Saturday, November 17, 2018

SAMPAI BILA ROYALTI MINYAK JADI ISU POLITIK?


Selagi Kerajaan Persekutuan tidak menyelesaikan isu royalti minyak, kepada Sabah dan Sarawak, selagi isu itu menjadi isu politik.

Penulis perhatikan siapa sahaja parti pembangkang, sentiasa menggunakan isu royalti minyak menjadi bahan politik, namun apabila menjadi kerajaan, maka kenyataan "standard" Kajian perlu dijalankan... Dah berkali kajian laaaa.

Sebelum PRU-14, Parti Warisan dan parti-parti dalam PH, mengatakan jika mereka diberi mandat, 20% royalti minyak akan dilaksanakan serta merta, namun akhirnya berakhir dengan kenyataan "standard"!!!

Di Parlimen, kita cukup berterima kasih kepada para MP baik daripada Sarawak mahupun Sabah, baik yang menyokong kerajaan mahupun yang membangkang, mempunyai dana yang sama. Jika keluhan dan desakan ini, tidak diselasaikan, nampaknya, isu royalti minyak akan terus menjadi isu politik.

Akan berakhir kah? isu royalti minyak?

No comments:

Blog Archive