Showing posts with label Pelajar khalwat. Show all posts
Showing posts with label Pelajar khalwat. Show all posts

Wednesday, April 04, 2012

Akibat nafsu- dua pelajar IPTA ditangkap khalwat 2 kali dalam masa 10 jam

JITRA Kedah: AKIBAT NAFSU dua pelajar IPTA ditangkap khalwat dua kali dalam masa 10 jam.

Dua pelajar itu masing2 berumur 19 dan 20 tahun berasal daripada Kedah dan kedua-duanya sedang belajar di IPTA yang berasingan.

Tangkapan pertama dilakukan dibilik sewa pelajar perempuan itu di Taman Mahsuri pada pukul 12.05 tengah malam kelmarin, manakala tangkapan kedua di sebuah motel murah di Taman Ehsan kira-kira jam 10 pagi semalam.

AYT menganggap, akibat nafsu, maka dua pelajar itu tergamak melakukan perkara yang dilarang oleh agama.

Inilah masalahnya apabila kebebasan yang melampau dibiarkan, kononnya kerana hak asasi.

Penerapan budaya hak asasi seperti mana yang diperjuangkan oleh parti2 tertentu akan menjurus kepada tumbuhnya kelakuan ini seperti cendawan selepas hujan.

Sunday, April 24, 2011

Pelajar perempuan ditangkap khalwat-masih berbogel

GEORGETOWN: Biarpun baru sehari mengenali seorang lelaki, kesanggupan si gadis mengikut temannya menjadi detik malang apabila ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Jalan Tanjung Tokong, di sini, awal pagi semalam.

Lebih mengejutkan, gadis berusia 23 tahun yang dipercayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi dekat sini, ditemui berdiri keadaan berbogel di penjuru bilik ketika pemeriksaan.

Pasangannya pula yang juga jurugambar bebas berusia 23 tahun didapati berseluar panjang denim tanpa baju.

Ketika pemeriksaan dilakukan jam 1.30 pagi, pasangan berkenaan dipercayai menyewa sebuah bilik dantidak membuat pendaftaran masuk dipercayai bagi mengelak kehadiran mereka dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, sebuah motosikal yang diletakkan di luar perkarangan hotel berjaya membongkar segala aktiviti maksiat mereka sebelum pemeriksaan menyeluruh dilakukan di hotel.

Ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, turut ditemui sehelai baju dan seluar dalam milik gadis itu di atas sofa dan ia dirampas untuk dijadikan barang kes.

Pasangan itu ditahan sepasukan 16 pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam operasi itu.

Operasi diketuai Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, bermula jam 10 malam hingga 7 pagi itu dibantu sepasukan 13 pegawai penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Pulau Pinang.

Menurut Khairul Azman, tujuh pasangan ditahan kerana kesalahan berkhalwat manakala tiga lagi pasangan ditahan kerana berkelakuan kurang sopan atau tidak senonoh di tempat awam.

“Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat JHEAIPP untuk tindakan selanjutnya, termasuk membuat laporan tangkapan di Balai Polis Lebuh Pantai,” katanya Harian Metro.

Blog Archive