Sunday, August 20, 2023

DOKTRIN UNDI SATU PARTI

PRN2023 doktrin undi satu parti memperlihatkan penguasaan.

Parti DAP adalah parti yang menuai hasil terbaik doktrin undi satu parti, apabila menang 46/47.

Doktrin yang sama juga menular pada kaum melayu apabila sebahagian besar mengundi Perikatan Nasional 146/245.

Pinjam istilah program excel WHAT YOU SEE WHAT YOU GET (WYSWYG) atau WHAT YOU DO WHAT YOU GET (WUDWYG), maknanya, orang melayu menyedari tindakan kaum cina (98%) hanya menyokong satu parti.

Doktrin undi satu parti, boleh menyebabkan sesuatu kaum hanya mengundi parti tertentu.

Tiada yang boleh menafikan bahawa polarisasi benar-benar berlaku seperti mana keputusan PRN2023.

Cuba bayangkan, di kawasan yang ditandingi DAP, majoriti puluhan ribu, berkali ganda berbanding undi parti lawan. Di kawasan sedemikian, kecuali DUN Derga di Kedah (DAP kalah by defult), tiada parti yang disokong kaum cina menlainkan parti DAP.

Jika ada pihak yang mengatakan apabila orang melayu menyokong PN, maka bakal memudaratkan kerharmonian dalam negara, maka perlu juga merujuk sokongan orang cina pada parti DAP.

Jika ada pihak yang bergembira kerana mendapat keuntungan politik berpandukan keputusan PRN2023, iaitu Blok PH bergembira kerana parti DAP menyumbang hampir mutlak kawasan kaum cina, demikian juga Blok PN bergembira kerana parti PAS dan Bersatu menang sebahagian besar kawasan majoriti kaum melayu, maka dengan sendirinya bersetuju dengan doktrin undi hanya satu parti untuk kaum tertentu.

Pada hakikatnya doktrin undi hanya satu parti telah berlaku sekian lama dalam politik negara, akan tetapi tidak lah seekstrim seperti mana akhir-akhir ini.

Mungkin pada era BN, kaum melayu dilihat masih berpihak pada parti itu walaupun bukan sebahagian besar kerana parti-parti lain juga mendapat sokongan walaupun tidak signifikan termasuk boleh mengendong MCA dan MIC yang ditolak kaum bukan melayu, maka ternampak, tidak ketara sangat polarisasi kaum.

Akan tetapi berpandukan pada keputusan PRN2023, Umno bukan lagi penarik sokongan orang melayu, dengan sendirinya kehilangan kemampuan mengendong rakan parti baik dalam BN ataupun PH di kawasan majoriti orang melayu.

Oleh kerana orang melayu semacam telah membuat keputusan menyokong PN cerminan PRN2023 sebagai platform kaum itu, manakala kaum lain menyokong PH sebagai platform, maka dengan sendirinya, berlaku lah polarisasi kaum yang diwakilkan pada sesebuah blok parti politik.

Jika sekiranya berlaku secara ekstrim di Semenanjung, bagi orang melayu hanya menyokong satu parti, jika berpandukan pada keputusan PRN2023, iaitu PN, maka blok parti itu boleh menang 112/165, ertinya cukup majoriti mudah 112/222 untuk membentuk kerajaan Persekutuan, tanpa pengelibatan parti-parti daripada Sabah dan Sarawak.

Orang melayu tersangat menyedari (kecuali mungkin sesetengah pemimpin Umno) bagai mana tindakan kaum cina yang bermula pada tahun 2008, hanya cenderung pada parti DAP, apa tah lagi diperkuat pada PRN2023 yang menunjukkan kemenangan luar biasa parti DAP.

Hakikatnya kecenderungan mengundi hanya satu parti, adalah pendekatan sekian lama parti-parti politik dalam negara, dan secara kebetulan kaum cina mengadopsinya lebih awal memuncak pada pada PRN2023. Kaum melayu pula mengadopsinya secara berperingkat, yang dimulai pada tahun 2013 dan memuncak pada PRN2023.

Di Sabah pernah berlaku doktrin undi pada satu parti yang melibatkan satu kaum, iaitu antara tahun 1985-1990, yang mana kecenderungannya hampir serupa dengan Keputusan PRN2023. Namun pemimpin Sabah telah menyedarinya, bahawa kecenderungan itu memudaratkan negeri yang didiami berbagai kaum dan agama, maka berlaku penjajaran politik, dan tentunya menerusi penjajaran itu rakyat Sabah terpaksa membayar mahal apabila berubah-ubahnya kerajaan negeri yang telah memberi kesan pada kemajuan dan pembangunan, termasuk perekonomian.

Malangnya, penjajaran politik yang berjaya dibina di Sabah bermula pada tahun 2000 runtuh lagi pada tahun 2016, apabila parti Warisan ditubuhkan. Bukan sahaja parti akan tetapi pemimpin berpecah pasca PRU14, dan berpecah lagi pasca PRU15, dan kini adanya penjajaran baharu yang bakal diuji pada PRN17 Sabah.

Penjajaran baharu ini, diuji dikala berlakunya polarisasi fahaman politik di Semenanjung yang amat ketara, dan malangnya, parti-parti penyebab polarisasi ini adalah sebahagian parti yang juga merancakkan PRN17 Sabah.

Mengantisipasi fenomena polarisasi itu, Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor tersangat jelas, bahawa GRS sebagai peneraju kerajaan Negeri, dan dalam usaha mendapatkan semula mandat rakyat telah membayangkan menggunakan FORMULA KERAJAAN PERPADUAN PERSEKUTUAN.

Terpulang pada rakyat Sabah yang berbilang kaum dan agama, apa kah berkecuali/terkesan dengan kecenderungan politik di Semenanjug pada PRN17 itu nanti.

3 comments:

Unknown said...

Tak yah ikut perkauman..

Unknown said...

Rakya sarawak n sabah cintakan perpaduan

Unknown said...

Cerdik n pandai.. Majukan sarawak n sabah setelah peruntukan di terima

Blog Archive