Latest News

Kini Ada Dua Status Timbalan Perdana Menteri Dan Timbalan Presiden Umno

1. Bagi mereka yang bukan ahli Umno, maka keutamaan sokongan adalah kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Bagi ahli Umno pula keutamaan sokongan kepada Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Timbalan Presiden Umno.

2. Jika sebelum ini, apabila bercakap keutamaan sokongan adalah kepada Perdana Menteri dan Timbalannya, maka ianya juga bermaksud menyokong Presiden Parti dan Timbalannya.

3. Bermula pada 28 Julai, sebutan pada para 2 itu telah berubah kepada para 1.

4. Jika Umno bermesyuarat, maka bunyi kenyataan " KAMI MENYOKONG PRESIDEN DAN TIMBALAN PRESIDEN" Jika kerajaan bermesyuarat 'KAMI MENYOKONG PERDANA MENTERI DAN TIMBALANNYA".

5. Untuk kali pertama Timbalan Presiden Umno bukan lagi nombor dua dalam kerajaan atas kehendak Perdana Menteri dan Presiden Umno, walaupun sebelum ini telah berlaku, menerusi Tun Musa Hitam (bukan kehendak Perdana Menteri/Presiden Umno), Tun Abdul Ghafar Baba (bukan kehendak Perdana Menteri/Presiden Umno), Anwar Ibrahim (kerana dipecat bagi kedua-dua jawatan atas kehendak kerajaan dan parti).

6. Perubahan pendekatan yang dilakukan Perdana Menteri/Presiden Umno pada 28 Julai, memberi mesej, bahawa tidak selamanya nombor dua parti Umno juga sebagai nombor dua dalam kerajaan. Mungkin satu hari, pemimpin komponen Bn akan dilantik sebagai nombor dua dalam kerajaan, melihat kepada tindakan DS Najib pada selasa yang lalu.

2 Responses to "Kini Ada Dua Status Timbalan Perdana Menteri Dan Timbalan Presiden Umno"

Anonymous said...

Kalo ikut kamus nek tempoyak lahanat/puaka.. 'kami tunduk, patuh, taat walaupun lembu pakai skirt dilantik jadi menteri oleh ah jib gor the bapok warrior...ahaks

Anonymous said...

Jika keadaan sekarang adalah lebih baik dari sebelumnya, mengapa harus dipertikaikan. Afterall tiada ungang2 yg melarang keadaan seperti di atas itu dilaksanakan. Think positif bahawa setiap perubahan itu ada baiknya.

Blog Archive