Tuesday, September 14, 2021

MOU KERAJAAN & PH-KERAJAAN TERSELAMAT DARI UGUTAN


MENERUSI MOU antara Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) yang ditanda tangani di Parlimen pada 13 September- Datuk Ismail Sabri Yaakob tidak perlu lagi tunduk pada desakan daripada mana-mana pihak, apa kah daripada kluster mahkamah atau kluster tertentu daripada ahli parlimen yang menyokong kerajaan.

Tidak timbul lagi ugutan menarik sokongan, seperti mana yang berlaku pada Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Ismail Sabri benar-benar mengambil iktibar pada kerajaan lalu, kerana akibat terlambat menjemput PH bekerjasama, maka menyebabkan tumbangnya kerajaan.

Menerusi MOU tersebut, kebimbangan, akan adanya campur tangan Perdana Menteri terhadap perjalanan mahkamah atau mempengaruhi Pejabat Peguam Negara menarik pertuduhan yang membabitkan kluster mahkamah, tidak akan berlaku, kerana perkara tersebut sebahagian kandungan MOU.

Juga menerusi MOU tersebut, kerajaan terselamat daripada pengaruh kleptokrat, terutama berkaitan ekonomi. Perdana Menteri boleh mendengar cadangan atau pandangan, akan tetapi tidak semestinya menerima bulat-bulat, apa tah lagi diiringi ugutan, termasuk memberi peranan dalam kerajaan.

Dengan terselamatnya kerajaan daripada pengaruh kleptokrat, setidak-tidaknya prinsip Perikatan Nasional yang diinginkan oleh Pengerusinya, tidak tercalar.

MOU antara Kerajaan & PH, sebenarnya telah menyelamatkan rakyat dan negara, daripada pemimpin yang bermotifkan kepentingan peribadi.

Hasrat kem Zahid menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional, akhirnya dinoktahkan melalui MOU (persefahaman) yang dilakar, dan menjadi sejarah pemerintahan negara ini.

Apabila niat tidak baik, maka ada sahaja penawarnya. Maka yakin lah apa pun perancangan manusia, perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan.

No comments:

Blog Archive