Showing posts with label pru 13. Show all posts
Showing posts with label pru 13. Show all posts

Wednesday, April 03, 2013

PRU13: Statistik Komposisi Pemilih Mengikut Negeri

Berikut adalah statistik umum pilihan raya bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut negeri:

JOHOR

> Jumlah kerusi Parlimen: 26

> Jumlah kerusi DUN: 56

> Komposisi pemilih:

Melayu 53.23% (838,871)

Cina 39.30% (619,402)

India 6.54% (103,077)

Pengundi Awal (Polis) 11,040

Pengundi Awal (Tentera) 13,736

> Jumlah keseluruhan: 1,575,904

Kedah

> Jumlah kerusi Parlimen: 15

> Jumlah kerusi DUN: 36

> Komposisi pemilih:

Melayu 76.18% 778,709

Cina 15.52% 158,610

India 6.79% 69,416

Pengundi Awal (Tentera) 10,170

Pengundi Awal (Polis) 6,120

> Jumlah keseluruhan: 1,022,136

Kelantan

> Jumlah kerusi Parlimen: 14

> Jumlah kerusi DUN: 45

> Komposisi pemilih:

Melayu 94.46% 853,609

Cina 3.78% 34,171

India 0.33% 2,944

Orang Asli 0.54% 4,885

Lain-lain 0.75% 6,748

Pengundi Awal (Tentera) 7,522

Pengundi Awal (Polis) 4,619

> Jumlah keseluruhan: 903,670

Melaka

> Jumlah kerusi Parlimen: 6

> Jumlah kerusi DUN: 28

> Komposisi pemilih:

Melayu 58.04% 252,172

Cina 34.18% 148,520

India 6.42% 27,895

Pengundi Awal (Tentera) 12,004

Pengundi Awal (Polis) 4,619

> Jumlah keseluruhan: 434,485

Negeri Sembilan

> Jumlah kerusi Parlimen: 8

> Jumlah kerusi DUN: 36

> Komposisi pemilih:

Melayu 52.59% 286,657

Cina 30.69% 167,280

India 14.87% 81,063

Pengundi Awal (Tentera) 15,340

Pengundi Awal (Polis) 6,291

> Jumlah keseluruhan: 545,071

Pahang

> Jumlah kerusi Parlimen: 14

> Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 42

> Komposisi pemilih:

Melayu 69.73% 505,665

Cina 21.35% 154,854

India 4.65% 33,744

Orang Asli 3.72% 26,971

Pengundi Awal (Tentera) 14,013

Pengundi Awal (Polis) 5,735

> Jumlah keseluruhan: 725,186

Perak

> Jumlah kerusi Parlimen: 24

> Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 59

> Komposisi pemilih:

Melayu 48.30% 673,975

Cina 38.01% 530,460

India 11.63% 162,239

Orang Asli 1.50% 20,883

Pengundi Awal (Tentera) 25,159

Pengundi Awal (Polis) 12,800

> Jumlah keseluruhan: 1,395,492

Perlis

> Jumlah kerusi Parlimen: 3

> Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 15

> Komposisi pemilih:

Melayu 84.14% 113,313

Cina 11.66% 15,706

India 1.52% 2,050

Pengundi Awal (Tentera) 1,691

Pengundi Awal (Polis) 1,755

> Jumlah keseluruhan: 134,674

Pulau Pinang

> Jumlah kerusi Parlimen: 13

> Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 40

> Komposisi pemilih:

Melayu 34.76% 289,644

Cina 53.92% 449,267

India 10.84% 90,349 Pengundi Awal (Tentera) 4,790

Pengundi Awal (Polis) 5,690

> Jumlah keseluruhan: 833,159

Sabah

> Jumlah kerusi Parlimen: 25

> Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 60

> Komposisi pemilih:

Melayu 14.80% 145,647

Cina 17.08% 168,111

India 0.38% 3,725

Bumiputera Sabah 61.59% 606,093

Lain-lain 5.43% 53,471

Pengundi Awal (Tentera) 10,802

Pengundi Awal (Polis) 8,764

> Jumlah keseluruhan: 984,034

Sarawak

> Jumlah kerusi Parlimen: 31

> Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 71 (tidak dipertandingkan)

> Komposisi pemilih:

Melayu 19.70% 209,528

Cina 32.51% 345,771

India 0.19% 1,998

Bumiputera Sabah 0.41% 4,358

Bumiputera Sarawak 46.98% 499,716

Pengundi Awal (Tentera) 12,242

Pengundi Awal (Polis) 8,133

> Jumlah keseluruhan: 1,063,740

Selangor

> Jumlah kerusi Parlimen: 22

> Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 56

> Komposisi pemilih:

Melayu 50.21% 1,007,612

Cina 34.06% 683,597

India 14.39% 288,709

Pengundi Awal (Tentera) 6,826

Pengundi Awal (Polis) 16,525

> Jumlah keseluruhan: 2,006,868

Terengganu

> Jumlah kerusi Parlimen: 8

> Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 32

> Komposisi pemilih:

