Wednesday, July 08, 2009

Lim Guan Eng Takut Semut, Anai-anai dan Musang

Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang pindah rumah kerana mendakwa bahawa keselamatan keluarganya termasuk dirinya terancam kerana kehadiran anai-anai, semut merah dan musang di rumah kediaman rasmi ketua menteri.
.
Cuba tanya pada setiap rakyat di negara ini, termasuk juga di rumah baru LGE, apakah binatang tropikal ini tidak pernah terdapat di kediaman mereka? Coba tanya rakyat luar bandar, apa kah rumah mereka bebas dari semut dan anai-anai!.

Di kampung apabila malam, musang berkeluran dari hutan-hutan kecil menuju rumah-rumah kampung yang ada peliharan ayam, sementara di siang hari, biawak pula sibuk ke reban ayam, mencoba mencuri ayam.
.
Jika sekiranya ketua menteri Pulau Pinang ini,kebetulan sebagai penduduk kampung, adalah dikuathirkan atau kemungkinan besar, CM ini akan mengalami tekanan jiwa,kerana selain semut merah, semut hutan, monyet, biawak, musang pun ada. Kadang kala, harimaupun ada.

Coba bayangkan, bagaimana tekanan kepada penduduk luar bandar, jika jiwa mereka seumpama CM Pulau Pinang itu. Penduduk juga mempunyai anak-anak, mempunyai keluarga, hatta tetap tinggal di rumah masing-masing dengan perasaan aman tanpa merasa terganggu.

Betul lah kata orang, CM Pulau Pinang itu adalah manusia yang takut menghadapi cabaran, termasuk cabaran anai-anai dan semut. Tetapi CM ini, petah memutar belitkan isu,misalnya isu Kampung Buah Pala, di mana kepimpinannya tidak bermaya menghadapinya.

No comments:

Blog Archive