Showing posts with label Hukum Hudud. Show all posts
Showing posts with label Hukum Hudud. Show all posts

Monday, March 23, 2015

Hudud dan Qisas Pas Kelantan- Apa Kah Umno Bakal Kehilangan kuasa?

Setuju atau tidak- enekmen hudud dan Qisas Pas Kelantan telah memerangkap UMNO, sehingga terlupa sudah BN. Dlm Parlimen Umno hanya ada 88 kerusi, Dlm keadaan sekarang pendirian Umno secara bersendirian sebenarnya tidak releven. Jika Umno tersalah langkah, Umno akan jadi pembangkang di dewan rakyat tanpa melalui pilihanrayapun.
Like ·  · 
  • Musram Rakunman Apa yang dilihat sekarang parti2 Sarawak yang merupakan komponen BN, serta parti2 di Sabah yg juga komponen Bn, MCA, gerakan, MIC, besar kemungkinan akan keluar BN,. Pas yang ada 21 kerusi Parlimen, menyokong Umnopun, tidak akan bakal menyelematkan kerajaan persekutuan yang diterajui umno, apatah lagi, 6-7 MP pas tidak menyokong Hudud dan Qisas Pas Kelantan.
    27 mins · Like · 2
  • Musram Rakunman Jangan lupa Umno ada juga MP bukan beragama islam. Pendirian parti tidak akan boleh memaksa pendirian seseorang MP. Jalan paling selamat kepada Umno, adalah membiarkan undian di Dewan rakyat tanpa sebarang pendirian. Ertinya, keputusan menyokong Hudud dan qisas Pas Kelantan ditentukan oleh para MP, tanpa melihat parti yang mereka wakili.
    20 mins · Like · 1
  • Musram Rakunman Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden Umno, kena berfikir masak-masak sebelum mengumumkan pendirian, walaupun telah bersetuju dengan keputusan para ADUN Umno Kelantan menyokong Hudud dan qisas Pas yang dibentangkan di DUN Kelanatan.
  • Musram Rakunman Dalam keadaan sekarang, Datuk Seri Najib Razak, kena berfikir apa kah mahu menyelamatkan kerajaan UBN atau bersetuju dengan "perangkap Pas" berkaitan hudud dan Qisas Kelantan. PM kena mengkaji benar2, mengapa Pas tidak mengutuk pendirian para MPnya sendiri yang menolak enekmen itu.
    15 mins · Like · 1
  • Tony Hma Btl perkiraan mu 2 Tnkita berpolitik berdasarkan angka
  • Musram Rakunman Suka atau tidak, kenyataan mantan TPM dan Timbalan Presiden Umno Tun Musa Hitam, kena difikirkan masak2 oleh Datuk SeriNajib Razak, bahawa Umno jangan lebih PAS daripada Pas. Umno sejak sekian lama tidak dapat bersetuju dengan Hudud dan Qisas Pas, kerana berpaksikan kepada ratio penduduk negara ini.
    11 mins · Like · 1
  • Tony Hma Akan lebih parah kerana ada ramai lg golongan menantikan keputusan/pendirian UBN dlm perkara ini yg bakal menjadi hambatan.
    8 mins · Like
  • Musram Rakunman Betul bahawa penganut agama islam tidak boleh menolak hukum Allah, akan tetapi perlu juga dilihat, bahawa enekmen hudud dan Qisas Pas Kelantan, bersifat politik. Undang2 Allah, sebenarnya, tidak boleh ditokok tambah barang sedikitpun, akan tetapi hudud dan qisas Pas Kelantan, disesuaikan dengan kehendak politik.

Tuesday, May 06, 2014

Benarkah Hudud Pas Sama Dengan Maksud Hudud itu Seperti Maksud Allah?

Permulaan tulisan ini merupakan argumentasi, pandangan serta cuba merasakan apa yang dirasa oleh sebahagian besar rakyat negara ini, kemudian di hujung tulisan ini, akan cuba dikupas pengertian penulis berkaitan Hudud. kupasan itu memang banyak kekurangannya, atas sebab penulis sendiri bukan ahli agama yang bertauliah; hanya fitrah sebagai orang yang menganut agama islam.

