Latest News

Kemelut 1MDB- Siapa Bakal Terperangkap?

1. Mengapa rakyat begitu terpengaruh berkaitan 1MDB? Mengapa tiba-tiba ramai sangat rakyat mahu tahu berkaitan syarikat itu? Mengapa ramai sangat pemimpin terutama pembangkang gemar sangat bercakap soal syarikat tersebut? Sehingga mereka itu semua menjadikan syarikat tersebut sebagai asas mendesak Dato Seri Najib Razak untuk meletakkan jawatan?.

2. Dakwaan utama pembangkang termasuk Tun Dr Mahathir, kononnya sebahagian pinjaman RM42 bilion itu telah lesap. Pertanyaan berkaitan pinjaman terus bertubi-tubi, walaupun diberikan jawapan, namun, jawapan yang diberikan tidak diyakni, sebab mereka yang bertanya mahu melihat wang RM42 bilion mesti ditumpuk di atas meja.

3. Pihak yang bertanggungjawab berkaitan syarikat itu, kini terdesak memberikan jawapan, walaupun mereka tahu, bahawa jawapan-jawapan itu tidak akan memuaskan yang bertanya, sebabnya, bukan itu tujuan mereka, tujuan mereka, adalah Najib mesti letak jawatan.

4. Persepsi dibina agar 1MDB adalah penyebab Malaysia akan hancur, 1MDB penyebab wang rakyat akan hilang, sedangkan pada hakekatnya, tiada wang rakyat terlibat, keculai pinjaman syarikat itu berjumlah RM970 juta dan modal permulaan RM1juta.

5. Mereka yang tidak suka kepada syarikat tersebut, mempersoalkan, mengapa kerajaan menjual prime land seperti TRX dan tanah bekas Lapangan Terbang Sungai Besi kepada 1MDB pada harga antara RM64-RM90 satu kaki persegi?

6. Atas sebab pertanyaan yang bertali arus, manakala jawapan-jawapan yang diberi tidak juga diterima, pemimpin yang punya idea tersebut tidak lain Perdana Menteri sendiri, pada 4 Mac telah mengarahkan Ketua Audit Negara agar mengaudit syarikat tersebut, kemudian laporan itu diserahkan kepada Public Account Committee (PAC) Dewan rakyat. Juga pada masa yang sama, PAC juga mengumumkan akan mengaudit sendiri syarikat tersebut.

7. Dalam perkembangan yang sama, atas sebab Laporan Audit lambat disiapkan, PAC bermula pada 19 Mei memulakan sendiri pengauditan mereka. Tindakan PAC itu, dikatakan berimpak positif kepada DS Najib, kerana temuan ahli jawatan kuasa itu, bakal menyatakan fakta benar, atas sebab 7 daripada 12 anggota adalah penentang Perdana Menteri, manakala yang 5 lagi dikatakan berkecuali.

8. Walaupun PAC telah bertindak awal, manakala Ketua Audit Negara sedang menyiapkan laporan, namun mereka yang mempunyai motif negatif terhadap syarikat tersebut, saban hari mengeluarkan berbagai kenyataan, inipatinya, mahu melihat di mana wang RM42 bilion yang dipinjam syarikat tersebut. Mereka tidak berminat dengan laporan syarikat tersebut, di mana asset terkumpul setakat 31 Mac 2014 berjumlah RM51.4 bilion, daripada jumlah asset tersebut RM 19.5 bilion asset mudah cair dan RM31.9 bilion asset bukan tunai.

