Saturday, November 28, 2015

Dakwaan Terhadap DS Najib-Umno Bakal Kalah Pada PRU-14

1. Setidak-tidaknya ada pengakuan daripada seorang Ketua Bahagian Umno, iaitu Datuk Salleh Tun Said, apabila beliau menulis di blog beliau semalam "Trying to bring down the party president through FABRICATED allegations affects the entire party and risks Umno getting defeated in the general election" Salleh merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap ADUN Usukan mewakili Umno serta Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah.

2. Dakwaan yang dianggap dibuat-buat adalah melalui kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa DS Najib Razak telah mencuri wang 1MDB sebanyak RM42bilion, walaupun selepas itu, mantan PM itu menukar dakwaan beliau bahawa sebahagian daripada pinjaman 1MDB telah lesap.

3. 1MDB sebuah syarikat yang ditubuhkan pada Tahun 2009 oleh DS Najib dan bertujuan sebagai syarikat pengumpul harta dalam rangka penggalakan kemasukan modal asing ke dalam negara.

4. Kemelut yang melanda 1MDB sebagai impak kepada kekurangan aliran tunai muncul pada awal tahun ini, apabila syarikat itu berdepan dengan pembayaran hutang jangka pendek. Masalah aliran tunai syarikat itu timbul apabila gagal menerbitkan IPO yang syarikat tenganya Edra Engery Global yang memperkirakan, kalau penerbitan itu berjaya, syarikat akan mendapat wang tunai sebanyak RM8bilion.

5. Sebagai syarikat GLC, iaitu milik penuh Kementerian Kewangan, maka syarikat itu meminta suntikan modal daripada kerajaan, namun permintaan itu ditolak kabinet, sebaliknya hanya memberikan standby credit sebanyak RM950juta. Melihat kepada keadaan yang berlaku dalam syarikat itu, maka dua anggota kabinet DS Najib mempergunakan peluang itu mengeritik syarikat itu, bertujuan tidak langsung mengecam Perdana Menteri, kerana diketahui bahawa PM merupakan penasihat kepada lembaga pengarah syarikat 1MDB. Perbuatan dua anggota kabinet DS Najib itu, merupakan tindakan seperti pukul anak sindir menantu.

6. Sudahlah pemimpin pembangkang khususnya Tony Pua daripada DAP dan Rafizi Ramli daripada PKR dan ditambah oleh Tun Dr Mahathir, pengelibatan dua anggota kabinet DS Najib mengecam perjalanan 1MDB, setidak-tidak mengumpul persepsi bahawa memang berlaku salahguna kuasa dalam 1MDB. Ekoran daripada itu, maka pada Mac, DS Najib mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa 1MDB. Dalam masa yang juga, beberapa agensi penguatkuasa seperti SPRM, Bank Negara, PDRM yang diketuai Peguam Negara turut memeriksa syarikat itu, atas inisiatif Tan Sri Muhiyiddin Yassin, kemudiannya gabungan beberapa agensi itu dipanggil Pasukan Khas. Bukan pasukan khas sahaja menjalankan pemeriksaan terhadap 1MDB, akan tetapi juga jawatan kuasa kira-kira dewan rakyat (PAC) yang dipengerusikan oleh Datuk Nurjazlan Mohammad Rahmat turut ikut serta memerikasa/menyiasat syarikat gergasi itu.

7. Ekoran gabungan berbagai agensi menyiasat/ memeriksa 1MDB, maka berlakulah satu pendedahan yang tidak disangka-sangka bahawa ada wang sebanyak USD681juta (atau RM2.6bilion sesuai pertukaran masa itu) telah dimasukkan ke akaun Perdana Menteri di AmBank Kuala Lumpur pada Mac 2013. Walaupun kejadian itu telah berlaku lebih dua tahun, namun hanya terdedah pada 2 Julai, apabila The Wall Street Journal, surat khabar yang diterbitkan di Amerika milik Dow Jones membuat laporan berkaitan wang tersebut. Surat khabar itu dalam laporannya siap dengan lakaran bagaimana wang sejumlah RM2.6bilion berakhir dalam akaun Perdana Menteri. Malah dalam lakaran itu, seolah-olah wang yang dimasukan ke akaun Perdana Menteri berpunca daripada 1MDB, kerana mengakitkan beberapa syarikat milik Kementerian Kewangan, di mana sebelumnya ada syarikat merupakan syarikat di bawah naungan 1MDB.

