Showing posts with label PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Show all posts
Showing posts with label PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Show all posts

Tuesday, June 21, 2016

Impak Kemenangan Besar Bn Pada Dua PRK- Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Terperanjat dengan majoriti besar, menyebabkan ada pemimpin Bn memberi reaksi, PRU-14 boleh sahaja diadakan esok!!!.

Pembentukan kerajaan Persekutuan ditentukan oleh jumlah kerusi parlimen. Memandangkan jumlah kerusi tidak sama rata antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung, maka Semenanjung boleh membentuk kerajaan Persekutuan tanpa kerusi-kerusi daripada Sabah dan Sarawak.

Pengagihan kerusi parlimen sedia ada, Semenanjung 165, Sarawak 31 dan Sabah 26 termasuk WP Labuan.

Jumlah majoriti mudah hanya memerlukan 112 daripada 222 kerusi parlimen keseluruhan.Ertinya, jika parti-parti yang bertanding mendapat kerusi 112 di Semenanjung, maka boleh membentuk kerajaan Persekutuan.

Mengambil keputusan dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jika trend itu berterusan pada PRU-14, tidak mustahil, parti-parti pembangkang DAP-PKR berserta Amanah dan Pas hanya mampu menang maksima 50 kerusi Parlimen di Semenanjung. Jika demikian, maka Bn di Semenanjung bakal mendapat 115 kerusi, kedudukan yang membolehkan membentuk kerajaan majoriti mudah.

Sebelum PRU-2008, keputusan PRU senantiasa jumlah kerusi Bn di Semenanjung dalam keadaan yang boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah tanpa penyertaan Sabah dan Sarawak. Bagi rakyat Sabah dan Sarawak tahu, keadaan apa yang berlaku!!!, macam para wakil rakyat daripada Sabah dan Sarawak seperti melukut di tepi gantang.

Hanya kerana tsunami politik yang melanda Bn pada PRU-2008, Sabah dan Sarawak mendapat jolokkan Simpanan Tetap Bn. Bersandar pada keputusan PRU itu dan berterusan selepas PRU-13, maka para wakil rakyat Sabah mendapat tempat. Rakyat Sabah dan Sarawak menyaksikan, bahawa ramai wakil rakyat dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menetri- julung kali berlaku selepas negara merdeka lebih setengah abad.

Juga akibat tsunami politik di Semenanjung, maka Sabah dan Sarawak mendapat jalanraya Persekutuan berkembar yang diberi nama Pan Borneo atau Trans Borneo, selepas 53 tahun, Perdana Menteri Pertama menjanjikan pembinaannya.

Akibat tsunami politik tahun 2008 dan seterusanya 2013, maka Sabah dan Sarawak diberikan haknya sedikit demi sedikit, di mana hak-hak itu terlupakan semasa 5 Perdana Menteri bertampuk di medan kuasa.

Saturday, June 18, 2016

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar- Bn dan Parti Pembangkang mengekalkan Penyokong Masing-Masing

Sebagaimana ramalan, apabila berlaku pertembungan tiga penjuru, maka kemenangan di pihak Bn, sebabnya, Bn mengekalkan jumlah undi sesuai dengan peratusan yang turun mengundi, sementara parti pembangkang mengekalkan undi masing-masing, juga sesuai dengan peratusan yang mengundi.

Pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, majoriti Bn di Sungai Besar meningkat lebih 20 kali ganda, manakala di Kuala Kangsar lebih 6 kali ganda berbanding keputusan PRU-13, sebabnya undi pembangkang berpecah kepada dua. Analisis para pengamat politik yang pro pembangkang, kononnya, parti Amanah sokongan DAP akan bersaing rapat dengan Bn, terbukti melalui PRK ini, analisis mereka itu meleset. Berasaskan keputusan, Parti Amanah hanya bersaing dengan Parti Pas, dan jumlah yang diperolehi dua parti itu mencerminkan jumlah pengundi pembangkang. Penurunan jumlah undi yang diperolehi Bn berbanding PRU-13 lalu, bukan kerana penyokongnya mengundi parti lawan, akan tetapi ramai yang tidak turun mengundi.

Peratusan yang turun mengundi pada PRK Sungai Besar hanya 74 peratus manakala di Kuala Kangsar 71 peratus.

Apa yang dapat dilihat melalui dua PRK kali ini, adalah Bn mengekalkan pengundinya, Parti Pas juga demikian, manakala penyokong DAP dan PKR bergabung dalam Parti Amanah. Nampaknya parti Amanah yang ditubuhkan lebih 6 bulan oleh serpihan Parti Pas tidak mampu menaik penyokong/pengundi Pas.

Juga melalui dua PRK kali ini, impak Tun Dr Mahathir tiada kesan kepada sokongan kepada parti Amanah yang mewakili PKR dan DAP. Malah di kawasan pusat Mengundi majoriti kaum cina, telah berlaku “swing” kepada Bn.

Desakan Tun Dr Mahathir kepada pengundi di dua kawasan itu agar mengundi Parti Amanah sebagai tanda penolakan kepada kepimpin Dato Seri Najib Razak, terbukti tidak disambut pengundi. 

Jika sebelum ini, para penganalisis pro pembangkang, membuat analisa, bahawa keputusan dua PRK ini mencerminkan arah pengundian pada PRU-14, maka keputusan dua PRK ini yang berpihak kepada Bn dengan majoriti besar, maka dengan sendirinya menjawab, bahawa sebenarnya Bn yang dikatakan parti tenat, sebaliknya Bn masih gagah dan kuat. 

Memang diakui, jumlah pengundi pembangkang di kawasan itu hampir sama, dan trend itu sejajar dengan keputusan PRU-13 lalu. Namun, jika pada PRU-14 akan datang masih berlaku pertandingan tiga penjuru bagi kawasan-kawasan majoriti melayu, antara BN, Pas dan PKR/Amanah, maka keputusannya dapat diramal, yakni kawasan-kawasan tersebut berpihak kepada Bn. 

Nampaknya, jika trend PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar berlanjutan pada PRU-14, maka banyak kawasan-kawasan yang dimenangi PKR dan Pas pada PRU-13 lalu akan dirampas semula oleh Bn. 

Sebelum ini rakyat Sarawak sudah membuktikan kepada Anti Najib, bahawa rakyat berdiri teguh di belakang parti Bn, namun para pemimpin Anti Najib menidakkan keputusan rakyat itu, dan menyatakan bahawa sebenarnya DS Najib telah ditolak rakyat. Mereka mendakwa, bahawa melalui dua PRK kali ini, DS Najib akan dihukum oleh rakyat, dan mereka menggambarkan mengalahkan calon Bn sebagai refrendum kepada kepimpinan DS Najib. Kini, melalui majorti yang berlipat-lipat kali ganda yang diperolehi calon Bn, maka dengan sendirinya rakyat menunjukkan sokongan teguh kepada Barisan Nasional dan kepimpinan Perdana Menteri.

Jika berasaskan kepada keputusan PRN Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, sebenarnya kempen Anti Najib telah tamat (game over). Apa kah mereka yang inginkan DS Najib letak jawatan kononnya kerana tiada sokongan rakyat masih meneruskan kempen mereka? Jika juga masih meneruskan kempen mereka, ertinya tindakan mereka itu hanya syiok sendiri.

