Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts
Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

HUDUD: LIM Kit Siang Beretorik Lagi

27 Mac lalu, Lim Kit Siang mendakwa Umno akan menyokong tindakan Pas yang mengacah membentang Hudud secara bersendirian di Dewan Rakyat.

Semalam, Pemimpin kanan Dap itu beretrorik lagi, bahawa tindakan Kerajaan Pas yang bersidang pada 29 Disember bagi mengubah undang-undang tubuh kerajaan negeri bagi memasukan Hudud, adalah untuk membantu Perdana Menteri menutup isu 1MDP yang mendapat serangan daripada Pemimpin DAP dan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Kit Siang juga berspekulasi, jika wakil rakyat Umno Kelantan menyokong pindahan itu, apakah komponen Bn akan meninggalkan Bn?

Kit Siang cuba menghalang perpecahan Pakatan Rakyat, atas sebab DAP telah membuat keputusan bahawa tiada Hudud jika PR menang PRU-14.

Sunday, April 07, 2013

PRU-13: Petanda awal pengundi Gelang Patah tolak Kit Siang



AHLI politik veteran DAP, Lim Kit Siang ketika menyampaikan ucapan di hadapan tidak sampai 100 orang yang menghadiri ceramah politik pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam tadi. Kit Siang adalah bakal calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah. - UTUSAN
SALAHUDDIN Ayub ketika menyampaikan ucapan pada ceramah politik anjuran pembangkang di Pekajang, Gelang Patah malam tadi. - UTUSAN
NUSAJAYA 7 April - Tanda-tanda awal ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang ditolak oleh para pengundi di Gelang Patah terserlah apabila tidak sampai 100 orang menghadiri ceramah Penasihat DAP di Kampung Pendas, dekat sini malam tadi.

Mungkin sedar kehadirannya tidak mendapat sambutan, Kit Siang yang diumumkan sebagai calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah itu hanya sempat berceramah kira-kira lima minit sebelum beredar.

Ceramah itu kemudiannya diteruskan oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Dalam ucapannya, Salahuddin seolah-olah hilang arah kerana asyik bermodalkan mengenai isu pendidikan percuma yang diuar-uarkan pembangkang dalam manifesto mereka.

Bukan itu sahaja, beliau yang dijangka bertanding di Parlimen Pulai itu juga kerap mengulangi isu berbangkit lain bagi memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan permasalahan tersebut telah pun diselesaikan kerajaan.

Antaranya, termasuk menuduh kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk tujuan pembangunan sedangkan isu itu telahpun diperjelaskan dan melibatkan sedikit sahaja tanah rakyat.

Dia yang sebelum ini banyak menghabiskan masanya di luar Johor termasuk pilihan raya umum 2008 bertanding di Kubang Kerian, Kelantan turut mengulang dakwaan bahawa pakatan pembangkang bukan sebuah parti perkauman.

Sebaliknya, dia menuduh dan menuding jari kepada UMNO sebagai sebagai parti yang memperjuangkan hanya satu-satu kaum sahaja. - UTUSAN ONLINE

Tuesday, July 24, 2012

Lim Kit Siang mengacau di Kota Belud

Lim Kit Siang datang ke Kota Belud dan mampu menarik sekitar 300 kaum tionghua mendengar ceramahnya yang berbunyi antara lain:-
  • Pakatan bersiap sedia tawan Putrajaya.
  • BN takut pada PR, sebab itu Najib tidak berani bubar parlimen.
  • BN tidak mampu berceramah serentak dengan PR, kerana katanya ceramah BN tiada sambutan.
Hanya itu sahaja nak beritahu 300 kaum cina di Kota Belud... apa kah ceramah ini, mampu menggamit sokongan pengundi? Kota Belud mempunyai pengundi hampir 50,000 dan 99% adalah bumiputera. No way Kit Siang!!!!

Friday, January 27, 2012

Lim Kit Siang minta Azmi Khalid letak jawatan-politik double standard

Pernah terdengar kah Lim Kit Siang meminta pengerusi PAC negeri-negeri yang dikuasai pembangkang supaya meletak jawatan?

Setakat ini belum pernahpun terlintas di mulut MP Ipoh Timur itu.

Di Pulau Pinang misalnya- pengerusi PAC negeri adalah anak kepada Karpal Singh, manakala Ketua Menterinya adalah anak Lim Kit Siang sendiri. Semuanya daripada DAP.

Di Kelantan, Pengerusi PAC negeri Nik Aziz itu adalah daripada PAS, kerajaan yang memerintah Kelantan sejak tahun 1990.

Di Selangor, kerajaan negeri pernah menawarkan pengerusi PAC negeri terkaya di Malaysia itu kepada ADUN BN, tetapi dengan satu syarat semua ahlinya adalah daripada Pakatan.

Kalau lah asas permintaan Lim Kit Siang meminta Azmi Khalid-MP BN kerana menurutnya demi ketelusan, mengapa Lim Kit Siang tidak berbuat demikian di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

Inilah politik Lim Kit Siang, senantiasa double standard. Baginya, tiada orang yang boleh betul, melainkan hanya dirinya.

Monday, April 18, 2011

Cara Taib Mahmud angkat sumpahpun Lim Kit Siang persoal

Pada malam pengumuman kemenangan 2/3 BN pada PRN Sarawak, selepas sahaja sidang video antara DS Najib dan Taib, Taib terus ke Astana Negeri, menemui TYT Sarawak untuk menerima watikah lantikan Ketua Menteri bagi penggal ke tujuh.

Taib mengangkat sumpah pada malam itu juga sebagai Ketua Menteri Sarawak. Selanjutnya KM itu, menzahirkan memerlukan masa sebulan untuk melengkapkan kabinet negeri.

Selepas Lim Kit Siang mengetahui bahawa Taib mengangkat sumpah secara terburu-buru, maka bermula spin isu, kononnya Taib berbuat demikian, kerana takut ada orang atasan(DS Najib) Taib akan ikut campur mengenai perlantikan Ketua Menteri.

Tujuan Lim Kit Siang itu adalah untuk mencipta isu, bahawa ada masalah atau konflik antara Taib dan Najib.

Beginilah gayanya pemimpin Pembangkang, apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh seteru politik mereka, boleh dijadikan isu.

Lim Kit Siang boleh berbangga kerana mampu menarik kaum cina kepada DAP, mengenepikan parti SUPP yang berpusat di Sarawak.

Kit Siang berjaya memukau kaum cina menolak BN dan konsep 1Malaysia, namun bumiputera tetap bersama BN.

Pemimpin Kit Siang-Anwar Ibrahim yang pada mulanya bernafsu besar dengan meletakkan 49 calon semasa PRN Sarawak, hanya mampu menang 3 kerusi, itupun kawasan majoriti kaum cina. Pendek kata, kesemua 15 kerusi yang dimenangi Pakatan di Sarawak adalah kawasan majoriti kaum cina.

Dalam PRN tersebut, BN kehilangan satu kerusi di Pelagus kepada calon Bebas, kerana undi protes, kerana ADUN asal Larry Sng tidak dicalonkan mempertahankan kerusi tersebut.

Blog Archive