1. Walaupun sudah bersara daripada kerajaan, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dilihat berkarisma dan mempunyai ketajaman kata-kata sama seperti berada dalam kerajaan dahulu. Dua aspek ini paling digeruni lawan dan ketika ini ia satu-satunya senjata yang ada pada bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.
2. Dalam jelajah pertama Dr Mahathir di Kelab K, Taman Melawati pada Sabtu, orang ramai mula berkumpul di dewan seawal 8 pagi dan dewan mula penuh sehingga melimpah ke luar dewan pada 10 pagi. Kira-kira 1,000 orang menanti dengan sabar pemimpin kesayangan mereka yang baru-baru ini mendakwa "berseorangan" menyatakan kebenaran.
3. Perhimpunan kali ini seakan sama dengan awal jelajah beliau ketika berlaku perbalahan dengan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga dipaksa melepaskan jawatan, lebih simbolik lagi ia dewan sama di mana Dr Mahathir melancarkan serangan kepada bekas timbalannya itu.
6. Sejak awal karier politiknya, Dr Mahathir dikenali dengan kebijakan menyusun kata dan ayat dalam ucapan politiknya, seorang yang fokus dan tahu apa yang hendak dicakapkan.
7. Pada awal ucapannya, Dr Mahathir menyusun kata dengan menceritakan hubungannya dengan bapa Datuk Seri Najib Razak, Tun Abdul Razak yang juga individu yang bertanggungjawab membawa masuknya semula ke dalam Umno selepas dibuang parti pada 1969 kerana menentang Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
8. Dr Mahathir bijak menjelaskan isi penting dalam hujah politiknya, banyak kata berkias dilontar oleh beliau semasa menceritakan perihal punca tidak menyokong Najib lagi.
9. Sama ada orang ramai faham atau tidak, itu bukan persoalannya. Daripada pengamatan sepanjang forum itu berlangsung, kata-kata berkias itu seperti difahami orang ramai.
10. Dr Mahathir menceritakan beliau tidak pernah menceritakan soal kerajaan kepada isterinya, mempersoalkan mengapa Najib tidak letak jawatan walaupun prestasinya lebih buruk berbanding Abdullah.
11. Dr Mahathir tidak menyebut langsung tentang isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor namun daripada bahasa badan dalam dewan menunjukkan secara jelas ramai yang tidak senang dengan isteri perdana menteri itu.
12. Kemahiran Dr Mahathir menjentik hati dan fikiran orang ramai, kebolehan berpolitik ini tidak lagi berada dalam Umno hari ini.
13. Dr Mahathir nyata mempunyai penyokong setianya, seorang audiens bangun lalu bertanya kepada orang ramai "Adakah kita lihat hari ini Tun seorang yang nyanyuk seperti dakwaan setengah pihak?" Soalan tersebut disambut dengan jawapan "Tidak" daripada orang ramai yang berada dalam dan luar dewan.
14. Seperti biasa, Dr Mahathir membangkitkan isu seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), isu pembunuhan wanita Mongolia Altantunya Shaariibuu, isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kemewahan keluarga Najib. Isu-isu populis yang dibawa Dr Mahathir ini dilihat mampu meraih sokongan majoriti rakyat, malah ia tidak tertumpu menyerang Umno semata-mata.
10 comments:
Popular...yg macam mana?
aku dah naik meluat tengok orang trua ni. kalau tak pasal dia tak kan negara, orang melayu, ugama islam dan raja melayu huru hara. kalau dia tak letak jawatan ari tu awal awal lagi kerajaan bn dah bungkus. itu pun tak sedar diri. kata dia perintah 22 tahun pasal orang suka kat dia. puak puak pembangkang terutama dap dan pas ape yang tek gelar dia maha firaun, kalau dah gelar firaun maksud nya orang yang paling jahat didunia. sedar lah orang melayu permainan tun m. aku rasa tindakan dia sekarang lebih kepada dendam kepada orang melayu yang telah melupakan dia dan puak puak pembangkang sedang mengambil kesempatan didalam keadaan ini.
@ 15.35.
