Sunday, May 31, 2015

1MDB: Siapa Suruh Percaya Sarawak Reports?

1. Memanglah portal pembangkang akan menyiarkan apa sahaja bahan yang berimpak negatif kepada kerajaan, demikian juga para pemimpin pembangkang terutama Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR), pasti akan putar belit luar biasa sebarang isu.

2. Siaran bersiri Sarawak reports kononnya mempunyai dokumen bertimbun-timbun berkaitan urusniaga antara PetroSaudi International (PSI) yang membabitkan pelaburan USD1bilion dengan 1MDB, di mana menurut portal yang didaftar di UK tersebut, USD700 milion telah dipindah ke sebuah akaun di Swiss yang dikawal Tauke kontraversial Jho Low- Good Star Ltd.

3. Apabila siaran itu dimuat naik Sarawak reports, 1MDB memberi penjelasan, bahawa tiada wang yang disalurkan kepada Jho Low, manakala pelaburan melalui JV antara PSI dan 1MDB telahpun dibayar balik, mala 1MDB mendapat keuntungan lebih RM400 juta melalui transkasi tersebut.

4. 1 MDB semakin mendapat sorotan suku akhir tahun lalu, apabila berdepan dengan kekurangan aliran tunai bagi maksud membayar hutang jangka pendek, atas sebab, aset yang diperolehi belum mendatangkan aliran tunai.

5. Memang menurut perancangan perniagaan syarikat itu, bagi mengatasi aliran tunai, maka akan menerbitkan IPO yang boleh mendatangkan tunai sekurang-kurangnya RM8bilion, namun perancangan tersebut tidak menjadi, ekoran gambaran negarif yang diberikan kepada syarikat tersebut, bagaikan dunia mahu kiamat.

6. Rentetan laporan Sarawak reports dan tokok tambah pemimpin pembangkang seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli, telah menyebabkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir terikut-ikut, dan mempercayai bahawa laporan-laporan tersebut adalah benar belaka.

7. Malah Tun Dr Mahathir melalui blog beliau, memperinci jumlah wang yang telah lesap, kononnya berjumlah RM27 bilion, atas sebab hanya RM15 bilion sahaja daripada hutang RM42 dapat dikesan.

8. Sejumlah aset yang dibeli 1MDB bernilai RM15 bilion, apabila dicampur dengan pengurusan, kos guaman, kos mendapatkan pinjaman apakah berbentuk sukuk atau bon maka sejumlah hampir RM20bilion telah dibelanjakan.

9. Oleh kerana hutang terakru 1MDB adalah RM42 bilion, maka RM22 bilion kononnya diselewengkan.

10. Setakat Mei 2015, 1MDB telah membayar hutang jangka pendek sejumlah RM4bilion, maka hutang berbaki RM18bilion.

11. Pada Jumaat, Menteri Kewangan ke-2 Dato Ahmad Husni Hanadzlah telah mengemukakan rancangan rasionalisasi 1MDB, Melalui rancangan tersebut bermula pada Jun, sekurang-kurangnya RM16 bilion hutang syarikat tersebut akan terselesaikan. Ertinya hanya RM2bilion baki hutang syarikat tersebut yang perlu dirungkai oleh Ketua Audit Negara dan PAC.

12. Juga melalui rancangan rasionalisasi 1MDB, syarikat tersebut akan dipecahkan kepada tiga entiti yang berasingan- TRX, Bandar Malaysia dan Syarikat Tenaga-Edra.

13. Pada jumaat juga kabinet diberitahu, bahawa ikatan kerjasama antara IPIC dan anak syarikatnya Aabar yang telah dirancangkan sejak Feruari 2015, akan menyalurkan pelabuaran pertamanya pada 4 jun sejumlah USD1bilion, manakala sejumlah lagi akan disalurkan melalui 1MDB secara berperingkat yang berjumlah RM16bilion. Juga melalui rasionalisasi tersebut, aset yang disimpan di BSI Singapura akan diambilalih oleh syarikat Abu Dhabi tersebut. Bercanggah dengan dakwaan, termasuk daripada Tun Dr Mahathir, kononnya aset tersebut tidak bernilai.

14. Saluran kewangan IPIC dan Aabar, bukan bail out atau menyelematkan 1MDB, akan tetapi FDI ke dalam negara, samalah dengan FDI daripada negara-negara lain ke Malaysia.

