Showing posts with label Tun Dr M. Show all posts
Showing posts with label Tun Dr M. Show all posts

Tuesday, December 01, 2015

Datuk Dr Salleh Tun Said Keruak Jawab Surat Terbuka Tun Dr Mahathir

JAWAPAN KEPADA SURAT TERBUKA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar semula, tidak tepat dan separuh benar yang disensasikan demi mempengaruhi sentimen dan emosi ahli UMNO untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri. Sangat menyedihkan bilamana Tun sanggup menabur fitnah demi menyingkirkan Perdana Menteri dan menubuhkan Council of Elders yang akan mengawal Perdana Menteri boneka beliau.

1. “Satu Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia”

Ini merupakan tohmahan kitar semula. Gagasan 1Malaysia merupakan suatu usaha untuk mewujudkan perpaduan. Perbezaan paling utama dengan konsep “Malaysian Malaysia” ialah 1Malaysia jelas menerima Perlembagaan Malaysia secara keseluruhannya, terutama semua peruntukan yang terkandung dalam Perkara 153.

“Malaysian Malaysia” pada mulanya adalah suatu konsep yang bercanggah dengan Perkara 153 dan kemudiannya bersifat amat kabur. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan “Malaysian Malaysia,” tentu sekali tidak akan ada Majlis Pemerkasaan Bumiputera, TERAJU dan lain-lain lagi.

Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan Malaysian Malaysia, tentulah tidak akan ada Model Baharu Ekonomi (MBE), satu rangka kerja untuk meningkatkan sifat eksklusif dalam ekonomi dan pada masa sama, memperkasakan masyarakat Bumiputera agar mereka menjadi lebih berdaya saing.
Mengatakan bahawa Gagasan 1Malaysia adalah sama dengan “Malaysian Malaysia” merupakan suatu putar belit, dengan niat yang tidak lain dan tidak bukan iaitu untuk mengelirukan orang Melayu.

2. “Penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat”

Dalam era globalisasi ini, kebanyakan negara di dunia telah mengambil ramai perunding asing yang memberi nasihat kepada Kerajaan dan sektor swasta. Peranan mereka ini tidak lebih daripada memberi pandangan bukannya menjadi penguasa. Hakikatnya Negara ini masih ditadbir oleh orang tempatan, Melayu, Cina, India, Bumiputera Sarawak dan Sabah. Bukan orang luar. Kuasa tetap di tangan kita dan bukannya di tangan orang luar seperti zaman penjajah.

PM mempunyai ramai penasihat di kalangan anggota kabinet, Majlis Tertinggi UMNO, pegawai tertinggi kerajaan, NGO, termasuklah rakyat Malaysia yang beliau sering lawati. Apalah sangat sumbangan “perunding luar” ini berbanding orang-orang tempatan yang begitu ramai yang sentiasa menasihati pentadbiran hari ini? Mengapa Tun menggunakan perumpamaan “penjajah” yang langsung tidak sama dengan keadaan sebenar? Beliau hanya ingin memburukkan PM dan menimbulkan kerisauan tentang kedaulatan negara dengan tak semena-mena.

3. “Penubuhan PEMANDU untuk menggantikan Unit Perancang Ekonomi”

PM telah pun menjawab tohmahan yang dikitar semula ini.

PM menubuhkan PEMANDU sebagai badan untuk menyelia program transformasi, yang bukan sahaja meliputi aspek ekonomi di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) tetapi juga aspek bukan ekonomi di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang sudah tentulah tidak terletak di bawah bidang kuasa EPU, kerana ia adalah sebuah badan ekonomi.

Bercanggah dengan apa yang dikatakan Tun, PM memberi kepercayaan yang amat tinggi kepada EPU kerana ia merupakan kunci bagi memastikan kejayaan ETP. Malah, melantik seorang daripada CEO paling berkebolehan di negara ini untuk menerajui EPU.

4. “Meletak negara di bawah kehendak Singapura,”

Ini adalah satu kesimpulan yang berbentuk fitnah. Tun menggunakan isu jambatan bengkok dan menyimpulkan bahawa Malaysia di bawah telunjuk Singapura.

Jabatan Peguam Negara (AGC) kita telah menasihatkan kerajaan mengenai kesan sebarang pengubahsuaian kepada Tambak Johor di bawah undang-undang antarabangsa. AGC menasihatkan bahawa paip-paip dalam Tambak Johor adalah tertakluk kepada perjanjian air Johor-Singapura (1961, 1962), yang menggariskan bahawa paip-paip tersebut adalah milik Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura, dan sebarang pengubahsuaian paip itu mesti diluluskan oleh PUB.

Tiada persoalan sama ada kita mempunyai keberanian yang mencukupi untuk menentang Singapura. Jambatan bengkok tidak dibina kerana Malaysia komited untuk mematuhi semua perjanjian yang telah ditandatangani. Mana-mana jambatan sekalipun, jika dibina bagi menggantikan Tambak Johor tanpa kebenaran daripada PUB Singapura, akan melanggar hak hartanah Singapura di bawah undang-undang antarabangsa.

Kita telah membina hubungan dengan Singapura ke satu tahap di mana kita kini terlibat dalam projek dan usaha sama yang membawa kedudukan yang menguntungkan bagi kedua-dua buah negara. Bagi mengukuhkan lagi perhubungan antara Malaysia dan Singapura, kita kini akan membina kereta api berkelajuan tinggi. Malah, telah tercetus juga idea bagi membina jambatan persahabatan yang dimahukan kedua-dua negara dan tidak akan melanggar undang-undang antarabangsa.

Tohmahan dan fitnah Tun bahawa PM meletakkan Negara di bawah kehendak Singapura ini adalah sangat dikesali dan menyedihkan.

5. “Meminjam berbilion Ringgit yang sebahagian besar dilabur di luar negara...

Khazanah, PNB dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) lain menjalankan pelaburan di dalam dan luar Negara bagi mengimbangi risiko pelaburan. Ekonomi negara-negara di dunia berkembang pada kadar yang berbeza. Pulangan pelaburan di sesetengah negara mungkin lebih tinggi dari yang lain dan pulangan ini dikembalikan kepada Malaysia dan rakyat. Namun sebahagian besar pelaburan tetap berada di dalam negara, yang dilaburkan melalui KWSP, Khazanah dan PNB.

Malah pelaburan luar negara kini sangat membantu ekonomi Malaysia pada ketika ini. Pulangan kita dalam bentuk USD ini menjadi lebih besar nilainya apabila RM menyusut akibat tempias harga minyak mentah dunia. Jadi apa masalahnya melabur di luar Negara?

6. "Menubuhkan 1MDB dengan modal pinjaman yang besar, tidak dapat buktikan dimana modal yang dilabur berada.”

Ini merupakan FITNAH dan PEMBOHONGAN. Mengikut audit oleh badan bertauliah antarabangsa pada 2014, semua wang pelaburan telah terkira.