Kelantan mahu laksanakan Hudud, atas alasan lebih 90 peratus penduduknya beragama islam; bagaimana pula Pulau Pinang, di mana penduduknya lebih ramai bukan beragama islam (Peratusan AYT tidak tahu); tetapi melihat jumlah kerusi yang dimilki DAP, menggambarkan peratusan itu. Apa kata, secara ekstrim, kerajaan Pulau Pinang mahukan perundangan berasaskan agama bukan islam? masa itu akan timbulkah pertanyaan PAS? Anda beriman atau tidak; anda percaya pada kalimah Tuhan atau tidak; anda mahu Islam atau tidak? kalau itu berlaku, maka penduduk islam Pulau itu akan memberontak, maka apa yang berlaku? Perang agama!!!. Keadaan ini lah yang dielak pemimpin negara sejak merdeka. Atas sebab itu juga PAS tertubuh oleh kalangan pemimpin Umno yang ekstrim agama; manakala pemimpin Umno yang bersifat kebangsaan mempertahan Umno yang ada sekarang. Namun, akhir-akhir ini, apabila isu hudud timbul semula, nampaknya Umno melonggarkan pendirian itu melalui kenyataan Najib "Umno tidak menolak Hudud" dan "Ditubuhkan jawatankuasa teknikal untuk mengkaji hudud Kelantan".

Pelembagaan Persekutuan menerima agama rasmi persekutuan adalah islam; namun membebaskan penganut agama lain mempraktek agama masing-masing. 

Malaysia ada dua mahkamah- Mahkamah sivil dan mahkamah syariah. Setakat ini, mahkamah syariah hanya menghakimi pertelengkahan keluarga islam, seperti masalah percerian, masalah pembahagian harta, masalah khalwat, masalah tidak berpuasa di bulan ramadahan, orang islam ditangkap kerana minum arak; manakala yang membabitkan rompakan, pembunuhan, mencuri, sodomi yang membabitkan orang islam dibicarakan di mahkamah sivil. Nah, disinilah timbulnya pandangan yang berbeza, kalau bukan islam sudah pasti menggunakan mahkamah sivil, apa kah yang beragama islam punya pilihan? samada didakwa di mahkamah sivil atau syariah (hudud)? atau orang islam tiada pilihan? kalau berlaku pilihan? maka Hudud tidak akan berfungsi sepertimana yang diharapkan; kalau tiada pilihan, maka bagi orang islam hanya ada satu mahkamah, orang bukan islam demikian juga. Nah disinilah perbedaan akan berlaku; si ong dan si ali, melakukan rompakan bersama, si ong dihukum 5 tahun penjara, manakala si ali, terpaksa kehilangan tangan. seumur hidup si ali tanpa tangan, manakala si ong lepas 5 tahun, kembali manusia utuh. Di sinilah menurut Tun Dr Mahathir, kelihatan tidak berlakunya keadilan, sedangkan menurut Allah, menghukum itu wajib seadil-adilnya.

Oklah hanya Kelantan yang melaksanakan hukum Hudud, bukan negeri-negeri lain. Memangpun Kelantan layak, atas sebab penduduknya majoriti orang islam. Kalaulah penduduk bukan islam tidak senang dengan Hudud boleh sahaja berpindah ke negeri lain. Timbul juga pertanyaan, apa kah rakyat Kelantan yang melakukan kesalahan hudud bukan berlaku di negeri Kelantan, akan tetapi di Kuala Lumpur atau tempat-tempat lain? apakah juga dibicara menurut hukum hudud Kelantan? Perkara-perakara inilah yang perlu diperhalusi. Jika tidak, maka Hukum Hudud negeri Kelantan itu, hanya terkunci di Kelantan; bukannya melibatkan rakyatnya. Kelantan kalau juga mahu melaksanakan Hudud, perlu meliputi semua rakyatnya, samada rakyatnya tinggal di Kelantan atau tempat lain; agar supaya matalamat dan tujuan Hudud itu tercapai, sesuai dengan perintah Allah. Jangan seperti pak arab, kalau di negaranya lengkap dengan jubah, wanitanya purdah, namun apabila sampai di Kuala Lumpur atau Puhket, masaalah!!!