Nota; Di Parlimen Sungai Besar pada PRU-13, Bn mendapat undi 18,695 manakala pada PRK kali ini hanya mendapat 16,800, ertinya seramai 1,895 penyokong tidak turun mengundi, manakala undi pembangkang pula 18,296 pada PRU-13, pada PRK kali ini Pas=6902 dan Pan=7609, ertinya seramai 3,785 pengundi pembangkang tidak turun mengundi. Di Parlimen Kuala Kangsar pada PRU-13 undi Bn 14,218 pada PRK kali ini 12,653, ertinya seramai 1,565 pengundi Bn tidak datang mengundi, Di pihak pembangkang pada PRU-13 mereka mendapat undi 13,136 pada kali ini Pas=5684 dan Pan=4883, ertinya pengundi pembangkang yang tidak mengundi seramai 2,569.

Pada PRK kali ini, calon Bn di Sungai Besar mendapat majoriti 9,191 berbanding 399 pada PRU-13, sementara di Parlimen Kuala Kangsar majoriti Bn 6,969 berbanding 1,082 pada PRU-13.

Friday, June 17, 2016

Analisis PRK Sungai Besar-Kuala Kangsar

Sebenarnya Pas dan Amanah , serba sedikit sudah dapat mencongak parti mana yang bakal menang. Sebabnya, setiap pertandingan tiga penjuru atau lebih, biasanya berpihak kepada Barisan Nasional, lagipun dua kawasan tersebut merupakan wilayah tradisi Barisan Nasional. PRK kali inipun, diadakan hanya kerana kemalangan tragis yang dialami wakil rakyat Barisan Nasional di Sebayu, Sarawak diambang PRK-11 Sarawak pada mei.

Keputusan dua PRK ini, sebenarnya tidak mengubah status quo, Barisan Nasional tetap akan memerintah. Apa yang cuba dilihat melalui dua PRK ini, bagi Bn, mahu menidakkan anggapan, bahawa Bn sudah tenat, apabila muncul sebagi pemenang. Selain itu, kemenangan itu sebagi bekal berdepan dengan PRU-14. Manakala bagi Pas dan Amanah pula, dua PRK ini, mahu menunjukkan siapa lebih hebat. 

Awal-awal lagi pemimpin Amanah memberitahu Pas, jika pada dua PRK ini, jika undi parti mereka lebih banyak berbanding Pas, ertinya, parti itu, tidak boleh lagi mendabik dada sebagai kuasa ketiga yang berpotensi mengalahkan Barisan Nasional. Manakala dipihak Pas pula, dua PRK kali ini, mahu menunjukkan bahawa serpihan parti itu tidak dapat membawa mereka sebahagian penyokong berlambang bulan tersebut.

Penentuan pemenang dua PRK tersebut, hanya berbaki kurang 24jam, esok 18 Jun bermula pukul 8 pagi, para pengundi akan turun mengundi bagi menentukan siapa wakil rakyat mereka selama 2 tahun. Pemenang bagi dua PRK ini, hanya membawa kegembiraan dua atau tiga minggu sahaja. Berlabuhnya tirai PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. bermaksud semua kita menunggu pentas PRU-14 dibuka. Tiada lagi PRK lain selepas ini.

Barisan Nasional mahu memenangi dua PRK ini hanya dua sebab- sebab pertama, menidakkan bahawa BN sudah tenat, dan sebab kedua, kempen Anti Najib tidak berimpak. Bagi Pas pula, mahu membukti bahawa parti itu mempunyai lebih banyak sokongan berbanding parti serpihannya, manakala bagi Parti Amanah/ Pakatan Harapan, dua PRK ini sebagai gelangang “marketing” bagi parti itu.

Melihat suasana kempen, gerakan jentera Bn, nampaknya tiada siapa yang boleh menidakkan kemenangan Bn, kecuali ketentuan Allah, Bn kalah.

Wednesday, June 15, 2016

PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar: Apa Kah "Game Over" Bagi Penentang Najib? Atau Sebaliknya

Sabtu ini, 18 Jun 2016, 32,949 pemilih berdaftar bagi Kuala Kangsar dan 42,655 pemilih berdaftar bagi Sungai Besar akan menentukan, parti mana mewakili kawasan masing-masing bagi tempoh masa dua tahun sebelum PRU-14.

Barisan Nasional, sudah tentu mahu mempertahankan kawasan itu, kerana bukan sahaja mahu menunjukan sokongan rakyat terhadap gabungan 13 parti tersebut, akan tetapi kawasan itu merupakan kawasan tradisi Bn dan tidak pernah kalah pada sebarang pilihanraya sebelum ini.

Kalau dilihat pada keputusan PRU tahun 2013, parti Pas merupakan saingan utama parti Bn, namun akibat perpecahan Pakatan Rakyat, maka melalui dua PRK kali ini, terdapatnya tiga pihak bersaing, selain Bn, Pas juga pakatan harapan melalui parti Amanah yang ditubuhkan 6 bulan lalu oleh serpihan para pemimpin parti Pas.

Dua kawasan PRK ini, merupakan kawasan melayu, kerana 2/3 daripada pengundinya adalah kaum melayu, manakala kurang 1/3 adalah kaum cina dan sedikit kaum india.

Dua belah pihak samada Bn dan kumpulan anti Najib, mahu melihat keputusan dua PRK kali ini sebagai "game over" bagi pesaing masing-masing. Bagi pihak Bn, kemenangan di dua PRK itu, menunjukkan bahawa "game over" bagi penentang DS Najib Razak, manakala di pihak Anti Najib, jika kemenangan menyebelahi mereka, maka "game over" juga kepada kepimpinan DS Najib Razak.

Memang di atas kertas, keputusan dua PRK ini tidak mengubah status quo kerajaan Persekutuan Malaysia, namun moralnya, jika Bn kalah, maka dua PRK ini boleh menjadi "game changer" politik Malaysia.

Ramai penganalis polilik mengatakan, bahawa Bn masih mengekalkan dua kawasan itu, yang berubah hanya jumlah undi yang bakal diperolehi calon-calon Bn, serta jumlah majoriti yang membezakan parti pesaing terdekat.

Apa yang ditemui selama kempen di dua kawasan tersebut, parti Amanah masih sukar menembus sejumlah pengundi, namun kekuatan parti itu tergantung kepada parti DAP. Atas sebab itu, ramai yang mengatakan, bahawa undi yang bakal diperolehi calon Amanah sebenarnya mewakili sokongan kepada Parti DAP. Penyokong parti PKR, sebenarnnya dipersimpangan jalan, kerana ramai yang keliru pendirian parti itu, khususnya pendirian Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Kaki Azmin sebelah bersama Pas dan sebelah bersama Pakatan Harapan yang diterajui DAP. Secara tersirat, Azmin tidak mahu calon Parti Amanh menang, atas sebab, jika berlaku, maka menunjukkan, bahawa PKR dibawah naungan Parti DAP. Umum mengetahui, keterlambatan mengumumkan calon Pakatan Harapan di dua PRK tersebut, atas sebab Azmin mahu calon PKR dipilih, setidak-tidaknya bagi Parlimen Sungai Besar. Namun, kejayaan memilih calon daripada Parti Amanah, menunjukkan, bahawa Parti DAP lebih "superior" berbanding PKR, kerana DAP memilih Parti Amanah berbanding PKR.

Tidak dinafikan, jika jumlah pengundi yang keluar mengundi berlegar pada para 70 peratus, bererti pengundi yang berada di luar kawasan itu tidak pulang untuk mengundi. Umum mengetahui, bahawa pengundi luar majoritinya adalah pengundi pembangkang. Parti DAP telah awal-awal menempah beberapa bas untuk membawa pengundi luar untuk pulang mengundi, kerana parti itu tahu, tanpa kehadiran pengundi luar, calon yang disokong parti itu tidak bakal menang.

