Tuesday, August 25, 2009

Teoh beng Hock memang terjun bunuh diri?

Rakaman percakapan yang diberikan mendiang Teoh Beng Hock kepada sprm yang membabitkan bosnya Ean Yong Hian Wah membuatkan TBH gelisah. Maklumat yang diperoleh melalui laptop TBH yang membabitkan 4 sebut harga dan tuntutan Ean Yong Hin Wah yang sepatutnya dilindungi oleh TBH terpaksa terbongkar, kerana hasil sisatan sprm.

Kenapa kah TBH gelisah dengan rakaman percakapan tersebut? Kegelisahan TBH ini terpancar apabila dia kelihatan mundar mandir di pejabat sprm antara jam 5-5.30 16 julai yang lalu.

Sebelum ini dr khairulAzman Ibrahim ada memberitahu inkues, bahawa TBH adalah seseorang yang sukakan kerja yang perfect, jika ada kesilapan yang berlaku, TBH akan merasa tidak puas hati dan tertekan.

Ada kemungkinan kah, dengan terbongkarnya maklumat melalui laptopnya, maka TBH merasa sangat runcing, sehingga membuatkan fikirannya buntu dan kehilangan pertimbangan.

Kehilangan pertimbangan ini membuatkan TBH membuat keputusan terjun bunuh diri melalui tingkap T-14 Plaza Masalam Shah Alam di mana terletak pejabat Sprm. Jika sekira demikian, maka proses inkues ini yang sebelumnya digembar gemburkan oleh pihak Pakatan, bahawa sprm terlibat membunuh TBH akan terungkai melalui inkues ini, bahawa TBH memang terjun bunuh diri.

Tindakan TBH bunuh diri adalah bertujuan agar semua maklumat yang diketahui diharapkan akan lenyap dengan sendirinya ekoran saksi yang mengetahui maklumat tersebut telah tiada. Kemungkinan besar ini lah yang bermain-main di kepala TBH sebelum membuat keputusan terjun. Akan terbukti kah teori ini melalui inkues ini? kemungkinan itu ada kerana, sebelum inkues diberitahu bahawa, semasa TBH sampai ke impak di tingkat 5 Plaza Masalam, TBH masih sedar, berasaskan temuan pakar pathologi.

Walau bagaimanpun, sama-sama kita tunggu keputusan inkues ini.

No comments:

Blog Archive