Tun Mahathir pernah mengatakan RM42 bilion telah lesap. Kemudiannya RM27 bilion pula lesap. Apabila 1MDB menunjukkan bukti di dalam akaunnya, beliau tidak lagi membangkitkan nombor-nombor ini.

7. “Gagal membayar faedah hutang,”

Sekiranya sesebuah syarikat gagal membayar hutangnya, ianya akan bankrap. Namun sehingga hari ini 1MDB tidak bankrap, malah hutangnya telah menurun dengan mendadak baru-baru ini.

8. “Membeli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah,”

Ini kenyataan yang separuh benar. Hakikatnya tanah yang dijual kepada 1MDB dengan harga murah kerana 1MDB 100% milik Kementerian Kewangan. Transaksi seperti ini adalah umpama keluar poket kanan, masuk poket kiri.

1MDB tidak diberikan dana pelaburan secara tunai seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain, tetapi dana mereka adalah berbentuk tanah. Tun Mahathir berikan wang untuk GLC pada zaman beliau. PM berikan tanah. Kedua-duanya adalah dana pelaburan.

9. “...menjual tanah ini kepada institusi Kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi.”

Ini juga kenyataan separuh benar. Institusi kerajaan yang membeli tanah ini bukan 100% milik Kementerian Kewangan, walaupun ianya di bawah penyeliaan kerajaan. Ini suatu perbezaan yang besar berbanding 1MDB, yang dananya datang dari kerajaan.

Jadi walaupun 1MDB memperoleh tanah pada harga murah, mereka tidak boleh juga menjual tanah tersebut pada harga murah kepada syarikat yang tidak 100% dimiliki atau disumbangkan dananya oleh kerajaan, kerana badan itu akan mendapat keuntungan untuk pihak ketiga, dan bukanya kerajaan yang merupakan pemilik tanah tersebut.

10. "2.6 bilion Ringgit tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab,”

Ini bukan wang peribadi PM. Dana ini diketahui pemimpin UMNO seperti Setiausaha Agung dan Bendahari. Tun juga menyelia aset UMNO berjumlah berbilion ringgit.

Tapi kali ini saya perasan Tun tidak lagi menyatakan secara terang-terang wang ini datang daripada 1MDB seperti dahulu. SPRM mengesahkan bahawa tiada wang 1MDB yang diambil. Adakah Tun mengubah fikiran sekali lagi seperti beliau mengubah fikiran bahawa RM42 bilion dan RM27 bilion tidak hilang seperti yang difitnah beliau sebelum ini?

11. “Siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah dan Bank Negara ditamatkan oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil, Peguam Negara dibuang, PAC dibubar supaya tidak dapat menyiasat 1MDB.”

SPRM, Bank Negara masih menyiasat. Malah Bank Negara telah pun mengeluarkan pengumuman tentang cadangan tindakan. Namun tiada langsung di dalam pengumuman tersebut menyatakan perkara jenayah berlaku, tetapi beberapa isu pentadbiran yang perlu diselesaikan.

Peguam Negara berhenti kerana faktor kesihatan. PAC tidak dibubar, mereka masih sedang menyiasat 1MDB dan akan mengemukakan laporan tahun hadapan.

Mengapa Tun mengatakan PAC dibubar? Ketua Audit Negara telah mengeluarkan laporan awal dan menyatakan tiada perkara yang mencurigakan dijumpai.

12. “Gaji minima dinaikkan sehingga kilang-kilang berpindah ke negara lain dan pekerja hilang pekerjaan,”

Ini adalah lagi satu FITNAH. Cuba berikan fakta. Malaysia masih terus menerus menerima pelaburan dari luar Negara, khususnya di Iskandar Malaysia.

Tambahan pula, baru-baru ini bagi suku ketiga tahun 2015, pelaburan asing (FDI) pada RM 500.2 bilion merupakan satu peningkatan daripada suku kedua tahun 2015.

Kita memperkenalkan gaji minima sebagai langkah mengurangkan beban kepada golongan berpendapatan rendah bagi menampung kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun, kadar pengangguran di negara kita masih rendah pada kadar lebih kurang 3% dan terkawal.

13. “Kejatuhan mata wang dan nilai saham yang teruk,”

Ini lagi satu kenyataan separuh benar. RM jatuh sebahagian besarnya disebabkan kejatuhan harga minyak mentah dunia yang mendadak. Ini merupakan faktor terbesar dan faktor ini di luar kawalan kerajaan.

Nilai saham juga jatuh kerana faktor harga minyak. Ini kerana pendapatan hasil minyak merupakan antara penyumbang besar pendapatan Negara. Jika pendapatan Negara jatuh, maka nilai mata wang dan juga pasaran saham akan menerima tempias.

Namun di bawah pentadbiran Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, kebergantungan kepada pendapatan minyak telah berkurang daripada 30% ke hampir 20% sahaja. Kita bernasib baik kerana GST telah berperanan menyelamatkan Hasil Negara, dan membolehkan kita membentuk bajet 2016 yang banyak membantu golongan B40 dan M40.

Dahulunya banyak syarikat yang lari daripada membayar cukai, tetapi dengan GST, mereka tidak dapat lari dan sudah mula membayar cukai.

Sebahagian daripada penambahan ini membolehkan kita meneruskan Belanjawan tahunan yang menyeluruh dan pro-rakyat, di samping mengekalkan anggaran perkembangan ekonomi pada tahap 4-5% pada tahun 2016.

Walaupun realitinya kejatuhan harga minyak dan keadaan ekonomi dunia adalah faktor utama kejatuhan nilai RM dan juga kebanyakan mata wang negara-negara lain, Tun menyembunyikan fakta ini supaya rakyat dan orang UMNO menyalahkan Perdana Menteri semata-mata. Tun mengetahui hal ini, namun beliau menggunakan hujah tersebut bagi memperdayakan golongan yang tidak mengikuti perkembangan ekonomi global.

14. “Kos sara hidup meningkat,”

Kerajaan terus berhempas pulas mengambil langkah mengurangkan beban kos sara hidup, seperti BR1M, PR1MA, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, pengurangan cukai pendapatan untuk M40, Bantuan Buku 1Malaysia dan banyak lagi.

Kita masih meneruskan dan memperbanyakkan usaha seperti ini.

15. “Besar kemungkinan parti akan kalah dalam PRU 14 seperti di Selangor dan Pulau Pinang.”

Yang akan membuatkan Barisan Nasional kalah adalah tindakan Tun sendiri yang tidak sudah-sudah mengeluarkan fitnah, pembohongan dan tohmahan seperti ini. Sesiapa yang ambil alih jawatan PM tidak akan terlepas daripada serangan bertalu-talu Tun.