Apa yang menarik pada kempen di dua kawasan ini, meskipun mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir turun berkempen, dan mahukan agar pengundi di kawasan itu mengundi calon Amanah, namun kelihatannya tidak berimpak. Para pengundi khususnya kaum melayu, masih mahu mengekalkan status quo, atas sebab menurut mereka, masa Tun Dr Mahathir sudah berlalu. Pembangkitan juru kempen Bn yang menjelaskan bahawa persengkokolan Tun Dr Mahthir dengan musuh utamanya seperti Lim Kit Siang, hanya bermotifkan peribadi, bukannya untuk rakyat. Juga rakyat diterangkan, bagaimana mantan Perdana Menteri mengunapakai politik menghalalkan cara, semata-mata memenuhi keinginan peribadi.

Apa yang jelas melalui dua PRK kali ini, pengundi khususnya kaum melayu, belum bersedia berpindah dan masih yakin, bahawa parti Bn masih merupakan pilihan untuk memerintah negara, dan juga pilihan untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat. Kehendakan anti Najib, agar dua PRK tersebut menjadi "game changer" poliltik di Malaysia tidak akan kesampaian. Apa-apapun, dalam politik semuanya boleh berlaku. Tiada manusia yang boleh membaca gerak hati pengundi.

Saturday, June 11, 2016

Apa Kah Politik Semenanjung Undur Ke Belakang?

Situasi yang mencerminkan bahawa politik sesebuah negara, sudah menuju kematangan, apabila majoriti bukan lagi sebagai “pulling force” akan tetapi semua rakyat seimbang, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Pada PRN-11 Sarawak pada Mei, kepimpinan Bn negeri itu sebenarnya telah membuktikan satu kematangan politik, apabila mengemukakan berbagai calon dengan berbagai latar belakang, dan kemudiannya tindakan itu mendapat sokongan rakyat Sarawak. 

Melalui PRN Sarawak, dapat dilihat, bahawa majoriti bukan menguasai akan tetapi berganding bahu dengan minoriti untuk mencapai kemenangan. Parti politik yang hanya memperjuangkan satu kaum seperti DAP, walaupun mendapat kerusi, akan tetapi kerusi yang dimenangi adalah di kawasan, sesuai dengan perjuangan parti itu.

Apa yang menarik untuk diperhatikan, apakah semangat rakyat Sarawak tersebut dapat dilihat melalui dua PRK- Sungai Besar dan Kuala Kangsar? Dalam segi calon, memang tidak mengikuti semangat rakyat Sarawak, kerana semua 7 calon terdiri daripada kaum melayu, hanya kerana dua kawasan itu adalah majoriti kaum melayu (2/3 kaum melayu). Di Malaysia, tidak semestinya berlaku demikian, kerana banyak juga kawasan-kawasan majoriti melayu ditandingi parti komponen, walaupun tidak pernah berlaku sebaliknya.

Pada dua PRK kali ini, yang mahu dilihat adalah kerjasama semua parti yang terlibat. Melalui kerjasama itu, maka masing-masing parti membawa hasrat mengumpul penyokong masing-masing untuk satu tujuan, mendapat undi terbanyak bagi calon yang disokong. Parti Bn dengan 13 komponen parti berusaha membawa semua penyokong- menyokong calon daripada parti Umno, sementara Pakatan Harapan, mengumpul semua penyokong- menyokong calon daripada Parti Amanah. Manakala parti Pas yang turut bertanding-bertindak sendirian menentang kumpulan parti-parti.

Pada setiap pilihanraya, parti-parti mana yang boleh membawa ramai penyokong untuk bergabung untuk satu tujuan, maka calon pilihan parti-parti itulah yang bakal menang. Demikian juga pada dua PRK kali ini, parti-parti yang mampu mengumpul ramai penyokong untuk satu tujuan, maka bakal pemenang.

Dapat dilihat melalui PRN Sarawak, hanya melalui kerjasama dan pengabungan antara kaum majoriti dan minoriti yang membawa kemenangan, maka demikian juga di dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Parti-parti yang boleh membawa kerjasama dan pengabungan, maka muncul sebagai pemenang. Di atas kertas, parti-parti komponen Bn, telah membuktikan, bahawa kerjasama dan gabungan senantiasa wujud apabila berdepan dengan sesebuah pilihanraya, termasuk PRK. Di atas kertas di dua PRK tersebut, parti BN mempunyai peluang cukup besar untuk menang. Sebabnya, lawan Bn khususnya Pakatan Harapan, masih mencari rentak untuk menang, selain pendekatan parti-parti itu lebih berupa mencari perbezaan untuk mencapai kemenangan. Jika politik Malaysia menuju kematangan, maka cara politik mencari perbezaan seperti mana amalan parti-parti Pakatan Harapan dan Parti Pas, seharusnya tidak dibenarkan bertapak di negara ini. 

Sekiranyalah, calon bukan daripada Bn yang menang pada dua PRK kali ini, maka politik Semenanjung sebenarnya telah undur kebelakang, seperti di awal kemerdekaan. Jika ini berlaku, sungguh sayang, masa berpolitik lebih setengah abad disia-siakan.

Tuesday, June 07, 2016

PRK Kuala Selangor: Senario Yang Bakal Berlaku

Jumlah keseluruhan pengundi bagi P93 Sungai Besar adalah 42.837. Daripada jumlah itu 67 peratus adalah kaum melayu, atau 28,700, sementara kaum cina 31 peratus atau 13,279. Pada PRU-13, seramai 36,991 pengundi turun mengundi atau 86.35 peratus.

Daripada undi yang diperoleh Bn pada PRU-13, iaitu 18,695, hanya sedikit di atas 1000 undi datang daripada kaum cina, ertinya lebih 90 peratus undi yang diperolehi calon Bn adalah pengundi melayu. 90 peratus itu diterjemahkan sebagai 59 peratus daripada keseluruhan pengundi melayu di kawasan itu.

Daripada 36,991 pengundi yang turun mengundi pada PRU-13, 13,000 adalah pengundi kaum cina. Ini bermakna, 23,991 pengundi adalah kaum melayu atau mewakili 83.59 peratus pengundi kaum melayu. 

Memandangkan, PRK ini bukan penentu kepada kerajaan, maka seperti mana PRK-PRK lalu, peratusan yang turun mengundi hanya sendikit di atas 70 peratus. Jika peratus kaum melayu yang turun mengundi katakanlah 73 peratus, maka jumlah pengundi yang turun mengundi daripada kaum itu, hanya 20,951. 

Kalaulah trend PRU-13, digunapakai, maka calon Bn bakal mendapat 14,600 berbanding 17,000 pada PRU-13. Namun memandangkan situasi politik semasa, antara lain faktor mantan Tun Dr Mahathir, isu 1MDB, dan wang derma RM2.6bilion, maka peratusan yang bakal diperolehi Bn diperkirakan dalam lingkaran 48 peratus pengundi melayu yang turun mengundi. Jumlah itu mewakili 10,056 undi. Berasakan jumlah ini, maka Pas akan mendapat undi 7,500, manakala Amanah 3,395 undi. 

