Monday, August 21, 2023

ERA BERMAIN DUA KOLAM SUDAH BERLALU

BENAR, suatu masa dahulu politik Sabah pernah mengguna pendekatan bermain dua kolam, akan tetapi pada era ini, pendekatan itu diihat untuk kepentingan peribadi.

Kedudukan dalam politik mempunyai nilai tinggi apabila seseorang atau parti diangkat oleh rakyat, bukan lerana diangkat oleh pemimpin politik.

Jika pemimpin politik yang mengangkat seseorang/parti untuk satu kedudukan politik, kerana mungkin menggunakan kapasiti atas sokongan rakyat pada pemimpin itu, tidak semestinya sealiran dengan opini rakyat, seperti mana berlaku pada PRN2023, apabila seorang yang ditolak rakyat semasa PRU15, kemudian dilantik menteri, dan kemudiannya dijadikan panglima perang di negeri di mana telah ditolak, kesannya, kekalahan hampir mutlak, kerana rakyat menolak.

Pada era ini, jangan bermain-main dengan opini atau emosi rakyat, kerana rata-rata rakyat terutama mereka yang dilahirkan selepas tahun 90-an, anggapan pemimpin itu serba tahu tiada dalam kamus mereka.

PRU15 dan PRN2023 perlu dijadikan iktibar oleh mana-mana pemimpin/parti politik.

Gagal mengurus mereka yang berumur 40 tahun ke bawah membawa padah, kerana golongan ini tidak terikat dengan mana-mana nostalgia, melainkan pendirian/keputusan mereka bergantung dengan keadaan semasa dan tingkah laku pemimpin.

Terbukti pada PRU15 dan PRN2023, parti yang bergantung pada pengundi tegar dilihat tiada keupayaan lagi melawan arus perubahan.

Senario ini lah yang perlu diambil tahu oleh pemimpin Sabah, termasuk para pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Selain memberi perhatian pada kecenderungan ini, GRS perlu menganeka pendekatan sesuai dengan latar belakang kaum dan agama, yang bersandar pada tiga elemen serangkai, pemimpin (parti)-etnik/kaum-kawasan.

Politik Sabah, tidak boleh dinafikan ditentukan oleh tiga elemen serangkai ini, atas sebab itu, jika diperhatikan berdekad lamanya, jarang mereka yang menang dalam pilihan raya diluar tiga elemen ini.

Benar, apabila seseorang atau parti yang kalah dalam pilihan raya lalu diberi tanggungjawab oleh pemimpin yang diangkat rakyat, bertujuan membela golongan rakyat yang mereka wakili, akan tetapi, pada pandangan rakyat secara umum, tindakan itu hanya berkepentingan peribadi, atas sebab itu, apabila tiba pilihan raya, seseorang/parti yang cuba diketengahkan itu tidak membawa impak membawa sokongan apa tah lagi kemenangan.

Para pemimpin yang diangkat rakyat yang memberi peluang pada mereka yang ditolak rakyat kerana berpendapat menerusi tindakan itu, maka menyebabkan rakyat menyokong, perlu dilihat semula, kerana tindakan itu boleh menjadi senjata makan tuan atau menjadi sokong membawa rebah.

Akhir-akhir ini timbul isu main dua kolam yang membabitkan parti SAPP, kerana parti itu tidak mengikut rentak penjajaran politik pasca PRU15.

Parti SAPP sebelum PRU15, bersama-sama dengan STAR, BERSATU komponen parti Perikatan Nasional (PN), akan tetapi kesan perubahan senario politik pasca PRU15, mereka yang bersama Bersatu telah keluar daripada parti itu secara enblok, sekali gus keluar daripada PN, manakala STAR juga berbuat demikian.

Di lain pihak pula, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan lah komponen mana-mana blok parti melainkan blok sendiri. Akan tetapi, timbul isu, apabila salah satu komponen parti itu adalah SAPP yang masih komponen PN yang merupakan parti pembangkang kepada Kerajaan Perpaduan yang disokong GRS.

Jika diamati, sejak terbentuknya kerajaan Perpaduan Persekutuan yang turut sama disokong GRS, pemimpin SAPP tidak pernah mengeluarkan kenyataan menentang, malah sentiasa akur dengan keputusan yang diambil,malah menyokong keputusan-keputusan GRS.

Isu kehadiran SAPP hanya timbul, apabila Presiden parti itu- Datuk Yong Teck Lee mengeluarkan pendapat/cadangan, agar GRS bertanding 73 kawasan DUN pada PRN17 Sabah, dan mencadangkan parti nasional untuk tidak meletakkan calon, agar tidak berlaku “over lapping” antara parti-parti.

Oleh kerana cadangan itu secara langsung merujuk pada komponen PH seperti Parti DAP dan PKR yang merupakan sebahagian Kerajaan GRS PLUS, maka Teck Lee dituduh “undermine” kerajaan Perpaduan Persekutuan.

Pandangan/cadangan Teck Lee itu, ada pro dan con. Pro- jika semua pihak menjadikan parti-parti blok boreno mengatur hala tuju politik masing-masing, manakala blok parti semenanjung mengatur hala tuju politik wilayah itu. Con (Kontra) kerana bercanggah dengan semengat demokrasi/kebebasan berpolitik.

Jika diteliti betul, pandangan/candangan Teck Lee itu sesuai untuk Sabah dan Sarawak, agar tidak terikut-ikut dengan polarisasi kaum/politik seperti mana berlaku di Semenanjung seperti mana ditunjukkan menerusi PRN2023.

Pun demikian, melihat reaksi para pemimpin, berkaitan cadangan/pendapat Teck Lee itu rata-rata menolak, ertinya, sebahagian besar pemimpin meletakkan hak demokrasi sebagai medium untuk menterjemahkan kebebasan bersuara.

Jika lah demikian keadaannya, maka rata-rata pemimpin politik/parti meletakan untung nasib mereka di tangan rakyat sebagai pengadil.

Apa yang boleh dilakukan atau tugas para pemimpin parti adalah untuk memperkuat parti masing-masing sebagai upaya untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Kembali pada isu SAPP yang bermain dua kolam, sebenarnya, GRS boleh melucutkan keahlian SAPP seperti mana dilakukan pada Parti BERSATU, yang digugurkan sebagai komponen. Akan tetapi mungkin pemimpin GRS menunggu biarlah SAPP membuat keputusan keluar secara sukarela atau SAPP bertindak sebaliknya memilih GRS dan KELUAR daripada PN. SAPP secara moral perlu mengelak bermain DUA KOLAM, kerana tindakan ini boleh membawa imej negatif pada GRS di mata parti-parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan Persekutuan.

Pendapat Setiusaha Agong GRS- Datuk Seri Masidi Manjun, agar SAPP perlu memilih adalah pendapat yang betul, dan perlu disokong dan dihormati atas prinsip, era bermain dua kolam sudah berlalu.

No comments:

Blog Archive