8. Pihak penguatkuasa dalam hal ini SPRM memerlukan sebulan untuk menafikan bahawa wang RM2.6bilion bukan wang yang berpunca daripada 1MDB sebaliknya daripada penderma arab yang budiman.

9. Jika sebelum pendedahan RM2.6bilion, saban hari pembangkang dan Tun Dr Mahathir mengecam DS Najib mempergunakan 1MDB termasuk mendesak PM ke-6 itu meletakkan jawatan, namun selepas sahaja wang RM2.6bilion yang merupakan "political fund" daripada pihak yang tidak mahu disebutkan namanya daripada Timur Tengah, dipergunakan oleh Tun Dr Mahathir dan barisan pembangkang. Melalui argumentasi mantan Perdana Menteri itu, beliau sama sekali tidak percaya bahawa ada pak arab yang mahu menyumbang sejumlah itu, kerana menurut pengalaman beliau selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, beliau tidak pernah mendapat sumbangan/derma bagi tujuan "political fund" daripada arab.

10. Pihak pembangkang dan Tun Dr Mahathir melihat impak atau pukulan yang mampu disumbangkan oleh wang derma RM2.6bilion lebih kuat maka kini, faktor wang RM2.6bilion secara terus meneruskan dipergunakan sebagai media/alat memburukkan imej Perdana Menteri. Sebagai contoh tindakan pembangkang, semasa pembentangan Bajet2016 pada 23 Oktober lalu, para wakil rakyat pembangkang daripada DAP, PKR dan Amanah menaikkan palakat yang bertuliskan MANA RM2.6BILION, dan seterusnya palakat seumpama itu, secara terus digunakan oleh pembangkang terutama oleh pimpinan DAP pada sebarang perjumpaan dengan rakyat termasuk kanak-kanak. 

11. Kalau melihat di laman sosial seperti facebook dan twitter, rata-rata penyokong pembangkang mempergunakan palakat MANA RM2.6BILION apabila memberi komen berkaitan DS Najib.

12. Menerima atau tidak, bahawa impak daripada wang RM2.6bilion kepada persepsi rakyat negara ini cukup kuat, kerana telah menjadi lumrah manusia, bahawa keuntungan kepada seseorang menjadi faktor penolak kepada seseorang itu. Rakyat atas pengaruh pembangkang terbeli dengan dakyah pembangkang itu, apabila pembangkang berjaya menghubungkaitkan wang derma itu dengan keadaan sara hidup rakyat yang semakin meningkat, akibat daripada beberapa tindakan kerajaan yang tidak popular seperti rasionalisasi subsidi, pertukaran sistem percukaian negara daripada SST kepada GST, selain itu, impak kepada penurunan beberapa komoditi negara seperti minyak dan minyak kepala sawit yang mendorong nilai ringgit menjunam berbanding dollar amerika.

13. Sebenarnya, rakyat tidak melihat bagaimana pencapaian DS Najib sejak tahun 2009 dalam soal-soal ekonomi negara, akan tetapi mereka lebih fokus kepada sesuatu yang kecil seperti wang RM2.6bilion, apatah lagi jika dikaitkan dengan kehidupan harian mereka.

