Sunday, May 31, 2015

1MDB: Ada Salah Guna Kuasa Kah?

1. Mari tengok seksyen 17 M&A 1MDB. Dalam seksyen tersebut, sebarang tindakan syarikat yang berkaitan dengan pelaburan, penstrukturan, perlantikan CEO dan pinjaman perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Penasihat Lembaga Pengarah. Penasihat Lembaga Pengarah syarikat tersebut adalah Perdana Menteri.

2. Kini, berbagai pihak, khususnya yang mempergunakan 1MDB sebagai asas menumbangkan DS Najib sebagai Perdana Menteri mempergunakan seksyen dalam M&A syarikat tersebut.

3. 1MDB yang ditubuhkan pada Februari 2009, dalam tempoh 5 tahun telah mengumpul hutang RM42 bilion, 42 ribu kali berbanding modal asal RM1juta.

4. Melalui hutang tersebut, 1MDB mampu mengumpul aset sejumlah RM51.4 bilion, di mana RM19.5 aset mudah cair dan RM31.9 aset harta.

5. Aset  harta syarikat tersebut termasuklah tanah TRX, Tanah Bandar Malaysia, Tanah 94.69 hektar di Pulau Pinang, 13 IPP dan satu kemudahan penyulingan yang tersebar di 5 negara.

6. Dikatakan pembelian semua harta tersebut 1MDB membelanjakan hampir RM20bilion.

7. Selepas 5 tahun operasi syarikat tersebut, akhirnya berdepan masalah aliran tunai bagi membayar obligasi jangka pendek. Sesuatu di luar perkiraan lembaga pengarah dan pengurusan.

8. Di atas kertas, untuk mendapatkan aliran tunai, maka diterbitkan IPO yang dijangka terbitan tersebut boleh menghasilkan lebih RM8bilion tunai, namun rancangan itu tidak menjadi. 

9. Oleh kerana terbitan IPO tidak menjadi, maka timbullah masalah besar bagi syarikat tersebut.

10. Demi menyelamatkan keadaan, 1MDB terpaksa meminta bantuan RM2bilion daripada pihak ketiga, meminta tambahan modal daripada kerajaan RM970 juta, walaupun dikatakan berbentuk pinjaman.

11. Selain itu, penjualan tanah TRX kepada TH Property dan ikatan dengan IPIC Abu Dhabi yang menyalurkan USD1bilion. 

12. Tujuan mendapatkan aliran tunai tersebut, hanya semata-mata untuk membayar hutang syarikat yang telah matang.

13.Dikatakan juga, melalui berbagai ikatan dengan syarikat pihak ketiga termasuk IPIC, 1MDB akan mampu membayar hutang sehingga RM16bilion.

14. Hutang terakru yang berjumlah RM22 bilion, setidaknya RM4 bilion telah dibayar lunas, dan baki RM18 bilion, RM16 bilion bakal dibayar setidak-tidaknya bermula bulan jun depan.Selepas itu, hanya kira-kira RM2 bilion, pinjaman yang diperdebatkan, perlu dirungkai oleh Ketua Audit Negara dan PAC Dewan Rakyat.

15. Pada Jumaat, kabinet telah menerima rancangan rasionalisasi 1MDB termasuk pembubaran syarikat tersebut awal Tahun 2016. Melalui rasionalisasi tersebut, 1MDB dipecah menjadi tiga syarikat yang berdiri sendiri, iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat Tenaga-Edra.

16. Kini, perungkaian kemelut 1MDB semakin cerah, namun dipihak-pihak yang anti Najib, mengetengahkan pula isu SALAH GUNA KUASA dalam syarikat tersebut, dengan mengungkit seksyen 117 M&A Syarikat tersebut.

17. Di media sosial, portal-portal pembangkang, sejak seminggu lalu hingga kini, terus menguar-uarkan berkaitan seksyen tersebut. 

18. Hanya melalui laporan Ketua Audit Negara dan PAC sahaja boleh merungkai, apa kah terdapatnya salah guna kuasa khususnya daripada penasihat Lembaga Pengarah syarikat tersebut.

19. Bagi penentang Najib, dan mereka yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan, tidak sabar-sabar dan terus memutar belit semua isu, dan tidak sanggup menunggu laporan AG dan PAC.

20. Nampak gayanya, mereka yang mahu Najib meletakkan jawatan, sudah memberi hukuman awal kepada Perdana Menteri tersebut sebagai orang yang bersalah , sebelum sesuatu kebenaran dapat rungkai.

8 comments:

Abu Bakar said...

