Saturday, September 18, 2021

LOMPAT PARTI DAN SHAFIE


DATUK Shafie Apdal marah sungguh dengan mereka yang lompat parti.

Tidak sedar kah Presiden Warisan tersebut dapat menjadi Ketua Menteri Sabah kerana lompat parti.

Lompat parti, walaupun salah daripada segi moral, akan tetapi sah dalam demokrasi.

Sepatutnya, Shafie membidas soal lompat parti daripada awal-awal lagi, bukannya semasa kehilangan kuasa.

Mungkin Shafie lupa bahawa beliau adalah pemimpin Umno/Bn pada tahun 1994, semasa PBS hilang kuasa kerana lompat parti.

Mengapa baru sekarang, ahli parlimen Semporna tersebut marah sangat dengan mereka yang lompat parti? Sedangkan beliau merasakan kenikmatan berdekad malah selama lebih dua tahun sebagai Ketua Menteri kerana bantuan lompat parti?

Jika Shafie ada integriti, sepatutnya beliau tidak sanggup menerima sokongan mereka yang berbuat demikian. Namun, semasa adanya sokongan sehingga mendapat kuasa, maka tindakan lompat parti dianggap sebagai hero.

Cuba teliti kembali hujah-hujah Shafie dan rakan-rakan beliau dalam Warisan semasa menyambut tindakan 6 ADUN Bn yang melompat selepas PRU-14 yang menyebabkan kerajaan sah tumbang. Mereka itu dianggap sebagai hero pulang daripada kemenangan perang.

Bagi pendapat penulis, Presiden Warisan bertindak seperti terlepas ayam tetapi tangan berbau tahi.

Kalau pun bersetuju dengan undang-undang anti lompat, jangan lah sampai menghina, kerana meludah ke langit terpercik di muka sendiri.

No comments:

Blog Archive