Showing posts with label parti gerakan. Show all posts
Showing posts with label parti gerakan. Show all posts

Saturday, January 26, 2013

APA KAH Parti Gerakan akan setia pada BN?

APA KAH Parti Gerakan akan setia pada BN? Buat masa ini, perkara itu belum berlaku, atas alasan parti itu dalam keadaan lemah, sehingga perlu pertolongan daripada komponen Bn yang lain. 

Satu fakta yang mengusik penulis adalah berkaitan dengan kenyataan Presiden parti itu selepas PRU-12, bahawa parti itu akan mengkaji kedudukannya dalam dalam barisan nasional, ekoran kekalahan teruk parti itu dalam PRU-12. 

Tsu Koon semasa merasmikan Persidangan Pergerakan Pemuda parti itu di Kota Bahru Kelantan pada 5 September 2008, ada menzahirkan bahawa parti itu akan menimbang untuk keluar daripada Bn. 

Tsu Koon juga memberi kenyataan bahawa dominansi Umno dalam barisan nasional, adalah punca parti itu untuk mengkaji kedudukannya dalam Bn. 

Melalui kenyataan Tsu Koon itu, secara tersirat, bahawa pemimpin parti itu menyalahkan Umno kerana kekalahan teruk dalam pilihanraya tahun 2008, termasuk dirinya kecundang kepada calon DAP. 

Melalui kenyataan pemimpin Parti Gerakan itu, apakah parti itu akan setia? Jika berlaku keputusan PRU-13 yang kurang memberangsangkan kepada Bn. 

Perlu diingat, bahawa jika keputusan PRU-13 agak seimbang, maka jika berlaku lompat parti atau salah satu komponen parti keluar daripada Bn, maka Bn akan tumbang dengan sendirinya. 

Selepas PRU-12 lalu, walaupun salah satu komponen Bn keluar yakni SAPP, namun tidak sangat mempengaruhi Bn, kerana parti itu hanya mempunyai seorang MP dan 4 ADUN; bayangkan kalau parti itu mempunyai ramai MP? 

Dalam politik semuanya boleh berlaku. Demikian juga pada parti Gerakan. Niat parti itu untuk mengkaji kedudukannya, dinyatakan sendiri oleh pemimpin tertinggi parti itu. Apabila niat sudah tercipta, maka ianya pasti akan berlaku, hanya masa menentukan. 

Pucuk pimpinan Bn, perlu berhati-hati dalam memilih calon-calon daripada parti-parti komponen yang sudah menzahirkan niatnya untuk tidak setia kepada Bn, jika tersalah membuat keputusan, maka Bn secara keseluruhan akan melopong. 

Pengalaman Bn Sabah pada PRU-1990, semasa PBS komponen Bn Sabah secara tiba-tiba keluar daripada Bn diambang pengundian, memerangkap Bn, walaupun keputusan PBS itu tidak mampu menjatuhkan Bn. 

Penulis beranggapan, keadaan ini boleh berlaku pada Parti Gerakan. Atas sebab itu, bukan sahaja di Sabah malah di Semenanjung, pucuk pimpinan Bn perlu berhati-hati dengan apa yang tersirat dalam kepimpinan Parti Gerakan. 

Di Sabah misalnya, walaupun parti itu tidak pernah bertanding pada sebarang pilihanraya, namun pada kali ini, beria-ia sangat untuk bertanding. 

Kenyataan Pengerusi Parti itu bagi Sabah Gordon Leong, beria-ia sangat untuk bertanding bagi kawasan-kawasan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kudat,Penampang, Sepanggar, malah di Tenom. 

Satu pertanyaan, adakah kekuatan parti itu? Bagi menyumbang kerusi kepada Bn? 

Parti Gerakan Sabah, kebetulan mempunyai ADUN, akibat lompat parti. Adun Tanjong Papat dan Elopura, daripada SAPP, sementara Adun Karamunting yang pada mulanya daripada LDP berpindah rumah dan menyertai Parti Gerakan. 

Seperkara lagi yang mengusik penulis, bahawa pada Persidangan tahunan LDP baru-baru ini di Sandakan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, adalah jarang-jarang berlaku, apabila sesebuah parti yang bersidang, bendera komponen lain juga turut dikibarkan. Sepanjang pengamatan penulis, biasanya bendera komponen parti itu bersama-sama bendera Bn yang berlambang dacing yang dikibarkan. 

Tanda-tanda seumpama ini, adalah petanda, bahawa Parti Gerakan mempunyai niat yang terselubung terhadap parti komponen lainnya. Apa Kah maknya itu? Hanya para pemimpin Bn secara keseluruhan mampu menilainya.