Malah Tun sudah secara terang-terangan menyatakan bahawa beliau ingin menubuhkan Council of Elders yang akan menyelia Perdana Menteri seterusnya sekiranya Dato’ Sri Mohd Najib disingkirkan.
Ini merupakan tindakan tidak demokratik, semata-mata demi memenuhi kehendak Tun yang tidak boleh menerima cara yang lain melainkan cara beliau. Kerana inilah Tun tidak berhenti-henti meminta PM melepaskan jawatan. Kerana PM seterusnya akan mengikut arahan beliau melalui Council of Elders.

Program pembangunan Kerajaan yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat sedang rancak berjalan.

Antara lain, kunci kepada beberapa projek rumah mampu milik PR1MA telah diserahkan dan semakin banyak lagi akan menyusul. Jambatan Pulau Pinang kedua sudah siap, Fasa 1 MRT hampir siap, 1.5 juta pekerjaan baru diwujudkan dalam 5 tahun lepas dan menjadikan kadar pengangguran kita antara yang paling rendah di dunia. Koridor ekonomi seperti Iskandar Malaysia menyaksikan infrastruktur, rumah, kilang dan kawasan komuniti maju sedang dibina. Greater KL telah pun dimulakan, kawasan perbandaran makin bercambah, Fasa 1 Bas Rapid Transit telah siap pada pertengahan tahun ini dengan lebuh raya Pan Borneo akhirnya dilaksanakan dan bakal menjadi pemangkin ekonomi utama di Sabah dan Sarawak seperti lebuh raya PLUS untuk Semenanjung. Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) sedang dijalankan. Ini semua adalah projek dan usaha yang dijalankan oleh pentadbiran Perdana Menteri untuk membangunkan negara ini. Seperti yang anda lihat, ini adalah hasil Program Transformasi yang dilancarkan 5 tahun lepas. Ia akhirnya berlaku dan kita amat teruja melihat impaknya. Inilah yang benar-benar penting buat rakyat.

Penambahbaikan sedang berlaku di depan mata kita. Tetapi saya tahu bahawa ada yang akan melihat kepada yang buruk dan terus bercakap mengenai khabar angin, perkara separuh benar dan putar belit yang tidak berkesudahan. Mereka terus percaya bahawa ‘pengakhiran amat dekat’ dan bahawa pembangkang akan menang. Ia merupakan dakwaan yang dibuat berulang-ulang kali dalam tempoh lima dekad yang lalu, namun kita masih di sini.

Walaupun semua orang bebas untuk mengkritik PM dan menyenaraikan semua ‘kegagalan’ beliau, ia juga penting untuk menyedari sejauh mana pencapaian kita dalam tempoh enam tahun lepas, dalam usaha memberikan pandangan yang adil mengenai sesuatu.

Jikalau segala usaha-usaha ini disokong, dan lebih diketengahkan oleh Tun, Insya-Allah rakyat akan menyokong Barisan Nasional. Malah UMNO akan bertambah kukuh. Apabila Tun hanya menyerang sahaja, sudah tentulah kekuatan UMNO akan terhakis!

Jadi sekiranya Tun berhenti, kita akan lebih mudah mengukuhkan UMNO dan menerajui pembangunan negara ini!

16. Quote dalam blog Tun “Saya menulis dalam blog saya kerana sekatan yang ketat diadakan supaya saya tidak dapat berjumpa dan bercakap dengan ahli UMNO dan orang awam. Jentera yang diguna yang terdiri dari badan-badan Kerajaan dan parti amatlah berkesan. Dengan sendirinya ini menjadi bukti kesalahan-kesalahan sedang dilakukan.”

Bukti adalah bukti dan sehingga kini Tun tidak pernah mengemukakan bukti segala tuduhan beliau. Tun telah bertindak secara keterlaluan sehingga memporak-perandakan parti dan pentadbiran negara.
Pada awalnya PM dengan ikhlas cuba untuk menjawab segala persoalan yang dibangkitkan Tun, namun Tun tetap mengitar semua tuduhan dan tomahan ini berkali-kali.

Jadi adakah benar Tun ikhlas inginkan jawapan, atau pun Tun hanya ingin menjatuhkan PM saja?
Jangan kata PM tidak jawab, dia dah jawab berkali-kali, tetapi Tun yang tidak pernah menghentikan desakan beliau.

Jadi perbuatan keterlaluan ini perlu dihentikan sebelum membarah. Tun bukan orang biasa, Tun seorang yang berpengaruh. Tetapi pengaruh yang digunakan Tun telah banyak menimbulkan kekeliruan serta salah faham di antara orang UMNO dan rakyat Malaysia. Jadi ini tidak boleh berterusan.

17. “Menyokong Najib mungkin memberi nikmat kepada orang tertentu hari ini. Tetapi apabila BN kalah nikmat semua akan hilang... Wahai ahli dan pemimpin UMNO diakar umbi. Fikirlah baik-baik. Jangan sokong dan setia secara buta tuli,” quote blog Tun.

Ini merupakan pembohongan dan manipulasi. Ahli UMNO menyokong kepimpinan demi menguatkan parti dan bukannya membuta tuli. Jikalau Tun Abdullah boleh disingkirkan kerana serangan Tun, sekiranya PM juga boleh disingkirkan kerana serangan Tun, maka sesiapa yang menjadi Presiden UMNO seterusnya akan buat selama-lamanya menjadi lemah kerana boleh disingkir oleh serangan Tun.

Dan jikalau ahli UMNO sentiasa boleh dipengaruhi asakan Tun dan orang luar untuk membenci, menolak Presiden UMNO, maka porak perandalah kepimpinan parti pada masa akan datang.

Oleh kerana itulah ahli UMNO memberi dorongan dan sokongan kepada kepimpinan agar saf peneraju parti sentiasa kukuh bagi meneruskan perjuangan agama, bangsa dan negara.

Sebelum ini, kami masih boleh menjalankan kerja menguatkan parti dan membangunkan negara. Kami mampu menepis serangan pihak pembangkang. Namun sejak Tun mula menyerang, maka usaha kita memperkukuhkan parti dan negara semakin mencabar.

Sudah tiba masanya Tun melepaskan tanggungjawab mentadbir negara kepada generasi seterusnya. Sesungguhnya tindakan-tindakan beliau inilah yang sebenarnya akan memudaratkan UMNO dan negara tercinta ini.

Hentikan segala fitnah. LEPASKANLAH. 

YB Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak
Menteri Komunikasi dan Multimedia

1 Disember 2015

Friday, March 13, 2015

Tulisan Chedet Yang Menyebabkan Laman Itu Tidak Dapat Dilayari

1MDB

1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.

3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.

4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.

5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.

6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.

12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?

13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?

14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.

15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB

16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?

17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.

18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.

19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.

20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!

21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.

22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.

23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.

24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.

27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.

28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.

29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.

