TIDAK ADA TALI YANG LEBIH KUAT DARIPADA TALI SILATURAHIM; TIDAK ADA PINTU YANG LEBIH KUKUH DARIPADA PINTU HATI; TIADA ADA HUTANG YANG LEBIH BESAR DARIPADA HUTANG BUDI; DAN TIADA PEMBERIAN YANG LEBIH BERHARGA DARIPADA PEMBERIAN MAAF.JIKA ADA ORANG MEMAAFKAN KAMU, JANGAN PERNAH SIA-SIAKAN. PENAFIAN: Tulisan sepenuhnya adalah pandangan penulis dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, baik yang masih hidup atau yang telah mati.
Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts
Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts
Monday, April 21, 2014
Saturday, April 19, 2014
Salah Satu Perjuangan Karpal: Anwar Dijatuhi Penjara 5 Tahun
Mahkamah Rayuan memutuskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat hanya penafian semata-mata.Penghakiman disini
Mahkamah itu juga memutuskan penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh.
"Ia juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau," kata panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis setebal 85 muka surat yang dikeluarkan hari ini.
Dua lagi hakim ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar bersalah bagi pertuduhan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.
Dalam penghakimannya, panel itu berkata bagi membolehkan Anwar berjaya dalam pembelaannya, adalah wajib baginya mengemukakan bukti untuk menyangkal pertuduhan yang dihadapinya.
Bagaimanapun, dalam kes ini, Anwar tidak menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan.
"Beliau tidak mempertikaikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium pada masa itu. Beliau juga tidak mempertikaikan dia telah dilihat ketika memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan kemudian meninggalkan tempat itu," kata ketiga-tiga hakim berkenaan.
Mereka juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan dalam kes rayuan itu mungkin juga tertanya-tanya kenapa responden (Anwar) memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah.
Panel itu berkata ini tidak mungkin disebabkan beliau (Anwar) membantah untuk memberi keterangan bersumpah kerana jika benar, beliau boleh memilih untuk berdiam diri.
"Adakah mungkin responden keberatan keterangannya disoal dalam pemeriksaan balas? Jika ya, kenapa? Beliau tidak perlu takut untuk disoal kerana beliau akan dipertahankan oleh peguamnya dan oleh mahkamah," kata panel.
Berhubung keterangan dua pakar saksi pembelaan (Dr David Wells dan Dr Brian McDonald) yang dipanggil untuk mematahkan keterangan pakar saksi pendakwa, mahkamah berkata mereka hanyalah 'armchair expert' (pakar yang hanya pandai berteori) dan keterangan mereka hanya semata-mata pandangan, manakala keterangan ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon adalah berdasarkan fakta dan analisis terhadap sampel yang mereka jalankan.
Panel itu juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwa bahawa keterangan Dr McDonald sebahagian besar berbentuk spekulasi, teori, dan andaian, sehubungan itu keterangannya tidak kukuh.
Ketiga-tiga hakim juga berkata Dr McDonald turut membayangkan Jabatan Kimia Malaysia tidak mempunyai akreditasi kerana telah tamat tempoh pada 2005, bagaimanapun, berdasarkan keterangan Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia, Lim Kong Boon jabatan itu mempunyai akreditasi.
Berhubung isu alibi, hakim memutuskan kegagalan Anwar untuk memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaannya telah menimbulkan keraguan bona fide ke atas pembelaannya.
Mereka berkata antara saksi yang dinamakan di dalam notis alibi ialah isteri responden dan ketua kakitangannya.
"Saksi-saksi ini sepatutnya ada dan menyebelahi responden jika alibinya adalah tulen," kata panel itu.
Mereka juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan yang serius apabila beliau meragui integriti sampel DNA berdasarkan keterangan yang diberi dua pakar saksi pembelaan.
Panel itu juga memutuskan keputusan hakim perbicaraan adalah cacat dan memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.
Sumbangan Terbesar Karpal Singh
Semasa Masih Mahasisiwa: Saya Satu Bilik Dengan Karpal Singh: Tun Ling Liong Sik
Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan mendiang Karpal Singh sebagai pelajar yang suka main-main dan selalu gagal dalam peperiksaan.
