Showing posts with label Select Commitee. Show all posts
Showing posts with label Select Commitee. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

PAS dakwa minat pada PSC terkubur kerana Najib

PAS mungkin tidak menyertai jawatankuasa khas parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya berikutan sikap kerajaan yang didakwa semakin jelas tidak ikhlas, kata naib presidennya Salahuddin Ayub.

Sebaliknya PAS akan terus berpegang kepada pendirian supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini.

"Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada jawatankuasa khas parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat PAS menyertai JK itu".

Menurut perdana menteri, pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa mengenai penambahbaikan pilihan raya itu.

"Kenyataan itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini,".

BERSIH 2.0 sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Pembangkang pertimbang tarik diri anggotai PSC-SPR

Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan kemungkinan menarik diri daripada jawatankuasa pilihan khas jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 sebelum panel itu membuat syor pembaharuan pilihan raya untuk dilaksanakan.

“Ada cadangan supaya kita menarik diri... tidak guna kita menganggotai jawatankuasa, bincang, buang masa dan buang duit, tetapi mengadakan pilihan raya umum sebelum jawatankuasa khas membuat syor dan kerajaan melaksanakan syor-syor itu,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Barisan kepimpinan pembangkang melahirkan rasa sangsi dengan keikhlasan Najib mahu membentuk jawatankuasa tersebut.

Terdahulu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan ikhlasan Najib mengumumkan pembentukan jawatankuasa tersebut.

Bersih 2.0 juga menggesa pilihan raya umum ke-13 tidak wajar diadakan selagi syor-syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berkaitan sistem pilihan raya tidak dilaksanakan sepenuhnya.

“Bersih 2.0 dengan keras mengulangi tuntutannya bahawa kerajaan tidak harus mengadakan mana-mana pilihan raya sehingga dan melainkan syor-syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berkaitan pembaharuan segera dilaksanakan,” kata gabungan lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan ini dalam satu kenyataan hari ini.

Malah kata beliau, jika keanggotaan jawatankuasa itu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen sahaja, kedudukan mereka akan terbatal sebaik sahaja Parlimen dibubarkan untuk diadakan pilihan raya.

“Oleh itu, jawatankuasa ini tidak harus dinamakan jawatankuasa pilihan khas Parlimen, tetapi hanya jawatankuasa khas yang boleh dianggotai pelbagai pihak, bukan setakat ahli-ahli Parlimen sahaja,” katanya lagi.

Blog Archive