Categories: Uncategorized
http://chedet.cc

Tuesday, October 07, 2014

Akhirnya Teguran Saya Diterima: Tun Dr Mahathir

Dari Blog Chedet Disini

1. Saya gembira kerana Kerajaan terima dengan terbuka teguran saya.

2. Saya teringat akan perjanjian Raja-Raja Melayu dengan British. Disebut dalam perjanjian itu British akan menugas seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada Kerajaan negeri.

3. Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan Kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksana nasihat yang diberi.

4. Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksana, ia bukan lagi nasihat. Ia sudah menjadi arahan atau “command” dalam bahasa Mat Salleh.

5. Demikian apabila British Resident (nama lain bagi adviser yang bermakna “penduduk”) mendapati seorang Raja Muda tidak sesuai untuk naik takhta apabila Raja mangkat, nasihat diberi supaya dianya tidak diberi hak untuk mengganti Raja. Dan Raja pun terpaksa terima kerana nasihat Resident mesti diterima dan dikuatkuasakan.

6. Raja-Raja Melayu biasanya mempunyai Majlis Penasihat. Tetapi Raja tidak perlu menerima nasihat mereka, jauh sekali daripada melaksana nasihat yang diberi.

7. Teguran saya bukanlah nasihat. Nak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Nak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur.

8. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji.

9. Dalam negara demokrasi ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan. Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.

10. Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas.

11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.

12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.

14. Penegur tidak ingin menjadi Penasihat British. Teguran bukan arahan. Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan.

Sunday, May 18, 2014

JAWAPAN SURAT SAIFUDIN NASUTION KEPADA TUN DR MAHATHIR

Oleh kerana belum ada sesiapa yang mahu membela Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad di atas tuduhan Saifudin Nasution ini, saya tampil membela Tun Dr. Mahathir. Saya fikir Saifudin melatah dan 'kekwat' dengan syarahan terbaharu Tun Dr. Mahathir di Jakarta.

Izinkan saya menceritakan kepada Saifudin yang mudah lupa, siapakah yang mengambil Anwar pada tahun 1981 dan diangkat ke pelbagai jawatan kanan dalam kerajaan dan parti UMNO sehingga tahun 1998? Tahukah Saifudin bahawa Dr Ismail Faruqi pada tahun 1981, terbang ke Malaysia bertemu Tun Dr Mahathir untuk memujuk Tun Dr. Mahathir supaya menerima Anwar memasuki UMNO dan kerajaan?

· Saifudin berbangga kononnya Anwar rapat lebih lama dengan Dr Ismail Faruqi? Kita harus dedahkan perkara sebenar bahawa Dr. Ismail Faruqi diragui pemikirannya oleh tokoh-tokoh agama seperti Syeikh Hassan Al-Banna malah bekas Mufti Selangor turut tidak bersetuju dengan Dr Ismail Faruqi seperti dalam kes kalimah Allah apabila Dr. Ismail Faruqi menyamakan kalimah Allah dengan "Dewa Air". Adakah pembunuhan Dr. Ismail Faruqi di Amerika sama kes dan modus dengan pembunuhan Rafik Hariri (Lubnan), Benazir Bhutto(Pakistan) dan Osama Laden (Arab Saudi)?

· Begitu juga Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanoushi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi yang dibangga-banggakan Saifudin itu? Kalau begitulah hebatnya Anwar dalam dunia Islam sudah tentu kita sangat terkejut kenapa Anwar membela Israel musuh utama umat Islam. Apakah ilmuwan-ilmuwan tersebut gagal mendidik Anwar?

· Bagi kita yang cetek ilmu ini, tidak akan ada ulama Islam hatta tidak akan ada mana-mana tok-tok guru akan menyokong musuh utama Islam dengan kata-kata yang cilaka dan mengguris hati umat Islam ini, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" (WSJA)

Tun Dr. Mahathir walaupun tidak berlatarbelakangkan pendidikan Islam, tetapi Tun Dr Mahahthirlah satu-satunya pemimpin Islam dalam dunia yang berani mengutuk dan menegur kekejaman Israel dan Yahudi ke atas umat Islam di Palestin? Kepada Saifudin Nasution, apakah Anwar ada keberanian mengutuk dan menegur kekejaman Israel dan Yahudi ke atas penduduk Islam di Palestin?

· Malah Tun Dr Mahathirlah satu-satunya pemimpin yang berani mengisytiharkan negara Malaysia sebagai negara Islam fundamental (2003). Sebaliknya, apakah Anwar ada keberanian untuk berkata dia akan mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam dan melaksanakan Syariah Islam (Maqasid Syariah) jika dia menjadi Perdana Menteri Malaysia? Kalau Anwar berani, saya akan tutup blog ini!

Saifudin tidak patut menuduh Tun Dr Mahathir memfitnah Anwar mengenai masalah moralnya! Jika begitu, apakah Saifudin bermaksud Saiful bekas pekerja Anwar itu dipaksa oleh Tun Dr Mahathir? Apakah Saifudin juga bermaksud Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan dipaksa oleh Tun Dr Mahahtir untuk menjatuhkan keputusan dalam kes Anwar baru-baru ini?

Siapa fitnah Siapa

Adalah sangat murah politik Saifudin kerana menyandarkan hubungan Anwar dengan nama-nama besar dalam dunia Islam untuk membela masalah Anwar di Malaysia!

Saya rasa Saufudin buta aspek kenegaraan dan tidak memahami struktur pentadbiran negara kita. Bagaimana Saifudin boleh menuduh Tun Dr. Mahathir mempengaruhi Hakim-Hakim untuk memenjarakan Anwar sedangkan Perdana Menteri tidak ada kuasa untuk mempengaruhi Kehakiman negara. Anwar dibela oleh pakar-pakar peguam termaha hebat dalam dan luar negara, mereka pakar melengah-lengahkan dan menangguh-nangguh. Perdana Menteri hanya berkuasa di dalam pentadbiran kerajaan sahaja, sedangkan hal-hal Kehakiman dan Mahkamah di bidang kuasa yang berasingan.

· Kerajaan tidak ada masalah jika universiti di seluruh dunia mengundang Anwar, bagaimana Saifudin boleh menuduh kerajaan menyekat pergerakan Anwar sedangkan Anwar bebas memegang pasportnya dan Anwar bebas ke mana sahaja?

Saifudin dengan bangga berkata pernah berpergian bersama Anwar ketika Anwar menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan negara-negara lain. Saifudin bertanya, siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Saifudin dengan bangga berkata, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat. Kalau begitu sepatutnya Anwar patut mempunyai keberanian untuk membela umat Islam yang terok ditindas di Palestin! Dan sepatutnya Anwar mempunyai keberanian mengutuk kekejaman Israel bukan membelanya! Sebaliknya lain pula yang berlaku bukan, Anwar kelihatan sangat takut kepada Israel dan kumpulan Yahudi di Washington.