Senario Di ataslah yang berlaku dan difahami sebagai besar rakyat negara ini. Cuba ikuti kupasan sedikit berkaitan Hudud berikut;

Hudud dilaksana di zaman Rasulullah. Tidak banyak kes dilaporkan. Ada masa pelaksanaan hukum hudud digantung sebab peperangan dan di zaman Khalifah Umar kerana kebuluran.

Sejarah membuktikan hudud pernah dilaksanakan ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka selepas kemasukan Islam di Melaka pada 1409.

Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.

Hudud daripada segi bahasa bermaksud sempadan, had, halangan atau sekatan dan pada sudut istilah pula bermaksud hukuman yang tidak boleh dipinda dan ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran dan Sunnah. Hudud dianggap sebagai hak Allah, dan hukumannya tidak boleh diubah, dipinda, ditambah atau dikurangkan oleh badan perundangan, pemerintah atau hakim.

Terdapat enam kesalahan hudud yang disepakati oleh semua ulama, iaitu zina, qazaf (menuduh seseorang melakukan zina tanpa saksi), mencuri, hirabah (rompakan), minum arak dan murtad.

Hakikatnya, orang Islam pada dasarnya memang tidak boleh menafikan hukum-hakam yang disebut di dalam al-Quran, tetapi harus diketahui bahawa terdapat batas-batas dalam mentafsirkannya.

Ini kerana apabila manusia mentafsir hukum-hakam dalam al-Quran, dikhuatiri tidak sama dengan maksud yang terkandung dalam kitab suci itu. Sebagai contoh, hudud yang dilaksanakan di Pakistan dan Somalia telah mengundang banyak kritikan daripada pelbagai pihak.

Selain itu, orang bukan Islam juga perlu diberi pendedahan tentang tujuan sebenar pelaksanaan hudud kerana kita tidak mahu mereka kata hudud adalah sesuatu yang kejam.

Anggapan negatif hukum hudud bahawa ia undang-undang zalim termasuk hukuman kerat tangan bagi kesalahan mencuri telah sekian lama dipropagandakan oleh media Barat sehingga menakut-nakutkan orang bukan Islam.

Namun ia tidak bermaksud tidak boleh dilakukan asalkan masyarakat dan kerajaan bersetuju secara dasar untuk melaksanakannya.

Berikut Titah Sultan Brunei Berkaitan Undang-Undang Hudud Di negara itu berkuatkuasa 1 Mei 2014.

."Pada 22hb Oktober 2013 yang lalu Beta telah mengumumkan perwartaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013, maka pada hari ini setelah berlangsung 6 bulan Beta dengan bertawakal kepada Allah SWT serta bersyukur mengistiharkan bahawa esok hari Khamis 1 Rejab 1435H bersamaan 1hb Mei 2014M adalah tarikh mulanya berkuatkuasa Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar’iah 2013 fasa pertama yang kemudian akan diikuti pula dengan fasa selanjutnya."

"Tidaklah berbangkit sama sekali kita menangguhkan sebagaimana yang dinukil oleh media. Kita perlu memahami ungkapan enam bulan selepas akta digazetkan dimana sehingga ke hari ini pun ia masih lagi didalam lingkungan 6 bulan tersebut."

"Alhamdulilah dengan ini kita mengulangi lagi sejarah perundangan Islam yang pernah di amalkan beberapa kurun terdahulu di Negara ini. Semua itu adalah berkat keazaman kita untuk menolong ugama Allah di bumi yang bertuah ini. Allah telah berjanji untuk menolong kita jika kita menolong ugamanya. Ini pasti berlaku sebagaimana firmannya dalam surah Muhammad ayat 7 tafsirnya: Wahai orang orang yang beriman, jika sekiranya kamu menolong agama allah, nescaya Allah akan menolong dan membela kamu untuk mencapai kemenangan serta menatapkan pendirian kamu dalam membela kebenaran."

"Dengan mengembalikan segala pujian kepada Allah maka kewajipan Beta dan kewajipan kita semua dihadapannya dalam perkara perundangan sudah pun kita sempurnakan. Tinggal sahaja lagi peranan masing-masing terutama agensi-agensi yang berkaitan hendaklah melaksanakannya dengan penuh tanggungajawap, amanah dan berhemah. Ingatlah fokus kita hanyalah kepada Allah jua untuk mencari redha nya semata mata bukan melihat kekiri atau kekanan untuk mencari-cari siapa yang suka atau tidak."

