Latest News

Cabaran Kerjasama Umno dan Pas

Cabaran utama kerjasama Umno dan Pas, adalah pemahaman parti komponen Bn yang bukan beragama islam. Parti-parti itu telah dimomokkan oleh proganda yang dimainkan oleh Umno sekian lama berkaitan Pas yang dihubungkan dengan hukum Hudud yang merupakan perjuangan utama parti Pas.

Lebih sedekad, keculai kerjasama sementara tahun 1974, antara Umno dan Pas, Parti Umno secara terus menerus memainkan undang-undang Hudud Pas untuk mengikat rakyat bukan islam agar supaya takut dan menolak Pas.

Umno tahu, bahawa parti itu hanya mendapat sebahagian daripada undi melayu/islam, dan untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan, perlu sokongan bangsa lain yang bukan beragama islam. 

Atas tindakan berdekad lamanya, maka rakyat bukan beragama islam, benar-benar telah menerima bahawa Pas perlu ditolak, kerana hanya kerana undang-undang hudud. Para pemimpin Umno, sejak sekian lama, menggambarkan, bahawa undang-undang hudud yang diperjuangkan Pas, bukan undang-undang hudud sepertimana terkandung dalam ajaran islam, melainkan undang-undang hudud yang bakal dilaksanakan itu berasaskan pemikiran parti Pas.

Sebaik sahaja Presiden Umno menghulurkan salam persefahaman kepada Pas semasa berucap pada Perhimupunan Agung Umno pada 10 Disember, parti komponen MCA dan LDP telah menyuarakan, bahawa parti-parti itu boleh menerima Pas, dengan syarat menggugurkan perjuangan undang-undang hudud. Saranan itu, sama dengan seorang buta, yang perlu membuang tongkat, agar boleh diterima sebagai jemaah sesuatu kumpulan.

Komenter MCA dan LDP itu, terlihat sangat, bagaimana menebalnya fahaman salah berkaitan undang-undang hudud. 

Jika dilihat daripada segi politik, sebenarnya, tiada cabaran khusus yang boleh menghalang kerjasama antara Umno dan Pas, hanya cabaran itu, mengenai pengertian undang-undang Hudud yang telah ditanam oleh Umno kepada rakan-rakan parti itu dalam komponen Bn.

1 Response to "Cabaran Kerjasama Umno dan Pas"

Anonymous said...

SYUKUR ALHAMDULILLAH di atas PENYATUAN PAS-UMNO kita! Lagi MEMBARAlah si ekoq-ekoq BANGKAI BABI yg.dok MEMBIAK kat JAMBAN PENDATANG KAPIRDAJAL TERORIS-TERORIS PKRHOMO/DAPBANGKAI - yg. dpt. DANA BERJUTA termasuk dr. REJIM-REJIM PENGGANAS Barat-Zionis-Soros/ISrael-CIA-Mossad - yg. sampai nak MENGGULINGkan YAB PM BUMIPUTERA Islam/Melayu kami, UMNO/mana-mana institusi BUMIPUTERA kami dan KERAJAAN kami di NEGARA ISLAM kami ni!

Dan PEDULIkan si MCAcing BANGANG tu - MAJORITI bangsa Cina bukan undi dia pun; walau apapun UMNO/PAS buat; tapi nak BERLAGAK mcm. depalah TUAN kat BN tu dan kita ni KULI dia!

Nek Tempoyak.

Blog Archive