Melayu 95.87% 602,714

Cina 3.59% 22,567

India 0.25% 1,603

Pengundi Awal (Tentera) 2,482

Pengundi Awal (Polis) 4,229

> Jumlah keseluruhan: 628,689

Wilayah Persekutuan & Putrajaya

> Jumlah kerusi Parlimen: 8

> Jumlah Dewan Undangan Negeri: Tiada

> Komposisi pemilih:

Melayu 36.62% 292,659

Cina 51.42% 410, 969

India 10.51% 83,985

Pengundi awal (Tentera) 24,979

Pengundi Awal (Polis) 15,845

> Jumlah keseluruhan: 799,266

Thursday, March 28, 2013

Pertemuan PM dan Presiden Parti Komponen sedang berkangsung

Ekoran berita Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Barisan Nasional menyebabkan ramai wartawan dan jurugambar berkampung di luar pejabat Perdana Menteri.

Difahamkan beberapa pemimpin negeri mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan mengenai senarai calon bagi pilihan raya.

Difahamkan pada pukul 2.30 petang Perdana Menteri bertemu dengan wakil daripada Sabah, Johor, Selangor dan Perak dalam sesi yang berasingan.

Kereta yang dinaiki pemimpin berkenaan dilihat tiba di Kompleks Jabatan Perdana Menteri seawal pukul 9 pagi.

Turut difahamkan mesyuarat bersama pemimpin parti komponen akan berlangsung sepanjang hari Jumaat.

Wartawan yang berkampung di sana hanya dilengkapi dengan peralatan kerja masing-masing bersama-sama air mineral mereka telah menunggu di bawah cuaca panas terik seawal pukul 10 pagi.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional, akan memuktamadkan senarai calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan raya umum kali ini.

Wednesday, December 19, 2012

BN boleh menang kuasa 2/3 Dewan Rakyat

Tun M Sandakan 16/12/2012
BN dua kali tersentak; pertama pada PRU-2004 dan kedua pada PRU-2008. Pada PRU-2004, BN menang bukan sahaja kuasa 2/3 malah 3/4 kerusi dewan rakyat. Pada PRU itu, Kelantan hampir ditawan, dan cuma kurang 2 kerusi DUN.

Pada PRU-2008 pula BN tersentak untuk kali kedua, kemenangan pada PRU sebelumnya bukan sahaja tidak mampu dipertahankan, malah BN hampir kecundang. Nasib baiklah Sabah dan Sarawak menjadi penyelamat, kalau bukan, maka BN mungkin mengalami kekalahan serupa dengan parti LDP Jepun.

Kekalahan LDP Jepun dan tsunami politik pada BN hampir serupa puncanya- yakni para pemimpinnya lupa daratan.

Bagi BN pula, akibat kemenangan yang begitu besar pada PRU-2004, membuatkan para pemimpinnya bersifat sombong dan lupa kepada jasa-jasa pemimpin lama. Misalnya sumbangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir cuba dilenyapkan dengan berbagai cara, termasuk memalukannya semasa persidangan Bahagian Umno Kubang Pasu.

Akibat sifat sombong dan takabur segelintir pemimpin BN umumnya dan umno khasnya, maka rakyat hampir menghukum gabungan 13 parti itu pada PRU-2008, walaupun gabungan itu banyak berjasa kepada pembangunan negara dan rakyat sejak merdeka.

Pucuk pimpinan yang mengakibatkan BN mengalami tsunami politik, sudahpun membayar kesilapannya apabila berundur setahun selepas PRU itu.

Pucuk pimpinan baru mengambil alih, yakni apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Najib mewarisi kerajaan yang lemah, mewarisi kesimpang siuran dalam politik, berdepan dengan masalah ekonomi secara global. Jelasnya, beliau menjadi pemimpin pada saat-saat genting dengan berbagai masalah dalaman dan luar negara.

Najib bermula melalui konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Disusuli dengan berbagai transformasi baik bidang politik, ekonomi dan sosial.

Najib membawa pendekatan yang responsif terhadap kehendak rakyat; baik penyelesian jangka pendek mahupun jangka panjang.

Selepas hampir empat tahun menerajui negara, Najib akhirnya mampu mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN. Penerimaan terhadap Najib bukan sahaja daripada rakyat jelata, malah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir memberi pengiktirafan, bahawa kepimpinan Najib berada pada saluran yang betul dan tiada sebab untuk tidak disokong.

Pendekatan Najib yang memberi pengormatan kepada mantan-mantan Perdana Menteri, malah menjadi ikutan Barack Obama, semasa Presiden Amerika itu berkempen mempertahankan jawatan Persiden Amerika untuk penggal kedua. Barack berganding bahu dengan mantan Presiden Amerika; Bill Clinton semasa berkempen. 

Najib faham betul bahawa jasa para pemimpin vetaran tidak boleh dilupakan begitu sahaja; beliau tidak mahu mengulangi kepiminan yang diwarisinya yang cuba melenyapkan sumbangan para pemimpin veteran.

