Wednesday, August 26, 2009

Pakatan siap sedia ambil kerajaan persekutuan: Mahfuz Omar

Naib presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menzahirkan bahawa Pakatan bersiap sedia mengambil kerajaan persekutuan, jika pilihanraya umum diadakan. Bercakap setelah mengetahui bahawa Pakatan berjaya mempertahankan Permatang Pasir di mana calon Pakatan Salleh Man berjaya mengalahkan Rohaizat Othman, yang dikatakan calon bermasalah.

Memontem kemenangan pakatan ini terserlah, apabila 7 PRK di Semenanjung kesemuanya dimenangi oleh Pakatan.

Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyangkal, bahawa Pakatan adalah pakatan yang rapuh, sebaliknya LGE berkata, bahawa kemenangan calon Pakatan menunjukan imej Malaysia sebenar dibanding imej BN yang berpaksi kepada imej perkauman yang sempit.

Apakah pengakuan kedua-dua pemimpin pakatan ini untuk sementara mempunyai kebenaran? akan tetapi berasaskan kepada fakta keputusan pilihanraya, pengakuan kedua-dua pemimpinan Pakatan ini mempunyai kebenaran.

Apa kah rakyat akan menyokong kebenaran ini? kemungkinan itu ada, kerana berasaskan memontem, sokongan kepada pakatan senantiasa di atas angin di banding Bn.

Mampukan Bn mempertahankan kerajaan persekutuan? atau kah Ds Najib merupakan PM terakhir Bn? sama-sama kita tunggu Pru atau Prk yang akan datang.

No comments:

Blog Archive