"Kita tidak pernah melihat orang lain dengan kaca mata yang buruk kerana itu adalah hak dan pilihan mereka. Kita juga tidak mengharapkan mereka untuk menerima dan mempersetujui kita tetapi memadailah jika mereka menghormati kita sahaja sebagaimana kita juga menghormati mereka."

"Adapun andaian-andaian berupa berbagai teori adalah perkara lumrah yang tidak pernah berkesudahan. Kita tidak boleh berpegang dengan teori yang statusnya tidak lebih dari teori, berbanding dengan apa yang kita pilih ialah tuntutan Allah. Sesungguhnya tuntutan Allah itu bukanlah ia teori tetapi hukum wajib yang tidak ada keraguan padanya. Kalau teori mengatakan undang-undang Allah kejam dan tidak adil tetapi Allah sendiri telah menegakkan undang2nya, itu adil. Maka dimanakah harga teori itu disini berhadapan dengan wahyu Allah."

"Dengan ikhlas kita tegaskan bahawa keputusan untuk melaksanakan perintah Kanun Hukuman Jenayah Sariah 2013 ini bukanlah untuk suka-suka tetapi adalah atas dasar mematuhi perintah Allah yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Beta amatlah berbangga dan sukacita atas pendirian rakyat dan penduduk Negara ini yang telah menyatakan sokongan tidak berberlah bahagi termasuk di kalangan mereka yang bukan berugama Islam. Lebih-lebih lagi sokongan padu itu turut diambil oleh ahli2 Majlis Mesyuarat Negara di dalam siding nya yang berlangsung baru-baru ini."

Dunia tertumpu kepada Malaysia sebagai negara Islam yang maju terutamanya UMNO mengenai isu hukum hudud terutama yang kerajaan PAS Kelantan mahu bentang di Dewan DUN dan seterusnya memujuk untuk di bawa ke parlimen.

PM DS Najib menyatakan kerajaan tidak pernah menolak hudud, sebaliknya banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.

Katanya, banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

Sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.

Tun Mahathir berkata beliau melihat umat Islam di negara ini belum bersedia melaksanakan hukum hudud.

Ini kerana pihak yang ingin melaksanakan hudud itu tidak mengutamakan soal keadilan yang ditekankan dalam Islam, sebaliknya melaksanakan hudud mengikut cara mereka sendiri.

Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam dan baik, tetapi kita tidak boleh beri kuasa untuk menghukum kepada orang yang tidak faham tentang keadilan yang disebut dalam Al-Quran.

Beliau tetap dengan pendiriannya sebelum ini bahawa tidak adil berlaku perbezaan hukuman antara umat Islam dan bukan Islam bagi kesalahan yang sama.

UMNO sejak daripada zaman presiden pertamanya, Tunku Abdul Rahman Putra lagi konsisten dengan pendirian undang-undang hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini, disebabkan kepelbagaian budaya, agama dan kaum di negara ini serta bertentangan dengan Perlembagaan negara selain ia juga adalah suatu mainan politik parti berkenaan.

Atas sebab itu, kumpulan ulama yang pada ketika itu menerajui Biro Agama UMNO pada 1951 tidak boleh menerima pendirian parti pada zaman itu, bertindak keluar dan menubuhkan PAS semata-mata mahu terus berjuang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam termasuk hudud.

PAS sejak itu, berterusan menarik sokongan orang Melayu di negara ini, dengan memutarbelitkan mengenai hudud dan menuduh UMNO membelakangkan Islam sebagai agama rasmi negara.

Hakikatnya, UMNO yang berjaya menegakkan ajaran Islam negara ini, dan adakah segala dasar atau inisiatif yang dilakukan kerajaan serta parti untuk mempertahankan serta mengembangkan Islam di negara ini, tidak dikira sebagai suatu dakwah semata-mata kerana tidak melaksanakan undang-undang hudud.

Pada masa sama, rakyat juga perlu menilai sama ada pelaksanaan hudud akan membantutkan pembangunan ekonomi kerana tiada negara yang melaksanakan undang-undang berkenaan berjaya dalam ekonomi, sosial, politik termasuk hak asasi manusia dan wanita dan kebanyakan negara termasuk Arab Saudi melaksanakan hudud disebabkan kepentingan politik semata-mata.

