Wednesday, June 10, 2009

Sedang Solat Ditembak Mati di Masjid AlFurqan Thailand


6 orang bersenjata M-16 dan pump-gun menembak mati 11 jemaah islam yang sedang menunaikan sembayang di masjid Al-Furqan, Kamgpung Air Tempayan Thailand menjadi tajuk utama berita Utusan hari ini.

Menurut surat khabar itu lagi, kejadian itu terjadi kira-kira 8.50 malam waktu tempatan 50 km dari Sungai Golok. Kejadian semalam menjadikan jumlah kematian akibat keganasan di tempat yang bergolak tersebut kepada 3,700 sejak konflik ini meletus sejak 2004.

Pembunuhan terbaru yang melibatkan orang islam yang sedang beribadat dalam masjid, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.

Dengan kejadian tragis ini, nampaknya orang-orang islam menjadi sasaran pembunuhan bukan sahaja berlaku di Bosnia, Bumi Palestine, Afganistan, maupun Iraq, tetapi telah merebak di negara Asia Tenggara terutama di Thailand dan Filipina.

Orang islam yang dianggap pengganas oleh pihak barat terutama selepas peristiwa 11/9 2001, telah menjadi sasaran pembunuhan. Namun demikian pihak barat tidak pernah menganggap pembunuh-pembunuh orang islam ini sebagai pengganas.

Kedudukan orang islam yang lemah dari semua bidang terutama dalam penguasaan ilmu, menjadikannya sebagai sasaran padang tembak. Orang islam yang lain di dunia tidak dapat berbuat apa-apa selain mengucapkan "in na lillahi ro'jion".

Peristiwa demi peristiwa yang melanda umat islam di merata dunia, dan sekarang di depan mata kita, seharusnya menjadi iktibar dan tauladan kepada kita. Akibat persengketaan, mengakibatkan ummah lemah, tidak dapat memikirkan memperkuat diri dalam semua bidang, terutama dalam soal-soal ilmu, kerana masa dan ruang yang tersedia terisi dengan percakaran sesama sendiri.

Kita termakan isu yang ditiupkan oleh musuh-musuh kita, kita terperangkap dengan taktik dan perancangan mereka dalam usaha melemahkan kita melalui lunas-lunas demokrasi dan kemanusiaan.

Kerana percaya dan yakin kepada perancangan musuh-musuh kita, maka kita sesama kita bercakaran, berlumba-lumba, merancang berbagai taktik dan teknik untuk menjatuhkan satu sama lain, semata-mata merebut kek yang tersedia, merebut kerusi yang tersedia, yang kita lupa bahawa kek dan kerusi itu, memang milik kita.

Mereka menonton kita bergelut dalam sirkus pertandingan, mereka bertepuk tangan, melihat bagaimana kita saling tikam menikam, untuk menemukan sang algojo dan kemudian mereka potretkan sebagai pejuang demokarsi, pembawa suara demokrasi, pembawa keadilan untuk semua, dan bermacam-macam lagi puji-pujian yang menyebabkan kita hilang pedoman.

Seharusnya kita telah lama sedar, bahawa akibat kelemahan ummah, maka negara palestin di rampas pada tahun 1948, akibat ummah lemah, maka Afganistan di landa perang hingga kini, akibat ummah lemah, rakyat iraq dibunuh, akibat ummah lemah, rakyat islam bosnia dipupuskan melalui pembunuhan penghapusan kaum.

Hingga kini, kita tidak berbuat apa-apa,dengan tanda atau label yang digelar kepada kita. Gelaran yang hanya cocok untuk kita, walaupun sangat menjijikan, kita terpaksa akur dan setuju kerana memang kita lemah.

No comments:

Blog Archive