9. Pertanyaan mereka berlegar-legar, bahawa hanya kurang daripada RM20bilion digunakan untuk membeli asset, kemana pula RM22 bilion?? Angka sebesar itulah sehingga kini menjadi persoalan besar yang mengelilingi syarikat tersebut. AYT sendiri, sejak sekian lama mengikuti kemelut 1MDB, tidak dapat gambaran sebenar, kemana wang RM22 bilion? Apa kah selama hampir 6 tahun, perbelanjaan mengurus syarikat tersebut memerlukan sejumlah itu? Pokoknya, wang tersebut tidak lagi berada dalam akaun syarikat tersebut, sebabnya sejak suku akhir tahun 2014, syarikat itu kekeringan aliran tunai. Sebagai bukti, bahawa syarikat tersebut kekeringan wang tunai, apabila terpaksa meminjam RM2bilion daripada Ananda Krishnan, mendapat suntikan RM970 juta daripada kerajaan, terpaksa menjual 1.6 ekar tanah TRX kepada TH Property kemudian mendapat suntikan model daripada IPIC sebanyak USD1bilion untuk membayar hutang kepada kosortium perbankan antarabangsa bernilai USD975 pada Ogos ini.

10. Apapun angka jumlah pinjaman yang dikatakan sukar untuk dijelaskan, pihak Ketua Audit negara dan PAC akan merungkai kemana wang tersebut? kerana wang yang dipinjam tersebut tidak boleh dicerminkan melalui asset syarikat tersebut, kerana asset tersebut diasaskan kepada penilaian terkini bukannya berasaskan kepada Par Value.

11.Berasaskan kepada keadaan itulah, ada pemimpin Umno memberi kenyataan, bahawa kemelut 1MDB telah menjadi toksik kepada Umno, malah apabila ada yang menyarankan bahawa Kabinet DS Najib perlu bertanggungjawab sama, namun ada yang menyanggah saranan itu, kerana menurut mereka, mereka tidak tahu menahu berkaitan operasi syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut. Ekoran daripada sanggahan tersebut, maka timbullah percanggahan antara anggota kabinet, kerana ada yang mengatakan bahawa kabinet sebenarnya telah diberikan “fact sheet” berkaitan syarikat tersebut. Fact Sheet, pada kebiasaannya mengandungi perician berkaitan jumlah asset, liabiliti serta aliran tunai.

12. Apa yang menarik dengan timbulnya kemelut 1MDB, DS Najib mengetahui, siapa-siapa dalam kabinet beliau yang menyokong beliau, dan siapa yang bukan.

13. Oleh kerana liputan yang begitu negatif terhadap 1MDB, semalam Menteri Kewangan ke-2 Dato Ahmad Husni Hanadzlah telah mengemukkan rasionalisasi syarikat bermasalah tersebut, termasuk pembubarannya pada awal Tahun 2016. Syarikat tersebut akan dipecahkan kepada tiga entiti yang berasingan-iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat berasaskan pengeluar tenaga-Edra.

14. Masalah utama yang didepani syarikat itu kearah pembubaran adalah berkaitan dengan hutang. Namun, langkah-langkah sedang diambil untuk mengurangkan hutang syarikat tersebut.

15. Dalam rangka mengurangkankan hutang, syarikat tersebut telah mengikat perjanjian dengan IPIC serta anak syarikatnya Aabar di mana syarikat daripada Timur Tengah tersebut akan mengambil alih asset 1MDB yang tersimpan di BSI Singapura dan asset-aset lain, yang berjumlah RM16 bilion. Dengan adanya ikatan tersebut, sekurang-kurangnya telah merungkai kemelut yang menyelubungi aset yang berbentuk “unit” yang disimpan di BSI Singapura di mana sebelum ini telah diambil daripada Pulau Cayman yang mempunyai nilai USD1.103 bilion.

16. Kemelut 1MDB, jikapun dapat diselesaikan, namun yang pasti ada yang terperangkap. Siapa kah yang bakal terperangkap? Apa kah sipendakwa? atau yang terdakwa? kerana setakat ini, fakta berkaitan syarikat itu masih bersimpang siur, seolah-olah satu permainan.

8 Responses to "Kemelut 1MDB- Siapa Bakal Terperangkap?"

Anonymous said...

