Episod I
Cuma beralas kaki ke sekolah. Berbekal duit lima sen diikat dengan kuatnya disaku agar tidak tercicir. Dibahu terselindang kantong bentuk kura-kura berisi rebusan teh hutan berwarna kemerahan. Buku berlapis surat khabar lama berbungkus plastik warna putih dikepik diketiak mengiringi perjalanan berbatu-batu. Di kepala tercelup songkok usang hitam hampir pudar warnanya. Lima tahun Cuma berseluar pendek berkemeja putih yang terjahit dimana-mana. Belajar membaca, menulis, mengira.
Masuk tahun ke-6 destinasi bertambah jauh, merempuh sawah, jambatan, rumah-rumah penduduk, berjalan dijalan berkelikir dan berdebu. Kaki beralas kasut plastik, apabila basah berbunyi eb-phut-eb-phut. Seluar berganti warna tetapi masih disebut seluar pendek. Baju masih berwarna putih tetapi nampak cerah kerana baru beli. Belajar the moon, the earth, the sun, an orange, a banana, less sugar, much water , divide, plus, blue, green, dan seterusnya. Hujung bulan diminta membayar wang kertas berwarna hijau berlambang petani meradu sawah. Pendapatan ayah cuma enam ringgit sebulan, setelah ditolak, berbaki satu ringgit. Satu ringgit biaya untuk enam anak berserta ibu dan ayah.
Masuk tahun ke-7 desinasi bertambah tiga kali jauh. Kali ini berbiskal usang yang dibeli oleh ayah hasil penjualan anak si kimput. Sebelum subuh sudah meredah jalan-jalan berkelikir dan berdebu. Pertengahan destinasi tayar biskal tidak merasa kelikir lagi-agaknya jalan telah halus dan rata. Mengayuh balantan agar tidak mudah letih dan penat. Tiga tahun betis dan paha telah kekar, jika dijemput mengayuh biskal di medan pertandingan jarak jauh ada kemungkinan boleh menang.
Penghujung tahun ke-9 ujian telah tiba. Katanya ujian Lower Certificate of Education (LCE). Awal tahun ke-10 dapat tahu telah lulus ujian- dapat pangkat A. Disaring dan masuk form four science. Tahun ke-12 lulus Senior Cambridge. Setahun mencoba hidup berdikari sebelum ke menara gading. Tahun 1983 dapat Sarjana dalam bidang pertanian. Berkerja, berkahwin –beranak pinak.
Episod II
Generasi pengganti- berumur 4 tahun sudah berbag galas tergendong di belakang. Tidak pernah beralas kaki, tidak pernah berjalan melalui kelikir tajam atau jalan berdebu. Mencari ilmu beralas empat roda- bertutup dan berpendingin. Buku berkulit tebal bermacam-macam jenis, berat dalam 10 kg, disesakkan dalam bag galas, digendong tiap hari kadang-kadang cukup enam hari seminggu.
Perut beralas cereal,makanan segera lain. Menuju mencari ilmu berbekal air mineral dan paling tidak tiga ringgit terisi dalam dompet. Pagi-pagi di ajar berbaris, menyanyi, mendengar ceramah-gejala – penyebab kerosakan alam-penyebab perubahan sosial- ancaman berbagai penyakit- ancaman penyalahgunaan obat-obat terlarang-ancaman keselamatan dan berbagai bentuk pencegahan dan kemungkinan ancaman.
Enam tahun dalam usia rebung- generasiku diajar berpersatuan- dipaksa membeli berbagai uniform-dipaksa membayar yuaran-yuaran- untuk biaya kursus-kursus tenaga pengajar- kos masyuarat tenaga pengajar- kos membayar kepada kontraktor-kontraktor dan berbagai kos aktiviti sekolah.
Cukup usia 12 tahun atau lebih- ada yang diasramakan- disekolah cermerlangkan- disekolah berasrama penuhkan- disekolah harian biasakan. Menjelang usia 17 tahun, tamat menuntut ilmu menghafal. Ada yang tersangut ke peringkat lebih tinggi, ada yang tersadai-menempuh hidup baru-ada yang produktif-ada yang menambah penyakit sosial.
Masa dua belas tahun- dihabiskan sia-sia- Cuma mampu berkomunikasi bahasa selain bahasa ibunda. Bahasa lain-jauh ikan dari panggang-akibat mencurah air di daun keladi semasa hadir sekolah menghafal.
Episod III
Ledakan perkembangan ilmu dan teknologi di negara maju- negara jadi pasaran. Alat penyampai pesanan ringkas-alat meneroka alam maya- di bawa masuk. Gegaran ke ingin tahuan melanda- aksi yang tidak terfikir berlaku-dilayari-diikuti-dicontohi. Dahulu-cuma khabar angin- berbulan-bulan mengetahui kesahian- bertukar-dalam seklik-terpampang gambar-tertulis berita-terdengar cakap-ternampak aksi- berkomunikasi dua arah-walau berjauh jarak- berbeda waktu-berbeda negara-berbeda pola sosial-berbeda warna kulit-beragam-ragam.
Episod IV
Berbekal ilmu hafalan-disudurkan dengan konsep: kita serupa: Kami berkerja untuk kamu: Kami berjaya-belum tentu kamu berjaya. Kami berjaya terus berjaya-kamu gagal terus gagal-kami lambat dipanggil menghadap kerana memakan makanan sihat-kamu cepat dipanggil menghadap-akibat makanan tercemar-tidak lengkap-tidak berkualiti- telah sampai masa luputnya.
Episod V
Kami minum air mineral-kamu minum air tanah- kami tidur berhawa sejuk-kamu tidur berpeluh-kami berteduh di rumah gedung-kamu berteduh di rumah usang- kami memandu model terkini-kamu berebut menumpang-Kami merarau di utara- selatan- kamu ngabi tempat lahir. Generasi kami terdedah-generasi kamu masih takut naik elevetor.
Episod Akhir
Sama-sama menuju negara maju tahun 2020.
No comments:
Post a Comment