Melalui PRK kali ini, adalah dijangka, pengundi kaum cina akan “full force”turun mengundi. Adalah dijangka, jumlah pengundi kaum cina yang bakal turun mengundi adalah 13,000. Jika berasaskan, kepada keputusan PRU-13, maka sekurang-kurangnya 10,000 pengundi kaum itu akan mengundi parti Amanah, atas sebab parti itu sepasukan dengan DAP. Manakala Pas, paling ramaipun akan mendapat 500 undi daripada kaum itu, manakala bakinya akan mengundi Bn. Di atas kertas, Bn akan mendapat undi 12,556, parti Pas, 8,000, manakala Amanah 13,395 undi. Berasaskan kepada senario ini, maka apa yang mustahak bagi Bn adalah memohon, agar supaya pengundi kaum melayu turun mengundi, sekurang-kurang 80 peratus. Jika 80 peratus pengundi melayu turun mengundi, maka Bn bakal mendapat 11,020, pas 8,265 dan amanah 3,365. Dengan keadaan demikian bn bakal mendapat 13,520 undi, pas 8,765 undi , amanah 13,365 undi. Dengan analisis demikian, Bn boleh menang dengan majoriti yang sangat marjinal.

Di atas kertas Bn berdepan dengan keadaan yang sungguh berat mempertahankan Parlimen Sungai Besar, walaupun mencalonkan calon yang popular di kawasan itu, jika mengambil maklum senario politik semasa.

Sunday, June 05, 2016

PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar: Malaysia Political Game Changer??

Dua kawasan yang diadakan PRK (Sungai Besar dan Kuala Kangsar) dianggap kawasan melayu,walaupun 2/3 sahaja merupakan pengundi melayu. Dapat dilihat pada semua calon yang terdiri daripada melayu: Sungai Besar- Budiman Mohd Zohdi (Bn), Dr Abdul Rani Osman (Pas), Azhar Abdul Shukur (Amanah), sementara Kuala Kangsar- Datin Mastura Yazid (Bn), Dr Najihatussalehah Ahmad (Pas), Dr Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary (Bebas).

Dua PRK ini sebenarnya bagi merebut sokongan kaum melayu sebagai asas untuk menang, atas sebab pengundi bukan melayulah yang menjadi penentu utama, calon mana yang bakal menang. Sebabnya, bermula daripada PRU-12 dan dilanjutkan pada PRU-13, pengundi bukan melayu, sudah berpihak kepada parti bukan Bn, dan kecenderungan itu, dilihat akan berterusan melalui dua PRK kali ini. Pada PRU-12, di Sungai Besar, kemenangan Bn hanya 399 undi berbanding tahun 2008- 5009 undi. Di Kuala Kangsar, kedudukan Bn agak selesa, kerana pada PRU-13, majoriti kemenangan 1,082 berbanding 1,458 pada tahun 2008. Pun demikian, kencenderungan itu telah berubah melalui PRK Teluk Intan, Perak, di mana DAP yang mempertahankan kawasan itu kalah kepada calon Bn. Jika trend pengundian Teluk Intan berlaku di dua PRK kali ini, maka anggapan, bahawa pengundi bukan melayu merupakan penentu kemenangan tidak lagi berlaku, kerana trend pegundi kaum melayu telah beralih kepada Bn. Namun, apa yang perlu diingat, bahawa pada PRK Teluk Intan, walaupun kempen anti Najib telah wujud, bersama dengan isu 1MDB, namun tidak serancak sekarang. Pada PRK Teluk Intan, Tun Dr Mahathir belum menjadi defacto leader pembangkang, manakala pada kali ini, mantan Perdana tersebut sudah sebahagian daripada pembangkang.

Tugas Tun Dr Mahathir adalah agar pengundi Melayu terbahagi kepada tiga, jika berlaku, maka kemengan calon yang disokong mantan Perdana Menteri tersebut, mempunyai harapan cerah untuk menang, atas faktor sokongan kaum bukan melayu, khususnya kaum cina.

Di atas kertas, dikatakan parti Amanah bakal mendapat 20-25 peratus penyokong Pas, manakala Tun Dr Mahathir juga boleh menyebabkan penyokong Umno berubah arah (swing) menentang Umno pada peratusan yang sama, dalam erti kata yang lain, daripada 2/3 jumlah pengundi kaum melayu, parti Amanah akan mendapat sokongan 40-45 peratus kaum melayu, dan bakinya direbut oleh Umno dan Pas. Dalam keadaan demikian, maka calon yang disokong DAP bakal menang, kerana 80 peratus sokongan kaum bukan melayu memberi undi kepada calon yang disokong parti itu.

Trend pengudian di dua PRK kali ini, akan dipengaruhi oleh beberapa faktor- bagi kaum melayu, Tun Dr Mahathir akan terus mempergunakan isu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion, sementara DAP akan memergunakan isu Hudud. DAP akan menakut-nakutkan pengundi bukan melayu, bahawa Umno dibelakang Pas untuk mengwujudkan undang-undang hudud di Malaysia, Sementara parti Amanah akan mempergunakan isu, bahawa Pas telah menjadi kuda tunggangan Umno.

Jika senario apa yang ditulis oleh AYT ini berlaku, maka PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, akan menjadi political Game changer bagi politik Malaysia, khususnya di Semenanjung, kerana kencenderungan itu tidak berlaku di Sarawak, sepertimana dibuktikan pada PRN11 Sarawak pada mei lalu. Sama-sama kita tunggu keputusan PRK itu yang bakal berlaku pada 18 Jun.

Sunday, May 22, 2016

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar: Sejauh Mana Gelagat Pemberontak Umno?

Hingga ke hari ini, tiga pemimpin Umno yang "memberontak" Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Dato Seri Mukhriz Mahathir, macam bermain "selamat" untuk mengelak dipecat daripada parti. Dalam kalangan pemimpin utama Umno, tiada yang bercakap berkaitan cadangan pemecatan "pemberontak" itu, kecuali Tengku Adnan Tengku Mansor. Malah, Ketua Penerangan parti Tan Sri Annuar Musa mengulas bahawa pada mesyuarat MT parti pada hujung bulan, tidak akan membincangkan kedudukan "pemimpin pemberontak" atas sebab parti mengutamakan isu-isu penting termasuk dua PRK yang bakal dihadapi.

Sejak pemecatan Tan Sri Muhiyiddin Yassin daripada kabinet dan penggantungan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, mantan TPM itu lebih tertumpu pada serangan terhadap DS Najib Razak sebagai individu, sambil mengelak mengaitkan parti. Demikian juga dua pemberontak yang lain- Shafie dan Mukhriz, menumpukan kepada serangan bercorak individu terhadap Perdana Menteri.

Pemberontak cuba sedaya upaya, untuk mengelak mengecam parti, walaupun mereka menyertai Deklarasi Mahathir (Save Malaysia) bersama-sama dengan pemimpin pembangkang. Mereka cuba mengelak melibatkan parti, sambil berkata, bahawa kempen Selamatkan Malaysia, adalah blok rakyat tanpa parti. Mereka cuba memisahkan parti dengan DS Najib Razak sebagai individu. Kempen Selamatkan Malaysia, hanya satu tujuan, iaitu DS Najib Razak wajib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Melalui dua PRK yang bakal diadakan "pemberontak" akan cuba menunjukkan kepada DS Najib, bahawa Umno dan Bn akan kehilangan kuasa pada PRU-14, melalui kekalahan pada dua PRK itu. Kerana menurut mereka, jika melalui dua PRK itu Umno/Bn kalah, maka sebagai indikasi penolakan pengundi Semenanjung terhadap DS Najib Razak sahaja, bukannya kepada parti Umno/Bn. Atas alasan itu, maka gelagat atau kelibat "pemberontak" Umno akan dilihat perananan mereka, apa kah mampu mendorong penyokong Umno/Bn mengundi calon pembangkang. Ini kerana, calon Umno/Bn tidak akan bakal kalah, jika pemberontak tersebut gagal mempengaruhi para penyokong Umno/Bn. Di atas kertas, parti mana sahaja daripada pembangkang yang melawan Umno/Bn, kekuatan maksima mereka hanya pada keadaan PRU 2008 dan paling baikpun seperti trend pada PRU-13. Pada PRU-13, iaitu ibu kepada semua pilihanraya umum di negara ini, pun demikian calon-calon pembangkang tidak mampu menang di dua kawasan itu.