Dr Ling yang tinggal sebilik dengan Karpal di asrama pada awal 1960-an berkata mereka bersama-sama menuntut di Universiti Malaya di Singapura.
"Kami menginap di asrama yang sama di Dunearn Road di Singapura dan saya mengingati beliau sebagai seorang pelajar nakal yang selalu gagal dalam peperiksaan.
"Semasa saya menjadi presiden kesatuan pelajar, Karpal masih di semester satu sebagai anggota jawatankuasa," kata beliau kepada pemberita sebelum memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di George Town semalam.
Beliau berkata, pada suatu ketika, Karpal bertekad untuk lulus semua kertas peperiksaan dan memperoleh ijazah untuk menjadi peguam yang dihormati dan beliau telah membuktikannya.
Ketika ditanya mengenai persahabatannya dengan Karpal, Dr Ling berkata kedua-dua mereka menjalin "hubungan rapat secara senyap" memandangkan mereka menyertai parti politik yang berbeza selepas memperoleh ijazah.
"Pernahkah anda mendengar Karpal memarahi Liong Sik atau saya memarahi Karpal. Tidak, kami tidak pernah memarahi satu sama lain di sebalik berbeza fahaman politik. Saya hanya memarahi DAP dan beliau cuma memarahi MCA.
"Saya amat merasai kehilangan Karpal dan negara juga kehilangannya," kata bekas menteri pengangkutan itu yang kelihatan sebak apabila menceritakan mengenai kawan lamanya.
Bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu pula berkata Karpal selalu membangkitkan persoalan bagi kepentingan rakyat dalam sidang Dewan Rakyat.
"Saya dan beliau sama-sama menghadiri sidang Parlimen (Dewan Rakyat) selama beberapa tahun dan setiap kali beliau membangkitkan soalan, ia selalu untuk faedah rakyat.
"Apa sahaja soalan yang beliau bangkitkan, saya akan memberi jawapan yang memuaskan. Saya akan menyediakan maklumat lanjut jika beliau memerlukan penjelasan selanjutnyua.
"Pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada negara dan saya berasa amat sedih kerana kami telah kehilangan seorang rakan yang karib," katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau mengenali Karpal semasa sama-sama menjadi anggota Parlimen pada 1986.
"Kami mungkin berbeza pendapat semasa perbahasan di Parlimen tetapi di luar, kami masih berkawan dan saya rasa pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada negara," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata kerjaya politik Karpal lebih cemerlang daripada kebanyakan orang yang seangkatan dengannya pada masa itu.
"Karpal meninggalkan warisannya untuk dikenang oleh rakyat Malaysia terutama dalam politik dan juga dalam kalangan pengamal undang-undang," katanya.
Mereka yang memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di kediamannya di Jalan Utama di George Town semalam termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow, ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Karpal Singh terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar pukul 1.10 pagi kelmarin. Mendiang berusia 74 tahun.
Turut terbunuh dalam nahas itu ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornelius, 39.
Friday, April 18, 2014
Kematian Karpal: Pemandu Karpal- Seorang Warga India- Tidak Cedera
Malang tidak berbau. Inilah yang berlaku ke atas mantan Pengerusi DAP dan sesorang ahli politik veteran Karpal Singh pada pagi Khamis 1.10 pagi, di Lebuh Raya Utara- Selatan km 306.1. Kereta mendiang yang dipandu seorang warga India C. Selvam melanggar lori 5 tan yang membawa semen dan mosic dari arah belakang sebelah kanan lori tersebut. Kejadian di katakan berlaku semasa kedua-dua kenderaan beriringan di jalan itu. Akibat melanggar sebelah kiri lori itu, kenderaan yang dinaiki Karpal bersama anaknya, pembantu peribadi serta seorang amah, rosak di bahagian kiri, akibatnya Karpal dan pembantunya maut; manakala anak Karpal Ram Singh hanya cedera ringan, manakala amah mendiang mengalami kecederaan parah. Akan tetapi pemandu mendiang tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Karpal Singh 1940-2014: Hanya Meninggalkan Nama
Karpal Singh, 74 meninggalkan kita selama-lamanya. Hanya nama beliau bakal kita ingati. Selama hidupnya mengabdi dalam politik Malaysia sebagai ahli pembangkang kepada kerajaan pusat; atas sebab sejak merdeka, negara ini tidak pernah bertukar kerajaan di peringkat pusat.