15. Oleh kerana kemelut 1MDB semakin terungkai, maka melalaklah pemimpin seperti Tony Pua, kerana tidak menyangka, bahawa 1MDB mempunyai perancangan perniagaan yang menguntungkan negara. Pemimpin DAP tersebut terkejut, kerana rupanya 1MDB menguntungkan, bukan seperti mana dakwaan mereka sebelum ini.

16. Bagi pembangkang, adalah satu kelemahan jika gagal menarik FDI, demikian juga, satu kesalahan jika 1MDB mampu menarik FDI. Tony Pua mengelar FDI daripada Abu Dhabi kononnya seperti ahlong, akan tetapi apabila FDI daripada Negara China ke negeri-negeri yang dikawal Pakatan Rakyat, khususnya Pulau Pinang, bukan ahlong akan tetapi pelaburan sebenar. (lihat bagaimana double standardnya mereka).

17. Bagi pembangkang, jika aset yang dibeli 1MDB seperti TRX, Bandar Malaysia dan Tanah di Pulau Pinang, syarikat tersebut tidak boleh membuat keuntungan, kerana menurut mereka, adalah salah, kerana 1MDB membeli tanah tersebut pada harga preium daripada kerajaan. Sifir apa yang mereka pakai? Sebab itulah apabila TH Property membeli sebidang tanah TRX, semua pihak berteriak, seolah-olah esok akan kiamat.

18. Pada Jumaat juga, kabinet diberitahu, bahawa harta yang dibeli 1MDB berharga RM2bilion, akan dijual antara RM7-8RM bilion, ertinya 1MDB akan mendapat keuntungan kasar RM5-RM6bilion. Bagi pembangkang, 1MDB tidak boleh membuat keuntungan, kerana harta yang dibeli hanya RM2bilion tidak boleh dijual lebih tinggi. Memanglah, kalau sudah fikiran negatif yang ditanam, apapun perkara baik yang dijalankan, semua salah!!!!. Hakekatnya, mereka yang anti 1MDB kini tertelan kahak sendiri, kerana dakwaan mereka, bahawa syarikat milik MOF itu akan mengalami kerugian yang luar biasa. Malah telah menguar-uarkan, kononnya kerajaan akan menggunakan dana awam seperti KWAM, KWSP, LTAT dan terkini wang SPAD, kononya untuk bailout.

19. Melihatkan rancangan rasionalisasi 1MDB sepertimana dikemukakan kepada kabinet, DS Najib boleh sahaja berkata, semua dakwaan yang mengelilingi 1MDB adalah auta. Malah, melalui fakta yang dikemukakan, anggota kabinet yang memandang serong syarikat tersebut, kini, termasuk juga mereka yang terpaksa menelan kahak sendiri.

20. Malah ada laporan, semasa Mesyuarat Kabinet pada Jumaat, DS Najib memberi isyarat, sesiapa anggota kabinet yang masih memandang serong berkaitan 1MDB dan beliau sendiri, dengan sukarela meletakkan jawatan.

21. Kini, melalui kemelut 1MDB, DS Najib mengetahui, siapa-siapa kabinet beliau yang hanya berpura-pura menyokong, dan siapa-siapa yang ikhlas.

22. Benarlah tindakan Ketua Menteri Sabah, pada mesyuarat Umno pada hujung minggu, bahawa semua pemimpin Umno Sabah yang hadir berdiri teguh dibelakang DS Najib.

11 comments:

Anonymous said...

JIka apa yang dikatakan oleh Serawak report itu tidak benar, beranikah !MDB memulakan langkah menyaman penyiaran artikel berbentuk fitnah.

Jadi , bagi membuktikan apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir salah dan 1MDB mengahdapi masaalah dan sebaliknya 1MDB itu berpihak kepadsa kebenaran maka kita ingin melihat satu saman dikeluarkan terhadap seraawak repot secepat mungkin.

Anonymous said...

Kah kah kah.....jadi benarlah spt kata TDM dulu SR ni sampah. Sapa yg percaya SR selama ni mereka juga sampah.....Sampah memang bau busuk sangat2.... sehinggalah dibakar sampai rentung barulah kurang baunya.

Anonymous said...

As usual why 1MDB and those in authority kept silent and fail to rebut and strongly counter the false accusation and allegation? This is the most stupid silent act I have seen similar with that of pre-PRU 13 days, so much so the opposition had a gala time hitting at the government and BN. Damn it, counter and sue those big mouth regardless who there are......opposition, ex and current umno leaders. Whack them up until they shut-up. Now that the huge damage been done, much work to be done to repair.