Pada dua PRK kali ini, akan benar benar-benar terlihat apa kah peranan pemimpin pemberontak Umno berjaya mengyakinkan para pengundi di dua kawasan itu untuk menolak calon Umno/Bn bagi "menghukum" DS Najib Razak. Sama-sama kita tunggu keputusannya.

Saturday, May 21, 2016

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar: Senario Satu Lawan Satu

Apa yang boleh dilihat melalui PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jika berlaku satu lawan satu antara pembangkang dan Barisan Nasional, adalah, senario kencenderungan undi pada tahun 2008 akan berlaku. Pada pilihanraya itu, mencerminkan kekuatan sebenar pembangkang (single party) di kawasan itu.

Keputusan PRU-13, tidak boleh diambil sebagai ukuran, atas sebab adanya kesepakatan luarbiasa antara PAS-DAP-PKR melalui Pakatan Rakyat. Lagipun, PRU-13, merupakan sebuah pilihanraya yang dikatakan sebagai ibu kepada semua pilihanraya di negara ini, ekoran keputusan PRU 2008, di mana untuk pertama kalinya Bn kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, termasuklah kehilangan Negeri Selangor, Pulau Pinang, dan Kedah termasuk Perak walaupun hanya setakat Februari 2009.

Pada PRU 2008, di Kuala Selangor calon Pas mendapat 11,080 berbanding Bn 16,069. Sementara di Kuala Kangsar calon Pas mendapat 9,277 berbanding Bn 10,735. Jumlah itu merupakan kekuatan sebenar Pas dan pembangkang di kawasan itu. Ertinya, pada PRK yang bakal diadakan 18 Jun, ratio antara Bn dan pembangkang, jika berlaku pertembungan satu lawan satu, akan berkisar pada ratio 41: 59 di Kuala Selangor, manakala di Kuala Kangsar 46:54 memihak kepada Bn.

Desakan berbagai pihak termasuk Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad, agar pihak pembangkang meletakkan ‘calon rakyat” bagi bertembung dengan Bn, satu lawan satu, hanya berkesudahan pada ratio yang disebutkan di atas. Sebab kepada perkiraan ini, tiada faktor yang boleh disandarkan sebagai “game changer’ bagi rakyat di kawasan itu mengalahkan Bn, baik isu tempatan mahu nasional. Isu Nasional yang digembar gemburkan yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, telah terbukti melalui PRN 11 Sarawak, bahawa isu-isu tersebut tidak berimpak di mata pengundi. Sebagai sebuah negara, trend pengundian yang berlaku di Sarawak, tidak akan jauh berbeza dengan trend pengundian di kawasan yang bakal berlaku PRK.

Kemahuan kumpulan Anti Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir, agar menjadikan dua PRK itu sebagai faktor mendesak DS Najib Razak meletakkan jawatan jika calon Bn kalah, tidak sealiran dengan pemikiran atau mood pengundi, kerana rakyat menilai, bahawa kemahuan mantan Perdana Menteri itu beragenda peribadi bukannya untuk rakyat secara keseluruhan.

Keinginan Tun Dr Mahathir, untuk menunjukkan bahawa kemenangan Bn Sarawak tiada hubungan dengan Perdana Menteri, melainkan kemenangan di Sarawak itu, hanya kerana faktor Tan Sri Adenan Satem, tidak akan kesampaian, kerana pengundi di Kuala Selangor dan Kuala Kangsar tahu betul, bahawa selama PRN Sarawak, bukan sahaja seluruh jajaran pemimpin Bn Sarawak terlibat, juga seluruh jajaran kempimpinan pusat khususnya para menteri kabinet, malah sebahagian besar kabinet DS Najib telah berkampung di Sarawak termasuk Timbalan Perdana Menteri. Kemenangan Bn Sarawak merupakan kerja berpasukan para pemimpin barisan nasional. Malah, dua PRK yang bakal diadakan, kerana dua pemimpin Bn yang terlibat pada kempen di Sarawak terlibat dalam kemalangan helikopter di Sebayau menjelang hari pengundian.

Rakyat di dua kawasan PRK tersebut akan menilai, bahawa mereka kehilangan wakil rakyat yang mereka undi pada PRU-13, semata-mata demi tugas dan tanggungjawab. Berasaskan kepada keadaan itu, maka para pengundi di dua kawasan itu, akan terus memberikan undi kepada calon-calon yang bakal diketengahkan Bn, untuk meneruskan tanggungjawab yang telah digalas oleh dua wakil rakyat yang terkorban.

Pada dua PRK kali ini, calon-calon Bn hanya menunggu formaliti untuk diumumkan sebagai pemenang, kerana sebenarnya, rakyat di dua kawasan itu, tidak sabar-sabar mendapatkan wakil rakyat daripada barisan nasional. 

Adalah diramalkan, berasaskan jumlah undi yang ada di kawasan-kawasan tersebut, bagi kawasan Kuala Kangsar, Bn dengan mudah mendapat di atas 14,000, manakala di Kuala Selangor, Bn akan mendapat 18,000. Melalui jumlah undi itu, calon Bn di Kuala Kangsar dengan mudah mendapat majoriti di atas 2,000, manakala di Kuala Selangor di atas 3,000.

Tuesday, May 17, 2016

PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar- Bn Bakal Menang Besar

Dalam politik semua boleh berlaku. Memang diakui, bahawa majoriti Bn di kawasan itu menurun dengan drastik sekali sejak PRU 2004, khususnya di Parlimen Sungai Besar. Di Parlimen Sungai Besar misalnya, majoriti Bn pada tahun 2004-7,349, tahun 2008-5,009 dan tahun 2013-399, dengan jumlah undi yang bertambah- 15,337 (2004), 16,069 (2008) dan 18,695 (2013). Sementara di Parlimen Kuala Kangsar majoriti Bn 2004-5,557, 2008-1,458 dan 2013-1,082, dengan pertambahan jumlah undi kecuali pada tahun 2008, di mana undi yang diperoleh hanya 10,735, berbanding 11,305 tahun 2004 dan 14.218 tahun 2013.

Adalah diramalkan calon-calon Bn akan menang besar, meskipun pergolakan politik di tanah air, khususnya melibatkan beberapa pemimpin parti Umno, namun dipihak pembangkang juga tidak kurang hebatnya, apabila parti-parti yang berpakat melalui Pakatan Rakyat, blok pembangkang yang dikatakan alternatif kepada barisan nasional berpecah pada tahun 2015. Perpecahan Pakatan Rakyat yang kini menjadi Pakatan Harapan dengan kombinasi yang lain, terbukti tidak menyerlah, seperti mana terbukti melalui PRN 11 Sarawak yang berlabuh pada 7 Mei. Pada PRN 11 Sarawak, DAP yang sebahagaian daripada Pakatan Rakyat telah menang 12 kerusi pada PRN 10 Sarawak tahun 2010, namun hanya dapat mempertahankan 7 kerusi pada PRN 11 Sarawak. Sementara PKR hanya mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRN ke 10, Sarawak, manakala PAS dan parti serpihannya Amanah mengalamai kekalahan teruk.