14. AYT melihat, kerajaan di bawa kepimpinan DS Najib mencuba mengalih pandangan rakyat daripada wang RM2.6bilion, melalui berbagai tindakan, antara lain pemecatan dua pemimpin kanan Umno daripada kabinet, pemecatan pemimpin Umno daripada parti, mengubah cara persidangan Umno, selain fokus kepada tindakan-tindakan mahkamah kepada beberapa individu. Selain itu, untuk mengubah "the making news" ramai pemimpin kerajaan termasuk menteri kabinet, membuat kenyataan-kenyataan yang dianggap disengajakan, untuk mengundang kritikan rakyat, tujuannya, agar isu wang RM2.6bilion terlupakan. Namun, pembangkang telah mengantisipasi keadaan itu, mereka tetap fokus kepada faktor RM2.bilion, bertujuan menggunakan satu peluru untuk berdapan dua isu yang besar, iaitu masalah besar yang melanda pembangkang yang telah berpecah, dan pada masa yang sama mendapat mileage dengan memalitkan imej buruk kepada DS Najib dan seterusnya kerajaan.

15. Entah, apa cara yang boleh dilakukan oleh para pemimpin Umno/Bn untuk memadamkan isu RM2.6bilion, mungkin pada 3 Disember di Dewan Rakyat, apabila DS Najib menjawab isu itu, maka faktor RM2.6bilion akan selesai once and for all. Sama-sama kita tunggu.

1 comment:

Anonymous said...

Artikel BANGANG-nak-MAMPOS! Baik lu pi BERSYARAH dulu kat si madey-PEMBENCI-Bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu kami, yg, juga nak MEMECAHBELAHkan UMNO (ya, TOPENG SIALnya dah TERDEDAH akhirnya – sampai boleh MENYOKONG si PENGGANAS BerSHIT BANGKAI BABI–ejen SOROS-NED/CIA-MOSSAD)! SPRM buka balik kes Tokey-Tokey PENYAMUN-BANGKAI BABI-PENJILAT-si DIKTATOR/PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey ni – lihat di http://ibm-akusayangumno.blogspot.my/2015/10/cina-balaci-era-tun-mamak-mahathir.html , CINA BALACI ERA TUN MAMAK MAHATHIR MUNCUL DAN DESAK NAJIB UNDUR?..LU SAPA? SABTU, Posted by Ismail Bukit Mas, 03 OKTOBER 2015! Buka balik kes-disyaki-PENIPUAN 12.5 BILLION dalam kes “Port Klang Free Zone”(PKFZ) dan skandal PERWAJA Steel – semuanya berlaku di bawah si PENYAMUN-madey ni!

Dan tengok TOKEY-TOKEY PENYAMUN lain yg. juga jadi hartawan anak-beranak berBILLION masa zaman Madey; DASYATnya! Lihat di - http://theunspinners.blogspot.my/2015/10/politik-najib-dibunuh-kerana-tak.html , Politik Najib dibunuh kerana tak sambung YTL Power?, Posted by The Unspinners at 10/07/2015; di - http://wwwmegatpanjialam.blogspot.my/2015/10/mansuh-ipp-mansuh-ap-mansuh-perniagaan.html, MANSUH IPP, MANSUH AP, MANSUH PERNIAGAAN MESIN SLOT... PATUTLAH BERIA-IA DESAK NAJIB LETAK JAWATAN!!!; dan di - http://theflyingkick.blogspot.my/2015/10/bapanya-perah-duit-rakyat-malaysia.html , BAPANYA PERAH DUIT RAKYAT MALAYSIA MENERUSI KONSESI IPP, ANAK PEREMPUANNYA ANTARA 50 ORANG 'WANITA BERKUASA DI ASIA' DI SINGAPURA!!! October 13, 2015!

Semua Tokey-Tokey yg. sebenaqnya PEMUJA DAPBANGKAI BABI ni, aku syak akan DEDAHkan rahsia PEYAMUNAN/PENIPUAN-si DIKTATOR madey kalau dia tak ikut GULINGkan YAB PM kita serta LEGASI gemilang Ayahanda beliau, Almarhum YAB Tun Razak TERCINTA kita – yg. amat diBENCI oleh puak PENGGANAS PAP/DAPBANGKAI BABI!

Nek Tempoyak.

Blog Archive