Tuesday, September 01, 2015

Kenapa Peserta Bersih 4.0 Majoriti Kaum Cina?

1. Kaum cina akan memberontak, jika persekitaran ekonomi tidak menyebelahi kaum itu. Keadaan ekonomi Malaysia pada masa ini, walaupun pertumbuhan di atas 4 peratus, namun penurunan nilai ringgit, menjunamnya indeks Bursa saham kuala Lumpur, menurunnya harga komoditi di pasaran dunia, serta pergerakaan harga dalam negeri yang tidak terkawal, sementara pendapatan rakyat tidak berubah, merupakan faktor yang membimbangkan kaum itu, kerana kelemahan daya beli rakyat akan mempengaruhi pendapatan syarikat-syarikat yang dikuasai kaum itu.

2. Kaum cina  akan pro kerajaan yang memerintah, jika polisi kerajaan memihak kepada mereka, atas sebab itu, pada PRU-1999, walaupun dipuncak Reformasi, namun pengundi cina masih memilih Barisan Nasional, demikian juga pada PRU-2004, semua pihak termasuk kaum melayu, melihat kepada impak Tahun 1999, kerana kejayaan negara mengatasi krisis ekonomi.

3. Namun pada PRU-2008, keadaan berbeda, politik telah menguasai rakyat, sehingga pada masa itu, kaum cina berfikir, sudah tiba masanya menumbangkan kerajaan yang diterajui melayu, khususnya Umno, dan memilih kerajaan melayu yang lebih liberal melalui PKR yang diterajui Anwar Ibrahim.

4. Sentimen PRU-2008 berlarutan pada PRU-2013, namun, kaum melayu/bumiputera masih berdiri teguh di belakang barisan nasional, khususnya rakyat yang berada di luar bandar dan spra bandar.

5. Kaum melayu/bumiputera telah melihat, bahawa kaum cina mahu menguasai politik tanah air selepas menguasai ekonomi berdekad lamanya, atas sebab itulah pada perhimpunan Bersih4.0, kaum melayu yang menyertai terhad kepada kumpulan Mat Sabu dan PKR.

6. Bersih 1.0, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semuanya dimonopoli oleh ahli dan penyokong Pas, namun pada kali ini, parti pimpinan Dato Seri Hadi Awang itu, tidak menyertai himpunan tersebut.

7. Meskipun Bersih 4.0 yang membawa misi mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan, di mana sebelum perhimpunan itu diadakan ada yang beranggapan bahawa penyokong Bn akan menyertainya, namun anggapan itu meleset sekali. 

8. Bersih 4.0 hanya berjaya memancing mantan Perdana Menteri ikut sama, namun tidak disertai oleh penyokong atau ahli Umno. 

9. Nampaknya kaum melayu masih mahu mempertahankan status quo, walaupun berbagai dakwaan mengelilingi Perdana Menteri.

7 comments:

Anonymous said...

nak cari kawan biarlah waktu susah bersama jangan berkawan waktu senang saja.

Anonymous said...

Cina DAP memang x boleh dibuat kawan. Selagi menguntungkan bolehlah kawan jika sudah x menguntungkan, akan di sepak. X percaya tanyalah eks DAP Melayu macam Tengku Abd Aziz. Macam habis manis sepah dibuang gitu.

Anonymous said...

Perbetulkan otak yang senget...
cina bukan memberontak kerana ekonomi mereka sedang terhimpit... tapi ekonomi Malaysia sedang merudum, mereka terkena tempias... jika ini tidak dihentikan, maka seluruh negara akan karam.
jadi usah asyik berfikiran sehala macam budak sekolah....

Anonymous said...

Kita boleh salahkan melayu bfikiran cam ni sebab apa kurangnye cina yg sentiasa negatif apabila peminpin melayu atau BN melakukan pbaharuan ekonomi. Same je . sama2 pun mcm budak skolah sehala.

Anonymous said...

Cina kalau pandai sangat tak macam budak sekolah kau balik lah tanah cina. Bawak kau punya perniagaan sekali.

Anonymous said...

padan muko najib berlembut sngt dgn komunis..habis akta isa pon dia pegi mansuhkn demi kemahuan komunis..nasib akta hasutan dia xp hapuskan..pastu pegi tanya apa lgi cina mau...contohi lah Tun M beliau berlembut dgn cina tp bertegas dlm mempertahankn hak melayu..buknnya dok p hentam Tun M...rakyat da bijak bernilai..rakyat xbodoh

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dan dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=>>> UANG GAIB

Blog Archive