Melihat kepada pergolakan pada parti-parti pembangkang, rakyat yang pernah menyokong pakatan parti-parti itu, kini merasakan, bahawa pakatan parti-parti itu sebenarnya tidak mampu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional, atas sebab, ketidak serasihan antara mereka, bukan sahaja melibatkan pemimpin utama akan tetapi juga pemimpin pertengahan dan selanjutnya penyokong. Ramai rakyat melihat, bahawa parti-parti itu hanya bermatalamat mendapatkan kuasa untuk para individu yang mempunyai kedudukan dalam parti, jauh sekali membela rakyat.

Persengkongkolan dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, telah mengundang kecurigaan daripada defacto leader PKR- Dato Seri Anwar Ibrahim, sehingga banduan tersebut terpaksa menulis surat lapan muka surat yang dialamatkan kepada para comrade PKR.

Persengkokolan antara para pemimpin pembangkang dan Tun Dr Mahathir, melalui “You help me, I help You” sebenarnya telah bertukar kepada “ we help each other to topple BN” apabila mantan Perdana Menteri itu berucap di Shah Alam hujung minggu lalu, mendesak pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar menolak Bn, dan seterusnya memenangkan parti yang melawannya. Melalui kenyataan itu, pengundi yang menyokong Umno dan masih berpihak kepada mantan Perdana Menteri itu, kini sudah jelas, bahawa matalamat beliau bukan sahaja mahu menjatuhkan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri, akan tetapi mahu menggantikan kerajaan Bn kepada kerajaan pembangkang yang dipimpin Lim Kit Siang.

AYT melihat melalui kenyataan terbaru daripada Tun Dr Mahathir, bukan sahaja menarik sokongan kepada Bn, akan tetapi calon-calon Bn pada dua PRK itu akan menang besar, dan kemungkinan besar situasi akan kembali seperti tahun 2004. Apa yang perlu dilakukan Bn, adalah agar parti itu dapat mengemukan calon bukan sahaja boleh menang, akan tetapi “likeable” dan “marketable”.

PRK Sungai Besar: Azmin Ali Larang Pemimpin Sarawak Berkempen- Boleh Kah?

Azmin Ali adalah salah seorang penduduk Semenanjung yang tidak menghayati apa itu hak-hak Sarawak melalui Perkara 18 semasa pembentukan Persekutuan Malaysia tahun 1963. Semasa pembentukan Persekutuan Malaysia tahun 1963, dua negeri borneo- Sabah dan Sarawak diiringi oleh dua dokumen sebagai syarat menyertai Malaya dan Singapura membentuk negara baru, iaitu Perkara 18 bagi Sarawak dan Perkara 20 bagi Sabah (North Borneo). Salah satu senarai yang terdapat dalam “perkara: tersebut adalah kuasa imigresen. Dalam bab kuasa imigresen ini, membawa makna, penduduk Malaya kalau datang ke Sabah dan Sarawak perlu menggunakan passport atau mempunyai had masa tertentu untuk tinggal, manakala bagi penduduk Sabah dan Sarawak jika ke Malaya, tanpa syarat.

Jika Azmin benar-benar melakukan larangan kepada pemimpin Sarawak untuk berkempen di PRK Sungai Besar, apa yang muskil, bagaimana ianya dilakukan? sedangkan Azmin tidak mempunyai kuasa imigresen. Kuasa imigresen menghalang penduduk Sabah dan Sarawak bukan sahaja tiada pada Azmin, juga kuasa itu tiada pada Jabatan Imigresen Persekutuan.

Melalui pembentukan Persekutuan Malaysia, tiada tertulis mana-mana bab dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), bahawa kemasukan rakyat Sabah dan sarawak ke Malaya mempunyai syarat. Ertinya, rakyat dua negeri itu boleh masuk, tinggal, bermastautin selama mana dikehendaki, termasuk bekerja, berniaga atau sebagainya, tanpa syarat. Semangat dan persyaratan itulah yang dipersetujui tahun 1963. Berasaskan kepada persyaratan yang dioersetujui itu, siapa pula Azmin mahu menafikan atau mempertikainya???.

Azmin perlu tahu, bahawa perjanjian adalah perjanjian. Sarawak dan Sabah mempergunakan hak dan kuasa imigresen yang ada padanya, tidak lebih daripada itu. Sabah dan Sarawak tidak bertindak di luar perjanjian Malaysia, melainkan dalam ruang lingkup perjanjian itu.

Sunday, May 15, 2016

PRK Sungai Besar Dan Kuala Kangsar: Tun Dr Mahathir Mahu BN Kalah

Tun Dr Mahathir sudah nekad, bahawa untuk menamatkan kuasa Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, selain mengalah Bn pada PRU-14, juga menjadikan dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai pemudah cara ke arah itu. Melalui kekalahan di dua PRK, sekurang-kurangnya menunjukkan kepada Najib, bahawa rakyat Semenanjung tidak menyokong beliau. 

Sebenarnya, jika calon Bn gagal mempertahankan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, ianya menggambarkan bahawa kerajaan yang dibentuk selepas PRU-14, adalah kerajaan yang hanya bermajoriti mudah. Majoriti mudah hanya memerlukan 112 daripada 222 kerusi parlimen.

Tun Dr Mahathir dan the geng, bukan sahaja mahu DS Najib jatuh, akan tetapi Bn juga perlu kalah, agar supaya parti pembangkang dapat mengambil alih kerajaan Persekutuan.

Melihat kepada pengagihan kerusi parlimen antara Semenanjung dan Sabah-Sarawak, Semenanjung mempunyai 165, manakala Sabah-Sarawak- WP Labuan 57. Di atas kertas berasaskan senario politik sekarang, Sabah-Sarawak-WP Labuan dengan mudah boleh menyumbang 50 kerusi parlimen untuk Bn, ertinya Bn Semenanjung hanya perlu menang 62 kerusi, bagi mempertahan Putrajaya dengan majoriti mudah.

Pada PRU-13, Bn Semenanjung menyumbang 83 kerusi daripada 133 yang dimenangi Bn secara keseluruhan. Jumlah 83 itu sebenarnya hanya berkelebihan satu kerusi berbanding kerusi yang dimenangi pembangkang. Dalam bahasa mudah, sebenarnya kekuatan Bn dan pembangkang di Semenanjung seimbang. Jika berlaku swing pengundi 10 peratus sahaja kepada pembangkang, maka Bn akan kehilangan 10-17 kerusi parlimen. Ertinya, Bn Semenanjung hanya boleh bergayut pada 73-66 kerusi. Berasaskan jumlah itu, nampak gayanya, apapun, tindakan Tun Dr Mahathir dan the geng, tidak akan mampu merampas Putrajaya, walupun keadaan tahun 2008 berulang, dan kemungkinan Terengganu akan masuk ke dalam kubu pembangkang. Selepas PRU-14, Bn akan terus membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Pengundi Sabah dan Sarawak serta WP Labuan, tidak akan terperangkap dengan pembangkang, kerana rakyat di wilayah timur negara itu, telah melihat dan merasa, bahawa kepimpinan DS Najib memperlihatkan kesungguhan membela wilayah itu, yang 'diketepikan" oleh Tun Dr Mahathir selama 22 tahun.

