TIDAK ADA TALI YANG LEBIH KUAT DARIPADA TALI SILATURAHIM; TIDAK ADA PINTU YANG LEBIH KUKUH DARIPADA PINTU HATI; TIADA ADA HUTANG YANG LEBIH BESAR DARIPADA HUTANG BUDI; DAN TIADA PEMBERIAN YANG LEBIH BERHARGA DARIPADA PEMBERIAN MAAF.JIKA ADA ORANG MEMAAFKAN KAMU, JANGAN PERNAH SIA-SIAKAN. PENAFIAN: Tulisan sepenuhnya adalah pandangan penulis dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, baik yang masih hidup atau yang telah mati.
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Saturday, January 17, 2015
Sunday, December 14, 2014
Lim Guan Eng: Perdana Menteri Pakatan Rakyat?
JANGAN terperanjat, jika Pakatan Rakyat menang PRU-14, Lim Guan Eng bakal dilantik Perdana Menteri. Sebabnya mudah, jumlah kerusi DAP terbanyak di antara tiga parti.
Kini, Guan Eng berapi-api mahu Pakatan Rakyat menentukan siapa bakal Perdana Menteri sebelum berdepan dengan PRU-14 yang dijadual tahun 2018.
Monday, September 01, 2014
Isu PPS: SPRM Perlu Siasat Lim Guan Eng Kerana Salah Guna Kewangan Negeri
KETUA MENTERI PULAU PINANG Lim Guan Eng yang menubuhkan pasukan PPS Pertubuhan haram Pasukan Peronda Sukarela (PPS) untuk melindungi dirinya dan mendapat pembiayaan daripada kerajaan negeri perlu disiasat kerana salah guna kuasa.
PPS yang dikatakan sukarela, namun setiap tahun mendapat peruntukan daripada kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM1juta merupakan satu tindakan salah guna kuasa.
PPS merupakan pertubuhan haram, atas sebab itu pada Ahad semasa perarakan hari meredeka, PDRM telah mengkap seramai 154 anggota pasukan haram itu.
Sunday, August 31, 2014
Mengapa Lim Guan Eng Pertahan PPS?
PPS ( Voluntary petrol squad) ditubuhkan oleh kerajaan DAP sejak empat tahun lalu. Tujuan penubuhan badan sukarela itu adalah untuk memastikan kerajaan DAP tetap berkuasa di Pulau Pinang.
PPS dikatakan mempunyai 10,000 anggota di mana lebih separuh anggotanya adalah kaum cina.
Pihak polis dan ROS menyatakan bahawa PPS adalah pertubuhan haram, dan atas sebab itu pagi 250 anggota kumpulan itu ditahan/ditangkap polis.
Guan Eng bertegas, bahawa PPS ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri dan dipersetujui oleh semua exco, atas sebab itu tidaklah perlu mendapat kelulusan ROS.
Sunday, October 06, 2013
Undi Popular: Lim Guan Eng Telan Kahak Sendiri
SELEPAS PRU-13 lalu, seawal 8 Mei bertempat di Stadium Petaling Jaya, Pakatan Rakyat berhimpun membantah keputusan Pilihanraya itu.
Alasan Pakatan Rakyat membuat bantahan kerana kononnya mereka telah dirampas daripada kemenangan, kerana berasaskan undi popular, Pakatan Rakyat mendapat lebih 50 peratus daripada jumlah undi.
Bantahan tersebut berlarutan sehingga sebulan, sehingga mereka menamatkan sendiri, kerana saban hari jelajah batahan itu, sokongan semakin merosot.
Undi popular rupanya hanya terpakai kepada orang lain, namun apabila terkena dengan batang hidung sendiri, rupanya ianya tidak tergunapakai.
Buktinya pada pemilihan CEC DAP pada 29 September lalu, Lim Guan Eng yang merosot undi popular daripada urutan ke dua pada pemilihan tahun 2012 ke urutan ke-5 dan satu-satunya calon CEC yang merosot undinya, namun tetap dipilih sebagai setiausaha Agung Parti.
Pada pemilihan tahun 2012 Guan Eng mendapat 1,576, manakala pada pemilihan ulangan tersebut, beliau hanya mendapat 1,304 merosot 272 undi.