Saifudin juga memetik nama Dr Rashid Ghanoushi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Saya tidaklah hairan, umat Islam yang tahu siapa dia Dr. Rashid Ghanoushi juga tidak akan teruja. Mari kita tunjukkan secara ringkas siapa dia Dr Rashid Ghanoushi:-

Charles Kurzman dalam bukunya ‘Liberal Islam‘ menyenaraikan nama Rashid Ghanoushi sebagai salah seorang tokoh Islam Liberal yang termasuk dalam katogeri memperjuangkan demokrasi.

Laman angryarab menyebut Ghanoushi adalah pelindung kepentingan Israel dan tidak akan memasukkan frasa mengutuk zionisme dalam perlembagaan Tunisia.

“Oleh itu, adalah tidak menghairankan bahawa dia (Ghanoushi) berani menyatakan kepada akhbar British bahawa jika memegang jawatan presiden di Tunisia, dia boleh bertolak ansur untuk membenarkan penjualan arak, dan membiarkan wanita memakai pakaian renang.

“Kenyataan ini adalah sukar untuk dipercayai; bagaimana dia boleh menerima seorang wanita yang menanggalkan sebahagian besar pakaian ditubuhnya di khalayak ramai, manakala pada masa yang sama menegaskan bahawa wanita harus menutup rambut mereka?, soal Abdul Rahman Al Rashed dalam alarabiya.net

Tentang syariah Islam, egyptindependent.com melaporkan Ghanoushi berkata “Mempraktikkan Syariah Islam bukan keutamaan lagi sekarang,” katanya. “Kami mahu memastikan akan tiada lagi pemerintahan diktator.”

Maka, adakah kita hendak berbangga dengan Ghanoushi ini?

· Kupas topik Islam

Saifudin bercakap tentang Turki dan Anwar, tetapi jika kita berjalan-jalan di negara Iraq, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Mesir dan di mana-mana sahaja dunia Islam dan bukan Islam, apabila kita memperkenalkan diri dari Malaysia, mereka akan berkata, "Oh Malaysia, Mahathir Mohamad, Malaysia Boleh, Malaysia Bagus"!

Tun Dr. Mahathir adalah negarawan yang tidak perlu menjaja dirinya atau melantik concultant untuk mempromosikan dirinya di seluruh dunia. Tun Dr. Mahathir tidak ada Dr. Mahathir Mohamad Consultant tetapi semua orang tahu Anwar menubuhkan Anwar Ibrahim Consultant (AIC) yang berpusat di Amerika untuk menjaja dirinya di seluruh dunia.

· Bagi saya, Anwar dan Indonesia adalah mitos sahaja, saya tahu hanya beberapa kerat sahaja pemimpin di sana bersama Anwar, tetapi persahabatan Tun Dr Mahathir dengan keluarga Presiden Sukarno dan Presiden Suharto adalah sangat-sangat akrab! Jika Jokowi yang bernaung di bawah PDI-P (Megawati Sukarno-Putri) menang, bagaimana agaknya kondisi anda?

Kalau Saifudin berkata Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra, bolehkah saya tahu apakah karya-karya Anwar yang boleh dibanggakan?

· Setahu saya, Anwar tidak pernah menulis buku. Sudah tentu tidak perlu saya senaraikan buku-buku Tun Dr. Mahathir. Mungkin tidak ramai rakyat Malaysia tahu bahawa Anwar hanya membaca buku-buku Shakespeare semasa di dalam penjara tahun 1999-2004 dahulu.

· Saifudin juga berkata Anwar giat mempelopori maqasid syariah, tetapi saya yakin jika ahli-ahli PAS mendengar syarahan Anwar di Australia tidak lama dahulu, mereka pasti akan marah kepada Anwar!

Saifudin juga berkata, "Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat".Saya rasa ramai orang akan ketawa membaca kenyataan ini kerana Saifudin membayangkan seluruh umat Islam di Malaysia boleh diperbodoh dengan mudah.

· Anwar hanya menjadi pensyarah pelawat di St. Anthony College, University Oxford saya fikir tidak sampai setahun. Anwar tidak memiliki PhD, perlantikannya hanya kerana dia berkawan dengan orang-orang Liberalistik seperti AlGore, Chris Patten, Mary Robinson dan penyagak matawang George Soros yang kebetulan mempunyai rangkaian penajaan dengan universiti tersebut. Tidak perlu saya senaraikan NGO-NGO mereka yang berkaitan kerana ianya sudah diketahui umum. Apabila baru-baru ini Al-Gore mencadangkan supaya Anwar berhijrah dan menetap di United Kingdom bukanlah satu perkara yang pelik. Mereka semuanya berkampung di sana.

Saifudin mempromosikan Anwar dilantik penasihat ekonomi Qatar suatu masa dahulu. Berkenaan hal ini, biar saya menulis sedikit tentang Yayasan Masa Hadapan (Foundation For The Future, FFF):-

Foundation For the Future diumumkan oleh Condoleeza Rice (United States Secretary of State) semasa merasmikan Forum For The Future pada 12 November 2005, di Bahrain. FFF di Bahrain adalah projek usahasama antara Middle Eastern North African Nations dan The Group of Eight (G -8) yang Penaja utama forum ini adalah IMF, World Bank, ADB dan The International Finance Corporation. Menurut kenyataan US State Government, penaja utama The G8 Broader Middle East and North African Initiative (BMENA) adalah The United State Agency for International Development (USAID) dan The US Middle East Partnership Initiative (MEPI). MEPI adalah projek US Department of State dikendalikan oleh Elizabeth Cheney (anak Dick Cheney-Naib Presiden US) yang berjawatan sebagai Principal Deputy Assistant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North Africa Initiatives (BREMA). Ini bermakna Foundation for the Future bukannya projek negara-negara Islam Tetapi projek yang dikawal sepenuhnya oleh US Department of State. Penyelenggaranya adalah Elizabeth Cheney atau Liz Cheney dengan bantuan kewangan daripada USAID, MEPI, Bank Dunia, IMF dan NED.

Saya percaya Saifudin tidak jelas hal di atas, Saifudin patut memperbanyakkan bacaan dan kajian lagi. Janganlah hanya jadi pengikut sahaja! Jadilah pemikir!

Bunuh karekter: Senaraikan Musang Berbulu Ayam Dalam Kerajaan & UMNO

Elok juga saya mengingatkan Saifudin yang membela Anwar, dengan menulis surat itu Saifudin masih tetap gagal memenangi Timbalan Presiden PKR, sebaliknya Saifudin tetap terperosok di bawah. Saifudin juga sudah ditolak rakyat dalam PRU13, Saifudin juga ditolak ahli PKR di dalam pemilihan yang penuh tragik cacamerba baru-baru ini. Menulis surat menghentam Tun Dr Mahathir bukan cara yang menguntungkan untuk menang dalam pemilihan PKR atau bukan satu cara yang baik untuk mengambil hati Anwar.

