Tuesday, August 25, 2009

Inkues kematian Teoh Beng Hock: Corak siastan banyak Loop Hole??

Bukan amalan Sprm membenarkan orang lain untuk bermalam di bangunan sprm. Tetapi pada pagi 16 julai ada beberapa orang yang bukan pegawai sprm termasuk TBH bermalam di bangunan sprm, akan tetapi pegawai yang bertugas , kerjanya hanya tidur sahaja.


Kemudian setelah mayat mendiang dijumpai, pegawai penyiasat sprm tidak segera membuat laporan polis, sedangkan yang mati adalah saksi utama mereka, dan juga seseorang yang masih dalam bangunan sprm.
.
Dr Khairul Azman Ibrahim memberitahu inkues lalu, bahawa berasaskan maklumat daripada keluarga TBH, Teoh sebelum mati tidak ada masalah psiokologi. Oleh sebab, tiada masalah itu, maka kemungkinan terjun bunuh diri, bukan merupakan punca TBH terjatuh di T-14 Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai yang lalu.
.
Menurut versi polis, mayat TBH dijumpai kira-kira 1.30 petang pada 16 julai, kemudian mayatnya tiba di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang kira-kira 21.45 hours tarikh yang sama.
.
Kerja-kerja postmortem dijalankan oleh 2 orang doktor pakar, termasuklah Dr Khairul Azman Ibrahim (51). Melalui postmortem tersebut, didapati bahawa kematian TBH disebabkan 22 kecederaan akibat impak terjatuh dari tempat tinggi.
.
Dalam inkues hari ke-9 , Dr Khairul ada memberitahu, bahawa beliau diberitahu bahawa pada kira-kira jam 5- 5.30 pagi 16 Julai, TBH didapati mundar mandir di ruang pejabat SPRM di T-14. Apakah dalam masa ini, ada 2 orang lelaki muncul, lalu mencampak TBH ke luar tingkap T-14 dengan cara memegang jaket dan talipinggang mangsa. Dalam masa yang sama, seluar TBH tersangkut. Oleh kerana beban berat badan TBH, seluar mendiang terkoyak, lalu jatuh di luar T-5 Plaza Masalam, Shah Alam.
.
Mohd Anuar Ismail pegawai penyiasat SPRM tidak dapat mengsahkan apa-apa kerana tugasnya hanya tidur sehingga 8.30 pagi.
.
Teori ini perlu dirungkai melalui inkues kematian TBH ini.

No comments:

Blog Archive