Calon yang menduduki urutan ke 15 pada pemilihan CEC tahun 2012 Liew Chin Tong menduduki urutan pertama pada pemilihan 29 September lalu dengan undi 1,438.
Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengulas pemilihan itu sambil berkata, sepatutnya Guan Eng perlu meletakan jawatan, atas sebab beliau tidak mendapat undi popular.
Kesedian Guan Eng menerima semula jawatan setiausaha Agung DAP, seolah-olah beliau menelan Kahaknya bulat-bulat berkaitan dengan undi popular.
Wednesday, September 26, 2012
Ustaz Nasha itu agen UMNO: Lim Guan Eng
SETIAUSAHA Agung DAP-LIM Guan Eng mengulangi-DAP tidak akan menerima undang-undang HUDUD. Guan Eng mengulangi bahawa semua pemimpin kanan parti itu termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh menolak Hudud.
Guan Eng mempersoal pendirian mantan Timbalan Presiden PAS-Nasharuddin Mat Isa yang mendesak agar PAS keluar daripada Pakatan dengan DAP kerana pendirian parti itu yang secara konsisten menolak Hudud.
Menurut Guan Eng, semasa Nasha masih memegang jawatan nombor dua parti PAS, isu undang-undang Hudud yang ditolak DAP tidak pernah beliau timbulkan, namun selepas bukan lagi menjadi Timbalan Presiden parti rakan DAP-PKR itu dalam Pakatan Rakyat, kini beliau timbulkan pula masalah Hudud.
Pendirian terbaru Nasha itu seolah-olah agen Umno kata Guan Eng.
Thursday, February 16, 2012
Lim Guan Eng dengan gadis melayu
Mengikut mitos DAP, maruah seorang gadis Melayu dipertahankan oleh wira parti tersebut yang begitu sayang kepada kaum Melayu dan Muslim. Baca SINI
Nenek gadis itu pernah membuat pengakuan bahawa cucunya ditiduri 14 lelaki. Bapa gadis itu pula merelakan anaknya dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak selama tiga tahun.
Namun fakta hukuman penjara Guan Eng ibarat mantera keramat bagi penyokong DAP yang mengucapnya bagai ayat suci.
Ahli-ahli DAP bertanggapan pihak mereka semestinya murni dan mulia manakala pihak lawan adalah kotor, korup dan menjijikkan.
Politikus DAP ada yang menuduh blogger pro-Umno rendah akhlak (baca SINI), ada yang menuduh wartawan “pelacur” (SINI) dan ada yang tak putus-putus mencemuh perilaku seks Chua Soi Lek.
Seorang bekas pengarang Jackson Ng, misalnya, mendakwa Chua tidak layak bercakap tentang hudud serta memberi jolokan “zina Chua” kepada presiden MCA itu (SINI) sementara Hannah Yeoh menyelar “penzina-penzina BN” (SINI) di perhimpunan agung DAP bulan lepas.
Semalam seorang wartawan ‘malaikat‘ – yakni penulis yang berakhlak tinggi di kacamata orang DAP – dalam rencananya ‘Corruption is the issue, not hudud‘ (Feb 15) menjangka Chua akan membangkitkan isu hudud dalam perbahasannya dengan Guan Eng pada Sabtu ini.
Wartawan itu merumuskan:
[Chua Soi Lek] “has always been trying to bait Lim [Guan Eng] to state DAP’s stand on the implementation of hudud which is actually a non-issue”.
“the bottom line is that it will never be implemented”
“Thus if Chua brings up this issue, it is only due to his intention to sidetrack Lim with the purpose of trying to create animosity between PAS and DAP.”
“This line of sloganeering ['a vote for DAP is a vote for PAS and hudud'] by MCA is to scare the Chinese into voting for BN. Moreover, MCA has no campaign issues except hudud.”

Komen pembaca di rencana FMT, 'Corruption is the issue, not hudud'
Baguslah kalau wartawan pro-Pakatan berpendapat bahawa hudud bukan isu.
Lagi bagus bila peminat Guan Eng sendiri yang menyerunya untuk menyatakan secara terus-terang bahawa DAP tidak membantah hudud serta tidak mempertikaikan undang-undang Islam itu.