BELUM MASANYA PARTI GERAKAN BERTANDING DI SABAH


PARTI Gerakan menerima tamparan hebat pada PRU-12 lalu, apabila kerajaan pimpinannya di Pulau Pinang jatuh ke tangan pembangkang. Bukan itu sahaja, parti itu mengalami tsunami politik yang dahsyat apabila sebahagian besar calon-calonnya   tumpas termasuk Presiden Parti itu, Tan sri Dr Koh Tsu Koon.

Sayogia parti itu bertanding di Sabah pada PRU-PRU sebelum PRU-12, di mana kecatatan pada parti itu belum berlaku, namun pucuk pimpinan memandang bahawa belum masanya parti itu bertanding walaupun telah mengikut langkah MCA dan UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah.

 Hasrat parti itu bertanding di Sabah pada PRU-13, sudah tidak kena pada tempat dan masanya, atas sebab akibat tsunami yang melanda parti itu pada PRU lepas.

Seharusnya parti itu menumpukan kepada kawasan-kawasan tradisinya di Semenanjung, terutama Pulau Pinang  untuk menebus semula kerusi-kerusi tradisi parti itu yang kini dikuasai oleh DAP.

Hasrat parti itu bertanding di Sabah, disebabkan negeri di bawah bayu itu adalah kawasan selamat bagi semua komponen Bn, termasuklah parti Gerakan. Janganlah disebabkan keinginan untuk menobatkan seseorang atau beberapa pemimpin parti itu menjadi wakil rakyat, maka terpaksa bertanding di kawasan selamat, meskipun parti itu belum pernah bertanding pada sebarang pilihanraya di Sabah.

Jangan kerana mahu menyelamatkan pemimpin tertentu, kerana menyertai parti itu selepas PRU-12, maka timbul  hasrat untuk bertanding.

Jika pucuk pimpinan Bn mengambil keputusan untuk mempertandingkan Parti Gerakan di Sabah, maka rakyat menilai, bahawa Bn hanya mahu menyelamatkan seseorang, hanya kerana perkiraan bahawa seseorang itu setia kepada Bn secara umumnya.

Rakyat akan menilai, bahawa Bn hanya mahu menyelamatkan seseorang untuk tujuan jawatan. Jika benarlah Bn membenarkan Parti Gerakan bertanding dan memilih calon tertentu yang di mana sebelumnya menang bukan atas tikit parti itu, maka ianya merupakan perjudian besar Bn secara umumnya.

Pengundi tidak semestinya mengundi calon itu, atas sebab pengundi tahu, bahawa pencalonan seseorang itu bukan kerana kepentingan Bn secara umumnya untuk membela rakyat,  akan tetapi membawa maksud mahu menyelamatkan kedudukan seseorang.

Di Sabah, di mana sebelum ini belum ada seorangpun wakil rakyat daripada Parti Gerakan, namun kerana akibat lompat parti, maka Gerakan mempunyai tiga ADUN di Dewan undangan Negeri Sabah.  Kawasan-kawasan DUN itu adalah Tanjong Papat, Elopura dan Karamunting.

Sabah tidak ketandusan parti komponen yang mewakili kaum cina, kerana ada Parti LDP, di mana parti itu merupakan komponen tertua BN bersama Umno. Selain itu ada PBS, walaupun parti itu berbilang kaum, namun juga parti itu mewakili kaum cina. Perkara ini dibuktikan apabila Timbalan Ketua Menteri yang mewakili kaum tionghua pada cabinet negeri Sabah adalah daripada PBS.

Selain PBS, MCA juga sememangnya mewakili kaum cina; dan satu perkara bahawa parti terbesar kaum cina itu bertanding di Sabah, dan kini diwakili oleh Datuk Edward Khoo.

Jika Bn mahu agar supaya kawasan-kawasan majoriti kaum cina seperti Tanjong Papat, Elopura terus diwakili daripada kaum itu, maka Bn tidak ketandusan memilih calon-calon samada daripada LDP, PBS mahupun MCA, kerana parti komponen ini sudah biasa bertanding di Sabah.

Adalah janggal bagi Parti Gerakan di kala dalam keadaan sangat lemah, maka berhasrat untuk bertanding; seharusnya pada keadaan parti itu masih kuat, maka pada masa itulah turut bertanding, agar supaya calon-calonnya dijamin menang. Ini tidak, di saat-saat lemah, maka mempunyai hasrat untuk bertanding, ini menyebabkan calon-calon parti itu akan menjadi beban kepada komponen Bn yang lain.

Jangan lupa dalam politik, persepsi amat penting; kerana persepsi yang baik akan menjadi faktor kemenangan. Kini, Parti Gerakan, bukan sahaja dilihat sebagai parti terlemah dalam komponen Bn, malah persepi sebahagian besar pengundi, bahawa parti itu akan tersunggur mutlak pada PRU-13 akan datang.

