Thursday, November 10, 2011

Nampaknya kita perlu menunggu sebulan lagi keputusan Sodomi II Anwar

SEPATUTNYA penghujaan sodomi II akan berlangsung dua hari pada bulan ini, yaitu 23 dan 24 November, namun atas permintaan peguambela Anwar, maka Hakim Mohd Zabidin Md Diah bersetuju, agar penghujaan ditangguh pada 8 dan 9 Disember.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Rakyat Malaysia menunggu keputusan yang bakal dibuat oleh Hakim Mohd Zabidin, walaupun Anwar bermain psikologi, bahawa keputusan telahpun dibuat lebih awal, bahawa dia akan didapati bersalah.

Anwar pada awal bulan ini pernah berkata, bahawa mantan TPM itu tidak kisah jika sabit kesalahan, kerana yakin PR akan menguasai Putrajaya pada PRU-13.

Jika PR membentuk kerajaan, maka Anwar akan diampunkan, dan PRK akan diadakan untuk membolehkan dia bertanding, seterusnya bakal ditabal sebagai Perdana Menteri Ke-8 Malaysia.

Setidak-tidaknya itulah keyakinan Anwar. Walau bagaimanapun, hanya rakyat yang menentukan siapa yang bakal menerajui negara seterusnya, apakah masih mempertahankan BN atau memberi peluang kepada PR.

Namun bagi AYT, jangan curahkan air di tempayan, walaupun mendengar guruh di langit.

BN masih diperlukan oleh rakyat, asalkan kerajaan mentadbir dengan telus, jangan berulang kes PKFZ dan isu NFC atau perwaja ke-dua.

No comments:

Blog Archive