Bagi penyokong kerajaan, memang senantiasa menganggap Karpal sebagai musuh politik, maskipun ramai pemimpin kerajaan mengganggap mendiang adalah musuh dalam politik, akan tetapi sebagai kawan.
Suatu ketika, Anwar dan Karpal bermusuh; atas sebab Anwar masa itu adalah pemimpin kerajaan. Mereka berkawan apabila sama-sama menjadi pembangkang kerajaan. Karpal turut menjadi peguam utama Anwar dalam kes sodomi II.
Mendiang, menjadi musuh Pas dalam soal Hukum hudud, namun berkawan dalam Pakatan Rakyat.Malah mantan MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz, terkilan, atas sebab mendiang belum sempat memahami hukum Hudud sebelum meninggal. Mantan mentrei besar itu menyalahkan orang-orang Pas sendiri atas sebab gagal mendampingi mendiang, untuk menjelaskan apa itu Hukum Hudud.
Perlu diakui sebagai pemimpin politik, Karpal memberikan contoh, bahawa pendirian tegasnya tiada faktor sekililing yang mampu mengubahnya. Bayangkan sejak tahun 1978 sehingga kematiannya terus menjadi pembangkang.
Memang Karpal adalah musuh Bn, akan tetapi, mendiang kini telah tiada; anggaplah permusuhan itu adalah salah satu permainan politik. Atas kematian mendiang, matikanlah juga permusuhan itu bersama pemergiannya.
Bagi penyokong kerajaan, memang senantiasa menganggap Karpal sebagai musuh politik, maskipun ramai pemimpin kerajaan mengganggap mendiang adalah musuh dalam politik, akan tetapi sebagai kawan.
Suatu ketika, Anwar dan Karpal bermusuh; atas sebab Anwar masa itu adalah pemimpin kerajaan. Mereka berkawan apabila sama-sama menjadi pembangkang kerajaan. Karpal turut menjadi peguam utama Anwar dalam kes sodomi II.
Mendiang, menjadi musuh Pas dalam soal Hukum hudud, namun berkawan dalam Pakatan Rakyat.Malah mantan MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz, terkilan, atas sebab mendiang belum sempat memahami hukum Hudud sebelum meninggal. Mantan mentrei besar itu menyalahkan orang-orang Pas sendiri atas sebab gagal mendampingi mendiang, untuk menjelaskan apa itu Hukum Hudud.
Perlu diakui sebagai pemimpin politik, Karpal memberikan contoh, bahawa pendirian tegasnya tiada faktor sekililing yang mampu mengubahnya. Bayangkan sejak tahun 1978 sehingga kematiannya terus menjadi pembangkang.
Memang Karpal adalah musuh Bn, akan tetapi, mendiang kini telah tiada; anggaplah permusuhan itu adalah salah satu permainan politik. Atas kematian mendiang, matikanlah juga permusuhan itu bersama pemergiannya.
Thursday, April 17, 2014
Kematian Karpal Singh: Apa Kata Tan Sri Pandikar
KEHILANGAN SEORANG SAHABAT. Pada hari ini saya rasa sedih mendengar berita bahawa sahabat saya " kawan dalam lawan" yang terbaik telah menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya yg ngeri. Amat susah menemui insan yang sentiasa hidup "menentang arus" dan tidak "lemas"
"NGAUMAN SINGA JELUTUNG BERAKHIR"
The nation have lost a brave and well respected very senior politician. He was a very effective " check and balance" parliamentarian and for that matter the executive had lost a worthy adversary. Personally i have lost a personal friend who in the eyes of many thought that he was my enemy. But unknown to many, we were good friends, always communicated through memos and notes in parliament. We had deep respect towards each other.
I will inform the EC on Monday out of respect. Lets the funeral be over first. YB Gobind told me through the phone that the funeral would be held on Sunday in the late YB Karpal's residence in Penang.