Memang ada salah guna kuasa, kalau tidak mana mungkin wang dana awam seperti Tabung Haji, KWAP, KWSP, dan sebagainya digunakan untuk bail out 1MDB.

Selain itu, penjualan tanah di TRX dan Sungai Besi dan pembelian plot tanah di TRX oleh dengan harga lebih 60 kali ganda dari harga belian oleh 1MDB dari pihak kerajaan, juak-juak Najib menyamakan pembelian tapak KLCC oleh Petronas dari syarikat Ananda Krishan.

Hakikatnya Tabung Haji hanya membeli tanah sahaja dari 1MDB dengan harga yang lebih 60 kali ganda dari harga asal yang diperoleh oleh 1MDB dari pihak kerajaan.

Berbeza dengan perolehan tapak KLCC oleh Petronas, kerana Petronas bukannya membeli tanah itu sahaja, malahan sebenarnya Petronas membeli syarikat milik Ananda Krishnan iaitu KLCC Properties beserta aset-aset KLCC Properties termasuk tanah tapak KLCC itu sendiri.

Para juak-juak Najib nak spin isu ini, tetapi rakyat dah tahu, mereka nak burukkan Tun Dr. Mahathir, tetapi terbongkar pula rahsia buruk mereka itu.

Malahan perolehan hutang sebanyak 42 ribu kali ganda dari jumlah modal, apakah mendapat kelulusan dari jemaah kabinet? Apakah mendapat kelulusan dari Bank Negara?

Kemudian USD 1.103 bilion dari tunai kemudian bertukar kepada aset, lepas tu berubah kepada unit, siap membohong dalam sidang parlimen lagi, itu adalah perbuatan yang sangat terkutuk, menipu dalam sidang perlimen, tapi Speaker dah kena 'beli' dengan perabot baharu, tandas baharu dan ubah suai pejabat mengikut kehendak hati hanya membiarkan pembohongan ini begitu sahaja.

Malahan jualan tanah di TRX dan di Sungai Besi oleh kerajaan kepada 1MDB, menyebabkan kerajaan rugi berbilion ringgit, malahan wang berbilion ringgit itu patutnya digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan infrastruktur demi kesejahteraan rakyat, tapi dilingkupkan begitu sahaja.

Apakah kita boleh membiarkan semua ini begitu sahaja? Kemungkaran di depan mata, nak dibiarkan dan dibesarkan lagikah kemungkaran itu? Apapkah kita boleh diam, bila negara sedang diambang kehancuran sebegini?

Ingatlah dengan keadaan 1MDB ini, Malaysia berhadapan dengan keadaan yang menimpa Greece beberapa tahun yang lalu dan hingga kini tenat dan bergelut untuk memulihkan ekonomi mereka yang begitu teruk sekarang ini. Semuanya terjadi macam apa yang berlaku seperti isu 1MDB ini, bila hutang terlalu banyak, tidak terkawal, tak mampu nak bayar balik, maka akhirnya ekonomi negara akan lingkup, rakyat akan sengsara, ini yang mahu kita elakkan.

Najib perlu meletak jawatan, jika enggan maka UMNO perlu memecat Najib, malahan ahli parlimen Barisan Nasional perlu membuat usul dan undi tidak percaya bagi memecat Najib dari jawatan Perdana Menteri. Takkan kita nak biarkan nafsu serakah seorang manusia melingkupkan negara ini, melingkupkan Barisan Nasional, melingkupkan UMNO, apakh kita sanggup membiarkan itu semua?

Saya tak sanggup dengan keadaan itu, biarlah Najib menerima pembalasannya, jangan pula UMNO dan Barisan Nasional jadi mangsa, kerana UMNO dan Barisan Nasional bukanlah harta milik Najib untuk dipelingkupkan sesuka hati, UMNO dan Barisan Nasional adalah wadah rakyat untuk Malaysia yang maju dan berjaya, mempertahankan kekuasaan UMNO dan Barisan Nasional adalah lebih penting daripada membiarkan nafsu serakah manusia pengkhianat seperti Najib ini.

Sedarlah semua.

Anonymous said...

... sebelah mananya yang kata ia melanggar undang-undang?.. sebelah mananya pula boleh menyebabkan Najib perlu letak jawatan?, cuba tunggu dulu laporan & siasatan PAC,bukan cuma dengan mencongak ikut sedap sendiri... bukankah ada Mahkamah untuk menyelesaikan perkara seperti ini, itu pun jika ada kes dan 'preceedence'... setakat ini 'preceedence' yang ada menyatakan sebaliknya, bila Malaysia rugi berbilion2 suatu ketika dulu ada sesiapa yang kena letak jawatan?... ada sesiapa yang kena dakwa.... balik-balik salahkan Soros, yang sendiri bodoh siapa yang suruh?... jika ada sesiapa yang kata masa depan tiada sesiapa yang tahu, habis tu, ada sesiapa tahu yang 1MDB akan jadi seperti sekarang 5-6 tahun dahulu?... itu pun belum ada bukti yang menunjukkan ianya rugi atau berlaku pecah amanah yang boleh disabitkan... balik-balik cerita 'bail out'... hehehe.. siapa lah agaknya guru 'bail out' tu..