Kini, sering kita menyaksikan bahawa lawatan-lawatan Najib yang bersifat rasmi turut juga kelihatan kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Majlis terakhir kita melihat kehadiran Tun Dr Mahathir bersama Najib adalah pada persidangan LDP komponen BN Sabah di Sandakan pada 16 Disember.

Ramai pemimpin akar umbi memberi tanggapan, bahawa sokongan padu yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir kepada Najib adalah salah satu faktor penyebab rakyat kembali menyokong BN.

Sokongan Tun Dr Mahathir terhadap Najib, adalah menjadi faktor utama kaum cina kembali menyokong BN. Sokongan kaum cina terhadap Tun Dr Mahathir sukar untuk dipersoal; beliau membuktikan pada era Reformsi pada PRU-1999; pada PRU itu BN tetap mendapat kuasa 2/3 kerusi dewan rakyat, kerana sokongan kaum cina.

Pada PRU-13 ramai yang beranggapan bahawa BN akan kembali berkuasa dengan kuasa 2/3. Faktor yang mendorong kepada anggapan ini adalah keputusan rakyat Jepun yang mengembalikan Parti LDP untuk berkuasa semula. Malah parti tertua Jepun kembali menguasai dewan atas, dimana sebelum ini belum ada parti yang dapat mengawal kedua-dua dewan sekaligus.

Rakyat Jepun sedar, bahawa cuba-cuba untuk mengubah kerajaan tiga tahun lalu, bukan membawa kebaikan kepada negara dan rakyat; diharapkan pada pengundi Malaysia, bahawa kemarahan pada PRU-2008 telah reda, dan semoga pengundi menyokong BN semula, sepertimana tindakan rakyat Jepun mengembalikan Parti LDP.

Monday, March 19, 2012

PRU-13: BN masih berkuasa?

PRU-13 diambang pintu. Ramai yang meneka-neka apakah keputusannya? apakah BN masih berkuasa ataukah PR yang mahu mencuba merampas kerajaan akan diberi mandat?

Keputusan PRU-12 walaupun hanya menjadi rujukan; dimana BN kehilangan kuasa 2/3; namun ianya boleh menjadi iktibar.

Setiap pilihanraya berlainan suasana, berlainan mode, berlainan isu. Demikian juga pada PRU-13, suasana yang berbeza dengan PRU-12.

Mengenai parti mana yang akan menang; tergantung kepada siapa yang bercakap. Namun, pendapat yang mempunyai merit adalah pendapat mereka yang berada di atas pagar.

Pada PRU-13, dianggarkan kira2 2 juta pengundi baru akan ikut merancakkan pilihanraya. Parti mana sahaja yang mereka sokong akan menentukan keputusan pilihanraya.

Ramai penganalisis menganggarkan "swing" 10% pengundi atas pagar ini akan menentukan keputusan.

Melihat undi popular BN pada PRU2 lalu; PRU-1995-BN mendapat 65%, 1999-57%; 2004-64% dan tahun 2008-51%.

Tahun 2008-undi popular BN menjunam 13% berbanding tahun 1995. Pada PRU itu Pembangkang mendapat 83 kerusi berbanding BN 139 daripada 222 jumlah kerusi parlimen.

Daripada 139 kerusi yang dimenangi BN, 55 daripada Sabah, Sarawak dan Labuan; manakala 81 kerusi PR semuanya daripada semenjanung dan masing2 1 daripada Sabah dan Sarawak.

Bagi kerusi PR, 54 daripada 83-hanya dimenangi dengan majoriti kurang 10%; apabila berlaku "swing" 10%, maka PR hanya mungkin menang 29 kerusi.

Di pihak BN pula, daripada 139 kerusi, 56 kerusi dimenangi dengan majoriti kurang 10%, jika berlaku "swing" pengundi 10%; maka berimpak besar kepada BN.

Berasaskan keputusan PRU-12, maka terdapat 110 kerusi yang ditentukan oleh "swing votes"; kemenangan mudah memerlukan 112 kerusi.

Jika melihat keputusan PRU-12, kerusi2 yang dimenangi PR 82% memperlihatkan trend pengundian yang terbagi antara melayu dan bukan melayu. PR menang kerana mendapat 50% undi melayu; 90% undi india dan 70% undi cina.

Pada PRU-13, kemungkinan peratusan ini berubah di kawasan2 yang dimenangi PR itu. Menurut persepsi semasa; undi melayu kepada BN bertambah 5% kepada 55%, sementara india 50:50 antara BN dan PR, undi kaum cina pula meningkat kepada 80%.

Ini bermakna, sekurang-kurangnya 68 kerusi yang dimenangi PR pada PRU-12 lalu sudah tidak selamat. Manakala kerusi marjinal BN (56); akan terselamat kerana berubahan pola pengundian.