Tokoh politik DAP, Karpal Singh yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya awal hari ini merupakan seorang yang disegani oleh kawan dan lawan.
Dikenali sebagai seorang yang tegas dan lantang menyuarakan pendirian, kehidupan mendiang sebagai ahli politik mahupun peguam, dipenuhi warna-warni termasuk kontroversi.
Karpal Singh, 74, yang merupakan Pengerusi Kebangsaan DAP bukan berketurunan Cina pertama, tidak segan menegur pemimpin parti itu jika beliau anggap mereka mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya kepada umum.
Antara yang pernah ditegurnya ialah Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi kerana menghina penjawat awam sebagai 'kucing kurap' dan mahu Anggota Parlimen Jelutong itu meminta maaf secara terbuka selain berjanji tidak mengulanginya ketika konvensyen DAP tahun lepas.
Beliau juga pernah dilapor oleh media pada Februari 2009 sebagai meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat kerana banyak menimbulkan masalah dalam pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, PKR serta PAS.
Dilahirkan di Kedah pada 28 Jun 1940 sebagai Karpal Singh Ram Singh, beliau menyertai DAP pada 1970 dan pantas mencipta nama dalam parti itu apabila menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Alor Setar dalam pilihan raya umum 1974.
Beliau bagaimanapun tewas di kerusi Parlimen Alor Setar kepada calon Barisan Nasional (BN) Oo Gin Sun dalam pilihan raya berkenaan.
Pada 1978 Karpal Singh dilantik sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang, jawatan yang dipegangnya sehingga 1995, manakala pada 1982 diangkat sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan sebelum dilantik menjadi Pengerusi Kebangsaan pada 2004.
Jawatan itu dipegang beliau sehingga 29 Mac lepas. Karpal Singh melepaskan jawatan berkenaan setelah dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapatinya bersalah menurut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu sedang menunggu keputusan rayuan kes tersebut yang memungkinkannya hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seorang wakil rakyat akan lucut kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.
Mendiang pernah digelar sebagai 'Tiger of Jelutong' kerana berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Jelutong selama lima penggal berturut-turut sejak 1978, sebelum ditundukkan oleh Lee Kah Choon dengan majoriti 775 undi.
Pilihan raya umum (PRU) 1999 itu jelas tidak memihak kepada Karpal Singh yang turut kecundang di kerusi DUN Datuk Keramat. Jika diamati, beliau tidak begitu bernasib baik di peringkat DUN kerana kerap kali tewas antaranya Sungai Pinang (PRU 1990), Prai (pilihan raya kecil 1991) dan Padang Kota (PRU 1995).
Beliau bangkit kembali dalam PRU 2004 apabila menang kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipertahankannya pada 2008 dan 2013.
Sepanjang menjadi wakil rakyat baik, di peringkat DUN mahupun Parlimen, Karpal Singh tidak pernah sunyi daripada kontroversi kerana mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menyebabkan beliau sering dihalau keluar sidang DUN dan Dewan Rakyat selain turut digantung daripada menghadiri persidangan.
Tindakan beliau itu mungkin dapat diperjelas menerusi kenyataannya dalam satu temu bual dengan Bernama pada 1995 yang berbunyi: "Peranan saya ialah mahu 'check and balance' supaya kerajaan yang memerintah tidak bebas menyalah guna kuasa".
Karpal Singh juga pernah mencetuskan polemik apabila tegas menyatakan supaya PAS melangkah mayatnya dahulu sebelum mewujudkan negara Islam di Malaysia menerusi pelaksanaan undang-undang hudud.
Selain itu, mendiang juga pernah ditahan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Ops Lalang.
Dari segi kerjaya sebagai peguam, Karpal Singh yang mendapat pendidikan menengah di St. Xavier Institution, Pulau Pinang dan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada University of Singapore pada 1968 banyak terbabit dalam kes berprofil tinggi.
Antaranya ialah membela Anwar dalam kes liwat kedua Ketua Umum PKR itu yang bermula 2008 dan masih berterusan sehingga sekarang. Kes itu mencipta sejarah tersendiri kerana berlaku penangguhan sehingga puluhan kali.