Penyokong pembangkang di Semenanjung menuduh rakyat Sarawak "bodoh" kerana memberi sokongan kepada Bn pada PRN 11 Sarawak. Sebenarnya, situasi ini sama dengan keadaan 40 tahun sejak merdeka, rakyat Sarawak dan Sabah menyokong Bn untuk terus memerintah dan seterusnya memajukan Semenanjung. Kini, selepas Semenanjung maju, maka tiba pula giliran rakyat Sabah dan Sarawak dimajukan melalui kepimpinan DS Najib, maka rakyat Sabah dan Sarawak dikatakan "bodoh".pula. 

Tun Mahathir dan the geng, memang benci kepada pemimpin yang memajukan Sabah dan Sarawak, kerana tindakan itu bercanggah dengan tindakan beliau selama 22 tahun, dimana secara tersirat memang menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tanah jajahan.

Sementara rakyat Sabah dan Sarawak masih dahaga akan infrastrukutur seperti jalan raya, bekalan air bersih, harga barang yang mahal akibat prasarana pengangkutan yang masih daif, rakyat Sememanjung bukan lagi bercakap mengenainya, akan tetapi lebih sibuk dengan kelajuan internet, prasarana moden dan sebagainya.

Melihat kepada dua PRK yang diadakan pada 18 jun, apapun keputusannya, apa kah memihak kepada Bn atau sebaliknya, untuk sementara tidak akan mempengaruhi kedudukan kerajaan Bn, kerana Bn masih mempunyai majoriti yang cukup untuk terus menerintah. Jikalau Bn kalah pada dua PRK itu, sebenarnya ianya jalan persediaan kepada kerajaan yang memerintah dengan majoriti mudah.

Saturday, May 14, 2016

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar: Apa Yang Diharapkan?

Dalam proses mencari kebenaran ada sahaja jalan keluarnya. Manusia hanya boleh merancang, akan tetapi Tuhan yang menentukan.

PRK Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak bukan sesuatu yang dirancang. Dua PRK itu, merupakan satu ketentuan yang Tuhan berikan kepada insan-insan politik yang sedang berbalah dalam negara.

Para pemimpin pembangkang daripada Semenanjung mengatakan bahawa keputusan PRN 11 Sarawak yang berpihak kepada Bn Sarawak, disebabkan oleh faktor Adenan, dan tiada kena mengena dengan Dato Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri. Menurut mereka, melalui dua PRK yang akan dilangsungkan pada 18 Jun, merupakan penentuan kepada kedudukan DS Najib Razak baik sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai Presiden Umno. Atau dengan kata lain, apabila keputusan dua PRK itu tidak berpihak kepada BN, ertinya atas faktor DS Najib Razak. Namun mereka tidak menyatakan pula, jika keputusan sebaliknya, maka mereka akan berhenti mengecam Perdana Menteri dan seterusnya menyokong kepimpinan beliau.

Telah 13 kali pilihanraya umum diadakan di negara selain PRK-PRK. Kemenangan sesebuah parti yang bertanding, adalah atas usaha berpasukan, bukannya atas usaha diri sendiri, termasuk juga calon-calon bebas yang pernah menang.

Pada dua PRK yang bakal berlangsung, sudah tentunya seluruh jajaran kepimpinan Bn akan turun padang berkempen untuk memastikan dua kawasan itu kekal dikuasai Bn. Memang benar, kecenderungan pengundi di kawasan itu di mana majoriti yang diperolehi Bn terus merosot. Namun kemerosotan majoriti bukan ditunjukkan oleh penurunan undi yang diperolehi calon-calon Bn. Pada PRU-2008 di Parlimen Kuala Kangsar, undi Bn adalah 10,735 (m=1,458), PRU-2013- 14,218 (m=1,082), manakala Parlimen Sungai Besar, undi Bn 16,069 (m=5,009), PRU-13-18,695 (m=399).

Kalau dilihat daripada segi undi yang diperolehi Bn pada dua PRU yang dikira kritikal, jumlah yang menyokong dan mengundi Bn, bukan merosot akan tetapi meningkat, ertinya pengundi Bn terus menyokong. Penurunan majoriti Bn, atas sebab pertambahan undi tidak berjaya digapai oleh Bn, melainkan berpihak kepada pembangkang.

Pada dua PRK yang bakal diadakan, banyak mata tertumpu di dua kawasan itu, kerana mereka mahu melihat apa kah impak tindakan mantan-mantan pemimpin Umno seperti Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal dan Dato Mukhriz Mahathir serta para pemimpin veteran lain seperti TS Sanusi Junid, Tun Daim Zainuddin dan sebagainya. Juga melalui dua PRK itu, apa kah Deklarasi Mahathir mempunyai kesan.

Bagi Bn, selain mahu mempertahankan dua kawasan itu, juga akan melihat apa kah berlaku pertambahan jumlah majoriti. Bagi pembangkang dan kumpulan Anti Najib yang diketuai Tun Dr Mahathir, bukan sahaja mahu melihat calon Bn kalah, akan tetapi setidak-tidaknya mengurangkan majoriti, jika Bn masih menang. 

Daripada segi jumlah undi yang bakal diterima calon-calon Bn, sangat bergantung kepada peratusan yang keluar mengundi, namun yang paling mustahak adalah jumlah majoriti, atas sebab jumlah majoriti akan menggambarkan sokongan terhadap Perdana Menteri dan Bn. Ramai yang menganggap bahawa melalui dua PRK itu, sebagai tolok ukur bagi Bn di Semenanjung bagi berdepan dengan PRK-14 yang bakal diadakan tahun 2018.

Bagi berdepan dengan dua PRK itu, Bn tidak seharusnya mengharapkan pertembungan antara calon-calon pembangkang, jika pembangkang gagal bersetuju untuk satu lawan satu, sebaliknya, perlu melihat sejauh mana perolehan atau sokongan pengundi terhadap Bn.

Pada PRK kali ini, Pengarah pilihanraya bukan lagi lazimnya diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, akan tetapi melantik pemimpin tempatan. Di Sungai Besar, Dato Noh Omar, manakala di Kuala Kangsar- Dato Zamri Kadir.

Sebelum tahun 2008, biasanya setiap PRK kerap berpihak kepada Bn, namun tidak selepas itu. Pada PRK kali ini, akan menguji, apakah penerimaan pengundi Semenanjung terhadap Perdana Menteri dan Barisan Nasional.
Para pemimpin Bn khususnya pemimpin Umno, terlah menyatakan, bahawa calon yang bakal dipilih, mempunyai kretiria sebagai calon boleh menang, calon disukai dan calon yang berjenama atau kebolehpasaran.

Tuesday, May 10, 2016

Mata Tertumpu Pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar

Pilihanraya Kecil (PRK) perlu diadakan pada kawasan P67 Kuala Kangsar, Perak dan P93 Sungai Besar, atas sebab dua kawasan itu kosong akibat kematian penyandang pada nahas helikopter 5 Mei di Kuching, Sarawak.

Ahli parlimen Kuala Kangsar- Dato Wan Mohannad Khairil Wan Ahmad dan Ahli parlimen Sungai Besar Datuk Noriah Kasnon, merupakan penumpang helikopter yang terkorban bersama empat yang lain, termasuk suami kepada Datuk Noriah, Asmuni Abdullah.

Pada PRU-13 Mei 2013, Kuala Kangsar dimenangi Wan Mohammad dengan majoriti 1,082, manakala Datuk Noriah Kasnon menang di Sungai Besar dengan majoriti 399. Kedua-dua calon tersebut mengalahkan calon daripada Parti Pas.