Saifudin menuduh penjawat-penjawat kerajaan dengan kenyataan"Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah".

Siapa mereka, sebutkan nama mereka, bukankah Anwar berkata , "Berani Kerana Benar, Kalau Takut Dilambung Ombak Jangan Berumah Di Tepi Pantai, Kalau Takut Berkata Benar Usah Bicara Soal Perjuangan? Kepada Saifudin Nasution "Kalau Kamu Berkata Benar, Senaraikan nama mereka di dalam kerajaan dan UMNO yang kononnya menyokong Anwar?"

· Kita cabar Saifudin, kalau Saifudin tidak senaraikan, bermakna Saifudin telah memfitnah mereka, merosakkan imej mereka, merosakkan periuk nasi mereka dan meletakkan mereka dalam situasi 'ketakutan'.

Kita juga mahu mengulangi pertanyaan Saifudin, bagaimana sebenarnya Anwar mahu diingati? Mahu diingati dengan sejarah banyaknya menagguh-nangguh kesnya di mahkamah, atau mahu diingati dengan tuduhan-tuduhan tidak berasasnya kepada kerajaan? Menuduh pengundi hantu dalam PRU13, sedangkan pemilihan PKR sendiri terdapat laporan pengundi berlebihan daripada senarai asal, menuduh blackout sedangkan laporan bergambar jelas menunjukkan kertas undi PKR dikira dalam bilik hotel, dan banyak lagi cacamerbannya sebagaimana berlaku sekarang.

Ketika Anwar masih terus bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir terus gagah menulis dan berbicara menyedarkan rakyat tentang bahayanya anasir liberalistik, tentang bahayanya musuh luar yang bertopengkan NGO itu NGO ini. Bagi Tun Dr. Mahathir, selagi kudrat masih ada dia perlu berusaha menyelamatkan negara ini daripada dihancurkan oleh tangan-tangan asing yang bermaharajalela atas nama human right, kebebasan dan kesamarataan yang palsu.

Dalam usia Anwar mencecah 70 tahun menjelang PRU14, saya ingin berpesan kepada Saifudin, nasehatilah Anwar supaya menunaikan janjinya untuk bersara kerana dia sudahpun tewas dalam PRU13. Nasehatilah Anwar supaya menulis kisah hidupnya sendiri selepas bersara nanti.

Seburuk-buruk Saifudin menghina Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekurang-kurangnya Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diizinkan oleh Allah SWT untuk memasuki Ka'abah yang suci itu. Sehebat-hebat Saufudin mengagungkan Anwar Ibrahim konon rangkaiannya termaha hebat dengan pemimpin-pemimpin Arab dan ilmuwan Arab, adakah Anwar sudah pernah memasuki Ka'abah?

· Saya berdoa semoga Anwar Ibrahim mendapat hidayah dari Allah SWT.
· Dipetik daripada jentayu

Friday, August 23, 2013

Tun Dr Mahathir Jawab Pak Lah: Kalau Saya Berundur Awal- Negara Kaya Raya Sekarang

Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya menjernihkan suasana apabila tampil menjawab dakwaan dalam sebuah buku oleh penggantinya, Tun Abdullah Badawi bahawa Malaysia akan muflis sekiranya nasihat beliau diikuti.

Dalam entri terbaru diblognya, chedet.cc. pada Khamis, Perdana Menteri keempat selama 22 tahun itu bagaimanapun, turut menyatakan kegembiraannya dengan penjelasan Pak Lah dalam bukunya, The Awakening, bahawa bukan beliau membuat kenyataan tersebut, namun ia dibuat oleh penemuduga, yang menyatakan sekiranya dia mengikut nasihat beliau negara akan muflis.

Dr Mahathir berkata: "Ya, saya setuju bahawa saya seorang Perdana Meneri yang boros dan menghabiskan duit kerajaan dengan membina Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, West Port, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa projek lain."

Beliau berkata, "semua ini perlu dihentikan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap."

Dr Mahathir berkata, Abdullah berjaya menghentikan projek jambatan bengkok dan landasan berkembar elektrik.

Jelasnya, pembinaan jambatan itu menelan belanja RM 1 bilion sementara bagi pembatalan projek tersebut kerajaan terpaksa membayar pampasan bernilai RM200 juta kerana kerja yang tidak siap.

Dr Mahathir berkata projek kereta api dari Johor Baru ke Padang Besar menelan belanja RM14 bilion - lebih daripada RM2 bilion setiap setahun selama enam tahun.

RM14 bilion pula dapat diselamatkan namun ada keperluan yang lebih baik untuk membina landasan berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar, dengan kos RM12 bilion, tambahnya.

"Kontrak telah diberikan kepada syarikat antarabangsa untuk membina landasan dari Seremban ke Gemas. Saya tidak tahu berapa kosnya. Seolah-olah RM14 bilion dapat dijimatkan untuk membina landasan yang lebih pendek. Namun masih banyak wang yang boleh dijimatkan," katanya.

Bukan itu sahaja, Dr Mahathir berkata jet kecil yang beliau gunakan masih dianggap hanya sesuai untuk Timbalan Perdana Menteri sementara jet yang lebih besar dibeli tidak menggunakan saluran biasa namun dibeli daripada individu persendirian.

"Ada penafian dibuat oleh pihak kerajaan bahawa A320 telah dibeli bukan untuk kegunaan Perdana Menteri. Namun pesawat itu masih digunakan oleh Perdana Menteri hingga hari ini. Yang mengagumkan bagaimana perjanjian itu berjaya. Siapakah yang benar-benar memiliki pesawat tersebut? Berapakah jumlah wang yang berjaya diselamatkan oleh kerajaan dalam perjanjian tersebut?," katanya.

Menyentuh mengenai koridor ekonomi yang diperkenalkan oleh Abdullah, Dr Mahathir berkata setiap koridor menelan kos sebanyak RM70 bilion.

"Difahamkan peruntukan tersebut termasuk pelaburan daripada sektor swasta. Di bawah pentadbiran Abdullah, kerajaan membenarkan pelaburan swasta digunakan. Namun ia adalah baik kerana pulangannya nampak bagus," katanya.

"Ia pasti sebuah kerajaan yang kaya apabila pilihan raya umum ke-12 berlangsung. Apa yang menyedihkan rakyat tidak menghargai berbilion-bilion wang yang berjaya diselamatkan. Mereka menolak parti pemerintah, dengan memberikan lima negeri serta wilayah persekutuan kepada pembangkang, dengan majoriti yang lebih kecil kepada parti sedia ada," katanya.

"Cuba bayangkan berapa banyak bilion lagi dapat dijimatkan sekiranya saya meletakkan jawatan lebih awal sebelum pembinaan lebuh raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinangm KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan menjadi hos kepada projek mega lain. Sudah pasti hari ini kita akan memiliki simpanan Ringgit setinggi gunung," katanya.

