Latest News

Buku-kesilapan-kesilapan Najib beredar

Sebuah buku berjudul ‘Kesilapan-kesilapan Najib’ yang memaparkan apa yang didakwa sebagai kegagalan Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri kini berada di pasaran.

Buku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Buku itu menunjukkan ada percubaan menikam Najib dari kalangan dalaman Umno serta menjatuhkannya.

Melalui peneribatan buku itu, antara kesilapan yang didakwa dilakukan oleh Najib adalah pengenalan dasar 1Malaysia, menghapuskan Kementerian Usahawan Pembangunan, mempunyai jemaah menteri yang lemah dan dianggotai terlalu ramai senator, mengurangkan subsidi dan melantik Apco.

Penulis buku itu turut membidas kegagalan Najib mengawal gaya hidup mewah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, gagal menangani secara berkesan gelagat parti-parti komponen dan jemaah menteri serta keputusan ‘flip-flop’.

0 Response to "Buku-kesilapan-kesilapan Najib beredar"

Blog Archive