Berasaskan kepada trend ini, PR sukar mendapat semula kerusi yang dimenangi pada PRU-12, yakni 83. Adalah memadai mereka akan menang antara 40-46 kerusi, itupun disumbangkan oleh parti DAP dan sedikit daripada parti PAS. PKR adalah parti yang menyumbangkan kepada kekalahan teruk PR. walaupun kerusi tradisi seperti Permatang Pauh, mungkin masih dimenangi dan kawasan cina yang meletekan calon daripada kaum cina.

Walaupun PR mendapat undi popular 51% pada tahun 2008 di Semenanjung; namun kali ini; undi popular itu akan menjunam; sebaliknya undi popular parti itu di Sabah dan Sarawak mungkin meningkat.

Keputusan PRU-13 akan menyaksikan bahawa PR hanya mendapat antara 29-32 kerusi di Semenanjung, sementara di Sarawak 7-10, manakala Sabah 4.

Berasaskan kepada analsis ini, BN merupakan pemenang pada PRU-13 dengan mandat yang kuat daripada rakyat. Tahniah.

Saturday, March 17, 2012

Tarkih PRU-13 menurut analisis BERNAMA

Bila tarikh Parlimen akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan terus menjadi topik perbincangan dan bahan spekulasi menarik banyak pihak.

Baru-baru ini apabila Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan rasmi ke Sabah, beliau mengadakan satu perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional Sabah.

Seorang pemimpin yang ditemui pemberita berkata Perdana Menteri mengingatkan bahawa pilihan raya semakin dekat.

Bagi anggota parti sama ada Umno atau parti komponen Barisan Nasional (BN), kata-kata Najib yang juga Pengerusi BN sebenarnya lebih berupa peringatan kepada jentera parti BN di Sabah dan juga negeri-negeri lain supaya bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa pun.

Namun ungkapan 'semakin dekat' itu jelas memberi isyarat pilihan raya umum bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Bahkan dalam kalangan rakyat cakap-cakap mengenai pilihan raya umum ke-13 kini menjadi perbualan harian apatah lagi bila pemimpin negara semakin kerap turun padang ke merata pelosok negeri bertemu rakyat.

Menurut pemerhati politik ada beberapa fakta mungkin memberi petanda bahawa kemungkinan besar Parlimen dibubarkan pada Mei atau Jun, dan seterusnya dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran satu pilihan raya umum diadakan.

Pemerhati politik menggariskan beberapa fakta kebarangkalian bagi menyokong telahan mereka bahawa Mei atau Jun bakal menyaksikan pilihan raya umum ke-13 Malaysia diadakan.

Fakta pertama ialah terungkainya kemelut gaji baru penjawat awam dengan pengumuman Najib pada 8 Mac lepas bahawa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Kemelut ini sangat penting diselesaikan terlebih dahulu kerana penjawat awam bukan membabitkan jumlah yang kecil, tetapi kira-kira 1.4 juta orang di seluruh negara, yang memainkan peranan penting untuk melaksana dan menjayakan pelbagai dasar transformasi dan penambahbaikan yang dilakukan kerajaan untuk rakyat.

Fakta kedua menurut pemerhati politik adalah Perdana Menteri dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, secara mantap dan terancang menjelajah ke seluruh negara setiap hujung minggu untuk bertemu rakyat, seperti yang dijanjikan pada satu sidang akhbar sebaik Perhimpunan Agung Umno 2010 tamat.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan juga semakin galak mahu semua jentera pilihan raya BN khususnya Umno bergerak pada kelajuan 'gear lima' bagi menghadapi pilihan raya umum yang 'semakin dekat' ini.

Beliau dipetik sebagai berkata pilihan raya jarang-jarang melebihi empat tahun lebih, oleh itu ia mungkin tinggal satu, dua, tiga, empat atau lima bulan sahaja lagi.

Fakta bahawa pilihan raya hanya dilakukan selepas tempoh mandat kerajaan berakhir juga sangat jarang-jarang berlaku. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada 28 April 2013.

Fakta ketiga, Umno juga awal-awal lagi sudah menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan, iaitu sehingga September 2013, dari tarikh kali terakhir diadakan pada Mac 2009, bagi mengukuhkan parti dan mengelakkan pergelutan jawatan di dalam parti demi untuk menghadapi pilihan raya umum dengan mantap dan sepadu.

Fakta keempat, yang juga petanda positif pilihan raya Mei atau Jun adalah ekonomi Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk meneruskan kemajuan pada 2012 seperti laporan Oxford Business Group (OBG), firma penerbitan, penyelidikan dan perundingan risikan ekonomi global.

Laporan itu menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia meningkat, inflasi terkawal dan sektor kewangan teguh. Menurut laporan itu hasil prestasi kukuh di kebanyakan sektor ekonomi dalam tempoh 12 bulan lalu, Malaysia dijangka dapat mencapai prestasi lebih baik dalam 2012.

Fakta seterusnya tertumpu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat banyak pemerhati sebagai telah memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Perdana Menteri tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangannya ke Dewan Rakyat pada April.

