Tuesday, August 25, 2009

Inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock: Statement kepada Sprm Merungkai Emosinya

Peguam pemerhati keluarga Teoh Beng Hock Gobind Singh Deo membantah dikemukakan statemnet TBH yang diberikannya kepada sprm untuk merungkai peringkat emosinya sebelum mati bunuh diri.
.
Akan tetapi peguam pemerhati bar council Rajpal Singh menghendaki agar semua statement yang diberikan oleh TBH melalui pegawai-pegawi lain hendaklah juga dikemukakan, jangan berasaskan kepada satu statement sahaja seperti cadangan Datuk Abdul Razak Musa peguam sprm.
.
Boleh kah merungkai state of mind seseorang melalui statement yang dibuat? kaedah apa yang boleh diguna pakai? kerana statement selalunya ditulis dan dikarang sendiri oleh pegawai penyiasat yang ditugaskan mencatit keterangan/statement, sedang si orang kena tuduh (okt) atau saksi biasanya hanya membaca cacitan-catitan dan kalau setuju, maka tanda tangan.
.
Inkeus kematian TBH akan disambung esok dengan kehadiran bos TBH Ean Yong Hian Wah.

No comments:

Blog Archive