Showing posts with label MOU CSA KERAJAAN & PH. Show all posts
Showing posts with label MOU CSA KERAJAAN & PH. Show all posts

Tuesday, September 14, 2021

MOU KERAJAAN & PH-KERAJAAN TERSELAMAT DARI UGUTAN


MENERUSI MOU antara Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang ditanda tangani di Parlimen pada 13 September- Datuk Ismail Sabri Yaakob tidak perlu lagi tunduk pada desakan daripada mana-mana pihak, apa kah daripada kluster mahkamah atau kluster tertentu daripada ahli parlimen yang menyokong kerajaan.

Tidak timbul lagi ugutan menarik sokongan, seperti mana yang berlaku pada Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Ismail Sabri benar-benar mengambil iktibar pada kerajaan lalu, kerana akibat terlambat menjemput PH bekerjasama, maka menyebabkan tumbangnya kerajaan.

Menerusi MOU tersebut, kebimbangan, akan adanya campur tangan Perdana Menteri terhadap perjalanan mahkamah atau mempengaruhi Pejabat Peguam Negara menarik pertuduhan yang membabitkan kluster mahkamah, tidak akan berlaku, kerana perkara tersebut sebahagian kandungan MOU.

Juga menerusi MOU tersebut, kerajaan terselamat daripada pengaruh kleptokrat, terutama berkaitan ekonomi. Perdana Menteri boleh mendengar cadangan atau pandangan, akan tetapi tidak semestinya menerima bulat-bulat, apa tah lagi diiringi ugutan, termasuk memberi peranan dalam kerajaan.

Dengan terselamatnya kerajaan daripada pengaruh kleptokrat, setidak-tidaknya prinsip Perikatan Nasional yang diinginkan oleh Pengerusinya, tidak tercalar.

MOU antara Kerajaan & PH, sebenarnya telah menyelamatkan rakyat dan negara, daripada pemimpin yang bermotifkan kepentingan peribadi.

Hasrat kem Zahid menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional, akhirnya dinoktahkan melalui MOU (persefahaman) yang dilakar, dan menjadi sejarah pemerintahan negara ini.

Apabila niat tidak baik, maka ada sahaja penawarnya. Maka yakin lah apa pun perancangan manusia, perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan.

TONY PUA FROM DAP VIEW ON MOU BETWEEN GOV'T AND PH


We missed the boat with Muhyiddin. And as a consequence, allowed UMNO to take over PM-ship.

Thankfully, we have the second bite of the cherry, albeit one which isn’t as sweet, with Ismail Sabri.

I’m glad that good political sense prevailed and the MOU on ‘Transformation & Political Stability’, which is effectively a confidence, supply and reform agreement, was signed this afternoon.

The biggest winners are the rakyat. We succeeded in convincing the new PM to implement much needed landmark reforms. These reforms come attached with a clear time-table of implementation, to be completed by the first sitting of next year (2022).

Sdr Kit Siang first moved a private member’s bill for a Anti-Hopping Act on 21 March 1978 to protect the integrity of the Parliament. More than 40 years later, and after Langkah Sheraton made a complete mockery of the 2018 people’s mandate, we will finally see such an Act passed in the House to end the shameful practice of political frogs.

Other reforms and policies are no less important - limiting the term of a PM to 10 years, a raft of major parliamentary reforms that will grant the Parliament some real teeth, a RM45 billion financial allocation to assist Malaysians and businesses fight COVID-19 and rescue the economy and the implementation of UNDI 18.

With a razor thin majority, the Ismail Sabri govt has also decided to adopt a less adversarial approach with the Opposition role in Parliament. In the past, even with the Muhyiddin govt, it was always a ‘winners take all’ position for the Govt, despite his tenuous hold on govt.

Now, the Opposition’s demands will be considered and incorporated into the Budget as well as any other bills the Govt intends to table in Parliament. This is in exchange for the Opposition to either support, or abstain from a vote on the respective bills, which can only be construed as a fair deal. If we are consulted and our key asks are included in the Budget, it will not be fair for us to ‘object’. Similarly, if the consultation fails to take place and the views are not incorporated, the Opposition will be free to vote against the relevant bills.

In adopting this new policy, Ismail Sabri is learning from Muhyiddin's key mistake. He is not waiting for the last minute to offer the olive branch to the Opposition.

In doing so, by strengthening his position as the PM via the MOU, Ismail Sabri is now in a stronger position to push back any threats and demands by the UMNO court cluster and kleptocrats, led by Najib Razak and Zahid Hamidi, who is also UMNO President. On the other hand, had the MOU not been signed, Ismail’s hand would have been weakened and he would have to give in to the demands of the kleptocrats.

With the MOU signed, we hope that Ismail Sabri will no longer have to heed the reported demands to appoint Najib Razak as the ‘economic advisor’ to the PM. More importantly, Ismail Sabri can no longer be pressured to take steps to influence judicial proceedings or the Attorney-General’s office to withdraw charges pending in the court cluster, including Najib and Zahid’s corruption trials.