Sebagai persediaan awal, SPR sudah menjelajah ke seluruh negara untuk memberi taklimat kepada para petugas pilihan raya.

Seorang petugas yang dilantik SPR memberitahu Bernama bahawa pegawai SPR menyatakan sekiranya pilihan raya tidak diadakan dalam masa terdekat, satu lagi taklimat akan diberikan untuk melancarkan operasi dalam sistem pilihan raya kelak.

Pemimpin parti-parti politik terutamanya pembangkang dilihat sudah lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 ialah awal Jun pada cuti sekolah.

"Ini kerana perbahasan Parlimen kali ini akan membentangkan beberapa rang undang-undang penting seperti pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memang telah dijanjikan pada persidangan kali ini," katanya.

Katanya sekiranya pilihan raya tidak diadakan Jun ini, mungkin Perdana Menteri akan menunggu sehingga tamat penggal ke-12 mandat kerajaan pada tahun depan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula berkata tiada masalah untuk mengadakan perasmian persidangan Parlimen yang baru selepas pilihan raya umum walaupun perasmian baru sahaja disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 12 Mac lepas.

"Apa sahaja yang belum habis, Rang Undang-undang yang dibentangkan, usul dan sebagainya boleh dibawa ke persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang baru untuk dihabiskan, jadi tidak timbul masalah," katanya kepada Bernama.- Bernama

Sunday, March 11, 2012

PRU-13: Sebaiknya kawsan majoriti melayu/bumiputera ditandingi parti melayu/bumiputera

Tradisi yang tidak tertulis dalam BN, bahawa Umno atau parti bumiputera Sabah dan Sarawak memberikan kawasan kepada komponen parti untuk ditandingi, bagi memastikan komponen itu mempunyai wakil. Namun, keputusan PRU-12, ada kawasan2 majoriti melayu di Selangor, Perak dan Kedah, gagal dimenangi oleh calon2 komponen.

Pada PRU-13, adalah sebaiknya semua kawasan yang mempunyai pengundi 58 peratus daripada kaum melayu/bumiputera sebaiknya ditandingi parti umno atau parti bumiputera, bagi memastikan kawasan2 tersebut dimenangi BN.

Pada PRU-12, gabungan 13 parti dalam BN hanya menang 140 kerusi parlimen daripada jumlah 222. Berikutan itu, maka BN kehilangan kuasa 2/3 dewan rakyat. Kuasa 2/3 adalah 148 kerusi parlimen.

Sekiranya kerusi2 yang dimenangi pada PRU-12 lalu dapat dipertahankan, dan kerusi2 kawasan2 melayu yang kalah yang ditandingi calon2 bukan melayu/bumiputera dapat dimenangi semula, maka tidak mustahil BN akan mendapat kuasa 2/3 semula.

BN dalam menghadapi PRU-13 bukan sahaja mahu menang akan tetapi mahu mendapat kuasa 2/3, sebaliknya pihak pembangkang hanya mahu menang dengan majoriti mudah. Ertinya, Pakatan Rakyat, hanya perlu tambahan 30 kerusi selain dapat mempertahankan 82 kerusi dewan rakyat yang ada dalam penguasahaan mereka.

Apa kah Najib akan mengubah untuk sementara tradisi yang tidak tertulis dalam pengagihan kerusi yang ditandingi parti2 komponen BN?

Keputusan PRN Sarawak pada April, 2011, kita menyaksikan bahawa parti SUPP yang berasaskan kaum cina, sebenarnya kalah mutlak, jika tiada kawasan2 bumiputera yang diberikan kepada parti itu untuk ditandingi. Demikian juga di Sabah pada PRU-12, kalau kawasan2 bumiputera tidak diberikan kepada parti LDP, sudah pasti parti itu akan kalah teruk juga. Kemenangan calon LDP bagi kawasan Sandakan, disebabkan undi kaum bumiputera, kalau bukan, maka kawasan itu tidak akan dimenangi. Pada PRU-13, jika berlaku pertembungan satu lawan satu di Parlimen Sandakan, sudah pasti kawasan tersebut terpaksa dilepaskan kepada calon pembangkang.

Demi survival BN, maka pada PRU-13, penentuan calon hendaklah berasaskan komposisi kaum, agar tidak berlaku sabotaj...

Sunday, November 13, 2011

Karpal pula ramal: Parlimen bubar Januari 2012

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan tetapi untuk membubarkan Dewan Rakyat seawal Januari tahun depan, bukan untuk kepentingan rakyat tetapi demi survival politiknya.

Katanya, bukan menjadi rahsia lagi bahawa cubaan menikam Najib seperti penerbitan sebuah buku yang membidas pentadbirannya dilakukan oleh ahli-ahli dalaman Umno sendiri.

Turut memburukkan lagi keadaan, kata Karpal beberapa pemimpin kanan BN menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah kerana mendakwa tiada ruang bersuara dalam Umno.