Walaupun menurut pengakuan Pengerusi Parti Gerakan Sabah, Gordon Leong, bahawa parti itu berhasrat mempertahankan kerusi-kerusi DUN yang kini disandang oleh wakil rakyat  yang melompat ke dalam parti itu, namun keputusan mengenainya bergantung kepada pucuk pimpinan Bn, kerana jika pucuk pimpinan Bn tersalah atur, maka berakibat buruk kepada Bn secara keseluruhannya.

Wednesday, December 14, 2011

Anak Tun Lim Chong Eu kembali pada Parti Gerakan

Selepas meninggalkan parti yang tubuhkan oleh mendiang ayahnya pada tahun 1999, untuk masuk PKR, akhirnya, anak mantan Ketua Menteri Pulau Pinang itu- Lim Boo Chang kembali ke gagang.

Lim, memberi alasan, bahawa selama tiga tahun menyertai PKR, beliau menemui, bahawa parti itu hanya berorenatsikan kepada retorik,

Beliau, meminta mereka yang termakan janji-janji parti itu, supaya mempertimbang semula pendirian mereka sebelum terlambat.

Parti Gerakan kini, mengalami masalah dalaman, ekoran kekalahan teruk pada PRU-12 lalu.

Baru-baru ini Presiden Parti itu, telah mengumumkan tidak bertanding pada PRU-13.

Friday, November 18, 2011

Sepatutnya Tan Sri Dr Koh lepas sahaja Presiden Gerakan: Tun M

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatannya sebagai presiden Gerakan kerana gagal memimpin parti itu dengan betul.

Bercakap kepada pemberita, Dr Mahathir berkata seseorang pemimpin perlu meletakkan jawatan selepas parti yang diterajui mereka mengalami kekalahan teruk, seperti yang berlaku ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa memimpin BN pada pilihan raya umum 2008.

"Minta maaf, saya terpaksa katakan ini, terhadap Koh. Secara peribadi, beliau seorang yang sangat baik tetapi beliau telah gagal dalam tugasnya. Akibatnya, Gerakan juga gagal.

"Jika beliau memimpin Gerakan dalam pilihan raya kali ini, maka ia mungkin tidak akan membawa kesan yang diingini untuk BN. Beliau telah terlalu lama dan tidak lagi efektif, beliau harus letak jawatan," katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, peluang harus diberikan kepada ahli-ahli Gerakan yang lain kerana parti itu juga mempunyai pemimpin lain yang berkemampuan.

Malangnya, kata beliau, dalam budaya rakyat Malaysia, pemimpin-pemimpin parti dan menteri-menteri tidak meletakkan jawatan atau bertanggungjawab apabila berlaku sesuatu yang buruk tetapi sebaliknya cuba terus mempertahankan kedudukan mereka.

Beliau mencadangkan supaya rakyat meniru budaya urus tadbir Jepun, yang menyaksikan menteri kabinet melepaskan jawatan serta-merta selepas berlakunya sesuatu skandal.

"Kita tidak perlu tinggal melebihi had tempoh. Itulah sebabnya saya letak jawatan kerana tidak mahu untuk tinggal melebihi tempoh saya sebagai Perdana Menteri dan memberi peluang kepada Pak Lah untuk menunjukkan kebolehan beliau.

"Jika tidak siapa yang tahu kredibilitinya (Pak Lah),” katanya.

Thursday, November 17, 2011

Sepatutnya bukan hanya Tan Sri Koh, tetapi parti Gerakan perlu skip PRU-13

AKHIRNYA Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, baik di kerusi parlimen, mahupun di peringkat negeri.

Bercakap kepada wartawan di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, Koh berkata tindakan itu bagi memberi peluang kepada barisan pemimpin pelapis Gerakan menerajui parti berkenaan.

Ia juga sebahagian daripada strategi transformasi Gerakan yang dinamakan “Bergerak Bersama Rakyat’.

"Saya sendiri akan memimpin melalui teladan dan mengambil langkah pertama untuk pembaharuan.

"Saya telah memutuskan untuk tidak bertanding sebagai calon dalam mana-mana kerusi sama ada di parlimen mahupun negeri pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Menurut Koh, keputusan itu dibuat tanpa paksaan dan sudah disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Parti Gerakan mengalami tsunami politik pada PRU-12, di mana semua calon-calonnya di Pulau Pinang kalah, mengakibatkan negeri itu ditawan dengan mudah oleh DAP.

Memandangkan kepada keputusan PRU-12 lalu, sepatutnya bukan sahaja Koh tidak bertanding, sebaliknya Parti itu perlu SKIP PRU-13, agar supaya calon-calonnya tidak menjadi liabiti kepada BN.

Sunday, October 16, 2011

Perwakilan Gerakan minta Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berdepan Lim Guan Eng di P.43 Bagan

DEMI maruah parti, tiga perwakilan Gerakan menggesa presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertanding di P.43 Bagan, di Pulau Pinang pada PRU-13 akan datang.

