 bilion ringgit pada tahun 2007, hanya untuk 27 tahun, dengan kata lain, GDP melonjak 2,875% atau purata 106% setahun. Dengan GDP sebesar 358 bilion riggit, menjadikan ekonomi Malaysia ke- 29 terbesar di dunia.
Dengan menggunakan mata kasar, maka selama pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), produktiviti negara terus mengalami perkembangan, seiring dengan perkembangan dunia, malah perkembangan ini jauh lebih laju di banding negera-negara yang lebih awal mencapai kemerdekaan.
Di mana kah silapnya, sehinggakan dasar ini terpaksa dikorbankan? Sesuatu dasar yang dianggap berjaya akan tetapi dikatakan sebagai punca pemusnah? Adakah tidak terlalu gopoh gapah menarik dasar ini? Sehinggakan pemimpin kita melepaskan geramnya kepada ilham Tun Razak ini.
Atau memang betul seperti pertanyaan saudara A Kadir Jasin, bahawa mengorbankan dasar ini semata-mata untuk menarik undi minoriti? Sama-sama kita tunggu kesannya melalui PRU-13.

No comments:
Post a Comment