Kini orang DAP kerap mengatakan mereka beserta ramai rakan-rakan Cina yang lain sudah memberi sokongan mantap kepada DAP untuk menyokong PAS supaya hukum-hukum hudud boleh dilaksanakan.
Kalau DAP menyetujui hudud, maka parti itu juga mempersetujui idea sesiapa yang bersabit kesalahan zina hendaklah disebat.
Dari segi teori, ini mungkin membabitkan gadis Melayu yang dulunya dibela Guan Eng itu.
Guan Eng sering dipuji kerana kononnya dia prihatin terhadap nasib seorang Melayu-Islam sampailah disumbat ke dalam penjara kerana keprihatinannya. Adakah waktu itu ‘Khalifah Umar Lim’ konsisten dalam menyokong hudud dan hukuman sebat untuk zina?
Kalau DAP sokong hudud, perkara apa yang sebenarnya dibela Guan Eng di Melaka dulu?

Saturday, January 14, 2012
Wednesday, July 13, 2011
Lim Guan Eng dapat kiriman anak babi-Ketua polis PP pula naik angin
Panggilan telefon mendakwa ada bom di Komtar, di Georgetown, petang semalam, yang memaksa polis mengosongkan bangunan itu membawa kepada penemuan tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.
Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri.
Marah dengan perkara berkenaan, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayob Yaakob berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.
"Ini kerja gila dan kita akan siasat. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang padah. Saya bagi amaran kepada semua, jangan main-main. Ini sudah melampau," katanya ketika dihubungi.
Mengulas kejadian itu, Ayub berkata polis menerima panggilan ancaman bom kira-kira pukul 4 petang.
Susulan itu polis mengosongkan Komtar dan sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Anjing Pengesan K9 dihantar ke situ.
Polis menemui tiga beg yang dalam keadaan mencurigakan, namun apabila dibuka masing-masing mengandungi tiga ekor anak haiwan terbabit.
Ayub berkata usaha mengesan pelaku sedang dibuat termasuk menerusi rakaman kamera litar tertutup.
Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin kerajaan negeri berdasarkan tag nama mereka yang diikat pada beg terbabit.- Bernama

Monday, July 04, 2011
Lim Guan Eng mengaku bahawa dia dipilih secara sah oleh rakyat
Dikeranakan demonstrasi yang menggegar Pulau Pinang pada 1 Julai, akhirnya Lim Guan Eng mengaku, bahawa beliau dipilih secara sah melalui pilihanraya negara ini.
Pengakuan Guan Eng itu dengan sendirinya menafikan dakwaan pembangkang melalui BERSIH, bahawa Pilihan Raya di Negara ini tidak telus dan tidak adil.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu seterusnya mengatakan bahawa demonstarsi 1 Julai itu, menandakan bahawa kumpulan itu tidak menghormati demokrasi.
Melalui kenyataan ini juga, menggambarkan hipokretnya Setiausaha Agung DAP itu; sedangkan beliau adalah salah pemimpin Pembangkang yang menggalakkan demonstrasi Bersih yang dijadualkan pada 9 Julai.
Ini lah tabiat pemimpin pembangkang-suka berdolak dalik.

Saturday, December 26, 2009
Gara-gara Mengatakan Teoh Beng Hock Mati Dibunuh: Lim Guan Eng Akan Disiasat
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana mengeluarkan kenyataan baru-baru ini, kononnya Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis juga telah merakam keterangan daripada beberapa saksi yang mendengar dakwaan Setiausaha Agung DAP itu.
“Kertas siasatan telah dibuka dan kita juga telah merakam keterangan daripada beberapa saksi yang mendengarnya.
“Kita akan memanggil Yang Berhormat (Guan Eng) pada minggu depan untuk diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Guan Eng didakwa mengeluarkan kenyataan berbau hasutan mengenai kematian Beng Hock pada persidangan Konvensyen Pakatan Rakyat, baru-baru ini.
Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat oleh polis sendiri di sebuah balai polis di Selangor.
Akibat kenyataan tersebut, Khalid menasihatkan Guan Eng supaya tidak bercakap dengan sesuka hati tentang kes berkenaan yang masih dalam inkues.
Subscribe to:
Comments (Atom)