1.Sebenar kesilapan terletak pada MOF kerana bersikap tidak jujur apabila mula menepis isu 1MDB yang dibangkitkan oleh pembangkang,The Edge dan SR.
2. Blogger pro Umno yang tidak tahu hujung pangkal mempatahankan 1MDB secara buta tuli.
3. Sekiranya YTS mengutip jawapan bermula dari jawapan Ahmad Maslan tentang jaminan kerajaan terhadap hutang 1MDB selepas itu pula blogger Tun Faisal cuba mengaitkan 1MDB sebagai syarikat liabiliti terhad menunjukkan kurang kefahaman mereka mengenai tata urus syarikat
4. Saya tidak salah anggota kabinet apabila mereka menyatakan bahawa tidak faham tentang IMDB keransa menteri MOF sendiri tidak pasti apakah yang dengan tunai ,asset mudah cair dan unit pelaburan. Siapakah menteri yang memberi penerangan tentang 1MDB kepada jemaah menteri.
5. Dengan pengakuan terbaru bahawa 1MDB merupakan syarikat bermasalah memperjelaskan pembohongan terdahulu bahawa 1MDB sebuah syarikat yang mantap.
6. Rakyat amat takut kerana jelas kerajaan tidak bercakap benar dan jangan bloggers terus menghukum orang yang ingin bertanya kerana kesalahan bermula apabila Menteri MOF tidak bercakap benar dan bloggers pro Umno menyokong kepalsuan.

Anonymous said...

Aku yakin yg akan terperangkap ialah Mahathir,sekarang pun nama Mahathir dah mula membusuk.Beliau pun dah mula melompat ke sana ,melompat ke sini mencari poin 'baru' utk menembak musuhnya,walau pun akhirnya yg itu-itu juga di cakapnya,sekadarkan dia dah kehilangan modal atau kehilangan ingatan.Bagi beliau poin yg bernas ialah apa yg keluar dari mulut Pakatan,jadi itulah yg terpaksa di ulangnya.Dulu ada beberpa orang 'pemimpin' yg nampak cuba menyokong beliau,sekarang mereka semua sudah mula menyepi,bila menyedari ada sesuatu yg tak kena dgn gerak geri dan tuturkata Mahahtir,tambah pula kedudukan 1MDB sudah kian jelas,sementara PM Najib pula bersikap lebih keras dari apa yg di sangka.Kes lama Mahathir juga mula di ungkit kembali,tak kena dgn gayanya,PM Najib boleh kerahkan BNM dan Petronas di sisat berkaitan dgn forex trading dan bailout syarikat kapal anak dia dan banyak lagi yg boleh di selak ,kalau mahu.Kalau PM Najib nak buat itu tak ada siapa boleh halang.Penyokong Mahathir mungkin kata tak ada bukti,tapi jangan mencari,ramai benar orang yg tahu kebenaran ini semua ,yg tak di ketahui oleh penykong Mahathir.Tunggulah.

Anonymous said...

Anon 31 May 2015 at 00:11, apahal pula Tun Dr Mahathir nak terperangkap? Tun Dr. Mahathir tak ada kaitan dengan 1MDB ini.

Minta Bank Negara serta Suruhanjaya Sekuriti untuk siasat bagaimana 1MDB boleh mendapat hutang sebanyak 42 ribu kali ganda dari jumlah modal, kemudian apakah itu semua mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia serta Kabinet Malaysia, serta apakah justifikasinya, ini sahaja pun Najib dah terlentang dan terbongkang.

Kalau ditambah dengan siasatan oleh Audit Negara dan SPRM serta Jabatan Penilaian Harta mengenadi penjualan tanah di TRX dan di Sungai Besi itu, mau boleh tersungkur Najib dibuatnya.

Dalam dua isu sahaja dah menjelaskan penyelewengan, salah laku, salah guna kuasa serta penipuan yang dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

Dalam kes yang dituduhkan kepada Tun Dr. Mahathir itu, Tun Dr. Mahathir dah cabar supaya kalau nak siasat, siasatlah, sebab Tun Dr. Mahathir dah ada jawapan mengenai semua perkara itu, bukannya macam Najib, nak menipu hingga diri sendiri terperangkap dalam penipuan sendiri.

Malahan macam Speaker Parlimen, pasal apa tak ambil tindakan terhadap Najib yang mengemukakan maklumat palsu dalam sidang Parlimen, ini namanya pilih kasih, bersekongkol, sebab dah dapat habuan perabot baharu, tandas baharu, ubah suai pejabat serta kenaikan elaun. Patutnya dengan Speaker ni pun ditangkap sekali.

