Janda muda dan bekas Unduk Ngandau Keningau yang mati dibunuh dirumuhnya di Taman Adika Keningau pada 29 September 2011 Kartini Borhan kini statusnya sebagai pembunuhan tidak bersebab, perkara ini disebabkan suspek utama pembunuhan itu seorang Inspektor Polis Ahmad Rizal Umar, 32 tahun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
Ahmad Rizal yang merupakan suspek utama direman sejak 14 Mei 2012 diputuskan dibebaskan tanpa memanggilnya untuk membela diri.
Hakim Chew Soo Ho membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap suspek, atas sebab tiada fakta yang boleh mendorong pihak mahkamah untuk membuat keputusan untuk memanggil suspek membela diri.
Nasib Ahmad Rizal sebenarnya dibantu dengan kehilangan semua dokumen yang berkaitan siasatan dan fakta di tempat pembunuhan akibat satu kebakaran di Balai polis Keningau. Atas sebab itu, pihak mahkamah tidak dapat membuat keputusan tanpa bukti/fakta untuk dipertimbangkan.
Keluraga Kartini menganggap kematian arwah hanya Tuhan saja yang mengetahuinya; sebab tiada lagi boleh dilakukan oleh pihaknya. Mahkamah memerlukan fakta yang sahih untuk mensabitkan seseorang; tanpa fakta terlalu sukar untuk membuat keputusan. Apapun kematian Karitini merupakan satu tragedi yang misteri yang menunggu untuk dibongkar bagi mereka yang berminat terhadap keadilan.

