Sunday, May 03, 2009

Model Ekonomi Baru: Penemu strata masyarakat baru

"Kita perlu menyusun gerak kerja untuk memastikan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk kumpulan-kumpulan tertentu yang berkepentingan." Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Ada tiga isu dalam pernyataan ini: pertama: kita perlu menyusun gerak kerja; kedua: untuk kepentingan rakyat; dan ketiga: kumpulan-kumpulan tertentu yang berkepentingan.

Kita Perlu Menyusun Gerak Kerja

Rupanya apabila dr Mahathir Mohamad mencanangkan wawasan 2020, gerak kerja untuk mencapai wawasan ini berlainan dengan gerak kerja di bawah kepimpinan Najib- oleh kerana itu- Timbalan Perdana menteri mengajak untuk menyusun gerak kerja yang baru. Dalam usaha menyusun gerak kerja yang baru-sudah tentu memerlukan masa sekurang-kurangnya 6 bulan hingga ke setahun. Gerak kerja ini sudah tentunya mengarah kepada “Model Ekonomi” yang akan di cari- menggantikan sistem terbuka atau sistem pasaran yang diamalkan oleh negara.

Model ekonomi baru akan dicipta oleh pakar-pakar ekonomi negara dengan sokongan dan nasihat pakar ekonomi asing. Melalui model ekonomi baru itu; penekanan kepada produktivitas yang berpaksi kepada inovasi- tidak bersandar kepada kuantiti keluaran per satuan masa atau satuan unit tenaga kerja.

Melalui model ekonomi baru ini- diperkirakan Keluaran Kasar Negara (GNP) akan melonjak; pada suatu peringkat pada atau sebelum tahun 2020, pendapatan perkapita negara bertukar daripada pendapatan perkapita sederhana tinggi menjadi berpendapatan tinggi.

Adalah dianggarkan apabila Model Ekonomi yang baru ditemukan dan seterusnya diamalkan akan menjadikan negara ini bukan sahaja dapat bersaing di peringkat Asean malah secara global. Pada masa itu- keluaran barangan-perkhidmatan negara ini dikategorikan sebagai “ the most wanted product and service”- di mana terjadi-bahwa keluaran barangan atau bentuk perkhidmatan ciptaan negara ini telah menjadi keharusan bagi setiap orang atau negara untuk memilikinya.

Menurut kacamata Datuk Seri Najib- negara ini mampu melakukannya dalam waktu sesingkat-singkatnya atas alasan bahawa tenaga kerja negara ini telah berada dalam kelas pertama dari segi ilmu pengetahuan, kreativiti, kemahuan oleh itu mampu berinovasi sesuai dengan tuntutan gerak kerja dalam model ekonomi baru.

Kepentingan Rakyat

Setelah ditemukan Model Ekonomi Baru dengan perlaksanaanya yang tersusun rapi melalui gerak kerja yang diwujudkan sehinggakan negara menjadi kaya dan makmur- maka kekayaan dan kemakmuran ini akan di kembalikan kepada rakyat. Rakyat dibela, dibantu, disokong agar dapat berjalan seiring dengan kemajuan negara. Pada masa itu- kemudahan untuk semua lapisan rakyat telah tersedia- termasuk OKU- sehingga peristiwa tersungkurnya Karpal Singh di Kuantan-Pahang kerana kemudahan OKU tidak sempurna tidak berulang.

Kumpulan-kumpulan Tertentu Yang Berkepentingan

Konsep Satu Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan dapat mengenal “kumpulan-kumpulan tidak berkepentingan” dan “kumpulan-kumpulan tertentu yang berkepentingan”.

Melalui penyusunan gerak kerja konsep pentadbiran negara ini- maka salah satu tugasnya adalah untuk mengenal pasti dua jenis kumpulan ini. Kumpulan yang dikenal pasti tidak berkepentingan akan diterapkan gerak kerja yang telah ditemukan- manakala kumpulan-kumpulan tertentu yang berkepentingan- akan diketepikan

Keadaan Pada Tahun 2020

Hasil gerak kerja dan model ekonomi baru akan membentuk strata masyarakat yang sangat ketara. Pada masa itu kumpulan-kumpulan yang tidak berkepentingan akan menjadi kumpulan majoriti manakala kumpulan-kumpulan yang tidak berkepentingan akan menjadi minoriti. Rupanya melalui konsep Satu Malaysia, Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan adalah model untuk menemukan dua jenis atau bentuk kumpulan ini seperti yang tersirat dalam kutipan kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Cabaran Kepada Rakyat Biasa

Menjadi tugas bagi setiap warga negara ini untuk mengkategorikan diri masing-masing agar supaya termasuk dalam kumpulan-kumpulan tidak berkepentingan demi menikmati luapan dan jangkauan gerak kerja yang diterapkan dalam model ekonomi baru negara. Kegagalan menjadi perserta atau ahli kumpulan ini- adalah terjamin akan termasuk dalam kumpulan bukan sasaran pembangunan negara. Berduyun-duyunlah kita semua bersatu dalam kumpulan apa yang disebut “kumpulan-kumpulan tidak berkepentingan”.

No comments:

Blog Archive