Anonymous said...

Anon 31 May 2015 at 18:16, masalah bukan setakat bail out, tetapi USD 1.103 bilion yang dari tunai bertukar ke aset, lepas tu ke unit, dan entah aset jadah apa,entah unit mangkuk apa pun tak tahulah, bila ditanya, hanya dijawab just unit, what unit?

Dalam isu siasatan oleh PAC, pasal apa Arul Kanda boleh segera berjumpa dengan Shahrir Samad sedangkan dia kata dia sedang di luar negara dan tak boleh jumpa dan beri keterangan kepada PAC?

Mahkamah jadah apa, laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin bin Abu Hassan mengenai penyelewengan di dalam 1MDB, malahan penipuan Najib di parlimen, apa yang PDRM dan Speaker Parlimen buat? Mereka hanya membiarkan sahaja kerosakan dalam 1MDB makin membarah, kerana mereka dijanjikan dan diberikan habuan tertentu, dah terbukti pada Speaker Parlimen, diberikan perabot baharu, tandas baharu, ubah suai pejabat mengikut kehendak sendiri, maka jadi bangang sampai membiarkan perbuatan Najib menipu parlimen begitu sahaja, patutnya Najib dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parlimen, kerana menipu dalam parlimen adalah sesuatu yang sangat berat kesalahannya, tapi kerana tandas baharu, perabot baharu, ubah suai pejabat ikut kehendak sendiri, semuanya boleh lempar ke tepi begitu sahajalah.

Memang ada kerugian semasa Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri dahulu, antaranya adalah pelaburan dalam pasaran timah di London Metal Exhange, tetapi tahukah yang menuduh itu bahawa tujuan kerajaan memasuki pelaburan itu adalah untuk menstabilkan harga timah yang merudum ketika itu? Ini tidak pula pecacai Najib hebohkan pula.

Malahan kejayaan Malaysia memperolehi Guthrie Limited dari pihak British, itu adalah kejayaan yang sangat besar kepada pihak negara, tapi ada pecacai Najib bincangkan perkara ini?

Kerugian di zaman Tun Dr.Mahathir adalah bersebab dan rakyat tahu sebabnya, dan adalah disebabkan untuk melindungi kepentingan negara.

Kerajaan Malaysia zaman Tun Dr. Mahathir ada ke pinjam sampai berpuluh bilion ringgit dan kerajaan menjadi penjamin untuk mana-mana GLC? Tak ada, jadi 1MDB meminjam berpuluh bilion ringgit, kemudian kerajaan jadi penjamin, jadah apa pula ini? Kau tak faham ke, kalau peminjam tak mampu bayar, maka penjamin yang kena bayar, dalam konteks ini, hutang 1MDB akan menggunakan wang kerajaan, wang perbendaharaan Malaysia yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat, tetapi dirampas dan digunakan untuk bayar hutang 1MDB jika 1MDB tak mampu bayar hutangnya itu. Melihat keadaan sekarang, mampu ke 1MDB nak bayar hutangnya, malahan hutang 1MDB dengan kerajaan hampir RM 1 bilion itu apa cerita, kerajaan kena lupuskan macam itu sahajalah, sudahlah kena bayar kepada bank asing, lepas tu hutang 1MDB dengan kerajaan lingkup macam itu sahaja.

Kalau betul tak ada bukti pecah amanah, pasal apa Arul Kanda elakkan diri dari disoal siasat oleh PAC, jumpa Shahrir Samad boleh pula keesokkan harinya itu.

Bersambung...................

Anonymous said...

Sambungan.............

Malahan macam mana tunai boleh jadi aset lepas tu bertukar ke unit, aset jadah apa pun tak tahulah, unit menatang apa pun tak tahulah, boleh jelaskan?

Dalam isu krisis kewangan 1997-98, kerajaan mampu tangani dengan baik dalam tempoh yang singkat, tapi 1MDB ini dalam tempoh yang singkat mencetuskan krisis ekonomi kepada negara pula, itu bezanya cara berkualiti Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri dengan cara sampah dan longkang Najib melingkupkan negara ini.