Friday, June 14, 2013

Jangan Beri Pembangkang Muka: Tun Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang menurutnya berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di ibunegara semalam.

Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.

LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.

Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk 'Transforming A Nation: The Malaysian Experience", Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.

"Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya," katanya.

Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya.- Bernama

Saturday, February 16, 2013

Saya Sudah Bersara: Tun Dr Mahathir

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan melayan cabaran supaya beliau bertanding dalam pilihan raya umum akan datang menentang bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dah bersara, saya tak ada niat nak datang balik, tapi saya sekarang ini giat untuk tolong berkempen bagi orang yang dulu tolong saya naik sampai jadi perdana menteri," katanya pada sidang media selepas menghadiri satu majlis makan malam, malam tadi.

Semalam, bekas presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmood mmencabar Mahathir menentang Anwar kerana percaya ketua umum PKR itu "telah lama dizalimi" Mahathir dengan pelbagai cara dan patut dibela.

Nordin dilaporkan berkata, Mahathir kini semakin kuat menyerang Anwar walaupun telah bersara daripada politik.

Pertandingan dua tokoh politik itu juga, tegas Nordin, dapat menguji kekuatan dan populariti Anwar untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Menurut Mahathir, kempennya sekarang adalah untuk menghargai jasa-jasa mereka yang membantunya sewaktu beliau aktif berpolitik sehingga membolehkannya menjadi perdana menteri.

"Ini balas budilah..sekarang ini orang tak banyak dah balas budi tapi saya masih hargai balas budi.

"Dulu mereka sokong saya, saya naik sampai ke langit.

"La ni (sekarang) saya turun dari langit sokong merekalah," kata Mahathir bersahaja dan berseloroh.

Sunday, February 03, 2013

Bahana agama dipolitikkan: Tun Dr Mahathir

APABILA agama dijadikan isu politik, tak dapat tidak ia akan tercemar. Politik kerap kotor. Apabila yang bersih dicampur dengan yang kotor, yang bersih akan jadi kotor, bukan sebaliknya.

Kita sedang menyaksikan pencemaran ini berlaku kepada agama Islam bukan sahaja oleh musuh Islam tetapi oleh orang Islam sendiri. Kehormatan terhadap agama, Nabi bahkan Allah sudah berkurangan.

Sudah ada pemuda Melayu yang sanggup berkata, "Kenapa kita perlu lindungi Nabi, Nabilah yang patut lindungi kita".

Seorang lagi pemuda Melayu dalam surat kepada seorang VVIP Melayu berkata, "Allah bukan ada 'patent rights'. Siapa pun boleh guna Allah.

Semasa lawatan Ratu Elizabeth ke Malaysia untuk Sidang Komanwel pada 1989, baginda tidak dibenar melawat masjid Shah Alam. Alasannya ialah kerana pihak berkuasa masjid tidak dapat menentukan beliau datang bulan atau tidak. Ratu Elizabeth pada masa itu berumur 64 tahun kerana seperti saya, baginda lahir pada 1925.

Sekarang kerana politik, perempuan bukan Islam yang masih boleh hamil dibenar masuk dalam masjid untuk bersyarah, untuk berjumpa Tok Guru. Wanita Islam tahu bila boleh masuk masjid. Apakah pegawai masjid sudah tentukan keadaan pemimpin wanita bukan Islam ini sebelum membenar dia masuk masjid. Atau apakah demi undi, yang tidak bersih pun boleh dianggap bersih.

Tetapi yang menyedihkan sangat ialah kenyataan Nik Aziz bahawa Nabi Muhammad SAW ialah orang biasa. Ia menjadi Nabi hanya setelah meningkat umur 40 tahun. Oleh itu kenapa perlu kita sambut hari Nabi SAW diperanakkan (Maulud Nabi)?

Dan Kelantan pun tidak merayakan Maulud Nabi tahun ini.

Tetapi saya baca dan lihat gambar Nik Aziz merayakan hari beranaknya di rumah Karpal Singh dengan bersalam dengannya, untuk merayakan hari Thaipusam.

Jelaslah bahawa bagi Nik Aziz, Mursyidul Am Pas, hari beranaknya boleh dirayakan bersama Karpal Singh. Maulud Nabi bukanlah sesuatu yang perlu kita rayakan.

Kalimah Allah sudah digunakan untuk pancing undi. Kerana ingin dapat undi pihak tertentu dalam pilihan raya, dinyatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh siapa sahaja.

Kemudian apabila takut tak dapat undi pihak yang lain, dengan mudah dinyatakan kalimah Allah tidak boleh diguna selain dalam agama Islam. Bila ditanya kenapa dahulu kata boleh, jawabnya itu karut. Mursyidul Am Pas mengaku ia mengarut.

Soalnya ialah apabila kenyataan-kenyataan ini dibuat, apakah ia kerana Allah SWT atau kerana ingin memenangi pilihan raya, ingin jadi Perdana Menteri, ingin pancing undi. Apakah kalimah Allah dijual untuk undi duniawi.

Di Malaysia ada hanya Sunni. Tidak ada Syiah. Kita tahu apabila ada Sunni dan Syiah dalam sesuatu negara maka permusuhan yang ketat akan berlaku sepanjang masa sehingga ramai bunuh-membunuh berlaku antara mereka.

Malaysia tidak ada Syiah. Sebelum adanya pilihan raya tidak ada perpecahan di kalangan orang Islam di Malaysia kerana tafsiran Islam yang berbeza. Apabila pilihan raya memberi peluang untuk mendapat jawatan, elaun dan bermacam keuntungan, barulah perpecahan berlaku. Untuk mendapat nikmat duniawi maka agama diperalatkan. Maka mulalah tuduhan bahawa orang UMNO kononnya kafir supaya mendapat sokongan orang Melayu lain dalam pilihan raya. Maka berpecahlah orang Islam di Malaysia seperti yang terdapat di negara Islam yang mempunyai Sunni dan Syiah. Maka berlakulah sembahyang dua imam, kubur berasingan dan lain-lain. Maka diheretlah kalimah Allah, Maulud Nabi, sembelihan orang tertentu haram dimakan dan bermacam lagi.

Saya percaya pada masa hadapan akan berlaku lebih daripada ini. Agama Islam akan lebih dicemar oleh orang Islam sendiri. Jika ini disertai oleh orang bukan Islam maka akan berlakulah ketegangan hubungan antara kaum dan rusuhan di Malaysia. Negara yang aman ini akan menjadi seperti negara-negara yang mana penduduk terbahagi kepada Syiah dan Sunni dan agama-agama lain.

Sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih bahaya daripada permusuhan kerana agama.

Mungkin mereka yang memperalatkan agama akan dimakan oleh agama. Wallahualam.