"Tidak syak lagi, bahawa pilihan raya umum semakin dekat... saya jangkakan sekitar Januari.

"Ini kerana tekanan yang dikenakan ke atas PM semakin mendesak, sebagai contoh dari kumpulan Amanah dan juga dari dalam partinya sendiri. Mereka kata, dia tidak layak untuk jadi PM.

"(Justeru), dia (Najib) tidak mempunyai pilihan tetapi membubarkan Dewan Rakyat supaya pilihan raya umum dapat diadakan. Ini bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk survival diri sendiri," kata Karpal pada satu sidang akhbar semalam.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Najib akan membubarkan parlimen pada suku pertama tahun depan walaupun jangka hayat pentadbirannya tidak akan berakhir sehingga 2013.

Awal bulan ini, sebuah buku berjudul ‘Kesilapan-kesilapan Najib’ yang memaparkan apa yang didakwa sebagai kegagalan Najib selaku presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri kini berada di pasaran.

Buku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Thursday, October 13, 2011

PRU-13 elok diadakan pada Tahun 2013: Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi pendapat, bahawa adalah elok bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk hanya membubarkan Dewan Rakyat pada penghujung tempoh parlimen sekarang yang hanya akan berakhir pada Mac 2013.

Bercakap kepada wartawan di Kuala Lumpur, mantan perdana menteri itu berkata tindakan melenggahkan pilihan raya umum ke-13 akan datang, akan memberi tekanan kepada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat untuk membubarkan dewan undangan negeri serentak dengan pembubaran parlimen.

"Terdapat masalah bagi kerajaan... bagaimana jika empat negeri (di bawah Pakatan) itu tidak mahu mengadakan pilihan raya pada masa yang sama?

"Bagi mengelakkan pembangkang mendapat advantage, kita patut adakan pilihan raya di penghujung tempoh sekrang supaya mereka tidak mempunyai pilihan tetapi mengadakan pilihan raya negeri serentak,” kata Mahathir.

Beliau mengulangi gesaan yang sama yang dibuatnya di Putrajaya, semalam.

Najib mesti mengadakan pilihan raya umum sebelum tempoh parlimen sekarang berakhir pada hujung March 2013. Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.

Ada kemungkinan Pakatan tak bubar DUN sertentak: Tun M

Kerajaan Pakatan Rakyat di empat negeri berkemungkinan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan, jika DS Najib memanggil pilihan raya awal.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan itu berkemungkinan merupakan strategi Pakatan untuk menumpukan kekuatan dan meraih sokongan rakyat di negeri-negeri pemerintahan BN.

Dr Mahathir berkata kerajaan BN tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 kerana tempoh penggal hanya berakhir pada Mac 2013.

Katanya kerajaan BN perlu membuat ujian dan kaji selidiki untuk mengetahui pandangan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan dan rakyat akan menunggu dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan.

"Jangan-jangan yang dijanji tidak ditunaikan. Kalau cakap tidak serupa bikin, susah. Jadi, cakap seperti apa yang akan dibikinkan," katanya.- Bernama

Sunday, October 09, 2011

PRU-13 semakin dekat

Perdana Menteri tidak akan berkongsi dengan sesiapa termasuk Datin Rosmah Mansor, bila PRU-13 diadakan. Namun gerak badan pemimpin BN itu, dapat kita interpertasi sendiri, bahawa PRU-13 di ambang pintu.

Lawatan ke Selangor semalam, terutama bagi kawasan yang diwakili MB Selngor, Ijok dan Gombak yang diwakili oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, memberi isyarat, bahawa pembubaran Parlimen akan berlaku, setidak-tidaknya selepas pemansuhan ISA secara rasmi.

Pemansuhan akta ISA akan dibaca di Parlimen pada Mac, 2012.

Paling menarik dalam siri lawatan PM ke Selangor yang bermula di Rawang, kemudian Ijok dan ditutup di Sekincan, kita menyaksikan sambutan luar biasa kepada pengerusi BN itu.

Bajet BN 2012, merupakan tarikan utama rakyat, kerana melalui bajet itu, memperlihatkan bagaimana kerajaan mengutamakan rakyat. Telah terselak, bahawa sejak berdekad, kerajaan BN mengutamakan kebajikan rakyat, namun tidak diuar-uarkan.

Tuesday, September 13, 2011

Calon "boleh menang" akan timbulkan masalah: Tun M

Pemilihan calon yang boleh menang dalam pilihan raya akan menimbulkan masalah antara pucuk pimpinan dan peringkat akar umbi, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata calon yang boleh menang dalam pilihan raya bergantung kepada penilaian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan penasihatnya dalam menentukan calon yang akan bertanding.

Namun begitu, beliau berkata penilaian dan pandangan tersebut kemungkinan bercanggah dengan kehendak anggota parti dan menimbulkan masalah 'mencantas calon' dalam pilihan raya.