Melihat kepada kecenderungan pencapaian calon Bn di dua kawasan itu sejak tahun 2004, majoriti kemenangan menurun dengan drastik. Untuk Parlimen Kuala Kangsar, pada PRU 2004 majoriti calon Bn 5,557 dan PRU 2008, 1,458. Manakala di Parlimen Sungai Besar, pada PRU 2004 majoriti adalah 7,349 dan PRU 2008 5,009.

Penganalisis politik tanah air, mengakui bahawa mata atau perhatian tertumpu pada dua PRK itu, untuk melihat sejauh mana sokongan rakyat kepada Barisan Nasional khususnya Perdana Menteri, sebelum PRU-14. 

Umum mengetahui, bahawa selain kritikan daripada Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri, malah telah diwujudkan Deklarasi Rakyat yang diterajui mantan Perdana Menteri itu bersama-sama dengan parti pembangkang, serta beberapa pemimpin Umno termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri muhiyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, Mantan Menteri Besar Kedah Dato Seri Mukhriz Mahathir. semata-mata mendesak agar DS Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pada PRU-13, belum lagi wujud kritikan Tun Dr Mahathir terhadap DS Najib Razak, malah semasa pilihanraya itu, mantan Perdana Menteri masih menyokong kepimpinan Perdana Menteri, dan masih sebagai ahli Umno.

Sejak setahun lalu, mantan Perdana tersebut mempergunakan isu 1MDB, kemudiannya ditambah dengan wang derma RM2.6bilion seterusnya keluar daripada Umno, kemudiannya menubuhkan Deklarasi Rakyat ( Deklarasi Mahathir), kononnya untuk menyelamatkan Malaysia daripada DS Najib Razak.

PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, akan dijadikan sebagai medan uji, bagi DS Najib Razak dan Tun Dr Mahathir. Melalui keputusan PRK itu, akan menggambarkan penerimaan sebenar rakyat Semenanjung kepada kepimpinan DS Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno selain Pengerusi Barisan Nasional. Keputusan PRK itu akan menggambarkan pola pengundian pada PRU-14 khususnya di Semenanjung.

Jika diambilkira keputusan PRN 11 Sarawak, nampaknya, dua negeri Sabah dan Sarawak, telah memutuskan terus bersama barisan nasional, namun pola pengundian di Sarawak, tidak mencerimankan pola pengundian di Semenanjung.

Monday, May 09, 2016

PRK Kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar?

Menurut peraturan pilihanraya, jika masa tempoh berbaki kurang dua tahun sebelum pilihanraya umum berikutnya, maka sebuah kawasan yang kosong kerana beberapa faktor termasuk kematian wakil rakyat sesebuah kawasan itu, maka pilihanraya kecil tidak perlu diadakan.

Tragedi helikopter di Sarawak pada 5 Mei, yang mengorbankan dua wakil rakyat daripada parti Umno, iaitu wakil rakyat Sungai Besar, Selangor dan wakil rakyat Kuala Kangsar, Perak. 

Jika dikira tempoh pilihanraya tahun 2013, 5 mei 2016, adalah tempoh 3 tahun tepat selepas pilihanraya tersebut. Kini, penentuan tempoh masa apa kah kurang 2 tahun bergantung kepada Speaker Dewan Rakyat, menentukan tempoh kekosongan tersebut. Kaedah penentuan itu, adalah melalui pemberitahuan Speaker kepada Suruhanjaya Piliahanraya, berkaitan dengan kekosongan tersebut. Selepas Speaker memaklumkan kepada SPR berkenanaan kekosongan, maka tertakluk kepada suruhanjaya itu menentukan, apa kah pilihanraya kecil (PRK) diperlukan.

Jika PRK perlu diadakan, mungkin kejadian ini merupakan kehendak Tuhan, bagi menguji Barisan Nasional terutama parti Umno, sebelum berdepan dengan PRU-14. Disebalik sebab ujian itu, adalah, berlatar belakang kepada suasana politik yang melanda negara khususnya parti Umno.

Kalaulah PRK diadakan, maka parti Umno akan dapat mengesan daripada awal, impak kepada kemelut yang berlaku dalam parti itu, selain impak 1MDB, isu wang derma RM2.6bilion kepada Perdana Menteri. Selain daripada itu, akan dilihat impak keluarnya Tun Dr Mahathir daripada parti, selain impak mantan Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang dipecat daripada kabinet selain penggantungan daripada jawatan Timbalan Presiden parti. Juga akan dapat dilihat melalui PRK itu, impak penentangan salah seorang Naib Presiden parti- Datuk Seri Shafie Apdal dan mantan Menteri Besar Kedah- Dato Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada jawatan Menteri Besar Kedah.

Faktor-faktor yang disebutkan, tidak terlihat semasa pilihanraya negeri Sarawak ke-11, kerana daripada awal-awal lagi, Pengerusi Bn Sarawak yang juga Ketua Menteri- Tan Sri Adenan Satem, memberitahu rakyat Sarawak, bahawa PRN Sarawak adalah untuk menentukan kedudukan Ketua Menteri Sarawak, bukannya Perdana Menteri Malaysia.

Selain itu, pada PRN 11 Sarawak, deklarasi Mahathir yang bertujuan memaksa, Perdana Menteri meletakkan jawatan, tidak diterima rakyat Sarawak, malah seperti dikatakan Pengarah Strategik Barisan Nasional Dato Seri Rahman Dahlan, deklarasi Mahathir ditolak sepenuhnya oleh rakyat Sarawak.

Jika PRK di kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar menjadi kenyataan, sebenarnya boleh menjadi medan ujian kepada parti Umno, samada untuk membuktikan bahawa dakwaan daripada kumpulan Anti Najib tidak benar ataupun sebaliknya.

Menyelusuri keputusan PRU-13 bagi dua kawasan itu, Sungai Besar dimenangi oleh Datuk Noriah Kasnon dengan majoriti 309 undi, manakala Kuala Kangsar dimenangi Datuk Wan Mohamad Khai-ril Anuar Wan Ahmad dengan majoriti 1082 undi. Melihat kepada kedudukan itu, sebenarnya, keadaan antara parti Umno dan pembangkang boleh dianggap 50-50, kerana sebarang peralihan 10 peratus undi, akan menentukan pemenang.

Kalaulah PRK di dua kawasan itu menjadi, sudah tentunya parti Umno akan mempertahankan kawasan itu. Kalaulah parti pembangkang berjaya meletakkan hanya satu calon, maka senario jika berlakukan peralihan 10 peratus undi, maka akan menentukan pemenang. Namun, jika berlaku tiga penjuru, di mana parti Pas dan Amanah akan turut sama, dan mungkin parti PKR, maka jika berlaku demikian, maka kemenangan akan berpihak kepada calon Parti Umno. Dalam keadaan berbagai penjuru, apa yang mahu dilihat adalah undi popular, apakah undi popular menyebelahi pemenang.

Jika berlaku pertembungan satu lawan satu, maka pada keadaan itulah akan dilihat, impak-impak yang menyelubungi parti Umno serta isu-isu 1MDB, wang derma RM2.6bilion serta Deklarasi Mahathir. Jika calon Umno menang, maka dengan sendirinya menjawab, bahawa isu-isu yang disebutkan tidak berimpak, namun jika sebaliknya berlaku, maka parti Umno kena mencari keadah untuk mengatasi isu-isu itu sebelum berdepan dengan rakyat pada tahun 2018.

Blog Archive