Monday, April 27, 2015

Apa Kah Tsunami Melayu Bakal Berlaku?

1. Tajuk di atas mungkin dianggap karut dan tidak masuk akal bagi penyokong Umno, namun ianya bakal berlaku, sepertimana tsunami cina pada PRU-12 dan PRU-13.

2. Satu pengalaman pahit Umno-BN, pada PRU-12, dengan mengambil mudah perasaan rakyat, hanya kerana menang besar pada PRU-11, di mana UBN bukan sahaja mendapat kuasa 2/3 di dewan rakyat akan tetapi kuasa 3/4. Pada PRU tersebut, hampir sahaja parti-parti pembangkang tidak mendapat kerusi, malah PKR hanya tinggal Parlimen Permatang Pauh, itupun Wan Azizah hanya menang 560 undi.

3.Akibat keputusan yang sungguh hebat itu, Perdana Menteri masa itu Dato Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun), sangat merasa yakin, bahawa beliau mendapat sokongan luar biasa daripada rakyat, atas sebab itu berani menaikkan harga minyak, yang menyebabkan semua harga barangan naik berlipat ganda, dan tidak pernah turun-turun lagi sehingga kini. Malah dalam satu pejumpaan Umno di PWTC, di mana kebetulan ada demonstrasi Hindraf, PM dengan suara lantang dan mencabar, dengan kenyataan "SAYA PANTANG DICABAR" dan kalau mahu mencabar "GUNAKAN PETI UNDI" bukan demostrasi jalanan.

4. Oleh kerana banyak perancangan sebelum Pak Lah mengambil alih jawatan dibatalkan, makan mantan Perdana Menteri, turun padang membantah dan mengeritik Perdana Menteri. Malah Tun Dr Mahathir dipulau, termasuk kekalahan memalukan pada pertandingan perwakilan di Bahagian Kubang Pasu, di mana Tun Dr Mahathir menjadi Ketua Bahagian bermula tahun 1974.

5. Pak Lah menganggap enteng kritikan Tun Dr Mahathir, sehingga pada PRU-12, Pak Lah tidak mengeluarkan manifesto kepada rakyat. Kita tahu, bahawa keputusan PRU-12 tersebut, UBN kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat, julung kalinya pada era Malaysia moden.

6. Akibat kehilangan kuasa itu, desakan agar Pak Lah meletakkan jawatan, dan akhirnya pada 2/4/2009, Pak Lah meletakkan jawatan.

7. Najib sebagai pengganti, mengubah pendekatan, dengan menjenamakan dirinya sebagai maskot kepada UBN, kerana menganggap bahawa Umno, bukan lagi sebagai bahtera yang boleh diharap sangat untuk menentukan kemenangan. Sebelum PRU-13, para penyokong Najib lebih menononjolkan jenama Najib, termasuk AJIBGhor, slogan I Lov PM dan lagu IM4U.

8. Benar juga, Umno menambah kerusi di Parlimen daripada 79 kepada 88, kerana semua kawasan majoriti kaum melayu yang ditandingi kompnen BN, diambil alih oleh Umno. Dan jangan lupa sebahagian kerusi itu di sumbangkan oleh Umno Sabah yang menang 100 peratus.

9. Kini, apa yang berlaku terhadap Pak Lah berlaku lagi. Mantan PM- Tun Dr Mahathir mengeritik kepimpinan Najib hanya kerana isu 1MDB- syarikat yang dicetuskan Najib, namun kini berdepan dengan berbagai masalah termasuk hutang RM42 bilion. Tun Mahathir, bukan mempermasalahkan jumlah hutang, akan tetapi "kehilangan" wang yang sukar dijawab. 

10. Tun Dr Mahathir juga mempersoalkan, kerana kewujudan 1MDB negara/rakyat mengalami kerugian sehingga RM25bilion, kerana aset/tanah kerajaan dijual kepada syarikat itu dengan harga yang sangat rendah. Tanah TRX dijual pada harga RM60skp, berbanding harga pasaran RM7,000.00skp, Tanah bekas lapangan terbang Sungai Besi, dijual pada harga RM90skp berbanding harga pasaran RM5,000.00skp.

11. Walaupun UBN hanya menang 133 kerusi Parlimen, lebih buruk daripada kemenangan yang dicapai Pak Lah 140, namun Najib membuat keputusan selari dengan perjuangan pembangkang, menghapus Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Kediaman Terhad. Selain itu, beliau mencetuskan percukaian baru GST, yang dianggap mencabar rakyat.

12. Pengurangan subsidi berbagai barangan termasuk petrolium, telah mendorong kenaikan barangan keperluan rakyat, namun diimbangi dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), kononnya untuk mengimbangi kenaikan harga barangan yang dihadapi golongan sasar.

13. Namun, BR1M, tidakpun berimpak positif kepada UBN, malah kehilangan undi popular, kalaulah sistem pemilihan negara seperti di Indonesia, sudah tentu UBN sudah kehilangan kuasa.

14. Najib tidak mengambil iktibar pada keadaan itu, malah semakin membuat tindakan yang mencabar emosi rakyat, termasuk bermain golf semasa negara dilanda bencana banjir luar biasa penghujung tahun lalu.

15. Memang benar, sejak tahun 2009, defisit negara berkurang daripada 6.7 peratus ke 3.2 Tahun 2015 (jangkaan), namun itu bukan persoalannya. Persoalan kini, adalah RAKYAT kehilangan keyakinan terhadap kerajaan. Sebagai contoh, semasa harga minyak turun, rakyat beralih ke RON 97 yang lebih mahal. Masih ramai rakyat berkunjung ke restoran-restoran, pasar-pasar raya, melawat luar negara, ertinya rakyat mempunyai wang untuk dibelanjakan, tetapi mengapa bantahan luar biasa kepada GST yang hanya 6 peratus?

16. Apapun ceritanya, bayangan kepada Tsunami melayu itu bakal dilihat pada dua PRK Permatang Pauh dan Rompin. Jika di PRK Permatang Pauh, tidak mampu mengurangkan majoriti Anwar semasa PRU-13 yang berjumlah lebih sedikit daripada 11,000, dan pada PRK Rompin, jika UBN menang dengan majoriti kurang daripada 15 ribu, maka UBN perlu muhasabah diri dan mengambil iktibar bagi berdepan dengan PRU-14. Namun, palis-palis, jika UBN kalah di Rompin, itu menandakan tsunami melayu sudah bermula.

1 comment:

Anonymous said...

Bodoh.. mengeja tsunami pun jadi 'mani'..
ko pikir air mani ke tuan tanah?
udah2 le jadi syaitan pencucuk jarum
suruh MAdey tu bertaubat..

dia bukan nk tongkat langit.. busuk hati sgt nanti mati jenuh jawab

Blog Archive