Unknown said...

Anon 23.48 agreed

Anonymous said...

TUAN, JAWABLAH YANG SERUPA KEPADA DIN TURTLE..... DIN TURTLE NI DAH GILER AGAKNYA.

Anonymous said...

Din Turyle mamak giler babi, dah sewel dah.

Anonymous said...

Kepada blogger dan yamg komen, "tuduhan" Serawak report tu dah tahap giler. Saman satu-satunya cara menjawab dan tutup mulut. Saman beratus-ratus juta. Ah.. sarawak Report base in London and own by perempuan mat saleh. Pi file saman di mahkamah London. baru gentleman. Ni dok jawab macam budak2 dari jauh, apa bendah yang takut sangat nak sama Sarawak report di England?

Anonymous said...

Macam mana hutang 1MDB dengan kerajaan Malaysia yang jumlahnya hampir RM 1 bilion itu?

1MDB dah nak bubar, macam mana dengan hutang-hutangnya?

Kemudian, kita mau tahu, apakah yang akan dibuat di tanah di TRX itu? Sebelum ini Najib canangkan nak buat pusat komersil, pusat kewangan bumiputera, sekarang ni dah joint venture dengan Abu Dhabi, pusat komersil dan pusat kewangan bumiputera apakah yang akan dibuat di sana?

Malahan pelaburan dari Aabar Group sebanyak USD 1 bilion, tetapi USD975 digunakan untuk bayar hutang, apa kejadahnya pelaburan sebegini?

Malahan perlu dijelaskan 'deal' dengan Aabar Group ini, berapakah kepentingan dalam Sayrikat TRX dan Bandar Malaysia serta Edra Energy yang akan diperolehi oleh Aabar Group ini?

Saya terus terangkan katakan, jika apa yang dibuat itu menguntungkan negara, saya tidak kisahlah sangat, buatlah, tetapi bila banyak sangat pusing, konar sana sini, sampai tipu sana sini, gadai sana sini, itu dah lebih, kerana perbendaharaan Malaysia adalah milik rakyat Malaysia, bukannya milik Najib dan kuncu-kuncu untuk dipelingkupkan sesuka hati.

Kita mau lihat apakah yang sedang dirangka dan dirancang oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

Kita mau lihat apakah benar dengan pengambil alihan IPP oleh Edra Energy maka tarif elektrik akan diturunkan, kita mau lihat semua ini.

Kita juga mau lihat pusat kewangan dan komersil bumiputera jenis apakah yang akan dibuat di TRX itu, kita mau lihat ini semua, kalau membangunkan hartanah mewah, dikuasai pula oleh pihak asing, kita mau jawapan dari Najib, di manakah pusat komersil dan pusat kewangan bumiputera itu dibuat, mungkin secara maya atau secara ghaib kot.

Selain itu, kita mau lihat pembentang mengenai isu 1MDB ini oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara dan Audit Negara.

Perkara yang betul, maka kita sokonglah, tetapi kalau perkara yang salah, akan ditentang bermati-matian untuk mempertahankan hak.

Kita juga mau pihak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara memanggil Datuk Seri Ahmad Said untuk memberikan keterangan mengenai isu telaga petroleum dan gas asli di Terengganu, serta memanggil Menteri Besar sekarang ini, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman untuk memberi keterangan mengenai kedudukan telaga petroleum dan gas asli di Terengganu, apakah masih lagi milik Malaysia atau telah dicagarkan kepada pihak asing untuk mendapatkan hutang. Pihak Audit Negara perlu menyiasat mengenai hal ini, kerana rizab petroleum di perairan Terengganu itu jumlahnya sangat besar, kalau jatuh ke tangan pihak asing, maka kira sendirilah berapa ruginya negara ini dalam tempoh jangka masa panjang.

Anonymous said...

Yang komen semuanya macam pakar. Hehehehe , pi perbetul diri dan ekonomi diri sendiri dulu , lepas tu baru bercakap.

Anonymous said...

Senang citer saman aje sarawak report tu, dah bertahun tahun SR keluarkan dakwaan, apa takut? Takut terbongkar sampai terlanjang ke?

SABAH FOOD AND TRAVEL said...

musram rakunman jangan jadi tukang kipas !! Jilat ludah sendirilah jawapnya. Kalau berani samanlah surat khabar, bank singapura kerana menafikan kenyataan PM najip.

Blog Archive