Latest News

DEIG: Cara Azmin Ali Rompak Wang Rakyat Selangor

1. Dana Kerajaan Selangor yang ada dalam Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) yang berjumlah RM30bilion, tidak mudah digunakan, atas sebab syarikat GLC itu perlu mempertanggungjawabkan semua urusan kepada Dewan Undangan Negeri, lagipun melibatkan ramai pegawai termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri.

2. Untuk memudahkan pengunaan dana, maka perlu memindah aset atau wang ke dalam satu syarikat yang tidak perlu bertanggungjawab terhadap sesiapa keculai Menteri Besar. Idea itulah yang dibuat MB Azmin Ali dalam penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang hanya ditubuhkan berasaskan modal RM2.

3. Kononnya penubuhan DEIG hanya berurusan dengan pelaburan. Di sinilah kelompangan akan berlaku, kerana tiada pelaburan yang boleh menjamin keuntungan. Sebarang pelaburan terletak kepada risko, boleh untung boleh juga rugi.

4. Biasanya cara beginilah untuk mendapatkan dana, khususnya dana politik. Dana politik, biasanya melalui satu pelaburan yang nampak menguntungkan di atas kertas, namun modus operandinya, pihak yang mendapat pelaburan, akan menyumbang semaksima mungkin dana kepada parti poiltik atau individu, kerana tidak mempunyai komitmen jangka panjang, dalam perniagaan. Kalau urusan niaga itu ditakdirkan untung, maka satu bonus, namun jika gagal, semua pelaburan boleh dimasukan ke dalam nota akaun, bahawa pelaburan telah gagal dengan 1001 macam alasan.

5. DEIG hanya dikuasai oleh dua Individu yang, di mana mereka hanya berfungsi sebagai pengurus syarikat, dan hanya bertanggungjawab kepada diri mereka sendiri, kalau ada, pemegangan saham, namun bagi DEIG, tidak tersenaraipun siapa pemegang saham, kerana bentuk syarikat itu yang hanya bernilai RM2.

6. Benarlah kata Timbalan Perdana Menteri- Dato Seri Zahid Hamidi, rakyat Selangor perlu menggali dan mengorek terus berkaitan syarikat itu, kerana yang dirugikan adalah rakyat Selangor sendiri.

2 Responses to "DEIG: Cara Azmin Ali Rompak Wang Rakyat Selangor"

Orang Kampong said...

Tpm minta siasat ke akar umbi dan umunkan kpd rakyat selangor...tahniah...tp hak parti sendiri yg najib twtima awat tak suasat...mcm mcm bunyi lg ada...sudahlah zahid..engko wayang je lbh...tgu pru....lagit tinggi ke rendah....jgn tetlewat..najib wajib undor...mu zahid,sayang alif ba ta ke sayang nun alif jib...sana nnt ke soal bro...ingat budak izzuddin faham agama...

Orang Kampong said...

Tpm minta siasat ke akar umbi dan umunkan kpd rakyat selangor...tahniah...tp hak parti sendiri yg najib twtima awat tak suasat...mcm mcm bunyi lg ada...sudahlah zahid..engko wayang je lbh...tgu pru....lagit tinggi ke rendah....jgn tetlewat..najib wajib undor...mu zahid,sayang alif ba ta ke sayang nun alif jib...sana nnt ke soal bro...ingat budak izzuddin faham agama...

Blog Archive