Monday, April 18, 2011

Cara Taib Mahmud angkat sumpahpun Lim Kit Siang persoal

Pada malam pengumuman kemenangan 2/3 BN pada PRN Sarawak, selepas sahaja sidang video antara DS Najib dan Taib, Taib terus ke Astana Negeri, menemui TYT Sarawak untuk menerima watikah lantikan Ketua Menteri bagi penggal ke tujuh.

Taib mengangkat sumpah pada malam itu juga sebagai Ketua Menteri Sarawak. Selanjutnya KM itu, menzahirkan memerlukan masa sebulan untuk melengkapkan kabinet negeri.

Selepas Lim Kit Siang mengetahui bahawa Taib mengangkat sumpah secara terburu-buru, maka bermula spin isu, kononnya Taib berbuat demikian, kerana takut ada orang atasan(DS Najib) Taib akan ikut campur mengenai perlantikan Ketua Menteri.

Tujuan Lim Kit Siang itu adalah untuk mencipta isu, bahawa ada masalah atau konflik antara Taib dan Najib.

Beginilah gayanya pemimpin Pembangkang, apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh seteru politik mereka, boleh dijadikan isu.

Lim Kit Siang boleh berbangga kerana mampu menarik kaum cina kepada DAP, mengenepikan parti SUPP yang berpusat di Sarawak.

Kit Siang berjaya memukau kaum cina menolak BN dan konsep 1Malaysia, namun bumiputera tetap bersama BN.

Pemimpin Kit Siang-Anwar Ibrahim yang pada mulanya bernafsu besar dengan meletakkan 49 calon semasa PRN Sarawak, hanya mampu menang 3 kerusi, itupun kawasan majoriti kaum cina. Pendek kata, kesemua 15 kerusi yang dimenangi Pakatan di Sarawak adalah kawasan majoriti kaum cina.

Dalam PRN tersebut, BN kehilangan satu kerusi di Pelagus kepada calon Bebas, kerana undi protes, kerana ADUN asal Larry Sng tidak dicalonkan mempertahankan kerusi tersebut.

No comments:

Blog Archive