Saturday, July 04, 2009

Ibu Bawah Umur: Isu T.Murugiah

Kes ibu bawah umur bukan perkara baru bagi dearah-dearah terpencil. Di Sabah, perkara ini adalah perkara biasa, terutamanya di kawasan-kawasan ulu dan berjauhan dengan pekan kecil. Tambahan kepada perkara ini lagi adalah perkahwinan dalam susuk galur terdekat adalah perkara biasa.

Dalam agama perkahwinan ini seumpama ini harus hukumnya, akan tetapi dalam segi biologi, banyak masalah akan dihadapi oleh pasangan-pasangan muda tersebut. Di samping, isu masalah mal-nutrition, juga kecacatan anggota telah menjadi kebiasaan.

Seorang aktivis antarabangsa (terlupa namanya tetapi seorang wanita keturunan asia) pernah beberapa kali memuatkan tulisannya melalui surat khabar Daily Express Sabah mengenai perkara ini, pada awal tahun ini, tetapi tidak mendapat perhatian, kerana Siapalah dia, berlainan dengan T.Murugiah, sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, maka penemuan Timbalan menteri itu menjadi tajuk-tajuk akhbar.

Kejadian seumpama ini, seharusnya menjadi iktibar kepada kerajaan, supaya jangan terlalu tertumpu kepada pembangunan bandar dan pekan sahaja, tetapi, perlu juga memberi perhatian pembangunan kepada kawasan-kawasan luar bandar yang jauh terpencil di pendalaman sana.

Kerajaan seharusnya pada masa kini, jangan sahaja tergantung kepada laporan-laporan seperti jabatan perangkaan atau jabatan kebajikan atau pendidikan, serta penerangan akan tetapi perlu mengambil tahu juga laporan-laporan NGO, kerana melalui laporan-laporan NGO adalah lebih tepat dan tidak menyebelah dan tidak menyembunyikan sesuatu.

Penemuan T. Murugiah merupakan tips of iceberg, bagi kawasan-kawasan luarbandar, teruskan lawatan dan mencari maklumat yang serupa YANG BERHORMAT!!!.

No comments:

Blog Archive