Thursday, November 10, 2011

Benar kah dana NFC diguna beli kondo mewah?- Sharizat patut tidak berselindung

TIADA pilihan bagi kerjaan pimpinan DS Najib berhubung NFC- mesti bertindak dan meminta pihak SPRM menyiasat isu itu.

Isu NFC menjadi bahan pembangkang menghentam kerajaan akibat pendedahan melalui laporan Ketua Audit Negara dan kedua pendedahan oleh pihak pembangkang, bahawa dana tersebut yang berasal daripada geran awal Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Asas Tani itu, disalahguna termasuk membeli kondominum.

Didedahkan juga dana sebanyak RM84 juta telah dipindahkan ke akaun syarikat yang dikawal oleh suami dan anak-anak Datuk Sharizat Jalil, dan sebahgian wang itu digunakan membeli sebuah kondominum di Bangsar dengan harga RM9.8 juta.

Didedahkan juga, bahawa pembayaran kondo itu dilakukan pada bulan Desimber,2009.

Satu jawapan perlu diberikan oleh kerajaan, apa kah hubungan kondominum dengan peternakan lembu?

Ternyata darpada laporan yang didedahkan, memang wujud salah guna wang kerajaan, untuk itu pihak yang terlibat menyalahgunakan itu perlu disiasat dan di kemukakan ke muka pengadilan, demi memerlihara imej kerajaan.

Yang bersalah di sini adalah mereka yang diberi amanah, akan tetapi menyalah gunakan amanah itu.

Kerajaan mempunyai niat yang betul apabila menyediakan geran untuk membina NFC, demi kecukupan daging negara, namun niat murni kerajaan tersebut disalahguna.

Didedahkan juga, bahawa pengeluaran NFC bagi keperluan daging negara jauh di bawah target yang diperlukan.

Najib perlu bertindak dengan segera, sebelum isu ini berlarutan dan memburukkan lagi keadaan.

Jangan biarkan nila setitik merosak susu sebelanga. Sharizat tidak patut berselindung, jika keluargannyapun terlibat, demi ketelusan, seharusnya, beliaulah orang pertama mendedah kesilapan tersebut, demi negara, bukannya memerlihara kepentingan peribadi.

Sharizat tiada pilihan, mesti mengosongkan jawatan kabinet, agar supaya kelseluruhan kabinet tidak terpalit.

No comments:

Blog Archive