Karpal Singh pernah terbabit dalam nahas jalan raya pada 2005 di Pulau Pinang yang menyebabkan beliau lumpuh dan terpaksa berkerusi roda.
Hari ini beliau dan pembantu peribadinya terbunuh dalam nahas pukul 1 pagi di Km 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung selepas kenderaan pelbagai guna yang dinaikinya melanggar belakang sebuah lori.
Mendiang meninggalkan isteri, Gurmit Kaur dan lima anak. Dua anak lelakinya iaitu Jagdeep Sigh Deo dan Gobind Singh Deo mengikuti jejaknya menjadi peguam dan ahli politik.
Jagdeep, merupakan Adun Datuk Keramat serta menjadi anggota Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang manakala Gobind pula Anggota Parlimen Puchong.
Karpal Telah Tiada- Siapa Bakal Peguam Utama Anwar
Karpal Singh, 74 maut apabila terlibat dengan kemalangan di Leburaya Utara berdekatan Kapar, Perak jam 1.10 pagi tadi. Kereta mewah beliau yang bernombor KS9898 melanggar belakang sebuah lori bermuatan semen, pasir dan besi, akibatnya kereta yang membawa MP Gelugor itu remuk mengakibatkan beliau maut ditempat kejadian. Turut maut adalah pembantu pribadinya, sementara yang tercedera, Ram Singh anak mendiang, Selvam pemandu kereta itu serta pembantu Karpal Singh seorang wanita rakyat Indonesia.
Kapal adalah Pengerusi DAP, sebelum melepaskan jawatan itu awal Mac, sementara menunggu rayuan Hukuman di Mahkamah Rayuan berhubung penghinaan kepada Sultan Perak semasa krisis Perlembagaan Perak tahun 2009.
Juga, Karpal adalah peguam Utama Anwar dalam kes Sodomi II, di mana kes itu kini berada di Mahkamah Persekutuan, kerana Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun pada 7 Mac oleh Mahkamah rayuan.
Selepas ketiadaan Karpal, siapa bakal peguam Utama Anwar? dalam kes Sodomi II?
Karpal Singh Maut Kemalangan
TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.
Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.
Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. -
Friday, February 21, 2014
Karpal Singh Didapati Bersalah Menghina Sultan Perak
Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat mendapati Pengerusi DAP Karpal Singh yang juga MP Bukit Gelugor Pulau Pinang bersalah kerana menghina Sultan Perak pada tahun 2009.
Kapal yang didakwa melalui Section 4(1)(b) of the Sedition act 1948 boleh dikenakan maksima 3 tahun penjara dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.
Hakim mahkamah tinggi Datuk Paduka Azman Abdullah ketika membaca penghakimannya menyatakan bahawa pihak pembela gagal menimbulkan keraguan terhadap tuduhan kepada Pengerusi DAP itu. Walau bagaimanapun, hukuman akan ditentukan pada 7 Mac depan, selepas Peguam Karpal Gobine Singh Deo yang juga anaknya merayu untuk meminta masa bagi pihak terduduh agar supaya beliau dapat menyediakan hujah balas untuk meringankan hukuman.
Kapal yang didakwa melalui Section 4(1)(b) of the Sedition act 1948 boleh dikenakan maksima 3 tahun penjara dan denda RM5,000 atau kedua-duanya.
Hakim mahkamah tinggi Datuk Paduka Azman Abdullah ketika membaca penghakimannya menyatakan bahawa pihak pembela gagal menimbulkan keraguan terhadap tuduhan kepada Pengerusi DAP itu. Walau bagaimanapun, hukuman akan ditentukan pada 7 Mac depan, selepas Peguam Karpal Gobine Singh Deo yang juga anaknya merayu untuk meminta masa bagi pihak terduduh agar supaya beliau dapat menyediakan hujah balas untuk meringankan hukuman.
Punca penghinaan Karpal Singh terhadap baginda Sultan Perak, apabila pada Februari 2009, jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat atas sebab pakatan tiga parti itu kehilangan majoriti di DUN Perak, atas sebab tiga ADUNnya keluar daripada pakatan 3 parti itu untuk menajdi ADUN bebas mesra BN.
