Setelah penat mencari pelabur, kekadang tidak berjaya, biasanya saya singgah di kedai kopi di mana didapati ada pelabur yang berpontesi untuk didekati. Mukidimah, seperti kebiasaan sebagai jururunding pelaburan: Berbicara tentang ekonomi, kestabilan politik hinggalah kepada para pemimpin negara.
Pelabur akan beli unit amanah, jika penjelasan dan penerangan isu-isu diatas dapat menjawab berbagai persoalan yang ada dibenaknya. Sebagai jururunding, saya tidak dapat meneka apa yang bermain-main difikiran potensi pelabur sebelum mereka membuka cek atas nama CIMB Wealth Advisors Berhad.
Sebelum tahun 2003, kerja sebagai jururunding unit amanah agak mudah kerana situasi ekonomi masa itu, walaupun terjadi krisis kewangan tahun 1997. Para pelabur masih yakin dengan ekonomi serta pentadbiran negara. Mereka yakin, dr Mahathir mempunyai ubat untuk mengubati apa jua krisis yang melanda.
Setelah dr Mahathir berundur, perniagaan unit amanah agak lembab, ekoran komen Datuk Abdullah Badawi, bahawa melabur dalam unit amanah tidak menguntungkan. Kami sebagai jururunding unit amanah masa itu cukup terkejut, dimanakah silapnya sehingga perdana menteri membuat kenyataan demikian. Sebabnya, berasaskan pengalaman kami dan rekod yang ada, saban tahun ASB, ASN dan pengurus dana unit amanah umumnya bank-bank yang besar, saban tahun memberikan dividen antara 6-10% setahun, dibanding dividen yang dibayar KWSP, dibawah 6% setahun.
Pengalaman saya mengurus dana unit amanah, jika pelabur itu terus melabur secara bersambungan dan menyimpan antara 3-5 tahun, purata keuntungan yang diperoleh tidak kurang 10% setahun.
Baru-baru ini pelancaran unit amanah di bawah naungan PNB-dilancar oleh Datu Najib dan ditutup oleh timbalannya. Laporan akhbar- potensi pelabur berbaris seawal pagi supaya tidak ketinggalan menabung. Nampaknya kepercayaan terhadap unit amanah kembali pulih.
No comments:
Post a Comment