Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh menjadi peguam bela bagi kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dipersoalkan dan menjadi tanda tanya banyak pihak.
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Karpal sepatutnya sudah tampil menjelaskan pendiriannya berhubung tindakan itu kerana beliau sendiri pernah mendakwa mempunyai bukti tentang kes liwat yang dihadapi Anwar pada 1997.
Katanya, tindakan Karpal itu dilihat telah mencampur-adukkan isu politik dengan kerjayanya sebagai seorang peguam.
"Kenapa sehingga sekarang dia masih lagi diam dan tidak tampil memperjelaskan keadaan sebenar? Dia seorang peguam profesional tidak sepatutnya mencampur-adukkan isu politik dengan kerjanya sebagai peguam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Mingguan Malaysia bagi mengulas tindakan Karpal menjadi peguam bela dalam kes liwat kedua yang dihadapi Anwar sedangkan peguam itu pernah mendakwa mempunyai bukti bagi kes liwat pertama yang dihadapi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada 1997.
Zahrain berkata, Karpal berkemungkinan menerima bayaran yang lumayan ekoran tindakannya menjadi peguam bela kepada Anwar.
"Jadi pihak tertentu perlu menyiasat pendapatan yang diperolehi Karpal apabila mengendalikan kes ini," katanya.
Beliau berkata, Karpal juga tidak seharusnya menjadikan isu undang-undang sebagai alat untuk mencapai agenda peribadinya dalam politik.

No comments:
Post a Comment