Tak sangka kamu jugak seorang pendendam.
kesian kat ko nie.. lebih ramai org mcm ko.. lebih meluat org kat umno @ bn..
sedar la.. pru12 & pru13 BN x dpt kekalkan majoriti 2/3 ahli parlimen x seprti pilihanraya sebelum2 itu..
itu jelas menunjukkan rakyat dari pru12 & pru13 lg dh tolak BN.. dan BN pula diketuai oleh siapa?
kenyataan ko ttg dendam tue nmpak sgt andaian x bfakta.. malah, lebih ke arah emosi dlm mpertahankan hujah..
bkenaan dgn pembangkang sdg mengambil kesempatan tue.. mmg dah lama pun pmbngkang ambil kesempatan.. sejak ISA dibubarkan.. sejak ordinan darurat dimansuhkan.. mujur, akta hasutan tdk dibubarkan..
sebelum TDM buat kritikan tbuka ke atas najib.. sudah mmg blakunya byk kejian dan penghinaan ke atas agama islam dan institusi raja2 melayu..
maka, x usah la nk kata krn tun jd mcm nie.. kerana sblm teguran dibuat oleh tun lg, mmg ia sudah jd begitu.. usah la nk mendabik dada lg.. bdiri la di bumi yg nyata!
fikirkan..
Assalamu'alaikum sdra Anon 15.35,
Saya dilahirkan pada tahun 1957. Saya pernah berperdanamenterikan tuanku, razak, hussein, mahathir, paklah dan sekarang najib.
2. Saya boleh katakan cara, stail, kepimpinan, jasa dan banyak lagi mereka2 ini berlainan. Namun pm1-pm4 banyak menonjolkan apa saya boleh terjemahkan sebagai proses kelahiran, alam bayi dan tangisannya, anak-knak yang mula bersekolah, kanak-kanak belasan tahun dan menuju ke alam belia dan remaja dan berpelajaran sehingga boleh berfikir secara rasional dan dewasa.
3. Malang sekali, pm-5 tidak berjaya membimbing belia2 atau remaja2 ini sehingga mereka lupa dan lalai tentang matlamat kehidupan sehingga senang dicantas Oleh elemen2 yang kurang sihat.
4. Walaupun pm-5 berjaya ditukar dengan pm-6, kononnya boleh memberi satu semangat, harapan dan dimensi baru pada mereka yang dewasa ini, malangnya atas sebab2 peribadi, kurang daya penyelian dab sangat suka melepas tanggungjawab mentadbir kepada orang lain (dari luar dan dalam), akibatnya tercicirlah mereka2 yang dipimpin.
5. Katakanlah tdm nyanyuk, pendendam dan apa2lah....beliau menjangkakan bn/umno kalah pru14. jangkaan beliau meleset. Alhamdulillah kita selamat bawah pimpinan najib.
6. Namun jika telahan tdm betul....macam mana? Tell tale signs are all pointing to defeat but the leadership is still in the state of denial. Salleh said keruak dari sabah said tdm partly to be blamed! What? Inilah sindrom suka salah orang lain atas kebodohan diri sendiri.
7. Bagi saya,secara peribadi.. kita memang menuju kepada kekalahan even without tdm's intervention. Writings are all on the walls.
8. Umno guys, you determine where our future generations will be after pru14. I hope i would not have to pee on the graves of all irresponsible umno leaders whose eyes are blinded by RM and power.
9. Think and act accordingly. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Wallahuaklam
Aku sebenarnya tak mau layan orang tua gila ni dah. Perangai dia seperti pembangkang. Dulu kata RM 42 billion lesap sekarang kata RM 27 billion lesap. Yang mana satu yang betul. Dia tidak mempunyai akses terhadap akaun 1MDB jadi dia hentam keromo saja la. Hanya pembangkang dan orang2 yan tolol saja percaya dia ni.
Lagi satu aku nak hampa fikir betul2. Kalau BRIM dihapuskan memang confirm BN akan kalah PRU14 sebab BN akan kehilangan 8 juta undi. Kalau hampa kata tak semua penerima BRIM sokong BN. Ok lah, kalau 50% pun, 4 juta undi woi, pun confirm BN kalah juga. Hampa tak nampak ka orang tua ni dah gila! So please stop the nonsense old man.
cara ko menulis..
nampak sangat ko yg hentam keromo..
Anon 16:17 Betul.
Yg pasti undi cina pergo Dap..undi melayu ke Pas..kalau pas keluar dari pakatan..
Zaman Tun Mahathir PM dulu semsa hari kebangsaan rakyat pasang bendera malaysia atas kereta di kawasan rumah dan di mana-mana meriah di pasang bendera. Zaman Tun Abdullah dan Najib kerajaan bagi free orang simpan dalam kotak tak nak pasang......respon rakyat
Post a Comment