Latest News

MUSA TIDAK TERLIBAT PEMBERIAN KONSENSI BALAK YAYASAN SABAH

Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah seharusnya diberitahu, bahawa semasa era Tan Sri Musa Aman menjawat Ketua Menteri, Ketua Menteri tidak terlibat pemberian atau meluluskan konsensi balak Yayasan Sabah kepada mana-mana syarikat.

Pemberian atau kelulusan konsensi Balak Yayasan Sabah sepenuhnya dikendalikan Syarikat Pelaburan Yayasan itu, Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB). Kemudiannya ICSB memberi kuasa penuh kepada anak syarikatnya Rakyat Berjaya Sdn Bhd (RBSB). 

Pemberian atau kelulusan konsensi sepenuhnya di bawah tanggungjawab Lembaga Pengarah syarikat itu, dan tidak memerlukan merujuk kepada Ketua Menteri, kerana keputusan itu berkait rapat dengan urusan perniagaan. Sebarang keputusan BOD RBSB adalah bermatlamatkan perniagaan secara profesional.

Sebagai impak kepada urus niaga dan tadbir urus yang baik Aset Yayasan itu telah meningkat kepada lebih RM13 bilion dan wang tunai lebih RM500juta pada Disember, 2017.

Pada tahun 1994, ada syarikat yang tersenarai di bursa saham Kuala Lumpur, yang ada hubungan dengan Kerjaan Sabah hari ini telah menawarkan RM300juta untuk membeli aset-aset Yayasan itu.

Oleh kerana cadangan menjual aset Yayasan itu dihalang oleh Board Of Trustee (BOT), di mana salah seorang ahli BOT itu adalah Tan Sri Musa Aman.

Jika sekiranya penjualan aset YS terealisasi 24 tahun lalu, maka nama YS hanya tinggal kenangan. 

Menerusi penjelasan di DUN Sabah berkaitan pemberian konsensi balak Yayasan Sabah, maka telah menjadi jelas kepada berbagai dakwaan daripada pihak tertentu dalam kerajaan sekarang semasa mereka masih pembangkang telah dirungkai dan diperjelaskan.

Diharapkan, di masa akan datang, sesiapa sahaja Ketua Menteri Sabah, hendaklah mengikuti jejak Musa, supaya YS dapat bertahan (sustain) untuk jangka masa yang panjang agar dapat diwarisi generasi akan datang.

Penulis berharap sangat, sebarang tindakan menjual aset Yayasan itu perlu dihalang, ditentang, kerana yayasan yang ditubuhkan oleh Bapa Kemerdekaan Sabah itu pada tahun 1967, adalah milik semua rakyat Sabah.

1 Response to "MUSA TIDAK TERLIBAT PEMBERIAN KONSENSI BALAK YAYASAN SABAH"

Anonymous said...

Semua TUDUHAN2 PALSU ke atas pemimpin2 AGUNG Bumiputera/Orang Asal kita, terutamanya dr. UMNO, iaitu, YAB DS Najib, YAB TS Musa Aman dan YAB DS Zahid terCINTA kita - sebenaqnya nak MENUTUP jenayah2 ROMPAKAN2/RASUAH2 oleh rejim BANGKAI2 PARASIT PENJAJAH/PENGGANAS madey anak beranak PAR*A/DAPanjing KURAP HOMO JIJIK/warisanHOMO-KULI2 puaka2 ZIONIS Freemason CIA/MOSSAD-IS(IS)rael/SOROS, terutamanya hasil MINYAK/GAS dr. SABAH, SARAWAK, KELANTAN danTERENGGANU!!

Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2017/10/13/mahathirs-rm160-billion-banking-empire/

Mahathir’s RM160 billion banking empire

Raja Petra Kamaruddin

Malaysia Today
Oct 20, 2017

(Tok Sireh)

Blog Archive