Anonymous said...

anon 11.23

Takut-takut Najib dia minta AG dan PAC buat siasatan,tapi masa Mahahtir berkuasa dulu dia tak pernah buat macam tu,sedangkan smua institusi yg bertugas utk cari menyasat semunaya di bawah kawalan dia,hinggakan hakim pun ada 'korek,korek,korek...' punya hal.Sekurang-kurangnya sekarang PAC di anggotai oleh parti pembangkang,AG bebas dan SPRM di bawah suruhanjaya,dan Najib berani suruh mereka siasat.Kalaulah Najib arah SPRM siasat pasa. forex BNM dan bailout syarikat kapal ,memang Mahahtir tercungap.Pendedahan Dr Rosli Akop bekas pegawai BNM dan affidevit TR(ini orang Mahathir sendiri)banyak meberi petanda ,memang ada kes.

Anonymous said...

Anon 31 May 2015 at 11:48, Tun Dr.Mahathir dah kata, kalau nak siasat dia, nak korek segala apa yang berlaku di masa dia jadi Perdana Menteri, buatlah, dia tak kisah, kerana Tun Dr. Mahathir tahu dan punya jawapan terhadap apa yang berlaku.

Malahan rakyat juga tahu, sebab itulah rakyat berikan sokongan penuh kepada Tun Dr. Mahathir semasa dia jadi Perdana Menteri sebelum ini.

Malahan Tun Dr. Mahathir juga mengajak Najib untuk berdialog secara terbuka, buat dalam RTM pun tak apa, malahan Tun Dr.Mahathir mencabar Najib supaya memberikan ruang kepadanya untuk memberikan penerangan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengenai isu ini, tetapi Najib takut untuk menyahut apa yang diutarakan itu kerana Najib tahu di di pihak yang tak betul, dia takut jika Tun Dr. Mahathir dapat ruang untuk semua itu, maka segala kemungkaran Najib akan terbongkar, Tun Dr. Mahathir tak dapat ruang itu lagi pun dah banyak kemungkaran Najib dah terbongkar, sebab itu Najib takut sangat.

Lihatlah makin banyak Najib nak burukkan Tun Dr. Mahathir gunakan orang itu dan ini, makin banyak kemungkaran Najib yang terbongkar, menggunakan cara jahat untuk ainaya orang memang tak berkat.

Kerana zaman Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu, dia memang bijak dalam struktur ekonomi, kerana penasihat di sekelilingnya orang yang boleh dipercayai dan tahu buat kerja, macam Tun Daim Zainuddin dan ramai lagi, sebab itulah masa krisis ekonomi awal tahun 1980an, lewat 1980an, serta krisis matawang tahun 1997-98, kerajaan berjaya mengatasi kemelut itu, kerana di samping penasihat yang berkualiti, Tun Dr. Mahathir mendapat sokongan banyak pihak, malahan pihak swasta juga turut membantu, macam Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajudin Ramli, mereka banyak membantu Tun Dr. Mahathir dan kerajaan dalam mengatasi krisis ekonomi, tetapi naik sahaja Pak Lah, mereka ini telah dibiarkan terkontang kanting hingga syarikat mereka dilelong oleh Danaharta.

Orang yang hidup masa itu tahulah apa yang berlaku, orang yang tak tahu, hanya mendengar cerita, lepas tu gunakan untuk burukkan Tun Dr. Mahathir, dia mana tau apa, hanya dengar cerita, malahan kalau cerita itu dari Shahrir Samad, Zamil KITA atau dari Tunku Abdul Aziz bekas Naib Presiden DAP, maka cerita palsu sahajalah yang korang dapat.

Anonymous said...

Pembetulan:

Tunku Abdul Aziz itu bekas Naib Pengerusi DAP.

Anonymous said...

Nak pusing ke nak angkat macam mana pun, kapal sauh bugis nih dah nak karam!

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Blog Archive