"Selain itu, ia menjadi satu amalan apabila mereka yang gagal dipilih atau dicalonkan bertindak untuk mencantas mereka yang dicalonkan untuk memastikan orang itu kalah dalam pilihan raya.

"Sehubungan itu, apabila parti yang menentukan calon, semua harus memberikan sokongan penuh untuk memastikan calon tersebut menang dalam pilihan raya," katanya dalam sesi rakaman rancangan Bicara Negarawan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya, semalam.

Tiga orang panel ialah Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong, Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dan Pensyarah Universiti Malaysia (Unimas), Dr Jeniri Amir.

Hadir sama ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim.

Dr Mahathir berkata Najib yang juga Pengerusi BN harus menerangkan kepada bakal-bakal calon untuk meraih sokongan di akar umbi.

"Jesteru itu, adalah lebih baik untuk memastikan parti yang meraih kemenangan agar rakyat yang dapat nikmat," katanya.

Apabila ditanya masa sesuai untuk mengadakan pilihan raya, Dr Mahathir berkata 'lewat sikit pun tidak apa".

"Ini boleh memberi masa kepada Najib untuk membuat penilaian siapa yang harus menjadi calon," katanya.- Bernama

Monday, September 12, 2011

PRU13: Tidak perlu segera: Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamed menasihatkan Datuk Seri Najib Razak agar melewatkan pilihan raya umum ke-13 dan merasakan bahawa Perdana Menteri sewajarnya menggunakan masa yang ada untuk meneliti calon-calon terbaik yang akan mewakili Barisan Nasional (BN).

Dr Mahathir menjawab soalan Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan ketika temu bual RTM di sini.

Bekas perdana menteri ditanya mengenai komen-komen mendakwa ketua-ketua bahagian parti komponen BN sedang bertelingkah satu sama lain untuk menjadi calon pilihan raya.

“Saya merasakan bahawa jika ia diadakan lewat sedikit, OK. Perlu ada masa bagi Najib untuk membuat penilaian siapa yang harus dipilih sebagai calon,” kata Dr Mahathir (gambar) dalam temu bual yang dirakamkan hari ini.

Katanya, pendekatan “calon boleh menang” kemungkinan boleh mencetuskan masalah bagi perikatan itu kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak perpecahan antara pemimpin-pemimpin parti yang hendak bertanding.

“Menjadi amalan biasa bagi seseorang yang tidak dipilih sebagai calon untuk bertindak membuktikan bahawa calon yang dipilih adalah tidak layak,” katanya lagi.

“Masalah ini sukar untuk diatasi. Ia masih menjadi satu masalah,” katanya lagi.

Kata Dr Mahathir, Najib sebagai pengerusi BN perlu menjelaskan kepada parti-parti komponen bahawa sokongan tidak bersyarat kepada calon-calon yang dipilih adalah penting meskipun mereka secara peribadi tidak menyokong calon yang dipilih.

“Najib perlu bertindak untuk menjelaskan mengenai calon-calon berpotensi... jika mereka tidak memberi sokongan kepada calon yang dipilih, mereka juga akan berhadapan dengan masalah,” kata Dr Mahathir.

Pentadbiran Najib berhadapan dengan tahun yang sukar selain terpaksa berhadapan dengan kecaman berhubung cara pihaknya menangani perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu.

Pilihan raya umum ke-13 dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir April 2013.

Thursday, May 27, 2010

Pakatan Tidak Selamat Dengan Undi CINA: Anwar

Anwar mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak harus rasa selamat dengan undi Cina sahaja, justeru tidak mengambil mudah sokongan orang Melayu bagi memenangi pilihan raya umum yang akan datang.

Bagaimanapun, tambahnya, gabungan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - tidak perlu mengambil langkah drastik bagi mendapatkan kembali sokongan Melayu, sebaliknya hanya memerlukan sedikit "penyelarasan".

"Pada tahun 1999, lonjakan undi Melayu tinggi. Saya baca analisis, mereka tulis di kampung, konservertif, (golongan) Melayu sokong Umno.

"Itu jelas 'memori jangka pendek', sebab pada tahun 1999 orang Umno boleh berubah kerana maklumat itu sampai. Sekarang kita tengok kelemahan kita sebab maklumat tak sampai," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Dalam menghadapi PRU-13, Anwar berkata pihaknya tidak perlu lagi menghabiskan masa dengan mendakwa bahawa pilihan raya di Malaysia dicemari rasuah dan tekanan daripada Umno sebab "itu sudah diketahui".

Menyentuh soal 'kemerosotan' undi Melayu di Hulu Selangor pada 25 April lalu apabila PKR tewas kepada BN, Anwar berkata keputusan itu tidak terlalu membimbangkan.

"Kalau itu keputusan pilihan raya kecil, dalam pilihanraya umum kita menang," katanya yakin.

Pekerjaan, ekonomi, 'maruah sebagai umat'

Beliau menambah, kecuali di dua kawasan Felda - Sungai Buaya dan Sungai Tengi - undi Melayu secara keseluruhannya meningkat.