I for one, certainly look forward to seeing both Najib and Zahid go to jail.

More interestingly, Ismail Sabri also does not need to entertain any demands from the Azmin Ali camp for the latter to be appointed DPM, as any threat by the Azmin Ali faction to destabilize the governing coalition will no longer be credible.

The MOU does not in any way mean that PH or even myself, support the Ismail Sabri UMNO-led administration. No way.

The MOU just means that the rakyat now will get some peace and stability to deal with COVID-19 and the economy, instead of being perpetually preoccupied with repeated attempts to power grab by any parties who claim to have a strong, formidable and convincing majority.

We will extract as much benefit for the people, and reforms to improve Malaysia’s democratic institutions, as possible under the MOU while we remain in Opposition.

But once the Parliament gets dissolved any time after July 2022, Pakatan Harapan will fight tooth and nail to have the people’s mandate returned to the rightful parties. SOURCE: TONY PUA FB.

MOU: APA YANG DISEPERTUJUI ANTARA KERAJAAN DAN PAKATAN HARAPAN


Kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dan PH hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

Secara asasnya, dengan pemeteraian itu, PH tidak akan menghalang kerajaan dalam undi kritikal di Dewan Rakyat yang boleh membawa kesan terhadap survivalnya, seperti belanjawan.

Sebagai pertukaran, kerajaan akan mengusahakan sejumlah pembaharuan dan dasar yang sebelum ini dibawa PH.

Malaysiakini telah melihat MoU tersebut - yang dijangka akan diterbitkan esok - dan mengesahkan ketulenannya dengan anggota pasukan rundingan.

Bagaimana ia berfungsi?

Jawatankuasa kerja dengan 10 anggota akan dibentuk, merangkumi lima wakil kerajaan dan lima wakil pembangkang.

Mereka akan mengadakan pertemuan setiap dua minggu atau ketika waktu yang dipersetujuji bersama, untuk berunding dan memantau pelaksanaan MoU.

Apakah syarat-syarat asas?

Kerajaan setuju untuk tidak membubarkan Parlimen sebelum 31 Julai 2022.

Ada juga klausa khusus yang menyatakan persefahaman ini tidak patut dirahsiakan.

Ia juga menyatakan persetujuan adalah apa yang terkandung dalam memorandum, dan sebarang cadangan lisan atau tidak bertulis tidak terpakai.

Pelanggaran terhadap persetujuan akan menyebabkannya tidak lagi sah.

Apa yang dijangka daripada PH?

PH akan menyokong atau berkecuali dalam undian belanjawan 2022 dan undang-undang perbekalan atau kewangan berkaitan dengannya.

Ia dengan syarat penggubalan belanjawan dan rang undang-undang (RUU) yang berkaitan dengannya dirunding dan dipersetujui secara bersama antara kerajaan dan PH.

PH juga akan menyokong atau berkecuali dalam sebarang RUU yang boleh ditafsirkan sebagai undi percaya, dengan syarat perangkaannya turut dirunding dan dipersetujui secara bersama.

MoU turut mengandungi bahagian yang menyatakan ia tidak boleh menghalang peranan PH sebagai semak dan imbang kepada kerajaan.

Apa yang dijangka daripada kerajaan?

Pelaksanaan MoU dibahagikan kepada tiga garis masa - perkara yang akan dilaksanakan segara, perkara yang akan dilaksanakan dalam tahun ini dan perkara yang akan dilaksanakan dalam separuh pertama 2022.

Pembaharuan Parlimen

Kebanyakan perkara yang perlu dilaksanakan segera berkaitan dengan pembaharuan parlimen.

Ia adalah seperti berikut:
Mewujudkan lebih banyak jawatankuasa pilihan kas parlimen dan menstruktur semula jawatankuasa sedia ada.
Memastikan komposisinya mencerminkan perwakilan parti di Dewan Rakyat.
Memastikan jawatankuasa dipengerusikan secara sama rata oleh ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
Kerajaan menyediakan pegawai sokongan dan dana yang wajar untuk menyokong perjalanan jawatankuasa.
Meminda Peraturan Mesyuarat bagi memastikan prosiding Dewan Rakyat dan Dewan Negara teratur.
Peruntukan sama rata untuk ahli parlimen kerajaan dan pembangkang.
Memastikan ketua pembangkang diberikan hak dan kemudahan yang sewajarnya.

Satu kaveat yang perlu dinyatakan adalah jaminan peruntukan sama rata hanya untuk ahli parlimen yang terlibat dalam MoU ini.

Ini bermakna kerajaan masih boleh menafikan peruntukan sama rata terhadap parti pembangkang lain seperti Pejuang dan Warisan yang tidak menyertainya.