Walaupun, Malaysia tidak melaksanakan hudud sejak merdeka tetapi negara di bawah pemerintahan BN dan UMNO sebagai tunjangnya berjaya menerima pengiktirafan dunia Islam dengan mengiktiraf Malaysia sebagai antara negara Islam paling maju di dunia.

Jika Allah SWT melaknatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam kerana tidak melaksanakan hudud, adakah segala kemakmuran dan pembangunan yang dikecapi selama lebih lima dekad merdeka ini, tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Strategi PAS untuk membawa rang undang-undang hudud ke Parlimen pada Jun ini, adalah suatu gimik politik kerana mahu membuktikan kepada penyokongnya bahawa PAS adalah rakan kongsi utama dalam pakatan pembangkang serta boleh membuatkan DAP dan PKR tunduk kepada parti itu.

DAP dan PKR sudah menyatakan tidak bersetuju dengan agenda hudud. PAS tersepit kerana mendapat tentangan hebat dari rakan-rakan Pakatan selain dari parti MCA dan Gerakan.

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.

Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.

Lebih dari itu, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.

Zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud.

Zaman ini juga sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’.

Jika demikianlah keadaan zaman kini maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif.

Isu Hudud: BN Jangan Terperangkap- Ianya Sandiwara Anwar

Tahun 1993, DUN Kelantan meluluskan Hudud; namun hingga kini belum terlaksana, atas sebab ianya bercanggah dengan perlembangaan negara.

Walaupun Undang-undang Syariah Islam itu diluluskan diperingkat DUN, akan tetapi ianya secara automatik akan terbatal, kalau Dewan Rakyat tidak meluluskannya. Itulah fakta perundangan dalam negara.

Kini, Isu Hudud kembali lagi; apabila Parti Pas bercadang mengemukakan usul di Parlimen secara bersendirian. Untuk menjadikan usul itu diluluskan di Dewan Rakyat, sokongan 112 wakil rakyat diperlukan. Pas hanya ada 21 wakil di Dewan Rakyat, PKR 30 dan DAP 38; jika kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat menyokong usul itu, maka memerlukan sokongan tambahan daripada parti komponen BN, sekurang-kurangnya 23 ahli Parlimen.

DAP awal-awal lagi menolak cadangan itu, namun tidak pasti apakah ianya hanya sandiwara. Demikian juga PKR menolak usul itu, sekali lagi besar kemungkinan ianya juga sandiwara.

Ada yang mengakatakan, bahawa jika PAS meneruskan rancangan itu, maka akan menimbulkan kekecohan dalam negara; sebenarnya jika situasi itu berlaku, maka itulah yang diinginkan Anwar Ibrahim.

AYT sangat yakin, PAS tidak akan berani bertindak melakukan usul Hudud di Dewan Rakyat, jika tidak mendapat restu Anwar.

Dakwaan Lim Kit Siang bahawa Pakatan Rakyat akan berpecah mengikut apa yang berlaku pada Barisan Alternatif yang dianggotai DAP-PAS-PKR pada PRU-2004 bagi berdepan BN pada PRU itu berakhir apabila tiga parti itu kalah teruk. DAP menyimpulkan kekalahan calon-calon DAP pada PRU itu disebabkan perjuangan PAS yang mahu mengwujudkan Undang-Undang Syariah di negara ini.

Pada kali ini, PAS mengubah tune, Hudud hanya dilaksanakan di Kelantan, bukannya di seluruh negara, sekalipun Pakatan Rakyat berjaya mentabir negara ini. Jika itu berlaku, maka akan wujud dua undang-undang dalam satu negara yang berdaulat. Kalaulah pemerintah Malaysia berani, maka perlu menjadikan Kelantan sebagai negeri Khas atau istimewa, seperti mana yang dilakukan oleh Indonesia bagi DI Yogyakarta dan DI Aceh; meskipun kekal dalam wilayah Indonesia, namun dua propensi itu mentadbir wilayahnya sendiri mengikut acuannya sendiri.