Corak yang sama menurutnya turut dikenalpasti dalam pilihan raya kecil Sibu pada 16 Mei apabila undi Melayu/Melanau meningkat daripada 13 peratus kepada 35 peratus dalam tempoh berkempen dua minggu sahaja.

"Maknanya kita harus terima kenyataan, kita belum cukup kuat usaha mendampingi mereka.

"Kita tertumpu pada bandar pinggir dan bandar isu yang disenangi oleh orang bandar. Kita harus tahu juga ada isu desa yang harus diketengahkan," katanya.

Tambahnya, isu tersebut antaranya soal peluang pekerjaan, ekonomi dan "maruah sebagai umat" yang perlu ditangani.

Sementara itu, menyentuh hasrat Pakatan menembusi Sabah dan Sarawak, Anwar berkata kemenangan di Sibu membuka langkah yang besar kepada gabungan pembangkang di kedua buah negeri itu.

"Sekarang menjadi tugas timbalan perdana menteri turun padang, perdana menteri turun tiga, empat hari. Ini mesej bahawa mereka (BN) hilang sokongan dan (terpaksa) guna pelbagai helah dan ancaman untuk mendapatkan kerusi.

Peluang: Saya tidak tahu

"Kita sudah melangkah dengan besar di Sibu. Jadi, kita kena kerja kuat," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Anwar berkata, sepanjang lebih seminggu berkempen di negeri Kenyalang baru-baru ini, beliau melihat pemimpin Pakatan di peringkat negeri daripada parti yang berbeza bekerjasama dengan baik mengetengahkan isu-isu tempatan.

"Saya optimis lihat pengalaman mereka bekerjasama di Sarawak. Mereka buat dengan baik.

"Saya bukan maksudkan (pemimpin kanan Pakatan) Ustaz (Datuk Seri) Hadi (Awang), Lim Kit Siang dan (Datuk Seri) Wan Azizah (Ismail), saya cakap tentang (pemimpin) peringkat negeri," katanya.

Enggan memberitahu sasaran kerusi yang diletakkan di negeri itu, Anwar juga kelihatan tidak mahu bercakap banyak tentang peluangnya kali ini.

"Saya tak tahu. Tetapi kita lihat orang Iban, Melayu/Melanau dan Cina kita ada anjakan besar. Lagi pun sepanjang perjalanan politik saya, saya tak beritahu berapa kerusi yang akan diperoleh.

"Dekat dengan pilihan raya nanti saya beritahulah, walaupun ramai yang meragykan bahawa pada PRU-12 lalu, Anwar meramalkan akan mengambil kerajaan Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah serta mempertahankan Kelantan.

Melihat corak dan keyakinan Anwar ini, maka para pemimpin UMNO disemua lapisan perlu mengorak langkah mendekati akar umbi dengan mengenepikan cara lama yang bercorak cerimonial.

Masih terdapat rampai pemimpin Umno terutama wakil-wakil rakyat baru, masih mengamalkan kemewahan dan masih bersifat sombong.

Sifat-sfat ini lah yang ditendang atau ditolak rakyat pada PRU-12 lalu.

Menurut pengamatan AYT, di Sabah kini, para pemimpin akar umbi pembangkang mengamalkan sifat keterbukaan, kestiakawanan dan nampak keeratan antara mereka. Bercanggah dengan sifat para wakil rakyat BN yang bersifat anggkuh dan sombong.

Baru-baru ini seorang timbalan menteri di peringkat persekutuan dan merupakan YB dua penggal, terlalu bongkak, salam pun tidak dijawab apabila diberi salam. Sedangkan pada kebiasaannya jarak 2 meter dengan seseorang, adalah jelas salam boleh didengar dengan jelas.

Ada YB Sabah mengatakan jangan tonjolkan perbedaan, sebaiknya tonjolkan kerbesamaan, namun secara praktikalnya, wakil rakyat ini kemana-mana sahaja dikelilingi oleh satu kaum sahaja. Perbuatannya tidak pun menggambarkan apa yang dicakap atau diucap. Perlakuan wakil rakyat ini ibrat burung unta, menyembunyikan kepalanya, maka memutuskan bahawa kerana dia tidak nampak sesiapa, maka dia beranggapan, tiada yang melihatnya, namun pada kenyataannya buntutnya besar itu terpampang dengan luas.

Berbuih mulut Najib Razak menyeru agar para wakil rakyat atau pemimpin parti atau UMNO secara keseluruhan turun padang agar supaya dekat dengan rakyat, namun semakin sering para wakil rakyat turun padang, maka semakin bertambah sifat memuakkan yang mereka tonjolkan.

PRY-13 hanya berbaki kurang 2 tahun, mampu kah UMNO atau BN mengubah persepsi ini? Anwar telah membuat langkah menyerang SIMPANAN TETAP BN yakni kaum melayu dan Bumiputra, kerana Anwar Tahu, mereka tidak akan menang melalui sokongan CINA dan INDIA sahaja.

Blog Archive