Gabungan Bersatu Sabah (GBS) perlu pendekatan jitu dan tersusun bagi memenangi hati dan minda rakyat Sabah.
Gabungan itu perlu menyaring isu-isu utama yang perlu diwar-warkan perlu diulang-ulang, sehingganya ianya melekat pada hati rakyat.
Isu seperti PTI sangat berkesan di kawasan KDM, namun tidak berapa diterima di kawasan-kawasan Pantai Timur.
Isu yang dianggap menyeluruh adalah isu tanah dan kayu balak, demikian juga isu royalti minyak.
Para pemimpin GBS dan penyokong, perlu memberitahu rakyat baik buruknya tindakan kerajaan Warisan Sabah pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.
Tindakan Kerajaan Shafie meneroka kawasan hutan kekal Sabah seperti Maliau Basin dan Danum Valley, perlu diterangkan kepada rakyat kesan buruknya terhadap negeri dan rakyat.
Penulis yakin, barisan kepimpinan GBS serta para pemimpin parti yang bergabung dalam gabungan itu mempunyai strategi politik yang berkesan. Strategi itu tidak boleh lagi disimpan "antara kita-kita sahaja" kerana era sudah berubah.
Para pemimpin GBS dan para pemimpin parti dalam gabungan itu, perlu mengambil iktibar, bagaimana berkesannya, TINDAKAN RAFIZI RAMLI menerusi INVOKE, sebelum PRU-14, yang mempengaruhi rakyat di Semenanjung, malah merebak di Sabah dan Sarawak, yang menyebabkan Bn kehilangan kuasa selepas memerintah negara lebih 61 tahun.
GBS perlu satu wadah "think tank' seperti "people development catalyst" yang diilhamkan oleh Dr Jeffery Kitingan di era PBS, dengan menggunakan pendekatan maya atau siber.
Penulis yakin, GBS dan parti-parti yang tergabung dalam gabungan itu, mempunyai aktivis-aktivis yang ramai di seluruh Sabah, cuma, ianya tidak terkoordinasi, yang kini bergerak perorangan, melalui kumpulan-kumpulan WhatsApp, telegram, Instagram dan sebagainya.
GBS perlu berhenti meratapi kerajaan yang tertubuh di Sabah oleh wakil rakyat Katak. GBS perlu bertindak proaktif bagi menghadapi PRU akan datang.
No comments:
Post a Comment