Sebenarnya isu hudud yang akan dibentangkan PAS, walaupun menurut Kit Siang akan menghancurkan PR, namun ianya tidak bakal akan terjadi; atas sebab, para pemimpin tiga parti itu tidak akan sanggup melepaskan peluang, bahawa kononnya pada PRU-14 mereka akan mampu menumbangkan Bn dan seterusnya menubuhkan kerajaan Persekutuan. Sebaliknya, isu hudud itu yang di bawa Pas itu, akan mengancam kerukunan/keutuhan BN, memandangkan hanya Umno sahaja yang positif terhadap cadangan pas itu, manakala 12 parti komponen lain menentangnya.

Rata-rata parti komponen BN selain Umno, menyatakan islam sebagai agama persekutuan memadai, bukannya hukum hudud perlu dilaksanakan. Adalah terlalu sukar mengurus negara dengan dua sistem perundangan, setidak-tidaknya itulah pendirin 12 parti komponen BN.

Sebenarnya, harapan para pemimpin Bn, jika Pas meneruskan cadangan membentang Hudud di Dewan Rakyat agar PR berpecah; jika itu berlaku, maka semakin mudah bagi Bn mempertahankan kerajaan Persekutuan. Tapi perlu diingat, Anwar adalah pakar dalam mengharu birukan negara, Anwar mempunyai matalamat untuk menjadi Perdana Menteri; tidak kesah cara yang bagai mana, janji dapat jawatan itu.

Monday, May 05, 2014

Isu Hudud Pas: Lim Kit Siang Bayangkan Pakatan Rakyat Berpecah

Isu Hudud yang bakal dibentang Pas secara sendirian di Parlimen Jun depan, bukan sahaja mengancam perpecahan dalam Barisan Nasional, juga mengancam perpecahan dalam Pakatan Rakyat Sendiri.
Bagi BN, hanya parti Umno yang POSITIF terhadap usul itu, manakala 12 komponen parti yang menjadikan Parti BN, akan juga terancam. Parti PBB, PBS, MCA, Gerakan, MIC, LDP adalah antara komponen BN yang menentang usul itu. Manakala parti dalam Pakatan Rakyat DAP merupakan penghalang utama, sementara Parti PKR, masih berbelah bahagi, Anwar bermain politik, dengan mengatakan perlu waktu untuk membincangkannya. Suara lantang DAP diwakili Lim Kit Siang, selepas singa parti itu, Karpal Singh tidak bersama parti itu lagi, kerana terlibat kemalangan maut baru-baru ini. 

Lim Kit Siang membayangkan bahawa PR hanya mengalami seperi Barisan Alternatif yang diwujudkan tahun 2004, berpecah, akan tetapi bergabung semula tahun 2008, menerusi ikatan longgar yang disebut Pakatan. Melalui ikatan longgar antara DAP-PKR-PAS, maka untuk PRU, parti-parti itu untuk pertama kali mendapat kerusi parlimen yang menidakkan kuasa 2/3 BN di Dewan Rakyat; malah parti-parti itu mampu membentuk kerajaan di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan mempertahankan Kelantan pada PRU-12; pada PRU-13, meskipun gagal mempertahankan Kedah, dan gagal merampas semula Perak, namun perolehan jumlah kerusi Parlimen bertambah daripada 82 kepada 89.

Sekiranya MP Umno Sokong Usul Hudud Di Parlimen

Umno hanya ada 88 kerusi. Pas ada 21 kerusi. Dua parti itu kalau digabungkan hanya berjumlah 109; tidak cukup untuk meluluskan usul persendirian Pas berkaitan perlksanaan Hudud di Kelantan. Ertinya sokongan daripada parti-parti lain atau MP beragama islam diperlukan.

Mengikut parti yang ada MP beragama islam, PBB daripada Sarawak sudah membuat pendirian tidak akan menyokong usul itu, yang dijangka dibentengkan di Parlimen pada jun ini.

Parti DAP, yang ada dua orang MP beragama Islam, sudah pasti tidak menyokong, demikian juga PKR, walaupun ramai MP beragama Islam, tidak akan menyokong usul itu, atas sebab, MP PKR yang beragama islam, bukanlah mewakili kawasan bermajoriti islam, melainkan kawasan beragama bukan islam, contoh Parlimen Pandan yang diwakili Rafizi Ramli. Entah apakah Anwar Ibrahim yang mewakili kawasan majoriti islam Permatang Pauh akan menyokong usul itu?