Pada PRU-12 lalu, Dr Koh bertanding di P.46 Batu Kawan dan kalah kepada calon DAP P.Ramasamy A/L Palanisamy dengan majoriti 9,485. Dr Koh mendapat undi 13,582; manakala calon DAP itu mendapat 23,067 undi.

Sementara Lim Guan Eng bertanding di P.43 Bagan melawan calon BN Song Choy Leng. Setiausaha Agung DAP itu mendapat undi 33,748 sementara lawannya 11,678. Guan Eng menang dengan majoriti 22,070.

Diperingkat DUN pula, semua DUN di P.43 dimenangi calon DAP.

Disebabkan mahu menegakkan maruah parti, salah seorang perrwakilan dalam mesyuarat Gerakan ke-40 semalam, Teng Koh Keng-wakil Johor, berkata, kalah menang adalah soal lain; yang penting semangat keseluruhan ahli-ahli gerakan akan marak semula, apabila Presiden menentang Lim Guan Eng.

Gerakan telah memerintah kubu kuatnya Pulau Pinang selama hampir 39 tahun tetapi tumbang dalam pilihan raya umum lepas selepas ia kalah semua kerusi di negeri itu.

Perwakilan Kedah, Ngooi Ah Fatt juga bersetuju bahawa Koh harus kekal di Pulau Pinang jika beliau memilih untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Turut bersetuju ialah wakil Terengganu, Feng Swee Heng yang berkata terdapat perdebatan hangat sama ada Koh patut bertanding di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau secara berseloroh berkata nama Koh bermaksud "anak Jantan" dalam bahasa Melayu, bagi menangkis kritikan bahawa dr Koh tidak berani berdepan dengan musuh politiknya.

Bagaimanapun, perwakilan Pulau Pinang Lee Boon Tien mengingatkan hadirin "jika Koh boleh menang di Pulau Pinang, ia adalah baik, tetapi bagaimana jika beliau kalah?"

Bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu, Dr Koh berkata beliau mengambil maklum sentimen para perwakilan parti.

"Saya dengar apa yang mereka katakan, tetapi di mana saya akan bertanding, saya akan membuat pengumuman tidak lama lagi."

Saturday, October 31, 2009

Nizar News: Gerakan Oh Gerakan Nak Keluar BN! Keluar Lah

Cadangan supaya Gerakan membuat pertimbangan serius untuk keluar daripada BN dalam masa setahun mencetuskan pelbagai reaksi dalam persidangan Pemuda parti itu.

"Ia (keluar BN) merupakan satu cadangan. Bagaimanapun, menimbulkan banyak reaksi daripada perwakilan kerana ia tidak dapat diterima sama sekali.

"Jadi, dengan sebulat suara, kami tolak cadangan itu," kata Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana reaksi perwakilan terhadap usul tersebut kerana persidangan tahunan Pemuda dan Wanita Gerakan dilangsungkan secara tertutup.

Beliau diminta menjelaskan sama ada usul kontroversi itu diterima setelah Pemuda Gerakan selesai melangsungkan persidangan tahunannya ke-22 kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Usul daripada negeri yang dirahsiakan itu menyebut: "Pemuda Gerakan menyeru agar parti Gerakan membuat pertimbangan dengan serius sama ada untuk berundur dari BN dalam tempoh satu tahun yang seterusnya."

Ditemui selepas persidangan pergerakan itu ditangguhkan, Lim mengibaratkan Gerakan sebagai penumpang dalam sebuah kereta, iaitu BN.

"Kalau kamu sedang berada dalam sebuah kereta yang laju, kamu tidak akan buka tingkap dan lompat keluar. Ini tidak masuk akal. Bila berada dalam kereta, kita kena pastikan kereta itu berjalan lancar dan sampai ke destinasinya.

"Bila sampai ke sana, baru kita boleh buat keputusan, kamu hendak masuk balik atau tidak dalam kereta, itu masalah kamu," katanya.

Ditanya kenapa usul tersebut dimuatkan untuk dibincang, beliau berkata:

"Untuk berlaku adil, kita kena terima semua resolusi daripada negeri. Kalau tidak, apa gunanya mengadakan persidangan tahunan."

Lim menegaskan, setelah berbincang terdapat cadangan yang diterima, ditolak dan diterima dengan pindaan.

Usul yang telah dikemaskini akan diserahkan kepada media selepas ini, tambahnya.

Sebanyak sepuluh usul dibincangkan, antaranya mendesak kerajaan memansuhkan ISA, meminda Akta Penerbitan dan mesin Cetak dan mengambil alih Lebuhraya Utara Selatan bagi mengurangkan beban rakyat./ENDS

Blog Archive