Latest News

Persepsi Menyelubungi DS Najib

1. Jika politk berasaskan persepsi, kedudukan DS Najib Razak sekarang hanya bersandarkan kepada kuasa yang ada ekoran kemenangan melalui PRU-13 Tahun 2013 lalu juga sebagai Presiden Parti yang dimenangi tanpa tanding juga pada Tahun 2013.

2. Kalaulah diambilkira berasaskan tanggapan rakyat jelata baik secara zahir mahpun melalui media sosial ataupun media digital dan cetak yang bukan milik kerajaan, telah mengakui bahawa DS Najib tidak lagi dianggap sebagai Perdana Menteri. Malah kalaulah diadakan pilihanraya umum sekarang, Umno Barisan Nasional akan ditolak mentah-mentah oleh rakyat majoriti. Kalau bercakap soal majoriti, memangpun rakyat telah menolak UBN pada PRU-13, namun kerana sistem demokrasi negara berasaskan kepada jumlah kerusi, maka UBN masih dapat membentuk kerajaan persekutuan.

3. Melihat kepada keadaan sekarang terutama suasana dalam persidangan Umno, nampaknya DS Najib merupakan sasaran utama dan dianggap sebagai individu yang bakal menjahanamkan UBN. Jika pada PRU-13 lalu, keadaan dalam Umno masih utuh dan kompak, pun demikain, UBN kehilangan undi popular, malah beberapa calon Umno yang merupakan anggota kabinet turut tewas, tidak dapat dibayangkan keadaan sekarang jika berlanjutan sehingga PRU-14.

4. Pada PRU-13, semua pemimpin Umno bersatu dan bergerak sebagai satu pasukan, malah turut dibantu oleh Mantan Perdana Menteri- namun pada keadaan sekarang kekuatan Umno sudah goyang kerana pertentengan antara pemimpin Umno sudah berlaku, malah Tun Dr Mahathir merupakan penentang kuat kepada kepimpinan DS Najib.

5. Pada PRU-13, belum timbul desakan meminta DS Najib meletakkan jawatan, belum memuncak kemelut 1MDB, belum timbul wang RM2.6bilion, belum timbul pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Shafie Apdal daripada kabinet, belum muncul campur tangan kerajaan pada agensi kerajaan seperti Jabatan Peguam Negara, SPRM dan Bank Negara, kini telah berlaku, dan semua itu mengumpul persepsi negatif kepada Perdana Menteri dan kerajaan.

6. Bercelaru dan simpang siur berkaitan kemelut 1MDB, walaupun cuba dijelaskan oleh Pengurusan milik Kementerian Kewaangan tersebut, namun ianya tidak mencukupi malah kemelut 1MDB merupakan isu hangat dalam persidangan Umno baik induk, wanita, pemuda mahupun puteri. Malah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamluddin akan bertemu Presiden membawa usul pemuda berkaitan 1MDB dan wang RM2.6bilion.

7. Sementara kemelut 1MDB belum selesai kerana tindakan-tindakan tidak polular kerajaan termasuk pemecatan Peguam Negara, pemansuhan Petugas Khas penyiasat 1MDB, penangkapan dan soal siasat terhadap anggota SPRM yang menyiasat 1MDB dan akaun peribadi Perdana Menteri, serta pertukaran beberapa pegawai kerajaan yang terkait dengan siasatan, timbul pula persoalan besar berkaitan dengan wang RM2.6bilion yang dimasukan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

8. Walaupun pada awalnya apabila The Wall Street Jounal membuat laporan berkaitan wang USD700juta (RM2.6bilion) dimasukan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank cuba dinafikan, namun kenyataan SPRM mengsahkan bahawa memang wang sebanyak itu dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, menjadikan ramai rakyat terpinga-pinga. Ekoran pengesahan SPRM tersebut, maka para pemimpin yang menyokong Perdana Menteri cuba mencari berbagai jawapan dan penjelasan untuk menjustifikasikan berkenaan wang tersebut.

9. Berbagai jawapan diberikan antara lain, adalah lebih selamat jika derma kepada parti dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri, derma tersebut bagi mengimbangi tajaan yahudi kepada DAP, derma tersebut bagi melawan ISIS dan mempertahankan mahazab suni melawan syiah di Malaysia.

10. Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Zahid membuat pengakuan bahawa beliau bertemu dengan wakil penderma, Setiausaha agung Umno- Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui bahawa beliau dan Bendahari Parti Datuk Ahmad Husni Hanadzlah mengetuai berkenaan wang tersebut, namun semua pengakuan berlaku selepas sebulan pendedahan berkaitan dengan wang RM2.6bilion.

11. Mengapakah terlalu lambat memberi reaksi? malah peguam Perdana Menteri mencuba berlakon untuk menyaman WSJ kerana laporan 2 Julai. Kemudian berlaku tindakan-tindakan drastik, seolah-olah ada sesuatu tidak betul berlaku. Inilah persepsi rakyat kini. Apatah lagi kenyataan seorang menteri bersetuju dengan tindakan drastik kerajaan di mana pengakuan tersebut seolah-olah mengarah kepada menghalang kepada suatu siastan. Tindakan serupa itu pernah mensabitkan Mantan TPM Anwar Ibrahim sehingga dimasukan ke dalam penjara selama 6 tahun.

12. Pada masa ini, apapun cubaan para pemimpin bagi menangkis 1MDB dan RM2.bilion hanya membawa kepada banyak persoalan daripada jawapan. Kunci kepada semua ini, hanya terletak kepada Perdana Menteri untuk merinci termasuk bersumpah dengan nama Allah. Bersumpah dengan menggunakan Allah apakah akan diterima rakyat, kita hanya berserah kepada Allah SWT.

3 Responses to "Persepsi Menyelubungi DS Najib"

Rahim Satria said...

Tak usah diharap.
Usah di risau.
PRU ESOK BN pasti ranap.
Masa tu baru nak melalau

Anonymous said...

Sayang sekali parti orang melayu di terajui penyamun bugis..melayu juga yg rugi..

Anonymous said...

Sudah terhantuk baru terngadah. Agak sukar untuk memahami sikap bangsa kita masakini yang menolak jatidiri untuk sesuatu kebenaran. Istilah gila kuasa dan gila pangkat jika bertunjang dihati, maka akan punahlah maruah apabila nafsu semakin sukar dibendung. Nafsu semasa untuk berkuasa cakap lain berbanding setelah kuasa ada ditangan.Seseorang yang tersepit asyik membina persepsi mengelak adalah pengkhayal yang suka syok sendiri.

Blog Archive