Umno sejak akhir-akhir ini kelihatan postif terhadap Hudud, kerana parti itu tahu betul, bahawa komposi dalam parlimen seperti mana ilustrasi di atas akan berlaku.

Pas akan dilihat gagal kerana tidak mampu mempengaruhi sekutunya dalam Pakatan Rakyat menyokong usul itu. Pakatan Rakyat yang mempunyai 89 kerusi Parlimen kalau sebulat suara dengan sokongan Umno, maka dengan mudah meluluskan usul itu; namun melihat bangkangan daripada sekutu Pas itu, nampaknya, sekali lagi Pas memeperlihatkan kegagalannya.

Pas tidak lagi boleh mempertikai niat Umno dalam soal Hudud, atas sebab Umno sejak sekian lama tahu, bahawa jika sebahagian rakyat tidak menyokong undang-undang itu, maka terlalu sukar melaksanakannya. Benarlah kata Perdana Menteri; Umno tidak menolak pelaksaan hudud, tetapi kekangan dihadapi memandangkan negara ini didiami oleh berbagai etnik, agama dan budaya yang berbagai.

Sunday, May 04, 2014

Siapa Yang Takut Undang-Undang Hudud Dilaksanakan?

Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab Kanun Jinayah Syariah. Jinayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja. Penta`rifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman qisas atau diyat.

Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya banyak bentuk undang-undang; antaranya ialah undang-undang jinayah, undang-undang munakahat, undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan Islam ataupun Kanun Dusturi Islami dan bermacam-macam lagi undang-undang Islam yang lain.

Di bawah undang-undang jinayah ( atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah Syariah) ini terbahagi pula kepada 4 jenis.Iaitulah hudud, qisos, diat dan takzir.

Makna HUDUD:

Bermakna batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar oleh sesiapa pun. Contohnya; kalau seseorang itu mengaku berzina, maka dia wajib dihukum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, iaitu wajib sebat dia 100X (bagi yang belum kahwin).Kalau dia mengaku mencuri pula, maka tak boleh penjarakan dia dan tak boleh dendakan dia, tapi wajib dipotong tangannya kerana ia adalah satu batasan yang telah dibuat oleh ALLAH SWT.

Hukuman HUDUD:

Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH di dalam Quran/hadith.Hukuman Hudud ini adalah hak ALLAH ,yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh di ubah-suai dan dipinda. Hukuman Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun. Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH/rasulNya yang disebutkan di dalam Quran/hadith adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:

" Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Suratul Baqarah:229)

Kesalahan yang dikenakan hukuman HUDUD:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Hudud ialah:

i) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengkut hukum
syara`.

ii) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan 4 orang saksi.

iii) Minum arak atau minuman yang memabukkan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.

iv) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya..

v) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.

vi) Merompak (hirabah); iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

vii) Pendurhakaan (bughat) ;iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau mendurhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum ALLAH.

QISAS:

Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Perbandingan QISAS dan HUDUD:

Persamaan diantara qisas dengan hudud ni ialah hukumannya telah ditetapkan ;seperti kadar dan bentuknya, yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran. Manakala perbezaan diantara qisas dengan hudud pula ialah hukuman qisas ini hendaklah dituntut oleh mangsa ataupun keluarga mangsa Tapi kalau
tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa ,maka tidak boleh dikenakan hukuman qisas.Jadi, berbezalah diantara qisas dengan hudud ,dimana hudud ini, walaupun tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa tetapi ianya tetap wajib dilaksanakan.

Kesalahan & Hukuman QISAS:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah :

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain
dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja.

a) Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.Sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman ,diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang)
dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Suratul Baqarah : 178)

b & c) Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya, wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atau luka seseorang itu, juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan yang dilukakan tadi.Sepertimana firman ALLAH SWT yang membawa maksud: "Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (orang-orang Yahudi) yang disebutkan
dalam Kitab Taurat, bahwasanya nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan kecederaan juga hendaklah dibalas seimbang. Tapi bila sesiapa mengampuninya,maka itu adalah penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH,maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Suratul Ma`idah : 45)

DIYAT:

Hukuman Diyat bermakna pampasan atau pun ganti rugi. Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjinayah kepada wali/waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jinayah yang dilakukan oleh penjinayah keatas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan kesalahan qisas.Hukuman diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH dan rasulNya di dalam al-Quran/hadith sebagai ganti rugi diatas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan, atau melukakannya. Kesalahan yang dikenakan hukuman diyat:

i) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja: Serupa dengan sengaja bermakna perbuatan tadi sengaja walaupun tidak ada niat untuk membunuh atau mencederakan.

ii) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja) - qotlu qotto` yakni yang memang tidak sengaja.

iii) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang yang dibunuh; sepertimana firman ALLAH TA`ALA dalam Suratul Baqarah ayat 178 yang bermaksud,:

"Sesiapa yang dapat memperolehi sebahagian keampunan daripada saudaranya (waris kepada mangsa yang dibunuh), maka hendaklah diikuti dengan cara yang baik (iaitu menuntut ganti rugi dengan tidak melampaui batas).Dan tunaikanlah bayaran diyat itu dengan ihsan. Yang demikian itu adalah suatu keringanan/kemudahan yang diberikan oleh ALLAH SWT. Serta satu rahmat daripada Tuhan kamu ( makna rahmat adalah kasihan belas daripada ALLAH SWT kepada sekelian hambaNya). Sesiapa yang melampaui batas selepas daripada itu, maka baginya azab yang pedih."

Hukuman TAKZIR:

Hukuman takzir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Hukuman takzir dalam Kanun Jenayah Syariah adalah hukuman yang tidak ditentukan dan ditetapkan ALLAH kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran/hadith. Ia terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri.Tetapi para ulama berpendapat bahwa takzir tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.

Contohnya; kalau kita nak sebat orang,misalnya.Kalau nak jatuh hukuman sebat diatas kesalahan takzir,maka bilangan sebatan yang dijatuhkan tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud. Contoh sekurang-kurang hudud ialah 40 sebatan,yakni yang dikenakan keatas peminum arak atau peminum minuman keras yang memabukkan.Jadi kalau hendak melaksanakan sebatan mengikut hukuman takzir,maka ia tidak boleh sampai kepada 40 sebatan.Ia mestilah 39 sebatan ke bawah. Wallahu Taala A'lam.

Hukuman takzir adalah hukuman dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud/qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukum hudud atau qisas.

Jenis atau kadar serta bentuk hukuman takzir itu adalah terserah kepada kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan keatas penjenayah-penjenayah itu,kerana hukuman takzir itu adalah bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah daripada mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi, yakni bukan untuk menyiksa mereka.

Apakah keterbukaan masyarakat melayu terutamanya didalam mengikuti undang-undang tersebut?. Sudahkah anda bersedia sedangkan anda semua telah diajar dengan undang-undang Malaysia?. Dato Seri Najib Tun Razak pernah berkata, Malaysia tidak menolak Hudud, tetapi hanya belum mampu melaksanakannya, atas sebab rakyat belum bersedia menerimanya. Banyak tugas perlu dilakukan, termasuk memberi pengertian kepada rakyat yang bukan beragama islam; apabila seluruh rakyat benar-benar mengerti apa itu Hudud, maka ianya baru boleh dilaksanakan.

Isu Hudud, kambuh lagi, selepas Parti Pas, bercadang membuat usul di Dewan Rakyat, bagi melaksanakan undang Hudud di Kelantan.

Usul itu nanti, akan memerangkap wakil rakyat yang beragama islam, apa kah akan menyokong atau menolak atau berkecuali. Pilihan yang dilihat adalah berkeculai bagi wakil rakyat BN, atas sebab berasaskan kepada kenyataan Perdana Menteri itu. Pas tidak boleh mengatakan bahawa wakil rakyat islam daripada BN, menolak Hudud, atas sebab banyak lagi, urusan, tindakan, penjernihan, perlu dilakukan, sebelum undang-undang Allah itu dilaksanakan di negara ini. Sebagai orang islam, memang penulis bersetuju perlaksanaan undang-undang Hudud, tetapi melihat keadaan negara yang didiami berbagai kaum dan agama, maka kita jangan dilihat sebagai memaksa, atas sebab Allah juga tidak mahu ada paksaaan dalam beragama. Biarlah semua rakyat sedar, mengerti apa itu Hudud, maka apabila bersedia dalam pelkasanaannya, maka tidak timbul lagi unsur-unsur negatif terhadapnya.

Blog Archive