Satu lagi yang perlu dinyatakan adalah MoU ini tidak menggariskan secara jelas berkenaan hak dan kemudahan "sewajarnya" kepada ketua pembangkang.

Terdahulu, ada yang mencadangkan ia perlu setaraf dengan seorang menteri.

Satu lagi perkara dalam pembaharuan Parlimen adalah pengenalan sebuah Akta Perkhidmatan Parlimen yang akan membolehkan Parlimen menguruskan sendiri kewangannya.

Ia perlu diluluskan selewat-lewatnya pada sidang mesyuarat kedua Penggal Ke-5 Parlimen, yang dijangka berlangsung pada separuh pertama 2022.


Transformasi Pentabdiran

Bahagian ini merangkumi tiga komponen:
Membentangkan dan meluluskan RUU anti lompat parti.
Mempercepat pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran pengundi automatik.
Membentangkan dan meluluskan pindaan Perlembagaan untuk mengehadkan tempoh memegang jawatan perdana menteri kepada 10 tahun.

Semua ini perlu dilaksanakan selewat-lewatnya pada mesyuarat pertama Penggal Ke-5 Parlimen, yang dijangka berlangsung pada separuh pertama 2022.

Pemerkasaan pelan Covid-19

Sejumlah dasar fiskal sudah pun dalam pelaksanaan tetapi kini akan "dipertingkatkan".

Antara perkara yang dibangkitkan PH sebelum ini adalah penambahan suntikan fiskal sebagai RM45 bilion untuk menangani wabak Covid-19.

Kerajaan telah bersetuju dan akan membentangkannya di Parlimen untuk diluluskan. Ia termasuklah dana tambahan kepada sistem kesihatan, bantuan kepada golongan rentan dan juga pernigaan.

Kerajaan juga setuju yang Majlis Pemulihan Nasional, kini dipengerusikan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, perlu merangkumi 50 peratus pakar sektor awam dan swasta.

Nama separuh daripada pakar tersebut akan dicalonkan oleh kerajaan dan separuh lagi oleh pembangkng.

Dana tambahan juga akan disediakan untuk meningkatkan usaha "find, test, trace, isolate, support and vaccinate".

Bantuan tunai RM10 bilion kepada 11 juta penerima yang disalurkan pada separuh kedua tahun ini akan diteruskan pada tahun depan - menyasarkan golongan B40 dan M40 yang kehilangan kerja.

Dana Kumpulan Wang Covid-19 juga akan digunakan untuk insentif pengambilan pekerja dan menyokong perusahaan kecil dan sederhana, termasuk sektor tak formal dan mikro.


Kerajaan juga akan mempercepatkan pemerolehan enam juta dos vaksin selewat-lewatnya bulan ini.

Kerajaan juga akan mengusahakan pengecualian faedah untuk kumpulan 50 peratus terbawah yang telah menerima moratorium pinjaman bagi Oktober, November dan Disember.

Bagaimanapun tiada jaminan terhadap perkara ini. Kerajaan perlu mengadakan rundingan dengan pihak bank.

Kesemua perkara dalam bahagian ini perlu dilaksanakan dalam tempoh penggal keempat Parlimen, iaitu tahun ini.

Sidang pertama penggal keempat akan berlangsung hari ini sehingga 12 Oktober, disusuli sidang kedua (25 Oktober-16 Disember).

Hanya ada dua sidang pada tahun ini (kebiasaannya tiga) dengan masa yang kian singkat susulan penggantungan parlimen ketika pengisytiharan darurat sebelum ini.

Lain-lain

Dua lagi bahagian adalah memastikan kebebasan institusi kehakiman dan Perjanjian Malaysia 1963. Namun ia tidak diperincikan dan masing-masing hanya dijelaskan secara umum.

Parti berpangkalan di Sabah, Upko hanya disertakan ketika peringkat akhir rundingan memandangkan permohonannya untuk menyertai PH belum dimuktamadkan.

Warisan juga mengkritik PH kerana tidak melibatkan mereka sejak dari awal. Parti itu berkata ia pasti membuat cadangan spesifik berkaitan Perjanjian Malaysia 1963.

Warisan juga menolak undangan PH untuk taklimat MoU, dengan menegaskan mereka patut dilibatkan sejak dari awal.

Seorang pemimpin PH yang terlibat dalam rundingan memberitahu Malaysiakini yang pihaknya meminta lebih banyak perincian dimasukkan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963, namun perunding bagi pihak kerajaan meminta agar ia ditulis secara ringkas.

Hal berkaitan institusi kehakiman juga lebih kepada jaminan berbanding sebarang perubahan konkrit.

Bagaimanapun ia tetap penting dengan mengambil kira yang PH bimbang pemimpin Umno akan telepas daripada ke rasuah memandangkan kerajaan kini diketuai naib presiden parti itu. sumber

Blog Archive