Malahan dalam isu tanah di TRX, mana dia pusat komersil bumiputera yang dicanangkan oleh Najib sebelum ini? Sekarang di TRX sendiri dah dikuasai oleh pihak asing.

Malahan 'dana' sebanyak USD 1 bilion oleh Aabar Group dari Dubai, lebih kurang 97% darinya diguankan untuk bayar hutang, hanya ada kurang 3% untuk membuat pembangunan di TRX dan Bandar Malaysia, jadah apakah sebegini? Dari USD 1 bilion, USD 975 juta digunakan untuk bayar hutang, tinggal baki USD 25 juta untuk pelaburan semula, jadah apa yang boleh dibuat dengan jumlah itu untuk bangunkan TRX dan Bandar Malaysia?

Lepas tu Aabar Group melabur dalam 1MDB sebanyak USD 1 bilion, tapi awal tahun depan 1MDB nak dibubarkan, buat entiti baharu pula, apa kejadahnya semua ini? Orang sakit mental di Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan pun akan ketawa berdekah-dekah melihat kegilaan perkara ini, lebih gila dari orang gila semua perkara ini.

Anonymous said...

Menggunakan wang pelaburan untuk bayar hutang, entah kaedah ekonomi jadah apalah yang dibuat oleh 1MDB sekarang ini.

Dari USD 1 bilion wang yang kononnya 'pelaburan' oleh Aabar Group di dalam 1MDB, sebanyak USD 975 akan digunakan untuk bayar hutang, hanya baki USD 25 juta sahaja untuk pelaburan semula di TRX dan di Bandar Malaysia.

Tuan-tuan / puan - puan / cik / saudara/ saudari sekalian lihatlah betapa gilanya cara pengurusan 1MDB ini, makin hari makin keliru dan melingkupkan, wang pelaburan digunakan untuk bayar hutang, formula ekonomi dari mana yang mereka ini kutip tak tahulah, apa yang jelas mereka sedang menipu rakyat Malaysia dan Malaysia sedang dilingkupkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya, inilah hakikat sebenarnya.

Anonymous said...

Kalau setakat ambik tanah kerajaan dengan harga gila babi murah dan jual balik kat kerajaan melalui GLC dengan harga gila babi mahal..... nenek aku pon boleh buat. Tak payah nak tubuhkan 1MDB.

Tanah TH yg dipaksa beli tu dah jual ke?

Anonymous said...

1. Kena siasat perjanjian kerjasama dan pelaburan dengan beberapa syarikat timur tengah, telah dimaklumkan JV dengan Petrosaudi dengan tergesa gesa.Sepatutnya SPRM sudah mulakan siasatan tapi Ahli Panel Penasihat SPRM menyalak kepada whistleblower. Does SPRM has credibility anymore?

Dlm MnA mmenyatakan sebarangan keputusan pembelian , pinjaman dan pelaburan mesti dengan kelulusan MOF as Menteri Kewangan beliau mempunyai fiduciary duties. Unsur berhemah dan amanah merupakan tanggungjawap pembuat keputusan. Kita meminta supaya forensik audit dilaksanaan supaya siasatan dijalankan lebih mendalam untuk menngenali pasti bahawa setiap keputusan perniagaan dibuat berlandaskan amanah dan berhemah.

Oleh kerana Audit yang dijalankan oleh Audit Negara tidak mempunyai terms & references dan diarah oleh PM dan Menteri Kewangan sendiri, persoalan yang timbul adakah audit yang dijalankan sekadar audit transaksi atau audit forensik.

Sekiranya blogger Umno tahu benar mengenai syarikat liabiliti terhad maka blogger perlu merujuk kepada Company Act untuk melihat peruntukkan dan tanggungjawab pembuat keputusan.

Anonymous said...

Masalah orang kat Malaysia ni masih tak boleh berfikir secara rasional dan dengan bukti.

Semua yg bercakap atas info yg dibaca dlm nternet dan info yg diberikan oleh org yg berkepentingan politik..

Adil ke???

Contoh macam apa yg mamat Abu Bakar tulis:
Memang ada salah guna kuasa, kalau tidak mana mungkin wang dana awam seperti Tabung Haji, KWAP, KWSP, dan sebagainya digunakan untuk bail out 1MDB.

Betul ke statement ni??? Yg yang bail out???

Inilah masalah nye org kita yg sebenarnya tak faham tentang apa yg berlaku.

Untuk elakkan bersangka buruk, tunggulah siasatan ketau audit negara dan PAC.

Apalagi yg kita nak sebenarnya???? Tapi kalau hati dan pemikiran dah korup dan berkarat, maka apa apa kebenaran yg terrserlah mungkin tak akan diterima...



Blog Archive