Jika Karpal dihukum samada penjara atau RM2,000 atau lebih, maka beliau kehilangan hak sebagai wakil rakyat. Dan untuk itu, satu PRK lagi bakal menyusul.
Sunday, May 19, 2013
Karpal Kena Penyakit- U Ulang I saman
Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran kepada bekas Naib Pengerusi parti itu, Tunku Aziz Tunku Ibrahim supaya menghentikan serangan terhadap DAP atau beliau akan diheret ke mahkamah.
"Beliau benar-benar sudah hilang kawalan. Saya telah memerhatikannya dengan teliti.
"Kepimpinan DAP rasa cukup bersalah kerana membuat penilaian yang salah dan memberikan keahlian kepada Tunku Aziz malah melantiknya sebagai Naib Pengerusi.
Menurut Karpal walaupun Tunku Aziz tidak membuat serangan peribadi terhadapnya, namun tindakan Tunku Aziz menyerang parti itu secara bertubi-tubi dianggap melampaui had.
Ditanya bagaimana Tunku Aziz akan didakwa di mahkamah, Karpal berkata ia bergantung kepada kenyataan-kenyataan bekas pemimpin berkenaan.
"Bawa beliau ke mahkamah adalah perkara terakhir yang kami akan lakukan," katanya.
Sunday, February 06, 2011
Karpal tidak sepatutnya jadi peguam Anwar: Zahrain Hashim
Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh menjadi peguam bela bagi kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dipersoalkan dan menjadi tanda tanya banyak pihak.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Karpal sepatutnya sudah tampil menjelaskan pendiriannya berhubung tindakan itu kerana beliau sendiri pernah mendakwa mempunyai bukti tentang kes liwat yang dihadapi Anwar pada 1997.
Katanya, tindakan Karpal itu dilihat telah mencampur-adukkan isu politik dengan kerjayanya sebagai seorang peguam.
"Kenapa sehingga sekarang dia masih lagi diam dan tidak tampil memperjelaskan keadaan sebenar? Dia seorang peguam profesional tidak sepatutnya mencampur-adukkan isu politik dengan kerjanya sebagai peguam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Mingguan Malaysia bagi mengulas tindakan Karpal menjadi peguam bela dalam kes liwat kedua yang dihadapi Anwar sedangkan peguam itu pernah mendakwa mempunyai bukti bagi kes liwat pertama yang dihadapi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada 1997.
Zahrain berkata, Karpal berkemungkinan menerima bayaran yang lumayan ekoran tindakannya menjadi peguam bela kepada Anwar.
"Jadi pihak tertentu perlu menyiasat pendapatan yang diperolehi Karpal apabila mengendalikan kes ini," katanya.
Beliau berkata, Karpal juga tidak seharusnya menjadikan isu undang-undang sebagai alat untuk mencapai agenda peribadinya dalam politik.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Karpal sepatutnya sudah tampil menjelaskan pendiriannya berhubung tindakan itu kerana beliau sendiri pernah mendakwa mempunyai bukti tentang kes liwat yang dihadapi Anwar pada 1997.
Katanya, tindakan Karpal itu dilihat telah mencampur-adukkan isu politik dengan kerjayanya sebagai seorang peguam.
"Kenapa sehingga sekarang dia masih lagi diam dan tidak tampil memperjelaskan keadaan sebenar? Dia seorang peguam profesional tidak sepatutnya mencampur-adukkan isu politik dengan kerjanya sebagai peguam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Mingguan Malaysia bagi mengulas tindakan Karpal menjadi peguam bela dalam kes liwat kedua yang dihadapi Anwar sedangkan peguam itu pernah mendakwa mempunyai bukti bagi kes liwat pertama yang dihadapi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada 1997.
Zahrain berkata, Karpal berkemungkinan menerima bayaran yang lumayan ekoran tindakannya menjadi peguam bela kepada Anwar.
"Jadi pihak tertentu perlu menyiasat pendapatan yang diperolehi Karpal apabila mengendalikan kes ini," katanya.
Beliau berkata, Karpal juga tidak seharusnya menjadikan isu undang-undang sebagai alat untuk mencapai agenda peribadinya dalam politik.
Subscribe to:
Posts (Atom)