Thursday, July 26, 2012

Amboi senangnya kata Dr M diktator

Oleh YUSOF HARUN- Tersiar di Sinar Harian 26 Julai 2012
WALAUPUN benar, lebih 22 tahun lamanya Tun Dr Mahathir Mohamad (Dr M) memperjuangkan nasib orang Melayu menerusi kedudukannya selaku Presiden tetapi beliau tidak memimpin Umno sebagaimana Adolf Hitler memimpin Third Reich. 

Dr M berusaha untuk membangunkan nasib orang Melayu yang tercicir di tanah airnya sendiri tetapi beliau tidak pernah dalam mana-mana ucapannya menganjurkan agar bangsa Melayu menjadi bangsa agung untuk seribu tahun akan datang sebagaimana Hitler mahukan bangsa Aryan (Jerman).

Di Sukan Komanwel XVI Kuala Lumpur 1998, Dr M hanya tersenyum ikhlas apabila atlet negara peserta lain berdiri di atas rostrum dan dikalungkan pingat. Malah beliau mendapat penghormatan standing ovation setiap kali kedatangannya diumumkan dan turut bersalaman dengan pemenang. Ini berbeza dengan Hitler yang enggan bersalaman dengan Jesse Owens, pemenang pingat emas acara pecut 100 meter Sukan Olimpik Musim Panas Berlin 1936.

Seingat saya, Dr M tidak pernah memanggil Watson Nyambek ke pejabatnya dan memaksa pelari pecut negara itu supaya mesti menang pingat emas sebagaimana yang Hitler lakukan ke atas atlet Jerman ketika itu bagi memastikan bangsa Aryan adalah bangsa yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini.

Walaupun acap kali Dr M menyebut bagaimana bangsa Melayu teraniaya sejak lebih 400 tahun dulu namun tidak ada peristiwa Holocaust berlaku sama ada ketika pemerintahannya. 

Sebelum Hitler berkuasa, pendatang dan pemastautin Yahudi di Jerman menguasai ekonomi negara itu. Mereka juga mengakibatkan rakyat bangsa Jerman menghadapi pelbagai masalah di tanah air mereka sendiri. Justeru, Holocaust atau penghapusan penduduk Yahudi dalam relau gas, dalam kata-kata Hitler sendiri, The final solution to the Jewish problems.

Justeru, bagi sebilangan rakyat Malaysia yang mengatakan Dr M adalah diktator, adalah ibarat anjing yang menggigit tangan tuan yang memberikan mereka makan.

Sepatutnya, setelah dilabel ultra Melayu oleh mantan PM Singapura Lee Kuan Yew di Dewan Parlimen pada 1963, Dr M menyarung uniform tentera dan bertindak sebagai diktator tulen sebagaimana Hitler sebaik sahaja dilantik menjadi PM pada 1981.

Namun, hal ini tidak berlaku. Sebaliknya, orang bukan Melayu sendiri merasakan label ultra Melayu yang cuba dilekatkan ke atas diri beliau jauh tersasar. Dr M melayan tuntutan daripada kaum lain sekiranya ia adalah munasabah dan bermanfaat kepada rakyat umumnya.

Bermula daripada perakam waktu dan penyeragaman masa, Semenanjung dan Sabah dan Sarawak sehinggalah terbinanya pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, Putrajaya, adalah hasil sumbangan idea dan usaha gigih beliau untuk rakyat Malaysia selama tempoh 22 tahun itu. 

Saya berani katakan rata-rata rakyat di negara ini menerima manfaat daripada apa yang beliau lakukan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, sistem tren aliran ringan (LRT), Litar Antarabangsa Sepang dan Astro. 

Untuk melaksanakan semua ini Dr M perlu bersikap tegas dan mengambil tahu dalam semua perkara, di samping memastikan semua yang dilakukan perlu mengikuti spesifikasi dan menurut apa yang dipersetujui. Sikap berdolak-dalik tidak ada dalam kamusnya.

Ketegasan dan kediktatoran adalah dua perkara yang berbeza. Sekiranya Dr M mengambil sikap diktator, maka kita tidak akan melihat roda Proton Preve tertanggal pada hari pelancaran. Malah kita akan dapat melihat bagaimana Proton ditransformasikan sehingga menjadi Ferrari atau Mercedes Benz. 

Ini kerana apabila Enzo Ferrari memutuskan untuk mengeluarkan kereta maka beliau mengaplikasikan budaya National Facsist Party di bawah pimpinan diktator Benito Mussuolini yang mengutamakan semangat nasionalisme Itali. Ferrari adalah lambang kemegahan Itali.

Pernahkah anda melihat bagaimana peminat rakyat Itali seolah-olah bersolat bertikarkan bendera negara tersebut setiap kali kereta Ferrari menang perlumbaan Formula 1.

Begitu juga dengan Daimler-Benz yang membuka kilang kereta tertua di dunia dengan jenama Mercedes Benz. Semangat kesempurnaan yang mencerminkan keagungan bangsa Aryan sebagaimana yang ditanamkan Hitler terus hidup ke hari ini.

Oleh itu, tidak adil untuk melabelkan Dr M sebagai seorang diktator dan ini membuktikan kedangkalan mereka memahami apa dan siapakah sebenarnya yang dikatakan diktator. 

Benar, seorang diktator ada kalanya muncul dalam sesebuah negara yang bertopengkan demokrasi dan mengamalkan pemerintahan autoritarian atau kuku besi dan membunuh rakyat sendiri seperti dilakukan Shah Iran, Hosni Mubarak dan beberapa lagi. 

Mereka juga meminda undang-undang tempoh mengadakan pilihan raya dan lebih kerap memenjarakan pemimpin politik pembangkang atau menafikan mereka daripada menjadi calon.

Tanyalah pada diri sendiri, apakah Dr M melakukan semua ini? Sekiranya Dr M seorang diktator dalam bentuk yang cuba digambarkan, saya yakin tiadalah orang macam Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.

Wednesday, November 16, 2011

Kajian UIA: Tun Dr Mahathir masih popular

KAJIAN UIA sejak Mac 2008 hingga Julai 2011 mengenai kepopularan pemimpin, ternyata 74 peratus daripada koresponden masih menganggap Tun Mahathir sebagai pemimpin popular dan dianggap sebagai pemimpin teladan/contoh.

Walaupun Tun Dr Mahathir telah melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Oktober 2003, namun pemimpin yang menggantikannya termasuk para pemimpin pembangkang tidak mampu menyaingi kepopularan mantan Perdana Menteri itu.

Dalam kajian yang sama juga, ditemui bahawa Kepimpinan Najib Perdana Menteri ke-6 Malaysia, lebih popular berbanding pemimpin Pakatan termasuk Anwar Ibrahim.

Kajian UIA itu yang diketuai oleh Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM, telah membuat kajian kepopularan pemimpin negara sejak tahun 1989.

Blog Archive