Latest News

Mandul Kah Para Pegawai Najib?

MACAM satu sindikit, sejak akhir-akhir ini, Perdana Menteri macam seorang yang tidak disenangi? Najib bukan sahaja menjadi bahan lawak malah telah menjurus kepada menghinanya yang berkaitan dengan isu kangkung, dan yang terbaru, apabila beliau langsung tidak mendapat sambutan ketika menyampaikan hadiah Malaysian Badminton Open; selain itu, isteri beliau Datin Rosmah Mansor, dibooo oleh sebahagian hadirin pada majlis itu.

Belum pernah berlaku, sebelum ini terhadap mana-mana Perdana Menteri Malaysia, di mana kehadiran beliau pada sesuatu majlis, macam tidak disenangi.

Apa yang berlaku, terhadap para pegawai Najib terutama bahagian media beliau? seolah-olah mereka mandul berdepan dengan isu-isu semasa. Mereka seolah-olah tidak berdaya dengan isu-isu spontan seperti Isu Kangkung; mereka seolah-olah robot yang terprogram, sehingga jika sesuatu berlaku diluar program mereka, mereka kelam kabut, malah tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Melihat kepada respon di media sosial, seolah-olah Keluarga Najib, adalah keluarga yang banyak membawa berita yang tidak sedap untuk dibaca. Keadaan ini lah yang berimpak negatif kepada PM, atas sebab itu, keadaan pada Majlis Penyampian Hadiah Malaysian Open, adalah rentetan daripada persepsi yang melekat kepada beliau.

Nampaknya media yang bertugas atau pegawai yang berkhidmatan kepada beliau untuk mengharumkan nama PM atau menjawab isu-isu negatif berkaitan beliau, hanya tidur makan, mengampu, menyokong, sehingga tidak tahu langsung bagaimana membantah. Inilah akibat, apabila melantik mereka yang tidak memahami perjuangan, dan bagaimana mempertahankan maruah kerajaan atau pemimpin.

4 Responses to "Mandul Kah Para Pegawai Najib?"

jis salam said...

Apa kah mungkin pegawai Najib dah tak boleh nak bertahan di atas banyak isu dan perkara disebabkan oleh kelemahan Najib dan pentadbiran beliau, termasuk serangan keatas isteri beliau rosmah.

PASDAPX said...

Cara terbaik ialah Najib mesti kurangkan penglibatan Rosmah dalam majlis2 utama.. tonjolkan Rosmah sbg 'ISTERI' bukan sbg org No.2

Seterusnya Najib wajib susun balik strategi media, penguatkuasaan undang2.. buat baik itu bagus tp perkara jahat mesti dihukum dan dibanteras.. xboleh hanya tunjuk amal makruf tp mungkar dibiarkan..

Undang2 pencegahan ketat mesti diwujudkan balik spt ISA. Tindakan tarik saman terhadap Tian Chua menambahkan lagi kelemahan dan persepsi buruk Najib yg mungkin ini penggal akhir buatnya..

Wallahualam..

usin said...

cara terbaik untuk menyedarkan kita ialah bila kita melihat dan merasai sendiri hasil dpd kesilapan2 kita. jika mengharapkan orang lain memberitahu kita apa silap kita, maklumat yang diberi adalah palsu, tak telus, membodek dan yang wangi2 belaka. itulah apa yang berlaku kpd pm kita sekarang. apa yang berlaku diharapkan menjadi pengajaran paling berguna supaya dapat berdiri di bumi nyata.

puspawangi said...

masalahnya naib sedarkah apa yg berlaku diselilingnya dan persepsi negative terhadap isterinya? Nampak mcm beliau memilih untuk tidak ambil peduli apa kata rakyat ataupun hasrat rakyat kaau eblaiu tahu dan sedar emstilah belai u dah letak jawatan sebab malu teramat sangat atas kegagalannya emngawal 'kemasyhuran' isterinya...yang sedari awalnya memang negatif..kalau isteri sendir tak boleh nak uruskan apatah lagi nak urus Negara!!

Blog Archive